Halaman

Ahad, 1 Mei 2016

Logo pelancongan Kuala Lumpur yang tak semenggah

Baru-baru ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihujani kritikan orang ramai dek kerana logo pelancongan yang dikatakan tidak ‘gah’ seperti nilainya yang menelan belanja RM15,000.

Ini berikutan, ramai yang berpendapat rekaan logo tersebut terlampau mudah, nampak ‘cincai’ dan harganya tidak masuk dek akal.


“Dengan harga RM15,000, budak sekolah pun boleh buat reka bentuk seperti logo pelancongan DBKL,” kata Thiru Senthan.

“Logo DBKL itu boleh buat dalam powerpoint dengan harga percuma. Ini tak lain ada unsur rasuah,” komen Michel Wright.

“Logo macam itu RM15,000. Idea sampah daripada DBKL,” kritik Lenny Carey.

Selain itu, ada yang juga memperlekehkan logo tersebut yang memerlukan masa cuma lima minit sahaja untuk direka.

Berikutan reaksi negatif yang diterima, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz tampil memberi penjelasan.

Jelasnya, kos RM15,000 berkenaan bukan hanya rekaaan logo semata-mata sebaliknya termasuk kos pelancaran dan promosi.

“Ia untuk banyak benda, untuk pelancaran dan semuanya. Logo itu ditaja sebuah syarikat persendirian. Sekarang dalam pelancongan kita ada banyak penaja bersama,” kata Mohd Amin.

Sementara itu, DBKL juga menegaskan tidak akan mengubah logo tersebut meskipun mendapat cercaan ramai kerana bajet untuk langkah tersebut telah dipotong.

Logo pelancongan itu menggunakan warna kelabu, melambangkan perlombongan bijih timah yang sangat sinonim dengan bandaraya Kuala Lumpur suatu masa dahulu.

Sumber MyNewsHub.

Baca juga artikel TimeOut - This is KL city's new branding and tagline.


* * * * * * * * * *

Penjenaman baharu dan tagline Kuala Lumpur masih boleh diperkemas lagi, tegas Datuk Bandar Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Beliau berkata, idea mencipta logo Kuala Lumpur itu bukan dilakukan oleh seorang sahaja.

Perkara itu dibincangkan oleh anggota Biro Pelancongan Kuala Lumpur yang merupakan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan.

“Buat permulaan, masih banyak lagi perancangan untuk mempromosi logo itu dan akan mengambil masa bertahun-tahun untuk memantapkan logo berkenaan.

“Kami mengambil sikap terbuka untuk menambah baik, warnanya boleh ditukar dan sesiapa yang mempunyai idea memperbaiki logo itu, boleh menghantar cadangan kepada saya supaya dapat dikemukakan kepada biro tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) antara kontraktor seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Mhd Amin berkata demikian sebagai mengulas kritikan netizen terhadap logo baharu Kuala Lumpur yang dilancarkan pada 25 April lalu dianggap reka bentuk murahan serta memalukan.

Logo baharu dan tagline untuk mempromosikan pelancongan di Kuala Lumpur itu mencetuskan kritikan di media sosial yang mempersendakan reka bentuk serta perkataan digunakan untuk menggambarkan bandar raya ini.

Reka bentuk ringkas dengan perkataan ‘Kuala Lumpur’ menggunakan warna kelabu, menggambarkan bandar raya sebagai ‘menyeronokkan, menguja dan menarik’ selain menjenamakan ibu kota sebagai ‘Bandar Raya Kontras dan Kepelbagaian.’

Pengguna internet pantas mengejek inisiatif baharu promosi pelancongan itu.

Komen dalam artikel TimeOut yang mahukan maklum balas pembaca terhadap logo itu, mendapat reaksi yang kebanyakannya negatif, dengan satu komen daripada Justin Y menggambarkan logo tersebut begitu teruk.


* * * * * * * * * *

Isu ini mendapat perhatian ramai orang terutama mereka yang berkecimpung dalam bidang seni grafik dan seni kreatif.



Isu ini mengingatkan aku pada isu logo Hari Merdeka yang ke-55 yang sangat amatur suatu ketika dulu. Aku rasa isu ini bukan sekadar kos RM15,000 tu kerana kos itu DBKL menyatakan termasuk juga dengan kos-kos lain seperti promosi dan sebagainya, tetapi kerana logo itu sendiri yang bukan sekadar tidak berapa cantik malah dihasilkan dengan begitu mudah seperti menggunakan template, senang cerita sangat amatur dan tidak kreatif.

Namun aku sebenarnya taklah hairan sangat. Hal macam ini bukannya benda baru atau suatu yang sangat pelik lebih-lebih lagi yang berkaitan agensi kerajaan yang bukan sahaja tidak berapa nak kreatif malah tak efektif. Ini baru cerita hal logo, belum lagi bab lagu seperti lagu merdeka dan lagu GST, sistem online seperti ini, ini dan ini serta lain-lain hal lagi.

Aku sendiri pernah ada buat projek yang clientnya agensi kerajaan. Dah la kepala banyak sangat, masing-masing ada kepala sendiri, sorang nak itu sorang nak ini, bila naik ke atas lain pula kena ubah itu ini, minta buat macam-macam pula sampai ada yang ke tahap mustahil, last-last hasilnya ala kadar, syok sendiri dan teruk juga.

Kau punya pendidikan dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pereka grafik ke pembangun sistem ke, mereka boleh overrule dan suruh tukar ikut kepala otak mereka yang selalunya request mereka sangat merapu. Tak nak warna itu la, pakai font ni la, letak muka orang itu ini la, macam-macam, last-last hasilnya gila buruk. Aku pernah kongsikan pengalaman aku dalam entry ini dulu - "Sebab kenapa aku menyesal belajar sains komputer". Tak dinafikan ada juga pegawai kerajaan yang bagus dan ada idea yang kreatif, cuma kebiasaannya macam tu lah.

So bila keluar isu logo buruk ini, aku tak pelik sangat, sebab apa? Because they just never learn.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: isu logo dbkl kuala lumpur tourism buruk bapak hodoh pakai template kos rm15000

7 ulasan:

  1. peduli apa korang punya sembang? vote tetap kat umno selamanya! menyalak banyak mana ko nak janji umno win~

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. setuju noob...sebb tu r saya bukan org yg sabar tuk wat graphic..yer umno win..so kurank nak menyalak..pergi guling kat jalan mcm org tak berakal hahaha

    BalasPadam
  4. Salam najib tabur dedak di sarawak,

    Peniaga peniaga dan usahawan lah kayu ukur kepandaian sebenar. Mereka mampu hidup atas usaha mereka sendiri.

    Bukan seperti penipu-penipu di luar sana. Otak tak pandai masuk IPT ikut pintu belakang, pakai kuota atau kerana dasar bertukar supaya senang dapat kerja dalam kerajaan. Nak guna otak sendiri tak pandai, dari UPSR-SPM tak pernah score.

    Assignment copy paste, attendance minta kawan sign, exam tiru atau advance sikit ramai-ramai jumpa lecturer minta diluluskan, dapat scroll buat cari makan. Cantekkk.

    Dah dapat scroll masuk kerja pakai cable, ada kenal sapa-sapa ke dalam jabatan ni? Kalau tak kenal susah lah. Guna cara tak adil kemudian fitnah Allah cakap itu rezeki.

    Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram. Api neraka lah bahan bakarnya.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
  5. Enjoy n eat popcorn....PRU lmbt lagi..malas nak komen sgt

    BalasPadam
  6. Ko punyer komen tu Noob.. dah giler punyer WIN la pasal 99% pekerja gomen. Standard Melayu.

    Kadang2 aku pikir, ada betul la pulak teori Darwin tu. Melayu adalah buktinya. Walaupun Dr Zakir Naik berbuih mulut menyanggah.. tapi Melayu berjaya membuktikan Darwin tu berfikir dgn tepat. Hampeh sungguh.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.