Halaman

Sabtu, 21 Mei 2016

Perempuan Melayu yang merokok perempuan jahat?

Perempuan dan rokok...

Zaman sekarang ni nampak perempuan Melayu yang merokok bukanlah perkara yang pelik lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Malah aku dah banyak kali pun nampak perempuan Melayu bertudung dengan selambanya hisap rokok di kedai-kedai makan dan di kaki lima. Walaupun hati kecil aku memang aku rasa agak skeptikal dan rasa meluat bila melihat orang perempuan hisap rokok, tapi bagi aku orang perempuan merokok dan lelaki yang merokok sama sahaja.


Sebagaimana lelaki yang merokok itu tidak semestinya jahat, begitu juga dengan wanita. So bila ada yang memandang perempuan merokok ini perangai buruk dan melabelkan mereka macam sundal ke apa bagi aku adalah kurang wajar.

Walaupun majlis fatwa menjatuhkan hukum merokok adalah haram, namun mahu merokok atau tidak tidak kira lelaki atau wanita adalah pilihan masing-masing kerana tiada penguatkuasaan pun pada pengharaman ini.

Malah kalau kita tegur pun nanti mereka kata kita ini diskriminasi dan prejudis terhadap kaum wanita. Asal lelaki hisap boleh perempuan hisap buruk. Asal lelaki hisap baik kalau perempuan hisap jahat. Dan kalau kita jijik melihat wanita Melayu yang merokok, kita juga seharusnya jijik melihat lelaki Melayu yang merokok.

Makanya, aku dah tak peduli.

Zaman moden sangat kan? Kau nak merokok ke nak dapat penyakit ke nak bagi ahli keluarga kau sakit ke, aku tak peduli. Aku akan pandang seorang wanita yang merokok sama seperti seorang lelaki yang merokok dan aku masih boleh berkawan dengan perempuan yang merokok seperti mana aku berkawan dengan orang lelaki yang merokok.

Asalkan kau tak merokok dekat tempat awam, kawasan larangan merokok dan tak hembus asap rokok kau depan muka aku sudah. Yang pasti kau bukan bini aku, anak aku atau ahli keluarga aku.

Baca lagi artikel berkaitan berikut:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: budak perempuan wanita gadis melayu islam pakai tudung bertudung hijab hisap rokok merokok smoking

24 ulasan:

  1. 01. Associating anything with Allah 
    02. Murder 
    03. Practising magic 
    04. Not Praying 
    05. Not paying Zakat 
    06. Not fasting on a Day of Ramadan without excuse 
    07. Not performing Hajj, while being able to do so 
    08. Disrespect to parents 
    09. Abandoning relatives 
    10. Fornication and Adultery 
    11. Homosexuality(sodomy) 
    12. Interest(Riba) 
    13. Wrongfully consuming the property of an orphan 
    14. Lying about Allah and His Messenger 
    15. Running away from the battlefield 
    16. A leader's deceiving his people and being unjust to them 
    17. Pride and arrogance 
    18. Bearing false witness 
    19. Drinking Khamr (wine) 
    20. Gambling 
    21. Slandering chaste women 
    22. Stealing from the spoils of war 
    23. Stealing 
    24. Highway Robbery 
    25. Taking false oath 
    26. Oppression 
    27. Illegal gain 
    28. Consuming wealth acquired unlawfully 
    29. Committing suicide 
    30. Frequent lying 
    31. Judging unjustly 
    32. Giving and Accepting bribes 
    33. Woman's imitating man and man's imitating woman 
    34. Being cuckold 
    35. Marrying a divorced woman in order to make her lawful for the husband 
    36. Not protecting oneself from urine 
    37. Showing-off 
    38. Learning knowledge of the religion for the sake of this world and concealing that knowledge 
    39. Bertrayal of trust 
    40. Recounting favours 
    41. Denying Allah's Decree 
    42. Listening (to) people's private conversations 
    43. Carrying tales 
    44. Cursing 
    45. Breaking contracts 
    46. Believing in fortune-tellers and astrologers 
    47. A woman's bad conduct towards her husband 
    48. Making statues and pictures 
    49. Lamenting, wailing, tearing the clothing, and doing other things of this sort when an affliction befalls 
    50. Treating others unjustly 
    51. Overbearing conduct toward the wife, the servant, the weak, and animals 
    52. Offending one's neighbour 
    53. Offending and abusing Muslims 
    54. Offending people and having an arrogant attitude toward them 
    55. Trailing one's garment in pride 
    56. Men's wearing silk and gold 
    57. A slave's running away from his master 
    58. Slaughtering an animal which has been dedicated to anyone other than Allah 
    59. To knowingly ascribe one's paternity to a father other than one's own 
    60. Arguing and disputing violently 
    61. Witholding excess water 
    62. Giving short weight or measure 
    63. Feeling secure from Allah's Plan 
    64. Offending Allah's righteous friends 
    65. Not praying in congregation but praying alone without an excuse 
    66. Persistently missing Friday Prayers without any excuse 
    67. Unsurping the rights of the heir through bequests 
    68. Deceiving and plotting evil 
    69. Spying for the enemy of the Muslims 
    70. Cursing or insulting any of the Companions of Allah's Messenger

    Dimana dosa merokoknya ya.. rankingnya lagi bawah.. tak termasuk dlm 70 ni. Jika nak sangkut juga, merokok sama dgn minum arak, sbb tembakau direndam selama 4 hari 4 malam di dlm silo untuk kesedapan dan penyebab utama ketagihan kpd perokok. Cari Youtube Video, "Whats in a cigarette?", direndam dlm "mother liquor". Ibu arak gitulah gamaknya.. lihat lik video 2 dibawah. Minit pertama 1.00.

    Ada pernah diceritakan oleh Ustaz Genius, Dr Jamnul Azhar Mulkan dalam siri ceramahnya. Link video 1.

    1. https://youtu.be/W0hGHZIPI4M
    2. https://youtu.be/pPtCZawoIbw

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sori.. atas ni, dosa2 mengikut ranking..mengikut kedudukannya.. carilah sendiri sapa yg buat listing ni ya.. saya cuma copy paste ja.. sbb baru tersedar slps tgk video Dr Zakir Naik menegur pompuan Jepun nak masuk Islam, tapi masih ingin terus minum arak dan makan babi. Lihat minit 7.00-8.00 gitu..

      https://youtu.be/fiUTNUi7Ud4

      Padam
  2. mana kau tau anak ngko esok2 x merokok noob..

    -sirosli perokok tegar-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksud aku orang selain ahli keluarga aku kalau merokok aku tak peduli, masing-masing dah besar panjang boleh fikir jauh. Tapi kalau ahli keluarga aku merokok apatah lagi anak aku memang aku akan marah la.

      Padam
  3. Sirosli penghisap rokok daging21 Mei 2016 pada 4:04 PTG

    Ko cakap ko tak peduli,tapi ko tulis artikel panjang2 macam ko sangat peduli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Artikel ni masih kira pendek lagi tak sampai 10 perenggan pun. Kalau aku betul-betul peduli sampai 5000 patah perkataan aku tulis.

      Padam
  4. pe brg isap rokok. isap lah tetek. sedap hingga menjilat jari nyum2

    -sirosli aka penghisap kopek -

    BalasPadam
  5. Dekat area ofis aq bersepah perempuan bertudung hisap rokok. Memang hisap rokok tu buruk...tapi bagi aq buruk lagi tengok perempuan bertudung merokok sbb bagi aq...wanita bertudung adlh antara kesopanan yg terakhir dlm wanita melayu, so bila dicemar dgn merokok rasa mcm hilang satu kebanggaan utk wanita melayu

    BalasPadam
  6. salam 1bangelasia

    Bila jawatan tukang ajar diberi kepada orang tak cukup ajaran maka lahirlah sampah insan. Bayangkan mereka ini dulu kawan-kawan anda yang rendah intelek dan rendah akhlaknya tak dengar cakap guru dan ibu bapa tiba-tiba diberi degree di KU mana tah orang tak pernah dengar. Bila grad jadi beban kepada rakyat. Graduan pandai terpaksa berebut jawatan dengan mereka, pekerja am terpaksa diimport dari luar menambah jenayah. Jawatan mulia seperti guru diberi pula kepada penjenayah yang terkenal waktu di sekolah dulu tidak pernah naik pentas kecemerlangan dan rosak akhlak maka lahirlah sampah insan perogol kanak-kanak.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko pasti ke time ko karang komen ko ni...ko bukan dibawah pengaruh dadah?

      Padam
  7. ovum tak berkualiti nanti...

    BalasPadam
  8. Merokok bkn nilai seseorang tu jahat or baik. Isteri aku bertudung dan perokok. Umur 23 tahun. Dia start merokok sejak form 1. Saja nak cuba2 katanya. Last2 terus jd habit. Isteri aku bkn jenis yg liar or sebagainya. Orangnya lemah lembut, baik, ayu, bertudung pula tu. Tp kuat merokok sekotak sehari. Ada gak la suruh dia stop tp susah katanya sbb dah habit. Tp aku mterima seadanya. Walaupun aku ni tak merokok, aku tak kisah dia merokok sbb aku faham keadaan perokok tegar mcm mana. Asalkan dia baik sudah.

    BalasPadam
  9. Bini aku merokok gak. Prwatakan die lemah lembut je, slalu pakai baju kurung n mmg org yg brtudung. Tp kuat merokok smpi nk habis 2 kotak sehari. Hisap marlboro plak tuh. Aku yg laki ni pun tak merokok. Tp aku still can get along with her. Aku faham jiwa perokok mcm mane. Dh 10 tahun kot die merokok. Kategori perokok tegar la bini aku ni. Skang die umo 25. Adik pompuan die umo 20 pun merokok gak. Pakai tudung gak lemah lembut mcm die. Tp taktau la bape batang sehari. Family die jenis tak kisah

    BalasPadam
  10. aku juga perempuan yg merokok sejak form 5 lagi.tapi bagi aku kalau merokok hanya di belakang family lebih baik berhenti cepat sblm ketagih.mak bapak kalau tau mesti marahkan.tak payah mcm poyo sgt perempuan mcm tu.aku lain cetanya.parent aku tak kisah aku merokok.selepas tamat sekolah aku semakin kuat merokok hingga mak ayah aku tau hingga skrg.bila da ketagih merokok memang susah nk stop.

    BalasPadam
  11. Family aku rmai yg merokok. Yg ajaibnye yg merokok ni sume pompuan. Abah aku dlu merokok tp da benti lame da. Mak aku masih merokok. Skang turun ke anak2 temasuk aku. Kecuali abg sulung n abg ngah. Yg no 3 akak aku, aku n adik bongsu aku merokok. Kami betiga-tiga ni betudung n kami bkn buat jahat. Merokok je pun. Abah n mak spoting tak kisah kami merokok. Cuma abah pesan jgn merokok kt skolah. Tp skang umo aku da 19 n aku bebas merokok kt mane2 asalkn pandai jga diri

    BalasPadam
  12. Sy smoker...tp sy hormat non smoker...sy isap rokok bkn menunjuk...tp sbb da my habit...

    BalasPadam
  13. aku nie pempuan perokok.tapi aku bukan nak citer psal aku.sorang kwn opis aku bertudung cantik plak tu sorang perokok.aku tnye dia knapa merokok klau pkai tudung?dia tnye aku balik knapa aku merokok?knapa lelaki yg pkai songkok baju melayu merokok?knapa bilal imam masjid pun merokok?terkedu jgak aku.merokok ni same la mcm mkn nasik.laki mkn nasik pempuan pun mkn nasik.laki bawak kete pempuan pun bawak kete.laki jadi engineer pempuan pun ada jadi engineer.so perkara ni takda batasan laki pempuan.klau kata pempuan bertudung merokok malukan agama habis tu yg laki tu tak malukan agama?tak perlu diskriminasi dlm hal ni.knapa dia merokok same la mcm knapa aku merokok,knapa laki merokok.jgn lah asyik nak hentam kami pempuan merokok termasuk yg bertudung.tp aku nak ckp,kwn opis aku yg bertudung tu merokok perhh....memg superb.sbb dia cun kot.

    BalasPadam
  14. tunang saya pun kuat merokok..mula janji nak berhenti merokok lepas tunang..tapi still tak boleh berhenti..kuat merokok dia saya pun kalah..

    BalasPadam
  15. Dulu saya sosial smoker tapi sekarang dah jadi hard smoker..mujur mak jenis penyabar..marah gitu2 masa mula belajar merokok dgn abang..lama2 dah tak kisah..
    baru tahu kesan merokok..susah nak berhenti.kadang2 lebih kuat merokok dari abg saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka tengok bibir perempuan kuat merokok..seksi

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.