Selasa, 6 Mei 2014

43 Alangkah indahnya dunia tanpa telefon pintar

Kadang2 aku rasakan kat dalam dunia ini lebih baik jika teknologi telefon bimbit itu berhenti setakat Nokia 3310, atau Nokia sabun, atau sekurang2nya Nokia daun. Dunia di mana telefon bimbit hanya berfungsi untuk berbual dan berbalas mesej SMS dengan menggunakan keypad dan talian Internet hanya boleh digunakan di komputer. Dunia yang bebas daripada smartphone yang mempunyai kamera, touchscreen, Internet, Facebook, Twitter, Instagram, game, apps dan lain2. Dunia yang bebas daripada iPhone dan Anroid phone yang menyebabkan ramai umat manusia kini menjadi zombi telefon pintar.



Sekarang ini kebanyakan kehidupan kita dihabiskan bersama telefon pintar. Bangun pagi tengok telefon, pergi pejabat melayan Whatsapp di telefon, masuk mesyuarat buka telefon, pergi makan belek telefon, balik rumah mengadap telefon, anak bising bagi telefon, dah nak tidur pun bersama telefon lagi. Komunikasi di antara manusia pun lebih banyak berlaku secara maya berbanding secara nyata.

Makan bersama keluarga tidak lagi istimewa. Pemandangan dan persembahan lebih dinikmati melalui skrin LCD yang kecil. Tiada lagi meminta bantuan daripada orang bantuan untuk mengambil gambar kerana semuanya berselfie sendiri dengan monopod. Lebih separuh rakan di Facebook langsung kita tidak kenal. Mengemis Like dan Follower menjadi keutamaan berbanding bertukar pendapat dan berkongsi ilmu. Mengambil gambar makanan di Instagram lebih utama daripada menikmati makanan. Paling teruk, ia megundang budaya riak dan takbur tanpa kita sedari.

Alangkah indahnya dunia tanpa smartphone, iPhone, Facebook, Instagram dan Candy Crush. Ya, aku masih termimpi2kan dunia seperti itu.




tags: dunia tanpa telefon pintar mimpi smartphone gadget mobile cell phone bimbit mudah alih iphone ipad ios facebook instagram twitter candy crush media sosial social annoying zombie apocalypse look up video selfie monopod batang penyapu

43 ulasan:

  1. Balasan
    1. dan juga habit bangang mendapat first seperti diats dn komentar2 dibawah ni nanti 2nd

      Padam
    2. Ya. Gua rindukan zaman surat menyurat . sahabat pena. Sekali tulis surat dkt makwe sampai 2 3helai ..

      Padam
    3. 1st..gua hidup zaman persuratan tapi tak pernah surat menyurat dgn awek...forever alone...

      Padam
    4. Oh Rozana

      mungkin kau sudah mempunyai bisjut & royi
      dan menemui jejaka bangla
      orang yang paling kau suka

      Oh Rozana

      aku akan senang jika kau membeli bisjut & royi
      telah menemukan orang yang paling kau suka
      dan yang bisa menemukan seketul bisjut & royi
      dan yang lebih baik dari dulu

      Oh Rozana

      aku akan senang jika kau mencintai jejaka bangla
      kerna aku hanya ingin melihatmu senang & bahagia
      jangan kau sakiti bangla
      jangan kau buat dia pelarian
      aku yakin dia mencintaimu
      sama seperti aku mencintaimu dulu
      dan cubalah memperkenalkan bisjut & royi
      dan jangan harapkan aku lagi

      Nak bisjut?

      Padam
    5. ya..kadang - kadang hidup terasa bodoh...menagaku kat fb bagai kita ada 325 friends...tapi realiti.....dalam 325 tu....sowang kawan kita pun tak pernah kita berbual atau bertelefon tanya khabar...dunia bual menjadi semakin mahal...kerana mind set kita yang merasakan wassup...dan apa jadah aplikasi yang percuma lagi murah
      'aku rindukan zaman bermadah...menulis surat 2-3 helai...surat cinta...surat wangi...zaman melepak petang2 main rounders....balik lambat...cz nak bitau mak kena tepon public...dulu jalan memandang jalan...bukan menunduk.....hahaha..aku benci zaman ini......tp kena hadapi...aku dah tutup FB, Wassup..Wechat......aku nak tukar hset...bli hset yang hanay boleh msg shj....and harap aku boleh buat..dunia aku tanpa telefon..........dunia sekarang semakin pelik....kita jadi pemalu....damm.......aku nak mengurat aweks cara lama pun dah tak berkesan sekarang......taip je dlm fb semua info kuar......*&*((*&(*&*(&&((*&(* this ...hahahah

      Padam
    6. zaman tulis surat letak bedak, lepas tu orang fobia nak baca sebab ingatkan serbuk antrax!

      Padam
    7. perghhhh.. lama giler weh tak main "rounders". dulu2 syok weh + main galah panjang. campur dengan awek2 cun dan comot. memang terbaik!

      Padam
    8. http://www.petitionbuzz.com/petitions/hudud4malaysia

      Padam
    9. maslah nya orang umno main tolak tarik dlm diorang x bersependpt, ada yg kata patut, ad kata nanti dulu, ada kata tak sesuai sekang dan lain2 lagi reson diorang nak kasi, Pas kelantan dh offer try laksanankan hudud kat kelantan dulu keperaktikan dan mengambil cth perjalanan hukum hudud Brunei, siap dah ada ketas kerja lagi tp mcm biasa UMNo teknik "tergantung" ni la dia main2 nya lagi.... ni kes bukan umno atau pas, sekang kita ni ISLAM atau x? oh tau x apa itu hudud? lol (hudud bukn hanya tertakluk dlm kes potong tangan saja kalau benda ni org islam sendiri bangkit kn nmpk sngt ***** suh belajar xnak disitu..)

      Padam
    10. jadinya buat je la dulu hudud kat kelantan tu apa masalahnya?
      MP umno pun ok je kat kelantan nak sokong hudud tu
      yang tak buat lagi apehal siap mufti kelantan pun sound balik

      ooooo rupanya nuwar berahim and da geng tolak hudud...kiranya diorang kapir la kan tolak hudud....PR tu geng orang kapir rupanya..

      Padam
    11. Ade bisjut tak utk aku makan help!

      Padam
  2. gua rindu zaman gua

    BalasPadam
  3. @DHDreamLeague kicks off in 1 hour 15mins
    w/ @theAllianceGG vs @FNATIC. #Dota2 #Schedule #D2MLive #GroupStage

    SEA servers died again, for the past week,
    eClub Malaysia has shown incredible
    incompetency in handling their servers.
    Rampant disconnections, inability to
    reconnect, frequent lag spikes are just
    some of the problems. We need Valve to step in and remedy this situation. #DoTa2

    BalasPadam
  4. Dear husband, stop reading blogs. Look at me.

    BalasPadam
  5. betul tu noob. bagi aku,aku lagi kesian tgk budak2 sekarang..hiburan cuma komputer..smartphone..PS..Xbox semua tu. semua tu memang ada seronoknya,tp macam 'kosong'. tak ada pengalaman,pengisian. Dulu masa kecik2 main perang2 kawasan perumahan.ada team..kita ada yang paling laju lari, paling bijak atur strategi,paling tepat menembak..betul2 seronok. Pastu buat markas dari papan2 dan kayu terbuang. kitorang terus tambah saiz markah sikit2 setiap hari..tanpa sedar..dah jadi sebesar rumah pondok.kami masa tu kecik lagi..semua sekolah rendah. kami tutup markas kami dengan daun2 paku pakis.sampaikan tak nmpak kayu2 yang kami guna. Pastu bapak datang cari..dia tak jumpa markas kami walaupun depan dia je. sampailah dia perasan ada golok tergantung kat dahan pokok..bila dia pergi ambil golok tu..baru dia perasan..ada pintu kecik tersorok.terkejut dia bila masuk..tgk dalam tu rupanya luas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb permainan konsol mendominasi dunia. Kita lihat kanak2 skrg sudah gemuk dan obes. Umur baru 8thn tapi berat dh mcm gua paaa citaaa...dlu budak2 sihat badan tough sbb mainan diorg guna kluar peluh... 10thn ramai yg mnusia yg dpt pnyakit

      Padam
    2. tapi anak buah aku masih mengekalkan permainan tradisi.. semalam aku tolong buatkan rumah guna kusyen, berpeluh2 budak2 tu main tak hingat dunia. seronok sangat. sampai bila rumahnya roboh, then dorg tak reti nak susun kusyennya balik macam mane, nangis2 anak buah aku tension rumah kusyennya tak jadi2. hehehe.. anak buah aku umur 4tahun dengan adiknya 3tahun.. hero2 tu..

      Padam
    3. hahaha.dulu aku dengan kawan2 buat pondok kecik atas pokok. kami paku kayu kat batang pokok,buat jadi tangga. memang best. tak la tinggi sangt pokok tu. kami amik zink buat atap. sronok..masa bulan puasa kami pasang pelita siap gantung sarang ketupat. disebabkan aktiviti mcm tu, aku dgn kwn2 mase kecik rapat sampai sekarang. dah macam adik beradik. slalu jadikan modal kes masa kecik2 dulu untuk kenakan member. ada member aku dia tak tahan nak kencing..dia g kecing dari atas pondok tu. bawah pulak ada sorang member tgh dok pacak kayu nak buat papan tanda rumah pondok kitorang. hahaha..sampai ke dah beranak-pinak pun kes tu dok jadi bahan.hahaha

      Padam
  6. Rindu waktu itu.. tapi takkan boleh putar semula..
    semoga mereka sedar betapa seronoknya zaman kita..
    zaman bertanah dan tangan calor balor langgur pokok ketika berbasikal..
    zaman sauk ikan laga tepi tali air..
    tangguk berudu sebab ingatkan itu ikan... hahahaha

    zaman galah panjang yang si kecil berjaya loloskan diri selamatkan team..
    rindu rindu rindu!!!

    BalasPadam
  7. Produk Smartphone adalah agenda Yahudi untuk melalaikan bukan sahaja umat islam tapi seluruh dunia. Bayangkan nak solat pun xtenang teringatkan smartphone. Ms mkn apatah lagi. Sibuk dgn hp msg2. Komunikasi xwujud. Budak 2 tahun pun da pandai main game dlm tab. Byk keburukan dr kebaikan. Mata pun boleh cepat rosak klau asyik menghadap hp je 24 jam. Penggunaan Monopod menjadikan kita kurang berinteraksi. Kalau dulu nak tangkap gambar kumpulan kena mintak tolong orang. Sekarang sume nak buat sendiri.

    Banyak lagi rancangan Yahudi yang Umat Islam xsedar. Semua terleka. Matawang yang dicipta oleh mereka juga bertujuan untuk menyesatkan kita. Secara tidak langsung kita menjd hamba kepada mereka. Boleh rujuk video2 shafandy di youtube.

    Dan kpd shbt2 yang membaca komen ni, aku pesan kalau ade duit simpanan boleh la mula untuk membeli dinar emas atau dirham perak. Untuk persediaan ms akan dtg. Boleh rujuk ceramah sheikh imran hosein di https://www.youtube.com/watch?v=1rbdm2BsYvM (Dia ade mention Tun Mahathir)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ah yee..kepala hotak lu....
      orang yahudi mana pakai smartphone internet semua ni..
      tu pasal mata diorang semua terang benderang

      Padam
    2. bukan agend yahudi la.. ni semua agenda bangla!

      Padam
    3. takla agenda China,USA, dan Rosmah

      Padam


  8. "Kami adalah generasi terakhir yang belajar untuk bermain
    di jalanan. Kami adalah yang pertama memainkan
    permainan video, melihat kartun berwarna dan pergi ke
    taman hiburan. Kami adalah yang terakhir untuk
    merakamkan lagu-lagu radio ke dalam kaset dan kami
    adalah perintis Walkman dan chat rooms ... Kami belajar
    bagaimana untuk merekod ke VCR sebelum orang lain,
    bermain dengan Atari, Super Nintendo dan percaya bahawa
    Internet akan menjadi sebuah dunia yang bebas di talian
    modem 56Kbit. Mengembara dengan kereta tanpa tali
    pinggang keledar atau beg udara dan hidup tanpa telefon
    bimbit. Menunggang basikal kami menyusuri jalan raya
    tanpa brek. Kami tidak pernah mempunyai telefon bimbit
    tetapi masih lagi berhubung dengan rakan2. Kami tidak
    mempunyai Playstation, 99 channel televisyen, skrin
    rata, bunyi keliling, mp3s, iPod, iPhone, iPads, tablet
    sentuhan dan jalur lebar ..........
    Tetapi walau bagaimanapun, kami tetap mempunyai

    MASA
    YANG HEBAT ......"

    BalasPadam
  9. zaman kecik2 dulu paling best. budak2 sekarang payah dah nak merasa semua tu. dulu penuh dengan aktiviti mencabar.aku paling suka pistol mancis. buat pistol guna kayu dan gelang getah. letak sebatang mancing, nyalakan dan boleh tembak mancis tu. kadang2 apinye tetap menyala bila kena sesuatu sasaran.

    BalasPadam
  10. https://www.youtube.com/watch?v=Z7dLU6fk9QY#t=132

    BalasPadam
  11. Alangkah indah dunia tanpa PC n internet...smartphone pun just another PC gak, tp in mini n portable type.

    Tp apakan daya...semua org sibuk kejarkan dunia n perhatian org lain. Yg sepatut ditekankan tidak pulak dikejar. Fhm2 je la

    BalasPadam
  12. wow..kenapa pemikiran kita sehaluan noob?

    bila aku tengok masyarakat sekarang dengan hp 24 jam, aku sedih..rasa macam minda masing2 dah fakap dengan benda2 macam ni..

    dalam lif dah tak tegur sapa..kawan depan mata tak tegur..
    buat kerja sikit cek hp..

    sebab tu aku skg masih kekal dengan pra bayar yg tak ada pakej intenet..
    aku try elak dari terjebak dengan zombi hp ni..
    aku masih lagi sms mcm zaman nokia..

    baca komen2 kat atas buat hati gua bertisu..

    BalasPadam
  13. dalam hp, wassup ajak lepak segala bagai.bila dah kumpul kedai makan..yang sembang sorang dua, yang lima lagi dok mengadap hp. shit giler. padahal mse ajak lepak bukan main..aku cakap tak boleh dtg..diorang cakap "pondan la kau,bukannya kau ada bini pun kat rumah". bila kat kdi makan,diorang yang dok main hp. pastu aku cakap.."sembang la doh,sape main hp..dia gay".hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahaha. Jadi same ngan aku weh. Ajak jumpe mcm takde esok dah. Dlm wassap bukan main meriah lg. Beratus2 msg Skali jumpe sume diam seribu bahasa sbb bz tunduk scroll semakphone. Dan tak bleh bla dalam group wassap lg meriah borak walaupun masing2 depan mata. Ape aku jumpe group bisu ke?

      Camtu baik x payah heboh jumpe. Borak dlm wassap sudah.

      Dunia yg bosan. Huh!

      Padam
  14. betul tu, zaman MET dulu mana ada hp, bercinta pun main tulis surat berkajang, kad raya tak usah cakaplah, bersusun samai boleh tamal kat dinding. Sampai la ni, kad raya dari 'tuan tanah' masih lagi MET simpan walaupun dah hampir 20th. kami kawin. Sampaikan anak-anak pun boleh tengok dan gelakkan....
    Assalamualaikum....

    BalasPadam
  15. Baca blog Hamka kereta mayat td ttg ceramah lawak, bagus ke? Tv3 sekarang sibuk dgn program "Bintang Mencari Bintang" pastu terbaca komen heal man ckp pasni akan ade program islamik "Imam Mencari Makmum"

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok tv3 suku buat ape buang masa je layan

      Padam
    2. jom baca malaysiakini.. mengembangkan minda

      Padam
  16. tanpa teknologi blog ni takkan wujud dengan sendirinya

    BalasPadam
  17. aslmkum semua,

    annur tumpang lalu ye noob...

    kerana bz yg melampau,annur dah jarang blogwalking,huhu...

    masalah gajet ka?hmmm...annur rasa terpulang pada individu,tapi memang,gejala gila gajet,agak merbahaya kalau tak dikawal...tapi kalau takda pun,susah juga ya...

    mungkin kerana kita dah terlalu bergantung pada gajet2 ni semua.

    sekadar pendapat.noob jgn marah ek.hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeee..nk komen,komen je la...tak payah nk tumpang2 laluuuu lakk..perlu ke "noob jgn marah ek"??? ngada2 la ko niiii..

      Padam
  18. the world i've always dreamed for..

    -repel technology-

    BalasPadam
  19. Ini generasi kita sekarang,
    bgmana pula dgn generasi akan datang ek?
    Aku rasa, keadaan manusia macam dlm cerita Wall-E tu sgt tak mustahil dan boleh berlaku...

    BalasPadam
  20. Yang tinggal hanya alasan untuk bahagia

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.