Aku tahu ada orang Islam yang rasa diri bagus dan suka menghukum orang.
Tengok sahaja di media sosial, macam-macam orang Melayu Islam kita boleh jumpa.
Ada yang menghentam orang lain atas nama agama.
Ada yang berimejkan ustaz ustazah untuk meraih sokongan.
Ada yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.
Tidak kurang juga yang menafsir sendiri Al-Quran dan hadis demi mempertahankan kesalahannya.
Begitu juga orang Melayu yang hanya Islam di dalam kad pengenalan.Yang meletakkan hak asasi dan kebebasan manusia lebih tinggi dari agama.
Yang menempatkan liberalisasi dan pluralisasi lebih atas dari agama.
Yang mengutamakan urusan dunia melebihi urusan akhirat.
Tak dinafikan orang-orang sebegitu memang wujud, dan bilangannya tak kurang ramai juga.
Bagi aku tak salah jika kita hendak mengkritik dan menegur orang-orang sedemikian yang kita jumpa di mana-mana terutama di media sosial, namun tak perlu kita berlebih-lebih atau exaggerate sehingga orang lain yang takde kaitan pun terkena tempias lalu menimbulkan rasa jelek kepada mereka semua.
Sebagai contoh kau ternampak seorang ustaz jadian di FB menegur seorang perempuan post gambar seksi di media sosial secara makian atau lucah, seperti "Seksinya kau ni, tak takut kena bakar api neraka ke?"
Kau rasa marah dan geram dengan tindakan lelaki itu, tapi kau tak balas pun komen orang tu, sebaliknya kau tulis status kat FB, tulis tweet sindiran sarkastik kau kat Twitter, atau lukis komik yang menggambarkan perbuatan teruk orang itu tapi dalam keadaan yang berlebih-lebihan dan mengada-adakan benda yang tiada, seperti kau lukis gambar seorang lelaki berkata pada seorang perempuan;
"Kau ni seksi sangat, ini semua salah kau aku dah stim ni tak boleh kawal nafsu aku, confirm kau akan masuk neraka!! Ok selesai dakwah untuk hari ni...".
Lepas tu ramai la orang komen dan share status, tweet atau komik kau lalu sama-sama mengutuk dan menimbulkan kebencian kepada semua golongan agamawan, ustaz dan pendakwah secara general, tanpa mereka tahu pun cerita asalnya tidaklah seteruk itu.
Bukan sahaja kau exaggerate cerita kau, malah secara tak langsung kau dah generalize dengan memberi gambaran buruk pada semua kerja dakwah dan juga pendakwah, seolah-olah mereka semua juga sama teruk seperti ustaz jadian ini. Malah pelaku sebenar yang kau nak sindir tu ntah baca atau tidak pun apa yang kau tulis/lukis tu.
Kalau kau tak puas hati pada sikap mana-mana individu, fokus pada dia sahaja. Jangan main hentam semua orang secara generalize. Hanya kerana kau baca komen seorang dua individu yang teruk, terus kau simpulkan ramai orang juga ada sikap yang sama.
Dalam membuat kritikan sosial, kau tak boleh mengamalkan cherry picking, yang mana kau memilih kes-kes tertentu terutama yang minoriti lalu kau buatkan seolah-olah kes tersebut turut dilakukan oleh majoriti atau keseluruhannya, hanya kerana kau tidak suka kepada sesebuah golongan itu.
Seperti contoh kau tak suka golongan pendakwah. Kau anggap semua golongan pendakwah itu sama teruk. Bila kau nampak ada seseorang cuba berdakwah dengan cara yang salah, kau pilih isu tersebut lalu memperbesar-besarkannya seolah-olah semua golongan pendakwah juga berbuat perkara yang sama.
Kau tak suka guru. Kau anggap semua guru itu teruk. Maka bila kau nampak ada seorang guru buat hal yang terpencil, kau perbesarkan isu tersebut dan buatkan seolah-olah semua guru mempunyai perangai yang sama.
Kau tak suka lelaki. Kau anggap semua lelaki itu sama teruk. Bila ada seorang lelaki buat hal, kau terus kecam semua lelaki kerana ada perangai teruk itu sedangkan tidak dan hanya berapa kerat sahaja yang berperangai sedemikian.
Kau tak suka orang Islam. Kau anggap orang Islam tu semua jahat. Bila ada orang Islam jadi pengganas bunuh orang awam, kau terus bantai semua orang Islam secara berlebih-lebihan seolah-olah semua orang Islam itu pengganas.
Ya tak salah nak menegur, tak salah nak kritik, tapi usah exaggerate, usah generalize, usah cherry picking, usah berlebih-lebihan, usah menokok nambah, usah melampaui batas seperti mana pihak media yang suka membesarkan cerita dan berlebih-lebihan dalam laporan berita mereka supaya orang tertarik untuk baca dan cetuskan persepsi, lebih-lebih lagi hal berkaitan agama, kerana kau bukan menjadikan suatu isu itu lebih baik, sebaliknya hanya semakin memburukkan keadaan.
Dan aku faham kalau ada yang suka sarkastik dan menyindir orang-orang yang guna agama sebagai lesen untuk menghentam orang lain dan yang guna agama untuk kepentingan sendiri kerana nak bagi mereka pengajaran dan kesedaran.
Tapi bila ada orang yang betul-betul bagi teguran, nasihat dan dakwah secara baik pun korang nak sindir secara berlebih-lebihan, maka korang takde beza pun dengan orang yang korang sindir tadi, kerana korang bukan nak bagi pengajaran pun tapi semata-mata mahukan kemenangan dan nak rasa puas dapat sindir dan perkecilkan golongan yang korang tak suka.
Lagi menyedihkan apabila orang bukan Islam dan juga korang yang Islam ni pun secara "general"nya turut sama menyindir dan mentertawakan golongan ini.
Aku ni pun bukanlah baik mana tapi bila aku tengok ada orang Islam menyindir rakan seagamanya sendiri yang bagi nasihat dan teguran secara baik, hati aku betul-betul pedih.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: hentam kritik tegur nasihat over exaggerate berlebih perbesar done dakwah kutuk hina kritikan sosial cherry picking sacrasm sarcastic
kay.
BalasPadambetul jangan berlebih2an tapi selalu orang buat komik suka exaggerate sesuatu benda nak nampk menarik...nak tunjuk pelukis tu nmpk cerdik kot? ProoOOoOOoOOT!
Padamcibai sirosli meyamar jadi anon 329 . prooOtT d muka denoutantei.
Padam-siroslin-
'Aku tahu ada orang Melayu yang rasa diri mereka lebih mulia dari orang lain.
BalasPadamAku tahu ada orang Islam yang rasa diri bagus dan suka menghukum orang.'
yalah..semua benda kau tahu. orang itu berlebih, berkurang pun kau sibuk amik tahu.
nak jadi pengawas media sosial ker ape ko ni noob?
Gerak 3x Khas
PadamGerak 3x Khas..
Gerak 3x Khas...
Gerak Khas!
#
Bergerak wahai demi untuk negara
Melawan siapakah musuh durjana..
Tak kira pangkat darjat ataupun harta
Mendaulatkan maruah bangsa..
Lelaki bersama-sama wanita..
Bersatu berpadu tenaga..
Berkhidmat berbakti penuh setia
Mengembalikan sejahtera..
Pengkhianat, penghasut dan penjenayah..
Membenteras jenayah tanggungjawab bersama..
Berkorban sehingga ke titisan darah..
Kerna negaraku yang tercinta
Zaman skrg org kritik kat dunia sosial guna perasaan..bukan ikut akal. Lgpun dunia sosial ni mcm ckp dlm hati cuba dituliskn perasaan hati..tp still consider anda bercakap di khalayak ramai.
BalasPadamListen, keep quiet n learn...u become wiser person like that sbb selalunya mereka hnya bercakap bila perlu saja.
Always think everyone hav their own opinion n not everything is correct. But do not always think u r correct...seriously dangerous. Pasal cite seks, nmpk sgt anda budak baru nak up update status kat FB. Nafsu remaja mmg semacam..kalau tak dikawal jd la taskirah2 lucah ni.