Sabtu, 2 Julai 2016

5 Kehidupan seorang pengawas media sosial

Setiap hari pasti ada sahaja isu yang berlaku.
Setiap hari pasti ada sahaja hal yang viral di media sosial.
Dari mulanya zaman kegemilangan media sosial, boleh kata setiap hari ada sahaja cerita baru yang berkumandang di Facebook, sama ada isu tentang kerajaan, politik, laporan berita, mahupun isu yang dicetuskan sendiri oleh warga maya. Ada yang popular atas suatu yang baik. Ada juga yang viral atas suatu yang buruk.


Seperti biasa, setiap kali berlaku isu di media sosial, pasti akan muncul ramai orang yang kita sering gelar sebagai keyboard warrior, pahlawan papan kekunci atau social justice warrior akan memberi komen, pendapat, pandangan, kritikan, kutukan, cacian, makian dan sebagainya. Hal ini memang tak boleh nak dielak dan akan wujud sampai bila-bila.

Namun selain pahlawan papan kekunci, ada satu lagi jenis manusia yang sering ditemui di media sosial, iaitu pengawas media sosial. Tugas pengawas media sosial ini akan memantau pelbagai isu yang berlaku di media sosial agar media sosial berada di dalam keadaan aman dan sejahtera. Mereka akan menulis pendapat mereka dalam setiap isu yang berlaku dan akan cuba memperbetulkan komen orang lain yang baginya salah dan bertentangan dengan prinsip hidupnya.


Cara untuk mengenali pengawas media sosial ini mudah dengan hanya melihat wall di akaun Facebook mereka. Jika dilihat di akaun Facebook, Twitter atau Instagram mereka, dalam sehari ada antara 10 sehingga 30 status update, tweet atau post baru yang terdiri daripada kisah peribadi, gambar, share post orang lain, dan yang paling utama, pandangannya dalam pelbagai isu yang berlaku di dalam negara, yang selalunya isu sama yang dipost berulang kali.

Aku tidak tahu bagaimana kehidupan pengawas media sosial di alam nyata, namun jika seseorang pengawas media sosial itu update status sebanyak 24 post sehari, ini bermakna dia update post dengan kadar 1 post per jam. Itu belum lagi kira masanya yang diambil untuk berbalah dan berdebat dengan membalas komen orang lain untuk mencari kemenangan. Maka dengan begitu banyak masa diluangkan dalam media sosial, aku tidak tahu bagaimana kehidupannya yang sebenar di alam nyata.

Bagi seorang pengawas media sosial, dia merasakan suaranya begitu penting untuk didengari oleh orang lain. Dia merasakan kewujudannya di dunia media sosial amat penting dan perlu untuk masyarakat. Dia turut merasakan dia mempunyai tanggungjawab besar dalam membalas komen orang lain yang padanya salah lalu ia perlu diperbetulkan, sehingga sampai satu tahap, dia akan merasakan yang pandangannya sahajalah yang betul dan orang lain tidak layak membetulkannya lalu digelar hater.

Jika ada orang berdebat dengannya dan dia hampir kalah, dia akan membawa isu itu di wallnya sendiri untuk mendapat sokongan dari rakan-rakannya, lalu membawa gerombolan rakannya untuk membantu mempertahankannya dalam debat tersebut, lantas merasakan sudah mengecapi kemenangan kerana telah mendapat pengiktirafan daripada rakan-rakannya.


Kepada semua pengawas media sosial di luar sana, sometimes you just need to chill out. You can't control everything. Kita tak perlu nak bagi pendapat kita setiap masa dalam semua isu, dan kita tak perlu nak betulkan pendapat orang lain dalam segala hal, berulang-ulang kali. Seriously it's freaking annoying!

Dalam Internet kebodohan memang di mana-mana. Perkara yang kita nampak salah di Internet juga mungkin perkara yang sebenarnya betul, hanya kita yang nampak perkara itu salah. Malah campur tangan pengawas media sosial ini selalunya bukan semakin memperbaikkan keadaan tapi semakin memburukkan keadaan apabila penglibatannya bak mencurah minyak petrol RON97 kepada api yang sudah sedia marak.

The world doesn't revolve around you. Dunia ini bukan hanya tentang diri kau.

Tak salah kau nak jadi pengawas media sosial, tapi tak perlulah terlalu buang masa dengan orang yang kau tak kenal di Facebook dan melayan hal yang selalunya kau tak boleh kawal pun.

Just... chill, ok?

Lain-lain entry berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: pengawas media sosial keyboard warrior inspector police cop monitoring pantau 

5 ulasan:

  1. cth mcm penulis blog ni pun sama gak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. proOooOo0oo0tT d muka denoutantei bajet admin. ahh lega bag ungx

      -sirosli-

      Padam
  2. Kadang2 keyboard warrior ni cakap tak serupa bikin pun ada, kat alam maya berdegar degar mcm dia je bagus dan betul..hakikatnya dia kat dunia realiti 360 darjah dgn apa yg dia perjuangkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klw 360 darjah maksud dia jujur la...klw 180 darjah baru la bertentangan dengan apa yg dia perjuangkan

      Padam
  3. Ko pun pengawas media sosial gak. Asyik ko je nak betul.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.