Halaman

Isnin, 3 November 2014

Medium Utama dalam Pembentukan Identiti Nasional

Perpaduan dan Integrasi Kaum adalah Medium Utama Pembentukan Identiti Nasional.

Perpaduan kaum adalah medium utama dalam menentukan kestabilan politik, sosial, dan juga ekonomi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik di dalamnya. Persoalan dan perbincangan berkaitan dengan usaha ke arah perpaduan ini telah lama dibahaskan malah belum ada tanda-tanda isu perpaduan ini melihatkan keberhasilannya. Selepas kemerdekaan, masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang serius dan perlu diambil perhatian. Identiti nasional merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah perkauman serta mencapai perpaduan dan integrasi sesama kaum.


Perpaduan dan integrasi adalah dua konsep yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang seakan sama. Walaupun perhubungan di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia bertambah baik namun pemisahan sosial masih wujud. Hal ini bermakna unsur integrasi masih tidak lagi kukuh berbanding perpaduan. Kepercayaan dan perasaan hormat antara kaum telah berjaya di semat dalam kalangan penduduk pelbagai etnik, akan tetapi masih lagi kurang penyesuaian pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial antara kelompok etnik sehingga menimbulkan ketidakselesaan.  Faktor ini yang menyebabkan proses penyatupaduan semua kelompok untuk membentuk nilai bersama masih lagi tidak berjaya. Pendekatan yang dapat merapatkan jurang integrasi akan meningkatkan perpaduan serta sikap penerimaan yang lebih terbuka dan saling mempercayai antara kaum.

Di Malaysia, proses perpaduan dan integrasi semua kelompok etnik berlaku melalui satu identiti yang dikenali sebagai identiti nasional yang digerakkan oleh program-program seperti memartabatkan Bahasa Melayu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Program Sekolah Wawasan dan konsep Gagasan 1Malaysia. Usaha membentuk identiti nasional ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap proses perpaduan dan integrasi dalam membentuk Bangsa Malaysia. Dalam kenyataan Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1995, Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merealisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seadanya, tanpa mengira kaum dan agama. Penerimaan ini tidak menghilangkan identiti sesuatu bangsa tersebut, tetapi lebih dilihat kepada menerima keunikan sesama kaum seadanya agar dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.


Dalam usaha kerajaan menyatupadukan semua etnik di Malaysia, perpaduan dan integrasi masih tidak lagi mencapai standard yang diharapkan. Isu perkauman masih menjadi topik perbualan hangat terutama di laman media-media sosial. Semangat kenegaraan yang tidak utuh dalam kalangan penduduk pelbagai etnik di negara Malaysia melambangkan tahap perpaduan dan integrasi sebenar yang berlaku masa kini. Kurangnya sensitiviti dan pemahaman etnik terhadap etnik yang lain telah timbulnya isu-isu seperti dalam link;
Dan berbagai-bagai isu lagi yang telah dibincangkan dalam blog buasirotak.blogspot.com oleh saudara Prince of Noob dan rakan-rakannya.

Dalam konteks di Malaysia, unsur perpaduan dan integrasi melalui pembentukan identiti nasional masih lagi kabur dan tidak difahami oleh kebanyakan warganegara Malaysia. Kekaburan ini timbul apabila mereka tidak boleh memberi definisi secara jelas tentang kedua-dua unsur tersebut yang menjadi matlamat utama negara sejak awal kemerdekaan (Awang Had Salleh, 1980). Untuk merealisasikan perpaduan dan integrasi melalui pembentukan identiti nasional, setiap individu tanpa mengira etnik perlu membina pemahaman yang jelas tentang konsep perpaduan, integrasi dan identiti nasional yang dibawa oleh kerajaan melalui pelbagai program bagi membina negara bangsa Malaysia yang berdaulat dan merdeka.

Perpaduan adalah satu proses penyatupaduan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air (Syamsul Amri Baharuddin, 2007). Manakala, Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik, Ahmad Haji Kambar (1987, seperti yang dinyatakan dalam Syamsul Amri Baharuddin, 2007).


Kedua-dua perkataan ini memberi makna atau definisi yang berbeza dan perlu difahami oleh segenap lapisan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia agar matlamat kerajaan ingin membentuk sebuah Negara yang maju dari pelbagai aspek termasuk kemajuan sosial budaya mampu direalisasikan oleh rakyat Malaysia itu sendiri. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu berusaha dan bekerjasama (Perpaduan) untuk membentuk satu identiti budaya di Malaysia melalui kaedah merapatkan jurang perbezaan budaya, ekonomi dan sosial setiap penduduk pelbagai etnik di Malaysia (Integrasi) supaya mereka dapat mengamalkan kehidupan bersama. Dalam konteks masyarakat di Malaysia, pembentukan bangsa Malaysia adalah membawa kepada satu identiti yang berpegang kepada perlembangaan dan rukun negara sebagai paksi ke arah merealisasikan integrasi dan perpaduan semasa membentuk satu identiti seragam di Malaysia.

Pencapaian Perlaksanaan Program Kerajaan Membentuk Identiti Nasional

Perlembagaan Malaysia mengiktiraf kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal.  Penggunaan bahasa Melayu ini telah termaktub di dalam Perlembagaan iaitu Perkara 152 yang menetapkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi di tiga peringkat, iaitu peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam. Hal ini adalah satu pengiktirafan dan penerimaan terhadap sejarah dan latar belakang negara dalam pembentukan identiti Malaysia. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara kaum dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Zainariah Binti Hassan (2013) menyatakan bahawa aspek terpenting untuk membentuk satu budaya ialah melalui satu bahasa dan satu suara. Oleh itu, pembentukan identiti negara melalui bahasa Melayu merupakan paksi kepada penyatuan bangsa di samping melahirkan kesamaan yang serasi dalam kalangan komuniti masyarakat setempat.

Jika dilihat dari sudut komunikasi bahasa di dalam sektor awam, bahasa Melayu masih ketinggalan dan kurang praktis dari sudut perlaksanaannya dalam segala urusan rasmi dan masih terdapat penggunaan bahasa Inggeris dalam komunikasi lisan seperti mesyuarat. Dr Awang Sariyan (2013) menyatakan sebanyak 10 bahagian di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diaudit bahasanya dan didapati bahawa pada keseluruhannya tahap penggunaan bahasa Melayu di JPA mencapai tahap penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi sebanyak 86%. Ada ruang untuk pembaikan sebanyak 14% untuk memastikan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam dokumen rasmi. Pencapaian penggunaan bahasa Melayu di JPA berada pada tahap 4 daripada tahap 5 yang tertinggi. Daripada sudut mutu JPA hampir mencapai tahap 5 iaitu 89.7% (Sumber : http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=4997 ). Walaupun mencapai angka peratusan yang tinggi, baki peratusan tersebut menunjukkan bahasa Melayu masih tidak digunakan sepenuhnya ketika urusan rasmi. Terdapat bahasa selain bahasa rasmi telah digunakan ketika urusan rasmi dijalankan dan mengisi kekosongan peratusan yang tinggal tersebut.

Sumber

Konsep Gagasan 1Malaysia menerangkan tentang tiga perkara iaitu hasrat kepimpinan untuk melihat perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity), kesejahteraan dan kemakmuran bersama serta menghormati dan mengiktiraf hak setiap warga negara (Aizat bin Khairi, 2011). Menerusi cetusan idea Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, Gagasan 1Malaysia ingin membentuk satu identiti masyarakat Malaysia melalui budaya (Sumber : http://www.kkmm.gov.my/pdf/Booklet_1Malaysia.pdf). Gagasan 1Malaysia menekankan aspek integrasi kebudayaan iaitu perkongsian budaya yang sama dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh itu, kerjasama semua kaum di Malaysia amat dititikberatkan untuk merealisasikan konsep 1Malaysia ini. Ia bertujuan bagi mengurangkan salah faham dan kekeliruan yang timbul akibat daripada ketidaksefahaman antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Sumber

Program-program transformasi politik, sosial dan ekonomi telah digubal dan sedang dilaksanakan di bawah naungan gagasan 1Malaysia dengan slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Konsep ini membawa makna bahawa semua rakyat dalam negara Malaysia digelar bangsa Malaysia tanpa mengira agama, warna kulit mahupun keturunan yang berpaksikan kepada prinsip “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Menurut Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, (2010), maksud “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” adalah contoh jelas dalam memahami keutamaan, bahawa pemimpin perlu diutamakan dalam segala hal. Tanpa rakyat siapalah pemimpin, kerajaan dari rakyat untuk rakyat. Itulah falsafah demokrasi yang tidak bercanggah dengan sumber ajaran Islam jika diurus dengan baik berpandukan Perlembagaan Persekutuan. Konsep Gagasan 1Malaysia ini merupakan penyambung konsep perpaduan dan integrasi daripada pemimpin-pemimpin yang terdahulu.

Namun begitu, usaha kerajaan untuk mewujudkan kesatuan bangsa Malaysia melalui budaya masih tidak memperlihat unsur perpaduan dan integrasi terkesan oleh rakyat pelbagai etnik di Malaysia. Pelaksanaan konsep 1Malaysia seolah-olah sudah tersasar jauh dari tujuan utama konsep ini diwujudkan. Menurut Aizat bin Khairi (2011), usaha kerajaan tidak jelas dalam mencari golongan sasaran utama dalam mempromosikan konsep 1Malaysia agar sasaran utama akan mempengaruhi kelompok-kelompok masyarakat yang lain. Kerajaan akan menerima kritikan yang hebat jika konsep 1Malaysia ini tidak membawa sebarang perubahan kepada masyarakat dan negara. Jutaan ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan semata-mata untuk mempromosikan konsep ini akan menjadi sia-sia jika rakyat tidak memahami dan mempraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat yang berbilang kaum ini.

Pada asalnya, 1Malaysia ini hanyalah slogan berkenaan perpaduan melalui identiti budaya Malaysia. Tetapi slogan 1Malaysia telah dikomersialkan untuk digunakan dengan lebih meluas. Maka, Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan Klinik 1Malaysia diwujudkan melalui konsep ini. Namun begitu, semua yang menggunakan nama 1Malaysia ini lebih berbentuk perkhidmatan dan bantuan dan tiada satu pun yang terarah kepada bentuk perpaduan dan integrasi. Apabila 1Malaysia mula digunakan ke atas produk atau barangan, tujuan sebenar slogan ini mula semakin tenggelam dan tidak masuk akal. Contohnya, kemunculan Email 1Malaysia dan sebuah komputer tablet yang dikenali sebagai 1Malaysia Pad.


Dengan kemunculan produk atau barangan di bawah jenama 1Malaysia, ia dilihat sudah semakin jauh terpesong dengan teras asas perpaduan seperti di awal-awal penubuhan konsep Gagasan 1Malaysia ini. Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila produk dan perkhidmatan di bawah nama 1Malaysia ini tidak berkualiti lantas menyebabkan rakyat menolak mentah-mentah terhadap apa sahaja yang datang daripada nama 1Malaysia. Maka, persepsi yang negatif daripada rakyat akan mempengaruhi pelaksanaan konsep 1Malaysia.

Sumber

Ramai yang berpendapat, untuk mencapai matlamat rakyat yang bersatu padu dan beridentiti nasional memerlukan pengorbanan dari semua kaum atau etnik di Malaysia melalui Asimilasi seperti yang diamalkan oleh negara Indonesia dan negara-negara lain yang seumpama dengannya. Asimilasi bukanlah penyelesaian kepada masalah perpaduan dan integrasi di Malaysia. Halangan kepada perpaduan seperti persepsi, stereotaip dan diskriminasi tetap tertanam di dari diri setiap etnik jika langkah pencegahan atau tindakan yang berkesan di ambil dari awal. Penghapusan penuh budaya setiap etnik untuk membentuk budaya etnik majoriti merupakan pengorbanan sia-sia malah menghilangkan identiti asal etnik tersebut.

Akomodasi dan Akulturasi merupakan konsep yang sesuai di mana setiap etnik tidak perlu berkorban untuk membentuk identiti budaya baharu. Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Akomodasi pula merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Mereka hanya perlu saling menghormati dan menerima kewujudan kaum lain setaraf dengan etnik masing-masing. Pengorbanan yang sebenar adalah menghapuskan halangan-halangan kepada perpaduan. Maka, dengan itu unsur perpaduan dan integrasi dapat diserap dengan mudah oleh rakyat Malaysia seluruhnya. Tidak perlulah kita menjadi seperti negara Indonesia yang mengamalkan konsep asimilasi atau mungkin konsep amalgamasi untuk bersatu padu dan membentuk identiti nasional.


Rujukan:
  • Aizat bin Khairi (2011). Konsep 1 Malaysia dan Cabaran Pelaksanaannya ke Arah Pemantapan Perpaduan sebuah Negara-Bangsa. Jurnal Sosiohumanika: Bil 4.
  • Awang Had Salleh (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
  • Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah (2010). Perpaduan Teras Pembinaan Negara Maju. Kuala Lumpur: Solid Press Sdn. Bhd.
  • Syamsul Amri Baharuddin (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.
  • Zainariah Binti Hassan (2013). Kepentingan Dan Fungsi Konsep 1Malaysia Dalam Usaha Membina Negara Dalam Pelbagai Dimensi Politik, Ekonomi dan Sosial. Jurnal Biro Tatanegara: Bil 1, 41-50.

Disediakan oleh,
Mohd Hanafi bin Mohd Rasip





Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Mohd Hanafi bin Mohd Rasip.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar perpaduan dan integrasi kaum adalah medium utama pembentukan identiti nasional akomodasi akulturasi 

20 ulasan:

  1. Mcm buat project psm atau kertas kerje je....warghh...ayat xleh bla sampi malas nak baca. Dlm blog just buat ayat yg simple n attractive. .luahkn ikut isi hati je, x perlu bombastik sgt word diguna.

    Sy jamin x ramai yg baca a-z entry anda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku bc artikel ni dr a-z... isinya pula jauh lebih bagus & mudah difahami dr komen2 bodo ayam ko.. problem??

      Padam
    2. kan dia kata tak ramai baru ko vs 10 org yg malas nak baca cth mcm aku yg memang mls nak baca smpi abis...aku baca perengan last je
      problem??

      Padam
    3. halangan kepada perpaduan ialah SJKC dan SJKT! Problem?

      Padam
  2. Mcm recycle balik pstu edit skit karangan untuk assignment bertulis kursus induksi je ni..

    Ayam, ko jeles ke ayt die bombastik? Ha ha ha..

    BalasPadam
  3. Ibarat berkokok2 baca Quran, sepatah haram pun tak paham. Kendian hidup dengan harta riba sebagai jambatan dunia, masih bermimpi nak masuk syurga. Tungging terbalik tiap hari inginkan syahid.

    Meleis..meleis. tak habis2 merapu siang malam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi lagi hampeh kasi komen kat blog orang anonymous...konon nak kasi misteri laa kot? ptttuuuiiiihhhhhh! telor tadak ka?

      kalau kau terer sangat Quran aku nak tanya nih kau jawab!

      1) apa maksud Tuhan bila Dia cakap "tujuh jalan di atas kamu" dalam Quran? Surah apa? kau kan terer...mesti kau tau! Aku sampai sekarang tak tau...nak gak tanya orang yang tau!

      2) apa maksud Tuhan bila Dia cakap "langit sebagai bangunan yang kukuh" dalam Quran (Al Baqarah 22)?

      3) kau rasa kiamat esok Isa "turun dari langit" ke atau berjalan di mukabumi?

      kalau kau terer kau jawablah! teringin aku nak berguru dengan kau ha ha ha!

      nak kutuk orang sedap aje...tanya soalan mudah pun tak boleh jawab...eeerrrrr...karang dia jawab mampus!

      Padam
    2. PrrooOOOOOooooTttTTt !!! d muka edevedd. argh lega !!!

      Padam
    3. ni gila apa nih aku pun tak faham...eja nama aku selalu gagal...kau nih ada stroke nih! menyebabkan ejaan kau selalu salah...mungkin di masa muda kau pernah trauma kena buli nih!

      Padam
  4. Shrek is love,Shrek is life3 November 2014 pada 8:02 PG

    Anda mesti perasan anda adalah meleis terpelajar bila sent artikel nikan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. org melayu camni la, xleh tgk melayu lain bagus skt.. gi mampos la dia nk tulis mcm mana... kalau ko hebat sgt apsal xtulis artikel hebat cam ni? oh lupa mgkn ko ni meleis yg bodoh & kurg pelajaran

      Padam
    2. Tanpa nama 9:44 pg. Artikel ko mana? Ko mesti meleis bodoh & kurang pelajarankan?

      Padam
  5. artikel yang bagus. tajuknya umum dan ramai dah ketahui,tapi dengan aktikel ni, dpt penjelasan lebih. Manakala dari segi bahagian penggunaan ayat tu memang lengkap dan sempurna..cuma utk penulisan dan menarik minat membaca di blog seperti ini,agak tidak tepat. Tapi pehal pun..terima kasih kerana berkongsi pengetahuan.

    BalasPadam
  6. huaaaaaaaaaaaaarghhhhhhhhhhhhhhhhhhh~! mengantuknye baca....... apa2 je le asalakn dapat duit ye dak? klu xde duit xde nk tulis panjang2 gini its all about money itu sebb smpi ada yang pergi jauh smpi sanggup ambil rasuah makan harta anak yatim dsb yg menindas orang lain semata2 duit... nak perpaduan jaga basic setiap individu dan jagn bnyk merapu mcm deveded tu

    zmn sekang bukn zmn cita panjang lebar sekang orang buat action tindakan cth org buat tindakan bodo buat video merapu lagi rmi orang buat merapu lagi ramai orang komen merapu sebb dah kena psiko ngan benda merapu tanpa sendiri pun xsedar dh bnyk merapu mcm aku merapu ni

    nak rapatkan jurang perbezaan bangsa lebih baik dengn bnyk kan video2 kesatuan hati bangsa malaysia klu xkan sembang bnyk xguna gak... takat isi artikel je

    -_- serius bosannnnnn~

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni sorg lagi si rosli melayu pukimak.. walaupun artikel ni cm skema, tp apa kaitan dgn org rasuah mkn harta anak yatim? perbandingan bodoh apa yg ko cuba buat? tulis pun xbetul mcm ayat budak tadika, ada hati nk sekolahkan org lain.. mmg melayu pukimak btl tau nk jatuhkan org je..

      Padam
    2. PROOOOOOOOOOOOOOOOTTTTTTTTTTTTTTTTT~~~ arghhhhhhhh legaaaaaaaaa kat Tanpa Nama3 November 2014 12:20 PTG yg bebal xreti bezakan

      Padam
  7. aritu ada artikel psl kisah pompuan bunuh diri tu letak sumber wiki, korg kondem ckp artikel x ilmiah, prof ckp sumber xleh pakai... ni bile ada artikel tahap ilmiah gila babi tambah lg dgn sumber rujukan tahap tesis phd pun kena kondem jugak.. korg nk apa sebenarnya haa? kalau hebat tulis la artikel sendiri.. meluat tul aku dgn meleis2 pukimak cam korg yg xleh tgk melayu lain lebih sikit

    BalasPadam
  8. soalan aku ni memang lari topik sangat2. tapi aku nak mohon tetamu kat sini untuk bagi komen atas situasi aku.

    -aku pekerja opis biasa kat sebuah universiti.
    -aku baru melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lepas.
    -pendapatan yg aku ada sekarang memang cukup-cukup makan dan boleh simpan sikit je.
    -Bini aku lak disahkan pregnant (yeay..rezeki tu)
    -aku buat keputusan untuk jadi lecturer part time di Universiti tempat aku kerja untuk tambah pendapatan aku.
    -So, bagi korang la..adakah tindakan aku ni betul atau hanya akan membebankan aku pada masa depan dengan kerja yang bertimbun-timbun serta masa rehat yang dikurangkan?
    -aku takut nak cari kerja lain sebab aku tkut tempat kerja baru tak best mcm tempat kerja sekarang. sebab dulu aku pernah kerja kat kolej yang memang zalim giler2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Q: aku pekerja opis biasa kat sebuah universiti.
      A: baguslah dah ada kerja.

      Q: aku baru melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lepas.
      A: alhamdulillah, selamat pengantin baru.

      Q: pendapatan yg aku ada sekarang memang cukup-cukup makan dan boleh simpan sikit je.
      A: ini memang situasi yang biasa dialami oleh orang2 muda terutama yang baru kahwin dan nak ada anak.

      Q: Bini aku lak disahkan pregnant (yeay..rezeki tu)
      A: alhamdulillah dan tahniah.

      Q: aku buat keputusan untuk jadi lecturer part time di Universiti tempat aku kerja untuk tambah pendapatan aku.
      A: keputusan yang baik. lagipun mudah untuk ko buat part time jadi lecturer sebab kerja pun di tempat yang sama.

      Q: So, bagi korang la..adakah tindakan aku ni betul atau hanya akan membebankan aku pada masa depan dengan kerja yang bertimbun-timbun serta masa rehat yang dikurangkan?
      A: tindakan ko memang betul kalau kau nak menambah pendapatan demi masa depan keluarga, di samping mencari pengalaman baru dengan mengajar menjadi lecturer. lagipun mencurahkan ilmu kepada orang lain banyak ganjarannya.

      Q: aku takut nak cari kerja lain sebab aku tkut tempat kerja baru tak best mcm tempat kerja sekarang. sebab dulu aku pernah kerja kat kolej yang memang zalim giler2.
      A: tak dinafikan benda tu, so kalau kau rasa dah selesa dengan kerja dan environment tempat kerja ko, just teruskan je, buat masa ni tak perlu cari kerja lain dulu. lagipun ko dah berpeluang tambah pendapatan dengan jadi lecturer part time kat universiti ko kerja, kalau kat tempat lain belum tentu ko ada peluang yang sama.

      Padam
    2. ok noob.tenkiu..hehe. bagus la noob ni..ada jugak tempat aku mintak nasihat.haha

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.