Halaman

Selasa, 26 Mei 2015

Secret Recipe ditarik sijil halal bukan lagi rahsia

Sijil Halal Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd ditarik balik selepas didapati melanggar manual prosedur pensijilan halal yang membabitkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Pengarah Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penarikan ini tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

"Penarikan balik sijil halal itu sudah berkuatkuasa sejak 7 Mei lalu.


"JAKIM sudah memanggil syarikat berkenaan dan mereka sudah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan itu sehingga mengakibat sijil pengesahan halal ditarik balik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hakimah berkata, bagaimanapun penarikan balik itu tidak menghalang syarikat untuk memohon semula sijil halal selepas pembetulan dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Sumber Harian Metro dan FB MyMetro.

Berikut adalah hasil carian Secret Recipe di laman web halal JAKIM yang menyatakan Sijil Telah Ditarik Balik:


Berikut adalah kenyataan media daripada JAKIM daripada FB rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga Bahagian Hab Halal JAKIM:



Daripada kenyataan media itu, didapati sijil halal Secret Recipe ditarik (bukan digantung seperti isu coklat Cadbury ada DNA babi) disebabkan oleh pelanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan2 kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius. Yang SERIUS, OK. Yang serius tu maksudnya mungkin kotor atau tercemar di peringkat pengilangan (manufacturing), namun penarikan sijil halal JAKIM tak bermakna makanan restoran tu terus jadi haram.

Apa2pun, membaca komen2 di Facebook pasal isu ni nampak ramai juga Melayu yang kalut. Ada yang mula2 buat spekulasi ada babi, ada yang kata haram, ada yang kecewa. Di kala komplen2 pasal GST pasal harga barang naik dan sebagainya pun, tak sangka aku ramai lagi bani Melayu yang mampu makan Secret Recipe yang mahal tu ya.

So bagaimana reaksi dan respon orang Melayu yang aku rasakan terhadap isu ini?
Melayu kaya/sederhana: Sijil Secret Recipe kena tarik. Tak dapat la makan Secret Recipe lagi lepas ni sebab dah haram. Jom boikot!

Melayu miskin A: Secret Recipe tu apa?

Melayu miskin B: Takpe takde kesan pada aku sebab aku tak mampu makan Secret Recipe.

Melayu barat: Sedangkan TGI Friday dan Sushi King yang takde sijil halal pun aku melantak, apa ada hal setakat sijil kena tarik?

Melayu beria: Sijil Secret Recipe kena tarik? Ni mesti ada DNA babi. Kami mahu Secret Recipe bertanggungjawab terhadap dosa2 kami dan tanggung kos tukar darah kami!

Melayu baghal: Ni sume jarum halus orang kafir untuk bagi umat melayu murtad,

Melayu mudah lupa: (Lepas sebulan makan balik) Eh bukan kita boikot ke dulu?

Blogger aktivis melayu: Kami tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun. Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.
(Kata mereka dalam acara menjamah Secret Recipe secara berjemaah setelah Secret Recipe mendapatkan semula sijil halal mereka bagi meraih semula keyakinan pelanggan Melayunya).



tags: sijil halal restoran kilang manufacturing secret recipe ditarik balik kerana tidak lepas piawai audit kotor tahap kebersihan kenyataan rasmi melayu resipi rahsia

15 ulasan:

  1. Nasib baik tak suka sangat Secret Recipe hehe

    BalasPadam
  2. Baru lepas melantak ni kat kuching tadi...
    Caribbean fish n chips die kaw...
    Plus chocolate indulgence...

    BalasPadam
  3. Salam 1rasuah,

    Old town white coffee dan secret recipe ialah franchise anak Malaysia yang berjaya. Ia telah menyumbang kepada ekonomi negara dalam bentuk cukai dan mengurangkan pengangguran.

    Nak harapkan melayu, mereka hanya banyak di ipt (hasil kuota) tapi bila grad menjadi beban kepada negara (harap nama je hebat, iq tahap engineer poli cabok) kerana mereka menjadi pencari kerja bukan penjana kerja.

    Masalah timbul apabila ada yang tidak sedar diri memilih kerja yang bukan dalam tahap kepandaiannya akibatnya produk jadi seperti labu yang dibaiki tikus dan penyumbang lambakan pati mengambil tempat mereka. heee

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam ko la kan jadi beban kepada negara

      Padam
  4. hahaha.. melayu miskin tak mampu makan. Kiranya aku kategori miskin la. Jangan nanti tetiba bayar blogger secara berjemaah untuk menyebarkan SR dah bersih & selamat di makan.kadang2 orang paham haram tu berkaitan bahan & ramuan jer... banyak sebab boleh jadi haram bila sesuatu tu mendatangkan kemudaratan..

    BalasPadam
  5. Melayu dan meleis mmg sengal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu dan meleis macam ko la kan

      Padam
  6. secret resipi ni jual ape, aq x pernah masuk kedai dia..segan

    BalasPadam
  7. aku adalah Melayu Miskin B wakakakaa

    BalasPadam
  8. Kita bakar Secret Recipe! Kita bakar..............

    BalasPadam
  9. aku x penah msuk and mkn pun kat kedai tu, so aku kategeri melayu apa ?

    BalasPadam
  10. Tetiba aku rasa aku golongan Melayu Barat tu... hahahhaha

    BalasPadam
  11. Saya makan kek yang beli kat bakeri usahawan Melayu.

    BalasPadam
  12. Haha..papepun pengguna ada hak masing2 nak makan atau x...tp x perlu jadi Attention Seeker sangat.

    BalasPadam
  13. napa x list kan "melayu proto" sbg cth noob dlm list tu? nia mahai bajet duk tepi sembang berdegar2 puihh muka noob~

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.