Berikut adalah antara rentetan peristiwa penting yang berlaku sepanjang minggu lalu:
10 Mei
- Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7.
12 Mei
- Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Elders ditubuhkan yang terdiri daripada 5 individu berpengaruh iaitu bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden Petronas Tan Sri Hasan Merican, hartawan Tan Sri Robert Kuok dan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.
- Lim Guan Eng, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Mohamad Sabu dinamakan mengisi tiga jawatan tertinggi dalam kabinet.
- Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dilarang meninggalkan negara.
- Najib meletak jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.
13 Mei
- Mahathir mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri mengembalikan cukai yang dikutip 'secara tidak sah'.
14 Mei
- Peguam Negara Mohamed Tan Dri Apandi Ali bercuti tanpa rekod, tugas diambil alih oleh peguam cara.
- Ketua Pengarah SPRM Datuk Seri Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan.
- Kontrak Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah telah dipendekkan, dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Mahathir berkata undang-undang mengenai berita palsu akan ditakrifkan dengan jelas
- Mahathir berkata pelantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan akan dikaji semula.
15 Mei
- Jabatan Audit mengklasifikasikan semula laporannya terhadap 1MDB.
- Majlis Penasihat tubuh Jawatankuasa Reformasi Institusi.
- Apandi Ali, Irwan Serigar, Dzulkifli dan bekas IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar dilarang meninggalkan negara itu.
16 Mei
- Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara selepas menerima pengampunan penuh.
- Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy juga dilarang meninggalkan negara ini.
- Majlis Penasihat Kerajaan jumpa Irwan Siregar atas kapasitinya sebagai Pengerusi 1MDB.
- Polis mula geledah rumah Najib.
- Kerajaan mengumumkan GST akan berkadar sifar berkuatkuasa 1 Jun.
- Mahathir kata 17,000 penjawat awam lantikan politik akan ditamatkan.
- Pendaftar Pertubuhan meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan.
- Kementerian diarahkan menghentikan penggunaan slogan 1Malaysia.
- Program Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M) berhenti.
- Mesyuarat Lembaga Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan jawatankuasa yang mempunyai anggota lantikan politik akan ditangguhkan.
- Himpunan Merdeka Rakyat berlangsung di Dataran Petaling Jaya.
- Mahathir melantik dirinya sebagai Menteri Pendidikan manakala Wan Azizah menjadi Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.
- Carian polis di rumah Najib berterusan. Antara yang ditemui dan dirampas adalah 72 beg wang tunai, barangan kemas, 284 kotak beg mewah.
- Polis menahan seorang lelaki kerana menghina Mahathir.
- Kementerian Kewangan memulakan pembaharuan fiskal.
Sumber dari Malaysiakini.
Selain itu antara hal lain yang menjadi tumpuan dan tular adalah:
- Tun Mahathir menjadi trendsetter kerana produk yang digunakan oleh Tun Mahathir meningkat popular seperti sandal Bata dan Berocca.
- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang baru berusia 26 tahun kian meningkat popular.
- Video ceramah Mat Sabu yang kelakar tentang 1MDB kembali tular di media sosial dan Whatsapp.
Baca juga artikel berkaitan:
- Bagaimana Pakatan Harapan akhirnya menang PRU14?
- Pasca PRU14: Menuju Malaysia Baru
- Cabaran dan tanggungjawab rakyat selepas PRU14
- Golongan yang harus bersikap neutral dalam politik
- Bagaimana UMNO-BN boleh dapat kembali sokongan?
- Bagaimana kerajaan PH boleh kekal lama berkuasa?
- Kerajaan baru sudah mula dihujani berita palsu
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: rentetan peristiwa penting seminggu satu minggu selepas pru14 petadbiran tun mahathir pakatan harapan beg tangan handbag birkin hermes rosmah mansor najib razak pavilion residences laurel macc
terima kasih, memang tak terjangkau banyak peristiwa penting :)
BalasPadamHahah terbaeklah u compile kan mcm ni
BalasPadam(☞゚ヮ゚)☞ ☜(゚ヮ゚☜)
BalasPadamMentri pendidikkn tun dh bagii org lain noob..sekarang tun m terbuka utk dikritik..tun sedar dgn ledakan media sosial sekarang..kebebasan media sudah diberikn gunakn sebaik mungkin..sekarang rakyat tuntut janji yg dibuat..😁😀
BalasPadam🌷🌷🌷🌺🍀🌹🌸🌼🌻
nak bisjut?
BalasPadam