Rabu, 8 Julai 2015

18 Drama Melayu dan corak mentaliti masyarakat

Mungkin pandangan saya ini sedikit bias kerana saya memang merupakan peminat drama Jepun. Namun jujur saya kata, fikiran dan jiwa saya lebih bermotivasi bila tonton drama jepun berbanding drama-drama tempatan. Malah cita-cita saya semenjak sekolah rendah juga banyak didorong oleh drama-drama Jepun yang saya tonton.

Jika dilihat, kebanyakan drama-drama tempatan lebih tertumpu kepada tema cinta atau korporat di mana jalan ceritanya lebih kepada unsur-unsur negatif seperti curang, kehidupan sosial yang teruk, hasad dengki dan cantas-mencantas.


Drama-drama dengan tema sebegini jelas merosakkan pemikiran rakyat baik golongan tua mahupun muda. Tambah merunsingkan jika drama sebegini ditonton oleh anak-anak kecil, ditakuti unsur-unsur negatif tersebut akan sebati dalam jiwa individu berkenaan apabila mereka meningkat dewasa.

Bukanlah saya kata di Jepun tiada drama dengan tema sebegitu, namun terdapat juga drama-drama Jepun yang mengetengahkan tema kerjaya atau pekerjaan. Drama dengan tema kerjaya ini kebanyakannya diadaptasi dari animasi-animasi jepun.

Bagi saya, drama dengan tema sebegini mampu menjadi medium dalam mencorak pemikiran rakyat ke arah lebih positif dan bermotivasi. Ia juga dapat memberi inspirasi kepada penonton di peringkat sekolah dan universiti dalam mengejar impian dan cita-cita.

Selain itu, drama-drama dengan tema kerjaya juga dilihat dapat memupuk semangat setiakawan, tidak mudah mengaku kalah, serta dapat memberi gambaran tentang cabaran serta realiti yang dialami oleh profesional di dalam bidang pekerjaan tertentu.

Terdapat pelbagai bidang kerjaya yang pernah dijadikan drama oleh produksi Jepun. Antaranya seperti kerjaya seorang Peguamcara, Polis, Bomba, Cikgu, Pelukis, Juruterbang, Saintis dan lain-lain. Gambar adalah contoh beberapa drama Jepun yang mengetengahkan tema kerjaya.

Malah produksi drama Jepun juga bijak menggunakan pengaruh idol serta artis Jepun yang popular sebagai tarikan. Kesempatan ini secara tidak langsung mampu menjadikan peminat-peminat artis berkenaan yang kebiasannya dalam lingkungan usia muda sebagai golongan sasaran dalam menyebarkan aura positif.

Saya berharap satu hari nanti akan ada produksi Malaysia yang berani menghasilkan drama-drama di mana jalan ceritanya fokus pada kerjaya dan membawa mesej positif. Contohnya drama Aaron Aziz yang melakonkan watak seorang guru sejarah sekolah yang berdepan cabaran menyedarkan anak muridnya akan kepentingan belajar dan ambil tahu sejarah bangsa.

Bagi para patriots sekalian pula, drama dengan tema apakah yang kalian harapkan dapat mengisi slot utama di saluran TV di negara kalian?

Dipetik dari FB The Patriots yang ditulis oleh Fariz Mazlan.


* * * * * * * * * *

Di Malaysia, tidak kira apa jenis medium hiburan, sama ada dalam bentuk filem, drama, buku novel, komik dan sebagainya, tema yang menjadi pilihan utama adalah tema percintaan. Bukannya tiada cerita yang berat kepada tema lain seperti aksi, kerjaya, misteri, psikologi, sukan, sains fiksyen dan lain2, cuma kurang popular dan kurang mendapat sambutan. Dan apabila kurang popular, maka kuranglah produknya di pasaran, kerana itulah pun strategi asas dalam perniagaan.

Supply and demand.

Ada banyak permintaan maka banyaklah penawarannya.
Apabila sikit permintaannya maka sedikitlah penawarannya, malah boleh jadi ke tahap tidak lagi dikeluarkan.

Kerana apa?

Kerana tidak mendatangkan keuntungan.

Orang Malaysia terutama gadis2 Melayu memang amat suka kepada perkara berkaitan percintaan. Ramai yang mimpikan lelaki sempurna, berharta seperti anak Dato', alim seperti ustaz, romantik seperti putera raja. Maka disebabkan itu banyak filem, drama dan novel yang dihasilkan dengan tema cinta, kerana permintaannya banyak, dan permintaan yang banyak itu yang boleh menghasilkan keuntungan.

Buat apa mahu membuat drama detektif dan penyiasatan seperti CSI jika yang menonton hanya 100 orang, berbanding membuat drama cinta suamiku seorang anak raja kaya raya yang mampu memperoleh tontonan sebanyak 1 juta orang pada waktu Maghrib?

Tidak boleh nak salahkan industri seni dan hiburan semata2 kenapa mereka lambakkan filem, drama dan novel cinta sampah ini ke dalam pasaran, kerana mereka hanya mahu membuat keuntungan semata2. Tiada siapa yang mahu menghasilkan sesuatu dan rugi.

Hakikatnya, untuk mengubah industri karya negara kita, mentaliti audien yang harus diubah terlebih dahulu, yang mana aku rasa agak mustahil. Jika tidak, buatlah cerita hebat macam mana pun sampai diiktiraf oleh negara luar, namun di negara sendiri masih tidak akan dihargai dan mendapat sambutan.

Baca lagi:




tags: drama melayu dan corak mentaliti masyarakat beza filem animasi anime jepun genre tema kategori cinta love kerjaya sains fiksyen psikologi penyiasatan misteri

18 ulasan:

  1. Tp personally kita leh nampak pemikiran rakyat malaysia x advance mcm negara lain...kalau asyik tgk cite cinta je mmg xde added value dlm perkembangan ilmu n skill dlm diri...yg sy nmpk lagi banyak kes rogol, anak luar nikah, maksiat adalah..n yg byk buat ialah org melayu sendiri.

    Sy pun akui yg every business pentingkan supply n demand..n even nak buat satu drama yg berat/mind-blowing pun still ramai xnak tgk sbb alasan xde class sbb barat buat lebih bagus. So mana2 produser pun xnak spend money for long term utk buat lebih banyak cerita yg kualiti lebih baik.Tp sbnrnya kita boleh nmpk cite cinta n lawak yg laku...

    Tp typikal cite cinta melayu yg popular ialah.....kalau laki 2 hensem n mmg dah kaya ada rumah besar n keta BMW at least...sure populariti naik. Bila laki x hensem n x kaya..mula la ckp pelakon mcm x pndi berlakon la,keras la, x menjiwai watak la....pas2 watak ppuan mesti ala2 cinderela, ppuan biasa yg perangai mengada2 dpt laki hot stuff n kaya. So jadi la pemikiran wanita nak kawin mesti laki kaya n hensem sedangkan yg ada ciri2 pemimpin keluarga tapi bwak motor je x dikejarkannya. Pas2 complain bila la nak jumpa jodoh yg memahami, caring n romantik sedangkan banyak laki nak kat dia..last2 kena reject n frendzone je....sbb pengaruh cite melayu skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita cinta mmg org ppuan suka..sbb itu antara 'nafsu' mereka...pasni buat la cite org laki suka, iaitu cite laki geek n muka serabai, sewa dgn housemate yg ada 3-4 ppuan hot n cantik (sbb sewa rumah murah), pas2 mcm2 adegan laki ternampak benda 'pelik2' kat ppuan dalam rumah 2. Pada masa sama, semua housemate ppuan berebut2 nak kawan rapat dgn laki selenge 2........

      Sure laki pulak yg x lepas tgk drama ni hari2...cuma ppuan sure x puas hati n maybe kena reject oleh Lembaga Penapisan. Tp nak buat mcmana, ppuan boleh tgk cerita yg melayan 'nafsu' mereka, laki pun nak gak...baru fair. HAHA!!!

      Padam
  2. buatlah cite ala2 avengers...

    BalasPadam
  3. yup betul, kalau takde demand, masakan ada produser yg nk buat kan? serupalah dulu kebanjiran drama indon ke Malaysia, semuanya gara2 demand dong. cumanya aku harap audiens gegadis supaya wake-up lah. jgn terbwk sgt2 dgn drama cinta sweet2 ni, realitinya tidaklah begitu..

    sedih tgok bebudak sekolah berangan nk cari bakal somi begini begitu hasil dr pengaruh drama. nk tergelak pun ada, kah!

    BalasPadam
  4. GTO...Great Teacher Onizuka.....citer mengarut...ade unsur2 pervert....tapi banyak maksud mendalam...

    BalasPadam
  5. Aku tv pun xde kat rumah.. Tenet pun kuota py jer.
    Tp rs lebih berdisiplin diri bila gini..

    BalasPadam
  6. Penggiat drama dan filem negara kita lebih berteraskan marketing drpd menerapkan nilai2 kehidupan.
    Ada pun drama yg acah-acah deep, tu pun lebih berteraskan kepada seni visual drpd nilainya sendiri.
    Then bila cerita yg acah-acah deep ni tak mendapat sambutan, penggiat lebih suka salahkan penonton sedangkan yg menentukan market dan sambutan bukannya penonton semata2.

    Tak perlu jauh ke Jepun, Indonesia sendiri ada berlambak drama dan filem yg berteraskan kehidupan dan nilai persahabatan (tolek ke tepi sinetron beratus episod tu).
    Dan siapa kata drama sebegitu tak mendapat sambutan?
    Kita yg belum buat yg terbaik, dah salahkan penonton. Hehehe

    BalasPadam
  7. Pada aku lah... tanggung jawab sosial setiap pengeluar drama filem kna ade jga lah... jgn nak hrap untung je... mmg la tak da sape yang nak rugi.. tapi kalo untung pn hasilnya masyarakt terbuai lagi dlm dunia khayalan semata2, kan rosak namanye...

    Tak salah berhibur... mgkin ade yang terhibur dgn drama / dlem mcm ni... tapi kan lagi bagus hiburan yang bermanfaat untuk kita.. bukan sekadar hiburan je.

    Akhirnya pengeluar & penonton sama2 kna berubah... seblah pihak je tak jadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika kita sendiri sebagai producer..ada 2 pilihan:

      1. Cite typical melayu cintan cintun...confirm outcome RM2-3 juta
      2. Cite mcm arahan Yasmin Ahmad atau yg jalan cite pasal kehidupan mc cite korea...outcome RM500k pun x jamin

      Selalunya apa2 bisnes xkan fikir sgt tanggungjwab sosial...selalunya akan buat bila mana2 syarikat buat untung banyak, baru buat tanggungjawab sosial. Sbb 2 mana2 bisnes utamakan keuntungan semaksima mungkin...bila buat proposal mereka hanya accept cite yg bawak pulangan besar je...

      Anda nak kerja jadi cikgu gaji RM2-3k, secara x langsung berkhidmat utk mendidik anak muda atau gaji RM10k at least sbgi MLM atau agen hartanah yg cekik darah jual rumah mahal2 (tp terjual gak) n dpt komisen kaw2....anda pilih n pilihan anda jugak melambangkan majoriti people here.

      Padam
  8. ini cerita gag concert dari korea

    owl 1 : i brought astorybook human read
    owl 2 : i want to see it
    owl 1 : no
    big owl : dont you know this?the boy who cried wolf.its too long to read this.i ll sum it to you.
    once upon a time,there lived a boy.he lied every time he opened his mouth.
    saying"there is a wolf".then when people go to see ,no wolf.
    "there is a wolf".but there's no wolf again.so anyways,
    do you know what happened to this boy that kept lying?
    owl 2 : what?
    big owl : a politician.he become a congressman.

    sumber
    https://www.youtube.com/watch?v=ZLqYbpKcolU

    minsang debate


    https://www.youtube.com/watch?v=DRnmUpAjg2Q

    cerita seperti ini keluar di tv nasional korea.mental masyarakat mereka dapat menerima cerita seperti ini.adakah cerita seperti ini dapat diterbitkan oleh stesen tv di malaysia?


    BalasPadam
  9. Buat cite cam pendekar, silat2 gitu la.. jgn guna mamat2 jambu berlakon. guna org yg mmg pndai bersilat.

    BalasPadam
  10. Well, inilah BolehLand nak cakap apa lagi.Dah memang mentaliti jauh ketinggalan dengan dunia global sekarang.Dari segi teknologi, ilmuan, sains, dan fikiran memang dah kelaut.Nasib baik ada pengaruh Islam, kalau tak dari segi sosial pun akan kelaut.. jadi la banyak LGBT macam kat US nun..Yang Malaysia ni hebat aku tengok bab nyanyi2 je.Macam Shila Amzah gi China boleh menang Asian Wave competition.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. aku lebih suka drama org putih actor lekaki kebyakan badan six pack uuuuwwww sexy nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suke tgk six pax laki kat TV?, nape x tunjuk pistol air terus...lagi sexy. Skrg ni setiap drama/movies kena pelakon muka kena muka & physical tip top....mcm cite avengers pun semua pelakon kena powerkn body features mereka...sbb 2 cite 2 meletop2..jalan cite merepek2 x kisah pun.

      Padam
  13. Movie melayu xde adegan 'naik kuda' kot. Tu xlaku tu..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.