Halaman

Jumaat, 11 Mac 2022

Dilema Pekerja IT dalam sektor kerajaan

1. Nama aku Jamil (bukan nama sebenar). Aku bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat bermula gred F41 lebih dari 10 tahun di dalam sektor kerajaan. Sebelum itu aku dah pernah bekerja di sektor swasta selama 5 tahun. Aku akan kongsikan masalah-masalah yang berlaku dalam kerjaya Teknologi Maklumat atau skim F ini, yang bermula seawal cara pekerja Teknologi Maklumat diambil berkhidmat dalam kerajaan.

2. Biasanya kalau di sektor swasta, majikan akan ambil pekerja IT berdasarkan keperluan mereka. Contohnya mereka memerlukan Programmer, mereka akan iklan dan buka jawatan Programmer. Jika mereka memerlukan Network Engineer, mereka akan iklan dan buka jawatan Network Engineer. Jika mereka memerlukan Database Administrator (DBA), mereka akan iklan dan buka jawatan DBA.

3. Tapi tahukah anda bagaimana kerajaan mengambil pekerja IT? Mereka iklan dan buka jawatan skim F (Pegawai atau Penolong Pegawai Teknologi Maklumat), suatu jawatan yang sangat generic, tanpa menyatakan sebarang keperluan pada suatu kemahiran khusus dalam bidang IT. Asalkan kau ada sijil, diploma atau degree dalam IT atau Sains Komputer, kau boleh apply.

4. Lepas tu yang mana pointer CGPA 3.0 ke atas dan lulus ujian SPA, biasanya akan dipanggil temuduga. Kalau ada rezeki, kau pun dapatlah tawaran kerja kerajaan dalam skim F, tapi kau takkan tahu lagi kau kerja kat mana, kena buat apa. Bila kau dah lapor diri, baru lah kau akan dihantar pergi mana-mana agensi/jabatan/kementerian. Kat sana pula, tanpa peduli kau ni minat dalam bidang apa, atau apa pengkhususan dan kepakaran kau, kau akan dicampak untuk isi mana-mana perjawatan F yang kosong.

5. Ini bermakna, kalau kau pakar dalam bidang network, malah kalau kau ada sijil-sijil profesional rangkaian seperti CCNA dan CCNP sekali pun, tapi kat jabatan kau tu jawatan yang mengurus network dah ada orang isi, dan jawatan yang kosong adalah jawatan yang kena bangunkan sistem, maka kau kenalah buat pembangunan sistem walaupun kau ada zero knowledge dan skill dalam pembangunan sistem.

6. Dan bila kau dah mengisi kekosongan jawatan tersebut, pengurusan takkan bagi kau training atau kursus tentang apa sebenarnya yang kau kena buat. Kalau nak kursus pun tunggu lah beberapa bulan atau tahun kemudian. Pengurusan expect kau dah tahu semua benda dalam bidang IT. Kalau tak tahu pandai-pandai la belajar sendiri cari kat Google. Bila tanya pegawai atasan pun, kebanyakannya pun tak tahu sangat pun nak buat kerja teknikal sebab masa mereka muda pun mereka tak pernah buat teknikal atau datang dari bidang yang lain.

7. Jadi apa kesan bila benda ni berlaku?

i. Kau tak dapat buat kerja yang sesuai dengan minat dan kepakaran kau.

ii. Kau kena belajar balik dari awal benda yang kau tak mahir.

iii. Segala kemahiran yang kau build secara khusus dari belajar hinggalah pengalaman dari pekerjaan yang sebelum itu semuanya useless sebab kau mungkin kena buat benda yang langsung takde kaitan dengan kepakaran kau.

8. Benda ini dah berlaku sejak wujudnya skim F dalam kerajaan ini. Mentaliti pihak pengurusan ini mereka ingat asalkan orang IT je dia tahu semua benda dalam bidang IT, dari bangunkan sistem, setup server, configure switch, baiki printer, format PC, tolong lajukan Internet dan sebagainya. Dia ibarat kau suruh seorang jurutera awam buat kerja jurutera mekanikal, atau seorang jurutera elekrikal buat kerja jurutera kimia. Karut tak karut?

9. Maka apa impak pada benda ni? Pekerja tersebut takkan bermotivasi dan tak mahu belajar, lebih-lebih lagi pekerja yang dah berumur. Bayangkan dia dah kerja 10 tahun menguruskan latihan ICT, tiba-tiba dia ditukar jabatan kena bangunkan sistem. Tak semua orang yang mampu belajar dan bermula semula lebih-lebih lagi bila umur dah banyak. Last-last apa jadi bila pegawai tu tak perform dan tak mampu nak buat kerja dia? Jabatan tu pun buka la projek cari vendor untuk bangunkan sistem tu. Last-last pegawai yang ada tu kerjanya cuma uruskan vendor sahaja.

10. Sebab tu ramai kakitangan skim F ini dilihat tak kompeten atau tak mahir. Kerana apa? Kerana kerajaan sering meletakkan "wrong person in the right place", atau tidak meletakkan sesuatu di tempatnya. Contohnya, orang yang ada kemahiran dan kepakaran dalam bidang pembangunan sistem, kau campak pergi jaga kontrak ICT. Orang yang ada kepakaran bidang server, kau campak pergi pembangunan sistem. Orang yang ada kepakaran dalam bidang pengurusan projek ICT, kau campak suruh dia jaga pusat data.

11. Aku pernah jumpa ramai pekerja skim F duduk dalam unit pembangunan aplikasi, tapi haram langsung tak reti buat programming. Last-last kerja dia cuma jaga vendor, atau sekadar key in data dalam sistem. Yang ni aku tak tahulah sama ada diorang ni memang "wrong person", atau masa kat universiti dulu sekadar jadi ahli tidur, jenis upah orang atau suruh pakwe buatkan assignment dan final year project.

12. Tapi aku pernah juga jumpa beberapa pekerja F yang memang power. Kalau dia jaga server, dia memang hebat buat server. Kalau dia buat sistem, dia memang hebat buat sistem. Kalau dia jaga network, ada masalah network mesti dia boleh solvekan. Kerja dia memang sangat perform, tak perlu vendor pun sebab dia sendiri boleh buat kerja tu, malahan vendor pun kena rujuk kat dia. Orang macam ni memang rezeki dia jadi "right person in the right place". Dia memang pakar dalam suatu bidang, dan kebetulan rezeki dia dapat jawatan yang berkait dengan kepakaran dia. Tapi nak jumpa permata dalam timbunan batu ni susah. Ada tu ada tapi sikit sangat dan susah nak jumpa.

13. Cuma masalah permata ini pulak, bila dia dah jadi star di sebuah jabatan, banyak benda dia buat dan hasilkan sendiri. Semua benda dalam kepala otak dia. Waktu dia ada, semua orang cari dia, semua orang bergantung pada dia. Tapi bila bertukar ke agensi lain atau naik pangkat, jawatan yang ditinggalkannya biasanya akan dibiarkan kosong lama sebelum ada pengganti. Bila dah ada pengganti, penggantinya biasanya tipikal pegawai F macam aku cakap kat atas tadi, dengan tak bagi training tak bagi apa terus mati kutu.

14. Manakala si permata yang bertukar ini, bila dia bertukar pun nasib lah kalau dapat jawatan yang related dengan kepakaran dan pengalaman dia sebelum ini di tempat lama. Kalau dapat kat tempat baru sekadar nak isi kekosongan, dapat pula jawatan yang lari jauh dan tak related dengan kerja sebelum ini, maka sia-sia je lah kerajaan dah ada orang yang pakar dan hebat tapi tak diguna dan diletakkan di tempat yang betul.

15. Ini lah masalahnya bila kerajaan tak value betul-betul kepakaran seseorang dalam skim F ni. Malah kau bayangkan even kakitangan yang kerajaan sponsor untuk buat master dan PhD sekali pun, bila mereka habis belajar dan masuk semula ke perkhidmatan, diorang akan dihantar semula je kat mana-mana tempat yang ada kekosongan. Jadi tak kira lah kau buat master dan PhD dalam bidang apa, kau buat lah kajian bombastik apa, semua tu tak penting pun, sebab at the end kerajaan tak perlu pun kepakaran kau tu dan campak je kau kat mana-mana tempat yang kosong. Tak tahulah apa point kerajaan berhabis duit sponsor orang sambung belajar jika at the end kepakaran kau tak diperlukan pun.

16. Malahan kalau seseorang itu dah berada lama dalam sesebuah jabatan, dia dah membina banyak kepakaran dan tahu segala selok belok hal teknikal berkaitan sistem dan IT di jabatan tersebut, pihak pengurusan takkan hargai pun, sebab lagi lama seseorang itu berkhidmat di sesebuah jabatan, lagilah mereka nak tukarkan dia kononnya atas alasan job rotation. Lepas tu yang masuk menggantikan dia langsung haram tak tahu apa.

17. Jadi bila dari awal penjawatan lagi dah ada masalah pegawai tak kompeten dan dilihat tak tau apa-apa, bila mereka dah lama berkhidmat, dah naik pangkat, dah masuk pasukan pengurusan, dah jadi bos, mentaliti lama mereka akan terus dibawa dan mereka masih tak tau apa-apa. Itu yang kebanyakan bos-bos IT dalam sektor kerajaan mereka ini berperangai defensif. Bila minta buat itu ini macam-macam alasan diberikan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Itu susah, ini susah. Ini mustahil, itu mustahil. Kami sibuk, tak cukup man power. Sebab masa muda mereka tiada kepakaran khusus, bila dah tua jadi bos pun mereka masih tiada kepakaran, dan benda ni terus menjadi budaya turun temurun yang diwariskan ke generasi seterusnya.

18. Kadang-kadang nak buat sistem yang fungsinya cuma masuk data, simpan data, papar data dan buat laporan pun dah la cari vendor buat, lepas tu ambik masa 1 tahun nak buat kajian, 2 tahun nak siapkan. Lepas tu tak siap mintak extend lagi 2 tahun. Kalau masa kajian tu guna dibangunkan guna Windows 7, by the time lepas 5 tahun baru projek siap, Windows pun dah pakai Windows 10. Benda yang mereka akhirnya berjaya bangunkan tu sebenarnya dah obsolete pun teknologi dia. Masa aku kerja kat syarikat swasta dulu, semua sistem yang dibangunkan sendiri biasanya tak sampai 6 bulan boleh siap, silap-silap 1 bulan je dah siap semua.

19. Lepas tu dibayar pula juta-juta kat vendor tu, sedangkan kalau dibangunkan sendiri, berjuta-juta duit kerajaan dah boleh dijimatkan. Bos-bos pula bila kita nak suarakan sesuatu tentang masalah yang berkaitan vendor, mereka nampak lebih mempertahankan pihak vendor. Bukanlah nak buruk sangka, tapi kenapa beria-ia nak backing vendor? Ada apa-apa kepentingan ke?

20. Macam aku sendiri rasa sangat ralat bila aku tahu suatu benda tu possible untuk dilaksanakan, tapi disebabkan benda tu sepatutnya dilakukan oleh unit lain dan juga benda tu bukan job scope aku, idea aku biasanya akan ditolak mentah-mentah dengan pelbagai alasan. Budaya kerja kat IT gomen ni siapa bagi idea dia lah yang kena buat. Kalau benda tu di bawah bidang tugas aku, memang aku dah lama buat. Masalahnya aku ada bidang tugas sendiri, sepatutnya benda tu orang yang bertanggungjawab kena buat tapi dia tak nak buat sebab tak reti ke, tak tahu ke, malas ke, macam-macam lah alasan.

21. Satu lagi, kesilapan bos-bos skim F ni mereka terlalu tryhard nak suruh skim F menonjol dan bersaing jadi macam skim M iaitu PTD. Mereka nak orang skim F ni kena rajin ke depan, selalu bersuara, melibatkan diri dalam event-event jabatan dan sebagainya. Kalau nak buat benda-benda tu, pergi lah masuk skim PTD.

22. Yang sebenarnya cara skim F ni nak tonjolkan diri adalah dengan menunjukkan hasil kerja yang cemerlang. Bila pengguna di jabatan ada masalah berkaitan IT, kita boleh bantu dan selesaikan. Bila ada bahagian memerlukan sistem untuk bantu kerja mereka, kita bangunkan sistem untuk mereka. Inilah cara kita tonjolkan diri, dengan menyelesaikan masalah mereka dengan pendekatan IT.

23. Bila pengguna ada masalah dan memerlukan bantuan kita, kita sepatutnya jangan lihat benda itu sebagai beban, tapi sebagai satu peluang atau opportunity untuk naikkan nama kita dan skim F secara amnya. Tapi apa yang selalu berlaku, bila pengguna ada masalah, bila mereka minta tolong kita, bila mereka nak minta kita buat sistem, banyak je alasan kita bagi, cakap tak boleh buat, tak tahu buat, ada kekangan itu ini, tanpa bagi sebarang solusi yang boleh bantu mereka, sebab kita terlalu defensif, takut nak tambah kerja. Lepas tu bila skim lain sindir kita tak membantu atau tak reti buat kerja, tahu pula nak terasa. Sedangkan masalah ini berpunca dari sikap kita juga sendiri sebagai skim F.

24. Akhir kata, banyak sangat benda yang perlu diubah dan diperbaiki, kalau nak lihat skim Teknologi Maklumat (F) ini terus relevan pada masa akan datang. Jangan sampai orang fikir skim kita takde fungsi, kalau banyak benda tak boleh nak dibuat lebih baik tak payah ada skim F ni, upah je vendor terus senang.

P/S: Ini adalah luahan hati seorang rakan aku yang berkhidmat dalam kerajaan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat.

 

 Lain2 artikel berkaitan:

 

 

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: dilema masalah kehidupan pekerja orang it dalam sektor kerajaan awam gomen kerja penolong pegawai teknologi maklumat gred skim f ptm pptm juruteknik komputer ujian peperiksaan exam spa jawatan kosong iklan soalan jawapan


2 ulasan:

  1. Ni semua salah MAMPU bro.... hahahaha... yg best2 bela dlm MAMPU.. lain lempar mana tah... luahan dari geng2 F kepada den gak...

    Lps tu MAMPU duk bising PDSA dah ada... nak semua system baru letak kat PDSA... abis DC kat jabatan nak wat pe? Tukun? hahhahahha

    -BB-

    BalasPadam
  2. Setuju jugak.. aku fa29.. pelik bila tgk f tk reti buat kerja.. lagi haru bila technician sekolah naik fa29..haram tk reti buat kerje..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.