2. Katanya dia kerja penat-penat jadi rider sana sini hantar barang hantar makanan tapi upah sikit je dapat.
3. Youtuber pula yang cuma edit-edit video depan komputer tak perlu keluar peluh perah keringat dapat beribu, berpuluh dan beratus ribu sebulan.
4. Begitu juga ada yang membandingkan pendapatan pekerjaan profesional seperti doktor dan jurutera yang lebih kecil berbanding pendapatan Instafamous atau Youtuber popular.
5. Ini yang ramai orang tak faham. Pekerjaan berlandaskan populariti (pekerjaan bukan konvensional) tidak boleh dibandingkan dengan pekerjaan yang bukan berlandaskan populariti (pekerjaan konvensional).
6. Pendapatan doktor memang sikit kalau dibandingkan dengan pendapatan Youtuber popular, tapi tak bermakna lebih baik jadi Youtuber berbanding doktor.
7. Malah pendapatan doktor adalah antara yang tertinggi berbanding pekerjaan lain yang tidak berasaskan populariti.
8. Pekerjaan yang tidak berlandaskan populariti ini bersifat close market. Seseorang perlu memiliki sijil kelayakan dan kemahiran tertentu untuk memegamg suatu-suatu jawatan.
9. Pekerjaan yang berlandaskan populariti ini pula zaman sekarang sangat open market. Siapa-siapa pun boleh jadi Youtuber, Instafamous, selebriti Facebook, TikTok, Bigo, Smule dan sebagainya.
10. Terbukanya pasaran pekerjaan berlandaskan populariti ini, kalau dulu nak jadi penyanyi kena pergi audition, masuk bintang RTM, Sinaran Passport Kegemilangan, Akademi Fantasia dan sebagainya, sekarang dah tak perlu lalu semua-semua benda tu untuk jadi penyanyi. Cukup dengan suara yang sedap, pandai main alat muzik, pandai cipta lagu yang sedap dan campak dalam mana-mana platform media sosial.
11. Begitu juga nak jadi pelakon. Dulu nak jadi pelakon sikit punya susah, kena uji bakat, kena kenal orang dalam dan sebagainya. Sekarang ni semua orang boleh berlakon dalam video mereka sendiri letak kat Youtube, IG dan sebagainya.
12. Nak jadi kartunis atau pelukis komik. Orang zaman 80, 90 dan 2000-an dulu tahu macam mana strugglenya nak jadi kartunis masuk dalam Gila-Gila, Ujang, Gempak dan sebagainya. Zaman sekarang semua orang boleh jadi pelukis komik kat macam-macam platform.
13. Terbukanya pasaran ini siapa-siapa pun boleh masuk dan mencuba nasib. Kau boleh jadi doktor, dalam masa yang sama seorang penyanyi. Kau boleh jadi cikgu, dalam masa yang sama seorang pelakon Youtube. Kau boleh jadi jurutera, dalam masa yang sama seorang pelukis komik. Kau boleh jadi rider hantar makanan, dalam masa yang sama seoang vlogger motor.
14. Jadi benda ni tak perlu pertikaikan, tak perlu iri hati, sebab benda ni semua orang pun boleh buat, tiada orang sekat, tiada orang marah. Tinggal nak tak nak, rajin tak rajin je. Jika bernasib baik, kau akan popular dan pendapatan kau mencanak-canak. Kalau kurang bernasib baik, mereput jelah macam tu.
15. Lagipun benda ni bukan sekadar edit-edit video dah siap. Nak shooting video Youtube je pun, perlu labur banyak masa, tenaga, wang ringgit dan usaha.
16. Youtuber popular yang kita tengok hari ni ada berjuta Subscriber dan Views, mereka bukan tiba-tiba macam tu. Yang kita nampak adalah kejayaan mereka, tapi proses dan struggle mereka untuk capai ke tahap itu, kita tak nampak.
17. Jadi kenapa pendapatan Youtuber, Instafamous dan selebriti Internet popular ini lebih tinggi dari doktor? Secara mudahnya, apabila kau popular, ramai pengikut, orang akan cari dan sanggup bayar banyak untuk khidmat kau promosi dan iklankan produk mereka sebab nilai market kau tinggi.
18. Kalau kerja doktor tapi tak popular, duduk pun kat hospital sahaja, jadi siapa nak bayar kau suruh iklankan produk mereka? Kau takde pengaruh, tak ramai kenal kau, jadi kau takde market. As simple as that.
19. Cuma apa yang aku nak nasihat, sebelum nak kejar pekerjaan berdasarkan populariti ini, kau berusaha dulu untuk ke arah pekerjaan mainstream. Sebab kerjaya mainstream ini walaupun pendapatannya biasa-biasa sahaja tapi ia secure dalam jangka panjang.
20. Kau kerja cikgu mula umur 25, kau akan kerja sampai umur 60. Majikan akan bayar gaji kau bulan-bulan secara tetap, jadi kau boleh buat bajet dan rancang perbelanjaan. Lepas tu ada macam-macam benefit macam cuti sakit, Socso, KWSP, pencen dan sebagainya.
21. Kerja berlandaskan populariti ini pula, pendapatan tak tetap, majikan pun tak tentu, KWSP, Socso, pencen semua takde. Waktu tengah popular, memang masyuk pendapatan kau. Itu pun kalau kau berjaya popular, ada orang dah mencuba 4, 5 tahun pun masih tak berjaya popular. Ratio dia mungkin dari 1,000 orang yang mencuba, hanya seorang yang berjaya cipta nama. Walaupun begitu lepas 4, 5 tahun, mungkin populariti kau akan merosot, dan pendapatan kau pun akan merosot sama.
22. Macam Youtuber sendiri, buat video letak kat Youtube, dapat banyak views Youtube akan bayar. Tapi kalau satu hari Youtube ubah polisi cakap channel kau tak sesuai dan kena terminate, kau pun tak leh nak cakap apa, terus hilang punca pendapatan sekelip mata.
23. Jadi kalau nak bekerja sepenuh masa dalam industri populariti ini, pastikan kau dah betul-betul popular, boleh dapat banyak income berkali ganda dari income kerja mainstream kau, waktu tengah popular pulun kaw-kaw, lepas tu buat backup plan macam buka bisnes, beli hartanah, main saham dan sebagainya yang boleh secure ekonomi kau waktu dah tak popular nanti.
24. Akhir kata, kalau korang nak terjun dalam bidang ini, good luck dan aku doakan korang akan berjaya. Juga aku harap korang boleh support aku dengan Subscribe channel Youtube Buasir Otak TV, ada banyak animasi dan kartun lucu yang boleh ditonton.
Sekian terima kasih.
Baca juga artikel berkaitan:
- Perang antara generasi abad ke-21 tiada kesudahan
- Lambakan pelapis muda Instafamous untuk masa depan
- Nak jadi Youtuber atau atlet e-Sukan? Fikir semula
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: pendapatan gaji youtuber instafamous pekerjaan kerjaya tak bukan konvensional berasas populariti popular
zaman dah berubah
BalasPadamteknologi baru
Cuma jangan ajak ke arah perkara maksiat sebab nanti dapat saham yang kita tanak sampai ke sudah..
BalasPadamakhir kata lawat juga blog saya
BalasPadam