Halaman

Ahad, 17 April 2016

Sikap dan mentaliti buruk barah dalam masyarakat

Saya dah bertahun baca blog awak. Pada saya blog Buasir Otak adalah 1 blog yang mampu mengubah perangai rakyat Malaysia. Macam-macam isu awak dah kupas.

Sebenarnya sudah lama saya nak hantar luahan tentang sikap rakyat yang sangat bangang dan menyusahkan. Saya mempunyai 2 orang anak dan kerap keluar tanpa suami untuk beberapa urusan harian. Selalunya yang buat saya bengang ialah masalah parking, tidak beratur dalam barisan, potong queue dan lain2 lagi.

Tapi hari ini betol-betol buat saya naik angin. Pagi tadi saya bawa anak yg berusia 3 tahun naik LRT dari stesen Asia Jaya. Anak saya dah lama teringin nak naik LRT. Akhirnya hari ini saya luangkan masa berdua dengannya.

Ketika masuk tiada kerusi kosong. Dan orang bodoh yang selfish ni terus membodohkan diri. Bayangkan sambil tangan sebelah pegang anak, tangan lagi satu memegang palang dan memastikan beg tidak terjatuh. Saya dan anak hampir tersungkur tadi..


Setelah beberapa minit baru lah ada seorang lelaki Cina yang bangun dan memberi tempat duduknya.
Yang buat saya lagi bengang, 3 orang mamat ni boleh buat selamba!! Sambil main phone dan toleh ke arah lain. Dan mereka duduk di tempat yang disediakan untuk orang tua, oku, ibu mengandung dan juga yang membawa anak.

Perkara ini dah banyak kali terjadi pada kawan sepejabat yang menggunakan train. Dan hari ini giliran saya pula yang terkena.

Kamon la rakyat Malaysia!! Bila nak berubah?? Anda menyusahkan dan mengambil hak orang yang memerlukan. Kesimpulannya anda adalah orang yang sangattttt TERUKKKKK!!!


* * * * * * * * * *

Pengalaman dan kisah di atas dikirim kepada aku dari seorang pembaca melalui email.

Ya sebelum ini sudah banyak kali pun aku highlight isu-isu kebebalan dan mentaliti sampah orang di Malaysia, tidak kira sama ada dia rakyat Malaysia, bangsa mana, pendatang asing mahupun pelancong dari luar.

Seriously, adakah kita ini susah sangat nak ikut peraturan? Adakah susah sangat nak baca tanda dan simbol tempat duduk khas untuk orang tua, ibu mengandung, warga OKU dan wanita yang membawa anak kecil? Adakah kita ini dilahirkan untuk jadi begitu bodoh. Susah ke nak wujud sedikit perasaan simpati dan empati dalam diri? Kalau tidak mahu tolong mereka pun, kenapa ambil hak mereka?

Dan aku juga yakin mesti ada yang akan cakap, "Kenapa tak tegur je orang tu? Kenapa duduk diam je pastu ambil gambar senyap-senyap?"

Manusia ada bermacam-macam jenis. Ada yang jenis berani dan outspoken, ada yang tak berani atau jenis suka pendam rasa kerana mahu menjaga hati dan tidak menimbulkan kekecohan. Malah zaman sekarang pun bila kita tegur kesalahan orang lain, kita pula yang jadi mangsa balik kena marah, kena bahan dan sebagainya. Orang lain pun belum tentu akan tolong dan hanya melihat sahaja.

So aku harap masyarakat jangan kecam orang yang melapor sebaliknya kecamlah orang yang membuat kesalahan. Sama juga macam di Internet, bila ada orang tegur kesilapan orang lain (bukan dengan cara teruk atau maki hamun, hanya tegur secara elok), pasti orang yang menegur itu pula yang menerima banyak kecaman lebih-lebih lagi jika orang yang ditegur itu orang yang popular dan ramai pengikut.

Kematangan datang dengan usia. Tapi kalau dah makin berusia pun masih belum-belum matang dan masih membodohkan diri lagi, ada lah masalah kat mana-mana tu dalam diri mereka.

Orang-orang macam ni aku anggap sebagai "cancer of society" atau barah dalam masyarakat. Orang yang tidak ada common sense, orang yang pentingkan diri, orang yang sentiasa merasa diri betul tidak pernah salah serta orang yang menyokong hal buruk dan mengecam perkara baik.

Mohon mereput.

Lain-lain artikel berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: sikap mentaliti buruk barah dalam masyarakat malaysia rakyat kaum bangsa agama melayu cina india bangla cancer of society

12 ulasan:

  1. Sesetengah rakyat Malaysia memang bebal dan ramai yang mentaliti sampah cenggini.

    Sewaktu Mrs. A kerja di KL travel everyday by komuter Sbn-KL time pregnant pun bila dah berdiri tu lama baru ada yg offer seat amat jarang sekali terus orang nak offer seat walaupun nampak perut kau tengah boyot.

    BalasPadam
  2. Sesetengah rakyat Malaysia memang bebal dan ramai yang mentaliti sampah cenggini.

    Sewaktu Mrs. A kerja di KL travel everyday by komuter Sbn-KL time pregnant pun bila dah berdiri tu lama baru ada yg offer seat amat jarang sekali terus orang nak offer seat walaupun nampak perut kau tengah boyot.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. proOo0tt d muka sirosli meyamar jadi denoutantei argh leganya.

      Padam
  4. selalu lah jumpa org gini, dlm lrt, dlm bas..

    BalasPadam
  5. Teringat Metro subway Spain (Madrid & Barcelona), pernah bawa anak dlm stroller. Baru sesaat melangkah masuk, terus org2 yg duduk beriya2 offer tempat duduk untuk saya. Tak kisah mereka remaja, atau org korporat gaya CEO. Selagi sikap org2 kita masih bebal, selagi itu negara kita tetap kekal dlm middle-income trap.

    BalasPadam
  6. takbirrr!!!

    -the real sirosli-

    BalasPadam
  7. Salah ibubapa mereka dulu.. segalanya bermula dr rumah. Msykt kita, org asia umumnya, terlalu materialistik dan selfish.

    BalasPadam
  8. konfirm ada yg hentam si pembuat report ni..malaysian oh malaysian..

    BalasPadam
  9. Bukan berniat nak cover org dduk LRT tu...cuma kdg2 ada kes masa ambil gambar tu LRT x ramai org..so leh kata semua dduk tempat yg kosong...situasi ni akan nampak valid kalau x penuh LRT/Komuter tu..n x terbukti dlm LRT tu penuh ke x.

    Just my 2 cents.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.