Halaman

Jumaat, 3 Oktober 2014

Gambar orang ditambah lawak haram adalah ghibah

Hari ini ramai orang mula menyebarkan gambar "lawak haram" walaupun untuk gurauan. Ambil gambar orang kemudian tulis kata2 lawak yang orang tersebut tidak kata sekarang sudah menjadi satu trend dan budaya lebih2 terhadap pemimpin dan ahli2 politik. Trend ini ditiru dari trend Internet dari barat yang menggunakan gambar orang untuk dijadikan meme dan troll. Tapi tahukah anda yang ia sebenarnya adalah ghibah yang menjadi suatu kesalahan dari sudut agama?



Contoh2 gambar ghibah yang sering diedit oleh macai2 politik.

Pengertian ghibah:

Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam telah menafsirkan makna ghibah dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ­radhiyallahu ‘anhu:

«أتدرون ما الغيبة؟ قالوا: الله ورسوله أعلم،
قال: ذكرك أخاك بما يكره.
قيل: أفرأيت إن كان في أخي ما أقول؟
قال: إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته، وإن لم يكن فيه فقد بهته». رواه مسلم.

Baginda bertanya kepada sahabat: 

"Adakah kamu tahu apa itu ghibah?”

Mereka berkata: Hanya Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.

Baginda berkata: “Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya“.

Sahabat bertanya lagi : "Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan?" Baginda bersabda:

“Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya ». (Riwayat Muslim).

*AAM, Makkah. Malam Tarwiyah 1435H.

Stop menyebarkan Gambar yang dibuat dialog sendiri!

Sumber FB Dr. Abu Anas Madani.

Korang benci mana pun orang tu, korang ingat korang dapat pahala ke buat benda ni? Serius, benda2 tu tak lawak langsung. Kalau tak mampu untuk berbincang dan berdiskusi secara matang dan ilmiah, lebih baik diam dari tambah dosa.

Baca lagi:




tags: maksud makna ghibah edit gambar pemimpin najib anwar rosmah bn pr macai troll meme gambar lawak

29 ulasan:

  1. lagi kupasan mantap dari PON!!!

    BalasPadam
  2. tu belum kira akaun fake akaun FB, twitter dan lain2 seumpamanya..

    BalasPadam
  3. Bagus N3 ini sebab terlalu banyak tersebar melalui media hal-hal yg begini.
    Moga jadi peringatan buat semua... hati-hatilah hidup di dunia ni pun tak lama mana..

    BalasPadam
  4. Apa hukun like menda2/gambar2 yang ghibah?

    -oyen-

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik?oyen pun dah pandai main tenet? (Oyen tu nama kete aku sebab warna oren)

      Padam
    2. nak tau hukum tanya la ustat kazim ke, ustat fathul bari ke... tanya noob buatpe, dia bkn ada ijazah dlm agama pun...

      Padam
    3. Oyen tu kucing aku, kadang2 tu aku nmpk dia baca b.o....

      Padam
    4. Kucing aku pn oyen jugak weh

      Padam
  5. Masing-masing nak tunjuk kreativiti masing-masing tanpa memikirkan yang ianya adalah salah..

    BalasPadam
  6. Ko ni boring la kekadang noob.. terkadang ko ni terlebih islam.. kekadang mcm haroom jer..tapi aku paham tagline hang.. kekadang hang mengkepalabutuhkan orang..dan kekadang orang mengkepalabutuhkan hang balik.. cewah.. gitulah resam hidup.. aku tau time hang cambiol jer..mulalah ko baca quran.. meraban mcm ustat pondok.. kene hari masuk air dalam kepala, mmg idea artrikel ko meletop.. teruskan mencari idea..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko budak baru eh? ko tak baca ke description kat atas tu?

      Ada masa kami SERIUS, banyak masa kami MEREPEK. Ada masa kami MENGUTUK, banyak masa kami DIMAKI. Ada masa kami GENIUS, banyak masa kami GILA. Ada masa kami COOL, banyak masa kami MORON. Ada masa kami PENCINTA WANITA, banyak masa kami PERVERT. Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya. Never Fear, We Are Your Friendly Stupidhood!

      noob ni kejap2 dia barisan, kejap2 dia pakatan, kejap2 dia ludah dua2... xpyh nk butthurt sgt bila dia tulis artikel yg xmenyebelahi parti korg... dia cuma tulis ikut kepala otak dia, terpulang pd dia nk backing sapa, nk kutuk sapa2... blog ni boleh aku kata blog yg paling neutral pernah aku jumpa...

      Padam
    2. Ko pun xbca ke komen si polan tu.dia ada tlis dia paham tagline noob.mknanya dia baca la..trpulang dia jgk nk komen apa.dh noob open utk komen.kalau dia xska,dia dlete.kecoh je kau ni.legend ke?

      Padam
    3. Lagi pun hr ni hr jumaat kan, standet la blogger sume post entri alim..tu pun ko nk pelik ke?

      Padam
    4. Anon 256 tu, tgk gaya komen cuma cm nk highlight perkataan barisan n pakatan je gayanya..beria benau kahkahkah..

      Padam
    5. Eh suka hati Noob la nak tulis apa. Blog dia, dia bukan kacau kau pun. Mari bagi aku Blog kau pulak. Nak tengok ok ke tak blog kau tu. Komplen orang je pandai.

      Padam
    6. sial la korang semua. jahanam!!!anak harammm

      (komen berikut tidak ada sangkut paut dengan sebarang komen2 di atas dan tiada unsur dendam atau benci. Ia hanyalah sekadar sesuka hati dan disebabkan ini dunia siber dan guna nama anon, jadi bertambah suka hatilah)

      Padam
  7. nice entry n wajib amek tahu pasal nie..

    BalasPadam
  8. betul jugak kekadang x tepikir pun psl ni...keep it up noob!!

    BalasPadam
  9. kalo gambar lolcats boleh tak huhu

    BalasPadam
  10. kah kah kah!
    aku lalu gelak sakan baca nih!
    sangat terhibur!

    BalasPadam
  11. ni hadith mana pulak dia kopek nih? BIble versi mana nih? setau aku hampir 97% hadith kopek dari Bible...mana ada ghibah nih? boleh apa mengumpat...siapa cakap tak boleh...dalam court kalau kau nak cela orang dibolehkan...takkan kau nak bagi keterangan kau kena jaga aib dia pulak? tgk tempat laa kawan...ni la padah main baca hadith tak tanya Tuhan...he he! setakat joke bodoh kira berdosa ke? entah? malam ni aku tanya Tuhan...ha ha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni bukan troll tp terencat.. dgn Tuhan pn boleh buat lawak... mmg bodoh sial eddeved ni.. lbh bodoh dr ahmad lejen dulu..

      Padam
    2. Adoi, pening...

      Padam
  12. Hadis boleh disalahtafriskan. Ghibah ni merujuk kpd keadaan dimana kita mengada-adakan cerita yang memburukkan/ mengaibkan seseorang.

    Bukan takat kepada gambar sahaja, apabila kita menghasilkan berita/gosip/post malahan komen blog sekalipun boleh dikategorikan sebagai ghibah andai ianya memburukkan, membuka aib orag dan sebagainya.

    Namun, sagalanya adalah berkaitan dengan niat. Macam blog noob ni, saya rasa noob lebih kepada suara dan perasaan dia. Even benda dia cakap kdg2 masuk kategori ghibah tapi adakah ia ghibah apabila noob berniat untuk mengkhabarkan sesuatu yang salah? TIDAK.

    Even gambar contoh tu pun noob boleh dianggap ghibah juga sebab dia sebarkan benda ni untuk tatapan umum meskipun bukan dia yang buat. Tapi, niat di adalah untuk mengkhabarkan sahaja jadi ini bukan ghibah yang dimaksudkan.

    Sebab itulah hadis2 ni, ulasannya kita kena dengar jelas dan penuh. Jika tidak, akan ramai yg sangkut sampai nak buat gambar lolcats pun takut salah. Melainkan gambar tu dengan niat menfitnah, memang ghibah la even guna kucing semata2.

    Teruskan menulis Noob. Saya suka entri ini. Haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Mikhail,
      aku malas nak jadi rekod buruk, tapi perlu aku sampaikan kerana nak memberikan kefahaman...

      dosa, pahala Tuhan punya...malah diri kita pun Tuhan punya...Tuhan bagi akal untuk berfikir...

      ada pembeza antara iman dan kufur, fasiq dan derhaka...

      lihat cermin diri sendiri...kalau kita rasa kita sayang Tuhan, kita sedar perkara di atas adalah salah dan kita hentikan sebaliknya kita doakan moga-moga dia insaf...

      kita kata kita baca Quran, ye semua orang baca Quran tapi meresap tak dalam jiwa?

      kita tak payah tegakkan batang jari (ha ha! karang ada orang kata aku maki plak...terpulang pada pemikiran kau) menuding kepada kesalahan orang lain sedangkan diri kita sendiri tak terurus.

      Aku tak kisah pun kalau dalam laman maya nih ada orang menyamar jadi aku mahupun troll aku...sebab secara asasnya aku tau - you are really pissed off with me...tgk aje najib, berapa ramai orang troll dia...apa dia buat? dia buat bodo!

      makin ramai orang troll kau, makin banyak pahala kau...makin banyak orang fitnah kau...makin lapang rasa dada kau...tak perlu aku ajar kau sendiri ada akal...

      dan kepada sesiapa yang kata aku bantai orang kat net, terima kasih...banyak dah pahala aku...

      bagi aku, kesimpulannya, kalau lepas ni ada lagi orang troll aku, aku senyum aje sebab senyum tu sedekah...aku puas hati sebab aku dah naik taraf...

      tak ada kudis laa kalau kena troll pun, orang yang lembik aje nak sensitif macam pompuan...

      ha ha!

      Padam
    2. eh eddeved nih. bercakap guna bontot kerr terkentut guna mulut ni? sangat mengelirukan.(#-.-)

      Padam
  13. Org malaysia suka troll org...drpd nak tolg kurgkn masalah atau beban. Sbb troll org dpt byk LIKE!!

    Sabar je la....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.