Halaman

Isnin, 28 Mac 2016

Wang hantaran kahwin tak cukup cetus gaduh besar

Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya punah selepas dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Menurut sumber, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju untuk membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.

“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000.
“Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Pengawal keselamatan itu dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu.

Menurut sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, bagaimanapun pihak pe­ngantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi mangsa tidak membayar baki RM5,000.

“Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluar­ganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.

Kata sumber itu, keadaan di pekara­ngan masjid kemudian bertukar kecoh apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.

Sumber Kosmo!

Berita ini viral sekarang di Internet dan mereka mendapat banyak kecaman daripada netizen. Satu kerana hantaran perempuan itu tinggi sangat, satu lagi kerana pekerjaan lelaki itu sebagai sekuriti dan bergaji kecil, satu lagi kerana majlis itu diakhir dengan tumbukan dan pergaduhan.

Cuma bagi aku, kita sebagai orang luar yang tidak tahu apa-apa ni, tak perlulah tambah lauk macam-macam. Itu hanya masalah antara keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Aku percaya mereka pun tak nak benda tu berlaku. Lagipun benda ni bukan berlaku banyak kali dan berlaku tiap-tiap hari sampai korang boleh judge dan generalize pengantin perempuan macam tu, pengantin lelaki macam ni, mak bapak tamak mata duitan dan sebagainya.

Hantaran RM15,000 tu memang lah tinggi, tapi kalau kedua-dua pihak pun dan setuju waktu merisik nak buat macam mana. Kalau tak setuju, patut dari awal lagi lah tolak, mintak diskaun atau tarik diri terus.

Apa-apa pun yang paling penting, itu masalah di antara mereka. Kita yang tak terlibat dan tak tau apa cerita sangat ni pun cuma baca berita, ambil pengajaran dan buat relaks sudah.


Nak baca lagi pasal perkahwinan boleh baca artikel berikut, share sekali dengan pasangan bakal suami/isteri korang tu:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik



tags: wang hantaran tak cukup cetus gaduh besar bertumbuk pengantin lelaki perempuan keluarga

12 ulasan:

  1. bila "maruah" laki dicabar...x kasi peluang memang dia blah je dari situ..... apapun salah 2-2 masing2 xnak mengalah....kalau lelaki tu mintak maaf xdapat bayar jugak waktu tu.. dan keluarga pengantin perempuan dan xnak kasi peluang tu.. memang lelaki tu blah la cancel.... first!

    BalasPadam
  2. Kalau kawen pun problem dgn family pompuan yg mata duitan mcm ni. Lainlah kalau pengantin lelaki bawak RM5K je..ini dh RM11k tolak ansurlah ini bukan jual anak.. mana tau dgn tolak ansur berkat rezeki melimpah. Tp kerana TAMAK, semua makan hati. BODOH!

    BalasPadam
  3. 1.Ni biasa brlaku bila lupa Quran/Sunnah. kan Rasul ckp sebaik mahar adalah yg paling rendah. saidina Ali ng fatimah bbrp dinar ja, tu pn lps jual baju perg.

    2.dh mcm urusan jual beli lakk... hilg terus keberkatan hidup, brkhwin bkn utk hidup slma2ny, tp utk mmemnuhi fitrah ciptaan Tuhan, lelaki cenderung kpd pmpuan, dn sblikny. spatutnya si ayah berkata, "pergilah kpd dia nak, taatilah, hormati, kasihilah, krn pdnya ada syurga" bkn letak bebanan kt dia, nmpk benor jual ny...

    3.seolah2 nmpk mcm, laki tu keje jaga, dn saling syg mnyayangi kat bakal isteri dia tu, tp kluarga dia x setuju sbb dia keja jaga, tp bakal bini dia nk gak kt dia. sbb tu ssh nk runding. prsoalan ny bknkh selama ni Tuhan yg menjamin rezeki dia, menggerakkn jantung dia sejak dr dlm perut ibu lg, dn bila 2 insan brkhwin krn Tuhan, bergegar arash, krn menerima bebanan yg berat, lalu berdoalah seluruh malaikat, setan menangih ayaq mata kecewa... entah la labu... merepek j ak ni, paper pn lg bnyk x betul dr betul ny, maafkn ak semua =(

    4. pesan Rasul, brkhwin trbhgi 4, krn harta, keturunan, kecntikan, agama. pilihlh yg beragama, psti berkat. sbb kahwin utk satu pasangn mmulakan prjuangn menuju Tuhan, melahirkn satu keluarga yg cintakn Tuhan. kn Tuhan ckp, "peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dr seksaan neraka"

    *ape yg ak merepek ni, trkesah lak ak...
    hurm, sedih baca kisah ni...




    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Pengawal keselamatan dapat simpan RM 10,000 utk kahwin. Wow!
    Orang lain yang gaji lebih besar pun belum tentu ada angka separuh dari tu dalam akaun bank :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ak terasa jilakee ...

      -petai

      Padam
    2. Habis tu kau ingat RM10,000 tu banyak sangat ke, Kesian pengantin pompuan, kalau aku,bagi hantaran RM 23,000.00 tapi syaratnya body mestilah tip-top macam miranda kerr, kalau lempeng Rm230 sahaja le.

      Padam
    3. Aku tak tau lak anak perempuan ni harta leh jual beli siap letak harga lagi

      Padam
  6. Memalukan. Lain kali buat la kenduri biasa2 tak payah nak belanja besar.

    BalasPadam
  7. Ramai antara kita berada di pihak pasangan yg hendak berkahwin....tp ramai x fikir dduk kat parent anak ppuan mereka. Maybe sy x terkejut bila smpi masanya nanti, bila anda dah ada family, anak perempuan mesti nak consider jumlah hantaran yg nak diminta.

    Sbnrnya semua ni adat yg nmpk secara jelas lari dr prinsip Islam..tp sbb dah jd adat turun temurun sekali masuk budaya barat, hindu, cina....so jd la mcm ni. Bg sy, penentu besar yg nak hapuskan konsep hantaran beribu2 ini ialah parent mereka sendiri.

    Tp ada sesetangah pasangan letak je hantaran beribu2..tp sbnrnya pergi cover separuh ke kenduri dan separuh ke pengantin ppuan bina rumah tangga baru. Maybe much better dr pergi masuk poket parent yg mcm jual anak..konsep jual anak xde refund tau (balik kampung tgk parent bawak cucu). Hikhik

    BalasPadam
  8. Mungkin pengantin pompuan ada iras macam Mira filzah kot, itu letak hantaran sampai 15,000.00, melepaskan ko!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.