Halaman

Sabtu, 13 Februari 2016

Kerja bidang ICT tapi perkara asas pun tak tahu

Seperti yang korang mungkin dah tau atau yang belum tahu lagi, aku dulu belajar dalam bidang IT dan kini bekerja dalam bidang IT. Kenapa aku nak belajar IT? Sebab dari kecil aku memang minat dengan komputer, mungkin kerana dari kecil aku dah didedahkan dengan komputer di rumah walaupun aku selalu guna komputer hanya untuk main game waktu tu.

Maka sejak itu aku dah terinluence untuk belajar guna office suit software, graphic editing software, basic programming, buat website sendiri dan sebagainya sehingga membuatkan aku memilih bidang komputer sebagai target dalam laluan kerjaya aku.

Pada zaman aku masuk universiti sekitar akhir tahun 90-an, masa tu merupakan zaman multimedia/cyber boom atau Internet/dot com bubble, zaman di mana sektor IT tiba2 meletup dan jadi popular. Pada waktu itu ramai orang mahu jadi celik IT, ramai orang mahu belajar IT, IT jadi penting dalam dasar kerajaan, ramai orang mahu jadi apart of Multimedia Super Coridor (MSC) family.


So disebabkan itu, kebanyakan pelajar lepasan SPM yang nak apply universiti pasti memasukkan kursus IT, ICT atau Sains Komputer dalam borang UPU walaupun sekadar pilihan ke-5, dan kesannya pada tahun2 itu menyaksikan pelajar IT adalah antara pelajar yang teramai di universiti2 awam walaupun ada di antara mereka yang tak pernah sentuh komputer pun sebelum2 ini.

Hari ini, aku dah berjumpa dengan ramai orang dalam bidang kerjaya IT ini yang kira2 sezaman dengan aku. Ada yang dah jadi pakar, ada yang jadi pengajar, ada yang jadi manager, ada yang jadi pekerja gomen, ada yang jadi eksekutif kanan di syarikat2 besar, dan tak kurang juga ada yang dah kerja lari dari bidang IT atau balik kampung buat bisnes construction.

Sesetengah daripada mereka, masih setia bekerja dalam bidang IT kerana mereka minat dan suka dengan apa yang mereka buat. Namun sesetengah daripada mereka masih kekal dalam bidang mereka kerana tiada pilihan walaupun mereka sebenarnya tidak berapa minat pun kerja dalam bidang IT. Dan orang yang tiada minat ini, kau akan nampak kemahirannya agak lemah, kerjanya agak perlahan dan usaha untuk belajar kurang. Biasanya environment ini kau boleh nampak pada pegawai IT di sektor awam.


Jika seorang pakar IT yang dah kerja 10 tahun di sektor swasta tahun masih hebat dan mampu untuk membuat programming, configure network, firewall, setup server Linux dan sebagainya, pegawai IT kerajaan yang dah kerja 10 tahun pun kemahiran mereka belum tentu dapat mengatasi fresh grad IT yang baru kerja setahun, kerana ada di antara mereka yang walaupun dah berpangkat tinggi namun tak pernah buat programming pun sepanjang kerja mereka, malah switch dan server pun mungkin ada yang tak pernah tengok pun. Jangankan kerja yang besar2, nak setup printer sendiri pun suruh juruteknik atau vendor sahaja yang pasangkan. Memang tak semua pegawai IT kerajaan seperti ini tapi kebiasaannya, ya.

Dalam bidang pekerjaan lain aku tak pasti, tapi kenapa budaya sebegini berlaku dalam bidang kerja IT? Pertama sekali kerana mereka tak minat pun dengan IT in the first place. Mereka bekerja dalam bidang IT hanya kerana mereka sudah ambil degree IT. Dan kenapa mereka ambil degree IT? Hanya kerana nak masuk universiti dan dapatkan degree kerana mereka tak layak untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang medik dan engineering yang menjadi pilihan awal2 mereka.

Yang kedua pula adalah kerana mereka telah dapat kerja dengan kerajaan, so diorang ada satu sikap jika mereka tak boleh buat pun tidak apa kerana mereka tetap boleh hire vendor untuk buat kerja mereka tanpa kau perlu ada rasa risau pun yang kedudukan atau kerjaya kau akan terancam. Berbeza dengan kerja di sektor swasta, kalau kau tak boleh buat dan majikan rasa kau tak competent untuk buat kerja kau, mereka boleh berhentikan kerja kau dan ambil pekerja lain yang lebih competent.


Aku juga jika temuduga orang dan nak ambil orang IT bekerja, perkara pertama aku tengok adalah minat dan passionate mereka, kedua adalah tahap kemahiran dan skill mereka, dan yang ketiga barulah kelulusan mereka. So macam mana nak menilai kesemua perkara tu?

Nak tengok kelulusan akademik mereka, boleh tengok sahaja di resume mereka. Nak tahu tahap kemahiran dan skill mereka, waktu temuduga boleh uji sikit mereka dengan soalan2 teknikal. Dan nak menilai minat dan passionate mereka, kau tanya soalan2 paling basic tentang IT yang benda tu jarang diajar pun di universiti kerana terlalu basic, seperti tanya tentang macam mana nak senaraikan direktori guna MS-DOS prompt, cara nak install printer, cara nak pasang monitor ke CPU, cara nak ping IP address, nak tengok process dalam Windows dan sebagainya.

Jika soalan paling basic ini mereka boleh jawab, maka sedikit sebanyak kau boleh dapat gambaran yang mereka ini memang minat dengan IT atau komputer, dan mereka sanggup berusaha untuk belajar sendiri dengan minimum guidance daripada supervisor. Ini penting terutama bagi fresh graduate IT yang baru nak cari kerja kerana mereka tiada pengalaman kerja dan kurang kemahiran. Jika CGPA degree kau 4 flat sekalipun, kalau benda basic tentang IT pun kau tak tahu, minta maaf tapi kau memang tak layak untuk bekerja dalam bidang IT kerana ia bakal menyusahkan rakan sekerja kau, lebih2 lagi jika kau dapat kerja kerajaan.

Aku terbaca dalam sebuah group IT di Facebook, ada seorang senior staff di sebuah syarikat IT bertaraf multinasional (MNC) menyuarakan persoalan seperti berikut:


Walaupun ada yang menyokong status tersebut, namun ramai juga yang membantah terutama daripada generasi yang lebih muda dengan alasan2 seperti:
  • Mana ada lagi orang guna MS-DOS dah zaman sekarang.
  • Level degree memang tak diajar benda ni. Kalau ambik sijil atau diploma memanglah belajar.
  • So what kalau tak tahu command prompt? Aku tetap boleh buat programming.
  • Nanti dah dapat kerja supervisor kena ajarlah atau syarikat hantar training.
  • Apa kaitan benda ni dengan kerja IT?

Aku tak tahu macam mana mana nak cakap. Its a fuckin BASIC thing dalam bidang IT. Kau tu ada degree IT. Kalau kau tu degree bisness ke HR ke atau bukan budak IT ke, aku faham la kau tak tahu benda basic tu, tapi kau tu DEGREE IN IT and you should know!

Pekerja IT yang tak tahu benda basic pasal IT dan komputer, sama seperti seorang doktor yang tak tahu nak guna stetoskop, atau budak grafik yang tak tahu guna Photoshop, atau budak kejuruteraan awam yang tak tahu nisbah bancuhan simen, atau budak elektrik yang tak kenal siapa Nikola Tesla. Skill tertentu mungkin supervisor akan ajar atau majikan akan hantar pergi training, tapi bukan untuk perkara2 basic.

Graduan muda janganlah sombong sangat. Walaupun zaman mungkin berbeza, namun at least respect orang yang dah lama dalam bidang ini. Mereka cakap macam tu dan bagi nasihat itu ini pasti ada sebab. Afterall, mereka mungkin yang akan menemuduga anda satu hari nanti. So kalau anda betul2 nak kerja dalam bidang IT, pastikan anda betul2 ada minat dan passionate dengan bidang yang anda ceburi.

Aku dah experience kerja dengan orang yang kerja dalam bidang IT tapi tak minat dengan kerja mereka, hasilnya mereka dah menyusahkan aku dan juga ramai orang yang lain bila bagi apa2 kerja kat mereka, mereka akan datang kat kita semula, kena semak dan redo balik semua kerja mereka. Dalam pekerjaan kita perlukan seorang yang boleh reliable dan buat kerja dengan minimum supervision. Pejabat bukan tempat untuk kau belajar macam kat sekolah atau universiti nak harap ada cikgu yang boleh selalu ajar kau. Banyak benda kau kena belajar sendiri. And its kinda annoying and irritating bila kau bekerja dengan orang IT yang dah kerja lama tapi benda basic pun dia tak tahu dan nak kena beritahu balik satu2.

Serius, kerja dalam bidang IT ni memang membosankan. Kerja anda mungkin akan menghadap komputer dan mengetik papan kekunci sepanjang 8 jam setiap hari dari Isnin hingga Jumaat. Anda akan lebih banyak berinteraksi dan menghabiskan masa anda dengan skrin sebesar 14 inci berbanding dengan manusia sebenar. Jika anda rasa tidak boleh tahan dengan kerja yang membosankan ini, jangan kerja dalam bidang IT, atau jangan even ambil ijazah dalam IT pun. Cari course lain yang lebih sesuai dan kena dengan jiwa dan minat anda.

Lain2 artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: belajar degree kursus ijazah it ict komputer sains science computer sarjana muda master phd tak tahu perkara basic asas

21 ulasan:

  1. well that something... tp biasanya bidang basic kadang2 terlupa kot... mengelabah ke? dulu ak ad junior masuk agak clumsy tp dah setahun pro dah ok je...janji kena tunjuk perangai ingin tahu...

    BalasPadam
  2. wow nikolai tesla pencipta death ray tu kan. alhamdulillah weapon tersebut xpnah cipta ..

    -ahmad-

    BalasPadam
  3. Having become obsessed with the wireless transmission of energy, around 1900 Nikola set to work on his boldest project yet: to build a global, wireless communication system—to be transmitted through a large electrical tower—for sharing information and providing free electricity throughout the world. With funding from a group of investors that included financial giant J. P. Morgan, in 1901 Tesla began work on the project in earnest, designing and building a lab with a power plant and a massive transmission tower on a site on Long Island, New York, that became known as Wardenclyffe. However, when doubts arose among his investors about the plausibility of Tesla's system and his rival, Guglielmo Marconi—with the financial support of Andrew Carnegie and Thomas Edison—continued to make great advances with his own radio technologies, Tesla had no choice but to abandon the project. The Wardenclyffe staff was laid off in 1906 and by 1915 the site had fallen into foreclosure. Two years later Tesla declared bankruptcy and the tower was dismantled and sold for scrap to help pay the debts he had accrued.

    BalasPadam
  4. kejap lagi kedepan mesti komen

    BalasPadam
  5. Aku pulak macam rasa menyesal x ambek IT masa belajar haritu. belajar basic IT je kot. :(
    HAHAHA

    BalasPadam
  6. Aku pun masa belajar tak la minat mana sebab family yg suruh..aku ditunjukkan jalan sejak dari sekolah menengah lagi..kononnya dah abes belajar boleh kerja company family n take over satu ari nanti because im only the man..
    Tapi belum abes belajar family bergaduh n company closed..masing2 bawak haluan sendiri..
    aku lepas abes belajar,pau family member sikit2 sorang..buat loan bank atas nama ayah aku..bukak bisnes sendiri..walaupun tak beso n maju..walaupun cukup2 makan je..aku happy sebab tu minat aku dari kecik..dan ia bukan dlm bidang kerja company dulu..
    -lanun-

    BalasPadam
  7. Akak bab IT memang lembab tp skang Allah susunkan akak kerja bersama org2 IT. Allhamdulillah...

    BalasPadam
  8. Salah satu jenis orang yang aku takkan cari pasal ialah budak IT.
    Sebabnya, aku tak pandai IT. Kalau aku cari pasal dgn budak IT, rasanya banyak kesan buruk nanti. Hihi

    BalasPadam
  9. Untunglah orang yang pakar IT banyak manfaat di zaman yang serba serbi IT ni...

    IT itu susah bagi Mrs. A zaman study paper IT sekadar lulus jer... 'A' tak pernah dapat. Mungkin jugak sebab lecturer tak best.

    Haahaaaaa... dah salah lecturer la pulak, walhal diri sendiri yang slow.

    Nak pilih laptop pun tak pandai nak pilih mana yang bagus dengan harga yang berpatutan. Cer advise sikit Noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk laptop atau PC ni ada 2 je faktor je kalau nak beli, harga dan specs. Kalau PC kita perlu specs tinggi untuk buat kerja atau main game, kenalah beli yang mahal. Kalau setakat nak guna browse Internet biasa2 je, beli notebook murah2 pun ok yang specs rendah.

      Kalau dari segi jenama, kalau nak value for money boleh beli brand Acer atau Asus, biasanya harga mereka lebih murah dengan specs yang sama yang lebih mahal pasa brand lain seperti HP, Lenovo, Dell dan sebagainya. Tapi kalau boleh cari yang ada warraty lama atau yang boleh extend warranty sekurang2nya 3 tahun supaya kalau rosak dalam tempoh tu waranti boleh cover.

      Padam
    2. Kau lupa sebutkan 'Microsoft OS'. Yang jenis tahu klik-klik guna tetikus disyorkan guna Microsoft OS. Jangan terikut-ikut dengan kawan-kawan hipster atau brogrammer yang guna Linux sebab nanti kalau ada masalah pada laptop dan tanya pada kawan-kawan hipster, jawapan standard yang akan diberikan, "Aduh, kau google la dulu!" :)

      Padam
  10. Aku ambik jurusan Comp Science, tapi format computer pun aku tak reti. kalau bab ni, ko akan bengang n annoying dengan aku ke tak noob?

    Seingat aku, kat U dulu aku belajar buat website guna programming, belajar sql command, networking basic. Part2 hardware macam baraikan pc/laptop then sambung balik, format balik laptop kalau kena virus, memang tak sentuh. yang tu semua aku belajar masa aku practical kat company computer hardware. Dari bina simple website company tu, troubleshoot pc/laptop customer yang bermasalah,buka dan tukar komponen computer, sampai la ke format pc/laptop customer.

    aku pun tak pasti apa sebenarnya bidang IT tu.. adakah berkaitan system/programming/coding means (software sahaja) atau ada juga computer technical (hardware) macam troubleshoot/repair/format pc atau both software hardware. kalau semua aspect kena tahu, mungkin syllabus kat U kena kaji balik la. Tapi aku still sokong, at least basic troubleshooting pekerja bidang IT perlu tahu la. entah la.. aku pun dah lama tinggalkan U. sekarang pun kalau ada prob, aku call je technician computer. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe format komputer tu dah kira advanced bukan basic. Tapi kalau tahu lagi better sebagai add-on knowledge.

      Padam
    2. Best ttg IT.. ada kawan aku.. score paper MCSE, ada CCNA juga SAP Cert. Install server OS pun xtau.

      Sbb practical dan exam guna Transcender. Server RAID pun berterabur nak explain.

      Habis duit beribu amik training dan exam. Blom termasuk degree lagi.

      Skrg jadi sales kat Telekom. Jual Lease Line. Configure sumer vendor yg buatkan. Even Streamyx dan Unifi pun.

      Itu dah lulus level boleh kata advance pun.. masih terkial2.. apatah lagi yg baru graduate dan baru dok mencari kerja.

      Nak yg betul2 power mcm CCIE holder, boleh dibilang dgn jari la. Sbb CCIE mmg jenis pulun belajar sendiri. Even yg experience dgn ISP 20 tahun pun.. blom tentu mampu cover subjek2 basic. Mmg otak dan minat derang mcm manusia dari outer space. Wireshark dah mmg mcm kawan.

      Hidup ni adalah pilihan. Nak jadi bodoh atau nak jadi pandai. Nak jadi pandai bercakap saja pun boleh. Mcm2 boleh pilih.

      Padam
    3. Tu la Tanpa Nama17 Februari 2016 6:01 PG
      Sebabnya kebanyakkan pekerja dorang adalah pengguna system yang dah sedia ada. yang sediakan tu adalah vendor. vendor pulak hebat dari segi developing system guna programming, vendor pun belum tentu tahu nak Install server OS. huhu..

      Padam
  11. Member pernah citer, kawan dia interview budak utk kilang kereta....saje tanya calon tu - grad mekanikal automotifd ari uni ternama di mesia. Soalan - ape beza enjin karburator dengan injection?

    calon tu tanya balik..."ape tu karburator? ada ke enjin tu?"

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.