Halaman

Sabtu, 16 Januari 2016

Jangan jadi golongan oportunis bangsat

Di zaman yang semakin mencabar hari ini memaksa kita menjadi seorang oportunis. Seorang oportunis adalah mereka yang mengambil kesempatan dan peluang daripada sesuatu keadaan bagi mendapatkan kepentingan dan keuntungan.

Seorang pelajar oportunis akan menggunakan peluang belajar di luar negara untuk meningkatkan lagi kemahirannya dalam berbahasa Inggeris serta mencari duit saku dengan bekerja part-time. Seorang peniaga oportunis akan membuka sebuah perniagaan dobi di suatu kawasan yang masih belum ada kedai dobi. Seorang penulis novel oportunis akan mengambil peluang menulis novel cinta picisan di kala novel2 sedemikian sedang sangat laku di pasaran. Di kala orang sedang berbalah nak jual ikan atau ayam, oportunis ini sudah pun menjual kedua2nya sekali.

Akan tetapi tidak kira anda mahu jadi oportunis apa, namun janganlah sekali2 menjadi golongan oportunis bangsat. Siapa itu oportunis bangsat?


1. Oportunis bangsat yang mengambil kesempatan atas nama dan usaha orang lain.

Apabila ada orang yang penat2 menghasilkan sesuatu, oportunis bangsat ini mencari peluang untuk mempergunakan nama dan hasil usaha orang tersebut untuk memperoleh kepentingan peribadi.

Seperti contoh apabila sekumpulan doktor melancarkan program soal jawab kesihatan di Twitter dengan hashtag #MedTweetMy, oportunis bangsat ini terus mencipta akaun Twitter @MedTweetMy untuk memperoleh follower yang ramai.

Sumber Twitter Dr. Khairul Hafidz

Selepas fenomena "Jadilah Seperti Rashid" meletup di Facebook, oportunis bangsat ini terus mencipta akaun Twitter dan Instagram dengan nama Jadilah Seperti Rashid dan menggunakan semua kartun2 Jadilah Seperti Rashid dari Facebook dan letak ke dalam akaun Twitter dan Instagram yang palsu untuk mendapatkan follower yang ramai.

Sumber FB page Jadilah seperti Rashid.

Contoh2 lain seperti orang yang mencipta akaun media sosial palsu dengan nama selebriti2 untuk mendapatkan Follower dan Like yang ramai, malah ada yang sampai ke tahap mempergunakan nama2 mereka untuk menipu orang lain.

Begitu juga orang yang mengambil karya lukisan atau penulisan orang lain lalu dicopypaste di dalam blog atau FB sendiri lalu dibuang nama pencipta atau sumber asal.

Sikap oportunis bangsat yang suka klaim hasil usaha orang lain sebagai hasil usaha sendiri ini juga sering berlaku di institusi pendidikan seperti di sekolah2, universiti dan juga sektor pekerjaan.


2. Oportunis bangsat yang mengambil kesempatan atas kelemahan dan musibah orang lain.

Golongan oportunis seperti ini suka mengambil kesempatan di atas kelemahan dan musibah yang berlaku terhadap orang lain tanpa mengambil kira sensitiviti dan perasaan orang lain. Kebiasaannya oportunis ini mahu menjadi orang pertama yang menyebar kelemahan dan musibah orang lain agar mereka menjadi viral dan popular. Malah ada juga yang melihat kelemahan dan musibah orang lain sebagai peluang baginya mencari keuntungan.

Seperti contoh, apabila ada mereka melibat suatu kejadian seperti kemalangan, musibah, pergaduhan dan sebagainya, perkara pertama terlintas dalam kepala hotak mereka adalah mengambil gambar atau video untuk diupload di media sosial mereka serta menulis kenyataan berdasarkan assumption dan sangka buruk mereka sahaja tanpa mereka mahu mengetahui dan menyelidik dahulu kisah sebenar atau apa yang sebenar2nya berlaku dengan harapan ia akan jadi viral dan popular.

Begitu juga dengan jurnalis, wartawan dan penulis blog yang saling berkejar2an dan begitu laju menulis cerita dan gosip yang bukan2 apabila berlaku suatu kejadian buruk atau menyedihkan berlaku terhadap orang lain dengan harapan mereka adalah orang pertama yang menulis dan melaporkan berita dan isu tersebut di akhbar, berita, rancangan, portal dan blognya bagi mengejar rating dan trafik.

Antara contoh lain adalah tukang tarik kereta atau tow truck yang mengenakan caj yang sangat mahal yang tak masuk akal pada kereta yang baru mengalami kemalangan atau yang rosak di jalanraya dan  penjual insurans yang begitu tak sensitif mengiklankan insurans mereka di ruangan komen berita tentang kemalangan, orang yang mendapat penyakit kronik dan sebagainya


3. Oportunis bangsat yang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

Oportunis bangsat seperti ini harus dijauhkan kerana mereka seperti talam dua muka dan pedang bermata dua yang suka mempergunakan kebaikan orang lain demi keuntungan mereka. Mereka berbaik dengan orang hanyalah semata2 kerana ada kepentingan. Lagi orang itu baik, lagi mudah mereka pergunakan dan pijak2 kepala, dan apabila mereka merasakan orang tersebut sudah lagi tiada guna kerana tidak membawa sebarang kepentingan, mereka akan cari orang lain pula.

Contoh seorang pelajar universiti meminjam motor rakannya untuk berjumpa aweknya di kolej lain dan pulangkan semula motor tanpa mengisi minyak. Kali pertama dia cakap lupa isi minyak, kawannya cakap tidak mengapa. Kali kedua pinjam dia cakap tak sempat isi minyak, kawannya cakap tak apa. Oleh kerana kawannya terlalu baik hati bagi pinjam motor tak payah isi minyak, pelajar tersebut terus buat motor kawannya seperti harta sendiri.

Seperti contoh juga seseorang lelaki pergi ke kedai runcit kawan baiknya yang baru dibuka lalu meminta diskaun dengan alasan "Kawan-kawan" atau "Melayu tolong melayu", lalu kawannya pun memberi diskaun atas dasar kawan2 atau melayu tolong melayu. Lalu lelaki ini terus menggunakan alasan yang sama setiap kali membeli di kedai kawannya dan kawannya pula tak sampai hati nak menolak disebabkan lelaki itu kawan baiknya.

Contoh lain lagi... tak payah contoh lagi lah, korang pun faham apa yang aku nak sampaikan ni.

Kesimpulannya, jangan jadi oportunis bangsat, jadilah oportunis yang baik.




tags: jangan jadi golongan oportunis bangsat mengambil peluang menindas hak orang lain opportunist vs optimist pessimist realist idealist

13 ulasan:

  1. saya tidak opportunis untuk menjadi admin BO

    jadi la macam saya

    komentar yang suka prooooooooooootttt arghhh lega kat orang bwh

    BalasPadam
    Balasan
    1. c ı ɞ ѧ ı ѧ ʏ ѧ m ѧ p є я ı ҡ ѧ m e y a m ѧ r j a d i s ı я o s ʟ ı p я o o O0 o o0 ţţ ţţ ċ я є є є єєţţ ţţţ Ԁ m u ҡ ѧ s ı я o s ʟ ı & mѧT m ѧ s є L ѧ ň ✌

      Padam
  2. tak sangka, makin moden zaman, makin banyak oportunis daripada pelbagai jenis yang keluar. hahaha

    http://sayapejuangbahasa.blogspot.my/2016/01/inilah-punca-ramai-jemaah-tidur-semasa.html

    BalasPadam
  3. Mmg perangai tahi melayu.. suka amik hak orng, ciplak.. xde inovasi sndiri.. dlm dunia perniagaan pun gitu..

    Tp psl air dlm gelas tu btl la, dr dok layan org yg dok bertekak psl air dlm gelas, baik kita teguk jer sampai habis.. br semua setuju xde air dlm gelas.. setel masalah..

    BalasPadam
  4. Mengakui hasil karya orang lain sebagai hasil karya sendiri..itu jenayah namanya =(

    BalasPadam
  5. Hahaha cant agree more. Zaman sekrg semua pentingakn diri dan nak glamor dgn cepat dlm media sosial. Padahal IRL takde sapa peduli. Lol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok. proo0oOOoottt d muka noob..

      -wakil sirosli-

      Padam
    2. psssiitttt psssoooOottt argh lega baq ang ..

      -wakil zirarok-

      Padam
  6. psssiitttt psssoooOottt argh lega baq ang ..

    -ayam aperika-

    BalasPadam
  7. Paling oportunis ialah golongan peniaga la kat malaysia ni..

    BalasPadam
  8. Manusia kan suka jalan mudah.
    Jadi oportunis ni jalan mudah.
    So kalau dia tak buat, orang lain akan buat juga.
    Nak bendung memang payah, so kita ni kena laa berilmu sikit supaya pandai memilih.

    Sekadar pandangan peribadi :)

    BalasPadam
  9. Tapi,bukan Buasir Otak sendiri adalah oppurtunis 'bangsat'? Letak komen tak membina dalam blog orang lain dengan harapan orang singgah blog korang. Content pun kebanyakan copy-paste jugak macam obepig. sekarang bising jangan copy paste content komik? lel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku komen tu nak promote blog takde kaitan pun dengan ambil kesempatan atas usaha, musibah dan kebaikan orang lain. Kau ni faham ke tak apa yang aku tulis kat atas tu? Content aku copy paste pun aku letak sumber asal dari mana aku ambik untuk aku ulas. Aku tak pernah klaim pun tulisan orang lain sebagai penulisan aku sendiri. Ada beza content komik aku kena curi, buang nama, watermark semua. Tapi takpe mungkin benda macam ni terlalu susah untuk kau faham sebab bukan level kau, takpe aku faham.

      Oh btw letak perkataan lel kat hujung tak menunjukkan hujah kau betul.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.