Dalam Islam, lelaki dibenarkan untuk berkahwin ramai tidak lebih dari 4 orang dalam satu-satu masa, wanita pula tidak boleh berkahwin ramai. Poligami itu sunnah, begitu juga dengan monogami dan juga amalan-amalan sunnah yang lain. Jika tidak mampu berkahwin ramai, kahwinilah seorang wanita sahaja.
Jika tak mampu berkahwin langsung, tak perlu berkahwin. Kerana perkahwinan ini tidak kiralah berkahwin seorang atau ramai, ia datang dengan tanggungjawab. Jika mahu berkahwin ramai, adalah wajib untuk suami berlaku adil dan membahagiakan kepada isteri-isterinya.
Gambar hiasan.
Maka andai sebuah perkahwinan itu gagal, ia adalah kerana masalah individu itu sendiri bukanlah institusi perkahwinan itu. Jika sebuah perkahwinan poligami tidak mendatangkan kebahagiaan kepada isteri-isteri, ia adalah kerana kegagalan suaminya sendiri, bukanlah disebabkan institusi perkahwinan poligami itu sendiri.
Adakah poligami itu memang membahagiakan? Tidak semestinya. Adakah berkahwin seorang itu juga pasti bahagia? Tidak semestinya juga. Adakah tidak berkahwin itu juga akan kekal bahagia sampai ke tua? Mungkin ya mungkin tidak, ia bergantung kepada individu itu sendiri bukanlah institusi perkahwinan itu sendiri.
Sama sahaja dengan hal-hal lain di dalam agama. Mungkin ada yang tidak bersetuju tentang hukum hudud, tentang aurat wanita, tentang pengecualian kaum wanita dalam melaksanakan ibadah ketika datang bulan dan sebagainya, namun usah mencemuh atau merungut seperti ia sebenarnya adalah tidak patut dan tidak wajar. Seriously, kita siapa nak mempertikaikan apa yang Tuhan dah tetapkan?
Contoh seperti status menganjing yang acah-acah sentap ini dari Twitter ni. Padan muka lelaki rasa betapa pedihnya perempuan dimadukan? Apa sebenarnya yang ingin disampaikan? Yang institusi poligami itu sebenarnya kejam terhadap wanita, tidak patut dan harus ditolak?
Tak dinafikan ada kes poligami yang bermasalah kerana suaminya tidak berlaku adil, mengabaikan sesetengah isterinya dan sebagainya, namun seperti yang aku tulis tadi yang bermasalah itu adalah suami itu sendiri bukan insitusi poligami. Ada je keluarga poligami yang bahagia sampai beranak pinak dan menjadi keluarga yang besar. Maka adakah mereka pun kena dipadan mukakan?
Jika anda bencikan poligami, ada je orang yang boleh menerima malah bahagia pun hidup bermadu. Baca kisah "Isteri Pertama Wujudkan Rasa Sayang Pada Bakal Madu Sebelum Suami Kahwin Lagi".
Sedikit perkongsian pandangan dari rakan BO:TK cEro:
Sumber FB cEro.
Ya memang ada orang lelaki yang nak kahwin ramai sebab sangap, nak rasa benda baru, muda dan sebagainya. Tapi kau tahu ke ada juga yang kahwin ramai kerana memang benar-benar nak mengikut sunnah Nabi? Mereka berpoligami kerana hendak memperbanyak keturunan dan zuriat, membela perawan tua, janda dan anak yatim? Atau mungkin ada juga yang isterinya sendiri mahu suaminya berpoligami kerana dia sudah uzur dan tidak mampu untuk melayan suami?
Poligami itu mungkin kau rasa janggal tapi dah ia memang dibolehkan dalam Islam, maka tak perlulah membencinya seolah-olah ia satu dosa, suatu hal yang negatif yang sangat buruk serta generalize asal lelaki berpoligami je mesti lelaki tu gila seks dan isteri-isterinya pasti terseksa dan menderita.
Kau tak suka suami kau kawin ramai? Kau beritahu jelah dia yang kau tak suka bermadu. Cakap je dengan dia kalau dia nak berkahwin dengan perempuan lain boleh tapi kena ceraikan kau dulu kalau kau tak sanggup bermadu.
Ada orang yang mempertahankan kenyataan acah-acah sentap di atas dengan menyatakan ia hanya "kalau", bukan betul-betul pun. Adakah dengan hanya menggunakan perkataan "kalau" maka ia terus membolehkan sesuatu kenyataan dibuat? Dalam hal yang melibatkan agama menggunakan perkataan "kalau" untuk membenarkan sesuatu yang bertentangan dengan hukum hakam adalah amat tidak wajar sekali.
Aku tanya kau adakah kenyataan seperti ini boleh dibuat hanya kerana ada perkataan "kalau"?
"Kalau" lah kita tak payah solat, tak payah puasa.
"Kalau" lah Nabi tu perempuan.
"Kalau" lah perkahwinan sejenis tu dibolehkan.
"Kalau" lah arak tu halal.
"Kalau" lah rambut bukan aurat wanita.
"Kalau" lah seks sebelum perkahwinan itu dibolehkan.
"Kalau" lah hukum hudud tu tak kejam sangat.
"Kalau" lah Tuhan tu wujud.
Hal-hal berkaitan hukum hakam dan agama jangan dibuat main dan sindiran. Kalau Tuhan dah cakap macam tu dalam Al-Quran dan Nabi dah beritahu macam ni dalam hadis-hadisnya, kita sebagai umat Islam ikut sahaja.
Kenapa lelaki boleh jadi imam solat untuk jemaah lelaki dan wanita tetapi perempuan tak boleh? Jangan persoalkan.
Kenapa lelaki kena berkahwin dengan perempuan tak boleh dengan lelaki juga? Jangan pertikaikan.
Kenapa perempuan nak berkahwin kena ada wali lelaki, lelaki tak perlu? Jangan memperolokkan.
Kenapa lelaki boleh kawin lebih dari seorang tetapi perempuan tak boleh? Jangan persendakan.
Nak membuat perbincangan ilmiah, memberi nasihat dan pandangan terhadap isu-isu seperti ini tidak mengapa, tapi kita sendiri sebagai umat Islam jangan mempersoal, mempertikai, memperolok, mempersendakan mahupun menganjing. Sebab bila kau sendiri dah berasa benci dengan hukum yang Tuhan dah tetapkan kepada kita, maka apa guna kita beragama?
Bacaan lain:
- 10 Hikmah Poligami untuk kemaslahatan ummah
- Antara Cinta dan Sahabat: The Alternate
- Isteri meminang sendiri wanita lain buat suaminya
- Poligami seharusnya bahagia bukan sebaliknya
- Isteri tugasnya memasak, mencuci, mengemas
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: kalau wanita perempuan boleh kahwin ramai lelaki suami poligami monogami seorang polygamy polyandry polyamorous relationship wedding
k...
BalasPadamproOoo0TtT !
Padam-cEroSli-
Oh Rozana
PadamAku mencari gambarmu
Keluar photo jejaka bangla
Tersenyum dan melirikmu
Bersama seketul bisjut & royi
Oh Rozana
Tapi aku tak mampu
Membalas lirikan dan senyummu
Tanpa bisjut & royi darimu
Yang kuharap selalu
Oh Rozana
Dengan perasaan sangat rindu
Kutulis pesan singkat untukmu
Untuk mengurangi resah dihatiku
Oh Rozana
Bilakah ada bisjut & royi
Ku tunggu telefon darimu
Kerna aku sangat rindu
Ingin membeli bisjut & royi
Nak bisjut?
aku setuju. dari salahkan hukum dan keharusan poligami, lebih tepat jika salahkan individu yg gagal berpoligami tu sendiri; guna agama utk kepentingan nafsu dan saja miang2 keladi. perkahwinan bukan utk nafsu je, ia BESERTA tanggungjawab yg amat berat dan tak boleh berhenti sekerat jalan. apapun, terbaik ulasan Noob..
BalasPadamAku perhati orang yg xpoligami jer lebih2 bising.
BalasPadamYg poligami happy jer walaupun hidup diorg serba sederhana. Siap kuar jalan2 sama2, pegi makan sama2, bergambar sama2, ramah, siap beradik kakak lg. Itu yg aku perhatikan. Ms kalau ade kenduri siap datang tolong2 lg.
Orang luar yang xpoligami jer yg bising. Sampai ada yg kutuk2, marah2 dan dipulaukan sebab diorang poligami.
agak-agakle, kalau pompuan boleh kawin sampai 4 pun, 4 orang laki tu memang sewel, bodoh, bangang dan tolol.Mana ada, jangan buat statement bodoh.
BalasPadamso true bro!
BalasPadamSoalan simple.. pompuan nikah ramai lelaki, bila mengandung agak2 benih mana yg masuk?
BalasPadamSoalan simple.. pompuan nikah ramai lelaki, bila mengandung agak2 benih mana yg masuk?
BalasPadamBuat DNA test lah bangang.. bahagia kalau wanita boleh kawin 4 atau lebih.
PadamTerbaik! :D
BalasPadam51 IDEA DESIGN KABINET TV PILIHAN RAMAI
IDEA DESIGN TV KABINET PILIHAN RAMAI