Halaman

Isnin, 20 April 2015

Apabila page troll/parodi terlalu diambil serius

Sebut sahaja Abdul Rani Kulup pasti ramai yang mengenalinya. beliau merupakan Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Tidak dapat dipastikan apakah fungsi sebenar pertubuhan kelab ini . Namun yang pasti Abdul Rani Kulup sentiasa tampil di balai Polis untuk membuat pelbagai aduan.


Terkini menerusi status di Wallnya Abdul Rani Kulup telah mengugut akan menumbuk sesiapa sahaja yang hina dan kritik kepimpinan Najib Razak anda baca sendiri screen short dibawah:

Ya, itulah berita yang banyak ditulis di blog2 murahan seperti di sini dan sini lalu diviralkan oleh fanpage2 murahan menyebabkan ramai yang percaya, malah ada yang menyahut cabaran tersebut untuk menumbuk Abdul Rani Kulup depan Pejabat Perdana Menteri.


Aku tak tahulah orang ni memang betul2 nak tumbuk atau hanya troll sahaja, tapi seriously, fanpage Abdul Rani Kulup Fans tu memang dah terang2 page parodi troll bodoh macam page Amran Fans yang dicipta semata2 untuk membahan Encik Abdul Rani Kulup tu. Takkan itu pun orang percaya siap dijadikan bahan berita dalam blog? Malah blog pro-pembangkang yang berprofil tinggi macam Omak Kau pun takkan tak boleh kesan yang itu hanya lawak bodoh?

Sebab tu secara peribadi aku agak tidak berkenan dengan fanpage2 troll macam Amran Fans, Abdul Rani Kulup Fans, Sultan Melaka, Raja Nusantara dan lain2 page seangkatan, sebab ramai orang yang terlalu "bijak" untuk tidak menyedari yang page2 tersebut adalah troll dan fake sehingga terlalu mengambil serius apa yang tertulis kat dalam fanpage tu, dan apabila perkara yang palsu diyakini orang yang ia adalah benar, maka ia telah menjadi fitnah. Malah tahun lepas PTPTN pun boleh tertipu dan terpercaya dengan surat troll yang dikeluarkan oleh fanpage Raja Nusantara tu.

Inilah jadinya apabila page troll dan parodi kat FB terlalu diambil serius oleh netizen.




tags: abdul rani kulup fans ugut nak tumbuk orang sesiapa kutuk hina kritik perdana menteri najib razak pemuda individu dari sarawak sahut cabaran tumbuk kris iskandar parody parodi

22 ulasan:

  1. Manalah pergi blog ekspresiku maxis ni..3post 50 sen..kbs

    BalasPadam
  2. Sapa rani kulop ni? Mcm penah dgr.. Rupa ade ala-ala mat s*bu.. Pakai ala-ala bomba.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Salam jari tengah di dahi anak2 ayah. Kipidap jilake!

      Padam
  4. klu ikut yg saya belajar, benda2 ni dah kira fitnah...mengada2kan yg tiada...moga kita dijauhi dari api neraka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala kalau nak dikira fitnah yang masuk berita nasional & muka depan paper pun belum tentu sahih.

      Padam
  5. page parody boleh layan untuk gelak2 je bukan boleh amik serius sangat pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengada-adakan sesuatu yang tak ada hanya untuk jenaka jatuh hukum nya _________ berpada2 nak gelak ketawa jangan sampai level menipu....

      Padam
    2. Wakahkahkahka!! Kui kui kui

      Padam
  6. sikap dan peribadi masyarakat sebuah negara melambang sikap dan peribadi pemimpin masyarakat negara tersebut...lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke??... ahh!! Mengarutlah...proott

      Padam
    2. sia-sia ko lahir kat dunia ni kalau macam ni komen ko..better jadi binatang daripada jadi manusia..campak je otak ko tu kat laut..lol

      Padam
    3. Ape nk heran 3:20, tanpa telor kan, mmg die dh mengaku pn die pengecut,loser..mmg komen die sia-sia je sume..lol

      Padam
  7. Apa KWSP ni ingat umur rakyat malaysia ni sampai 100 tahun ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko tak baca statistik ke? Skrg ni menurut kajian KWSP, umur lelaki Mesia standardnya mencapai 985 tahun. Manakala wanita 1165 tahun.

      Takat 60 tahun tu, kici munya hal bro.

      //Pegawai KWSP

      Padam
  8. dah tau orang malaysia ni ajet-ajet darah pendekar.buat lawak tak jadi pulak.

    BalasPadam
  9. Ahmad maslan fans belum ada lagi..sape nk buat silakan.

    BalasPadam
  10. bos, minta komen ttg naib ketua pemuda cawangan bukit bintang - abe mat terey/mat ketereh/muhammad zul apis bin baharum

    BalasPadam
  11. macam macam org pelik malaysia nihh. haihhh

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.