Halaman

Ahad, 22 Julai 2018

Dengar apa yang dicakap bukan siapa yang bercakap

Seorang ayah yang juga merupakan perokok tegar melarang anak lelakinya menghisap rokok, namun di dalam hati anaknya, dia mempersoal ayahnya yang kuat hisap rokok tapi ada hati nak nasihat dia.
Namun apabila ibunya yang melarang anaknya menghisap rokok, dia menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka.

Apabila seorang ahli perniagaan yang lahir dari keluarga yang kaya memberitahu orang agar bersyukur dengan nikmat yang ada, orang lain merasa jengkel kerana merasakan yang dia lahir-lahir dah kaya bolehlah cakap macam tu.
Namun apabila seorang yang miskin berkata kita mestilah bersyukur dengan segala nikmat yang ada, orang lain tidak merasa jengkel dan dapat menerima nasihat orang yang miskin itu.


Apabila seorang pemimpin menyuruh kita berjimat cermat dalam perbelanjaan, orang ramai marah dengan mengatakan pemimpin tersebut banyak elaun, hidup mewah boleh pulak, lepas tu suruh rakyat berjimat cermat.
Namun apabila seorang pakar motivasi menyuruh kita berjimat cermat dan kawal perbelanjaan, kita tidak rasa apa-apa malah menerima nasihat tersebut.

Apabila seorang yang tidak dikenali menegur seorang budak yang nakal dan berbuat perkara tidak senonoh, ibu bapanya menjadi terasa dan amat defensif mempertahankan anaknya.
Namun apabila cikgunya yang menegur anak murid yang nakal dan melakukan hal tidak baik, ibu bapa dapat menerima teguran cikgu tersebut.

Apabila seorang bekas banduan menegur orang untuk pergi bersolat, orang itu merasa skeptikal terhadap bekas banduan tersebut macamlah baik sangat nak suruh orang pergi solat.
Namun apabila seorang ustaz menegur orang untuk mengerjakan solat, orang tersebut tidak merasa skeptikal dan menerima nasihat tersebut.

Apabila seorang lelaki gemuk hitam menegur sikap buruk seorang gadis, gadis itu merasa jelek muka dah la tak handsome, hitam dan gemuk pulak tu ada hati nak tegur dia.
Namun apabila seorang lelaki kacak putih kurus tinggi lampai muka macam mat Korea datang tegur sikap buruknya, dia rasa terharu dan berterima kasih kerana menegurnya.

Apabila ahli politik dari parti A memberitahu yang suatu tidakan itu baik, kita rasa benci dan mahu membantah tindakan tersebut, hanya kerana kita tidak suka parti A.
Namun apabila ahli politik dari parti B memberitahu yang tindakan yang sama itu adalah baik, kita dapat menerima dan tidak membantah kerana kita suka parti B.

Itulah lumrah seorang manusia.

Kita biasanya jarang menilai apa yang dipertuturkan orang, sebaliknya akan melihat dulu siapa yang menuturkannya terlebih dahulu, walaupun isi kandungan apa yang diperkatakan itu sebenarnya sama sahaja.

Kalau orang tu ada track record yang buruk, atau dilihat tidak berkelayakan, atau mempunyai imej yang tidak sedap mata memandang, atau pendek kata kita tak suka orang tu, dia cakap apa pun kita tidak akan setuju walaupun apa yang dia cakap tu betul.

Namun kalau seseorang itu ada track record yang baik, atau dilihat ada kredibiliti, atau mempunyai imej yang kelihatan bagus, atau senang kata kita memang dah suka orang tu, dia cakap apa pun kita akan terima dan sokong, walaupun apa yang dia cakap tu tak semestinya betul.

Orang yang kita tak suka cakap ayam lebih sedap dari ikan, kita tak terima dan tak setuju.
Orang yang kita suka cakap ayam lebih sedap dari ikan, kita boleh terima dan setuju.

Ya, kita memang double standard. 
Kita memang penaksub manusia.

Mungkin kita dah tak boleh nak ubah mentaliti ini, tapi sekurang-kurangnya kita dengar dan nilailah juga apa yang dipertuturkan orang walaupun kita mungkin tak suka dan merasa jengkel terhadap orang itu.

Yang baik kita ambil, yang tak baik kita tolak, tak kiralah siapa yang bercakap.


Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: dengar percakapan cakap kata tutur pertuturan orang siapa yang berkata 

6 ulasan:

  1. Woiiii..🔈🔉🔊🔊📣🔊🔊📢

    BalasPadam
  2. ted manoff....Ibnu Hasyim dan Pak Karamu rindu kat hang....he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa u merepek nii..mungkin u slh org..aku mana kenal ibnu hasyim tuu...🛡

      Padam
  3. Sangat bersetuju dgn artikel ini

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.