Halaman

Selasa, 7 Jun 2016

Feminisme, kesamarataan dan keadilan jantina

Hari ini isu feminisme menjadi topik hangat di dalam dunia dan juga media sosial. Kebiasaannya orang lelaki tidaklah begitu kisah tentang pergerakan dan perjuangan feminisme ini, namun bagi wanita pula ia telah mewujudkan golongan yang menyokong feminism manakala satu lagi kelompok yang anti-feminism di dalam dan juga luar negara. Golongan anti-feminism di Malaysia ini melihat gerakan feminism di Malaysia yang agak sudah lama bertapak ini sebagai sebuah perjuangan liberal yang dipengaruh barat sehingga meletakkan perjuangan mereka lebih daripada batas-batas agama dan budaya ketimuran.

Sebelum itu kita lihat sedikit apakah matlamat perjuangan feminisme ini. Feminism adalah suatu gerakan politik, ideologi, sosial yang mempunyai matlamat yang sama bagi wanita sejagat, sama ada kesaksamaan dalam ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan pekerjaan, juga antaranya hak-hak wanita untuk mengundi, hak untuk bekerja, bekerja di jabatan kerajaan, mendapat gaji yang setimpal, untuk memiliki hartanah, mendapat pendidikan, untuk memperoleh kontrak, kesaksamaan dalam institusi perkahwinan dan mendapat cuti bersalin yang pada suatu ketika lama dahulu, hak-hak seperti ini dinafikan terhadap kaum wanita.


Pendokong gerakan feminist juga memperjuangkan hak asasi manusia untuk kaum wanita yang merangkumi hal-hal seperti perlindungan daripada keganasan dalam perkongsian rumah tangga, penganiayaan seks, penganiayaan di jalan raya, diskriminasi, jenayah rogol, sumbang mahram, pelacuran dan sebagainya. Di negara barat, ia juga termasuk kebebasan wanita dalam hak pembiakan, termasuk hak pengguguran yang selamat dan sah di sisi undang-undang dan pencegahan kehamilan.

Jika dilihat semula perjuangan feminisme ini, ia sebenarnya bagus kerana memperjuangkan hak wanita dalam sesebuah masyarakat. Maka di mana timbul isu yang tidak bagusnya?

Yang tidak bagusnya adalah apabila pejuang gerakan feminist moden yang ekstrim di Malaysia ini yang terdiri daripada orang Melayu Islam mengangkat perjuangan ini lebih atas daripada ajaran agama Islam itu sendiri, sebagai hak kebebasan untuk tidak mematuhi perintah Tuhan, malah mereka bukan sekadar agak keterlaluan dalam menuntut kesamaraataan jantina tetapi turut mahu mengatasi, mengawal dan membenci kaum lelaki dalam pelbagai aspek. Antara lain menentang kuat institusi perkahwinan poligami serta merasakan kaum perempuan itu lebih tinggi daripada kaum lelaki.

Begitu juga dengan gerakan anti-feminist yang ekstrim yang dilihat berlebihan dalam membelasah gerakan feminisme di Malaysia sehingga menjatuhkan hukum dan banyak kesalahan terhadap kaum wanita, antaranya menyalahkan wanita tidak menutup aurat dalam kes rogol dan tidak pula menyalahkan kaum lelaki yang sepatutnya menjaga kelakuan mereka. Ini kerana ada juga kes wanita yang menutup aurat dirogol, dan wanita yang berpakaian seksi sekalipun tidak menghalalkan seorang lelaki merogolnya. Tentang aurat, itu adalah keingkarannya kepada Tuhan bukan kepada manusia.

Tahu tak apa masalah golongan feminisme dan anti-feminisme? Mereka terlalu ekstrim dan taksub dalam ideologi masing-masing.

Bagi aku mudah, dalam hal feminisme dan anti-feminisme di Malaysia, asalkan hal yang diperjuang itu baik dan selari dengan Islam maka kita terima, manakala hal yang bertentangan, kita tolak. Dan seperti mana kebebasan hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan lain-lain kebebasan, kebebasan dalam hal-hal wanita tetap juga ada hadnya.

Jika seorang wanita mahu menuntut gaji yang setimpal seperti pekerja lelaki, memang itulah yang sepatutnya.
Jika seorang wanita memilih untuk tidak mahu berkahwin, kita harus hormat keputusannya.
Jika seorang wanita tidak mahu bekerja dan jadi surirumah, kita harus hormat dengan pilihannya.
Jika seorang wanita dirogol, yang salah dan wajar dihukum adalah penjenayah perogol, bukan mangsa rogol.

Namun jika seorang wanita mahu berkahwin dengan kaum sejenis, maka kita harus tolak.
Jika seorang wanita mahu jadi imam solat untuk jemaah lelaki dan perempuan, kita harus ketepikan.
Jika seorang wanita mahu perjuangkan bahagian payudara itu bukanlah kemaluan yang perlu ditutup dan dibolehkan topless seperti kaum lelaki, maka kita harus terima, maksud aku... tolak.

Ok cukup pandangan aku untuk gerakan dan perjuangan feminisme dan anti-feminisme. Sekarang tentang hal kesaksamaan dan kesamarataan jantina.

Tidak dinafikan dalam dunia ini kaum lelaki mempunyai kelebihan terutama dari segi kekuatan fizikal dan mental. Malah ada sebab Tuhan menciptakan Nabi Adam, kemudian barulah Hawa sebagai peneman dan pasangan hidup. Ada sebab semua Nabi dan Rasul dipilih di kalangan lelaki. Maka sebab itu tugas lelaki yang sebenarnya adalah sebagai pemimpin. Seorang imam yang memimpin jemaahnya. Seorang bapa yang memimpin keluarganya. Seorang suami yang memimpin isterinya.

Namun ia tidaklah bermakna kaum wanita tidak boleh menjadi pemimpin. Perempuan masih boleh menjadi ketua bagi sesebuah organisasi, agensi, syarikat, kelab, kelas, sekolah, institusi dan sebagainya, namun dalam hal yang lain akhirnya dia tetap perlu patuh kepada suami atau bapanya.

Cuma bagi aku, istilah kesaksamaan atau kesamarataan jantina tidak boleh dipakai dalam semua hal kerana lelaki dan wanita secara biologi, fizikal, mental, emosi, peranan dan tanggungjawab itu memang berbeza. Malah ada juga keperluan yang berbeza disebabkan perbezaan ini.

Jika mahu samarata antara lelaki dan wanita, maka dalam sektor pendidikan dan pekerjaan perlu ada kuota 50/50 antara lelaki dan perempuan, namun tiada kuota jantina, kita boleh lihat lebih ramai wanita di universiti dan sektor awam kerana ia semata-mata berdasarkan kelayakan.
Jika mahu samarata, lelaki juga sepatutnya boleh mendapat cuti bersalin 2/3 bulan dan dibayar gaji penuh seperti mana wanita.
Jika mahu samarata, lelaki juga sepatutnya boleh bagi alasan tidak boleh bekerja lebih masa atau di hujung minggu kerana mahu menjaga keluarga tanpa sebarang prejudis.
Jika mahu samarata, lelaki juga perlu ada Kementerian Lelaki seperti mana perempuan ada Kementerian Wanita mereka sendiri.

Namun lelaki tidak merasa terpinggir malah tidak merasakan tidak adil pun. Kerana apa? Kerana kita faham itulah hak wanita dan mereka memang berhak mendapat apa yang mereka usaha serta keistimewaan-keistimewaan tersebut. Kaum perempuan berhak untuk dilayan dengan baik, hormat, respek, lemah lembut dan penuh kasih sayang kerana itu memang fitrahnya.

Malah di negara kita sendiri, sebenarnya apa yang diperjuangkan oleh gerakan feminisme sebelum-sebelum ini telahpun termaktub dalam undang-undang seperti hak mengundi, bekerja dalam sektor awam mahupun swasta, gaji yang setimpal tanpa melihat jantina, boleh memiliki hartanah, mendapat pendidikan, mempunyai perniagaan sendiri, cuti bersalin yang panjang, hak dalam rumahtangga dan sebagainya.

Maka apa lagi yang kaum wanita rasa ditindas dan dipinggirkan di Malaysia? Mereka sebenarnya mempunyai lebih banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding lelaki.


Dalam hal ini, istilah yang paling tepat digunakan bukanlah "kesaksamaan atau kesamarataan jantina" sebaliknya "keadilan jantina". Kerana apa? Kerana adil itu tidak bererti sama rata. Adil adalah mengikut keperluan.

Lelaki diberikan kerja yang lebih berat manakala wanita diberikan kerja yang lebih ringan.
Lelaki diutamakan dalam membuat kerja standby hujung minggu manakala perempuan lebih diutamakan untuk menjaga keluarga di rumah.
Lelaki wajib solat 5 kali sehari setiap hari dan berpuasa penuh di bulan Ramadhan manakala perempuan diberi cuti ketika datang bulan.
Lelaki hanya diberikan cuti yang sekejap jika isteri bersalin tetapi wanita diberikan cuti bergaji penuh sehingga 2 atau 3 bulan jika bersalin.

Maka adakah ia samarata? Tidak.
Adakah ia adil? Ya.

Sebenarnya dari segi undang-undang, dah tiada isu sangat pun tentang hal keadilan jantina ini. Agama Islam juga sudah pun mengangkat martabat kaum wanita. Lagipun kita hidup zaman moden dan mempunyai landasan agama, bukan masih hidup zaman jahiliyah yang mana mereka menanam anak perempuan hidup-hidup, atau zaman sebelum abad ke-20 di mana kaum wanita dinafikan hak untuk mengundi.

Yang menjadi masalah sekarang adalah sikap dan mentaliti diskriminasi, prejudis, double standard, streotaip dan generalization oleh seseorang individu atau masyarakat itu sendiri.

Asal perempuan buat kerja, dianggap lembab atau tak tau apa-apa. Asal perempuan mengadu sakit senggugut, dikatanya mengada-ngada. Asal perempuan bagi alasan tak boleh datang kerja kerana anak sakit, dikatanya malas datang kerja. Asal perempuan cepat naik pangkat, dikatanya guna kabel dan ada skandal dengan boss.

Namun sikap ini tidak berhenti kepada perempuan sahaja malah kepada lelaki juga. Asal lelaki buat kerja yang biasanya didominasi oleh kaum wanita seperti jururawat, pramugara atau tukang dandan, terus dicop pondan dan lembik. Asal lelaki tak minat bola, terus dianggap bapok. Asal lelaki buat keputusan bersama untuk menjadi surirumah jaga anak kerana pangkat dan gaji isteri lebih besar, terus dianggap muka tak malu kerana ditanggung isteri.

Apabila suami memukul isteri, ia akan dianggap sebagai keganasan dan penindasan, tetapi jika lelaki dipukul isteri, lelaki itu dianggap takut bini dan lembik. Jika perempuan dirogol lelaki, perogol akan dikutuk, tetapi jika lelaki dirogol perempuan, lelaki itu dikatakan beruntung. Jika lelaki tidak membuka pintu untuk perempuan, dikatakan tidak gentleman, tetapi jika perempuan membuka pintu untuk lelaki, dikatanya membuli perempuan.

Isu keadilan jantina ini bukanlah isu tentang wanita, atau pun lelaki. Ia adalah tentang kemanusiaan. Tiada satu jantina yang lebih tinggi daripada yang lainnya. Lelaki dan perempuan masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Tanpa lelaki dan perempuan, tidak wujud manusia yang lain.

Masalah kita sebenarnya bukan pada undang-undang, tetapi mentaliti kita!


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: isu feminisme feminis feminist wanita songsang kesaksamaan kesamarataan perempuan keadilan jantina gender justice equality gerakan perjuangan maksud definisi apa itu 

9 ulasan:

  1. salam.. 1st - mirmozibang

    BalasPadam
    Balasan
    1. ıəʇuɐʇouəp ɐʞnɯ !ʇ0o0oOoOɹd

      -ıןsoɹıs-

      Padam
  2. Awak pegang dada saya.. saya pegang dada awak..

    fuh bestnya.. jgn risau kita sama rata..

    BalasPadam
  3. Feminis zaman sekarang banyak kononnya perjuangkan hak wanita bukannya berpaksikan kesama-rataan, tapi lebih banyak membenci lelaki.
    Maksud aku,
    dulu yes kita nampak perempuan banyak diketepikan dalam banyak hal dan para pejuang feminis berjuang untuk tidak lagi diketepikan.
    Tapi sekarang feminis banyak kecam atas nama benci, bukan lagi perjuang hak sama-rata, whcih is for me is a total bullshit.
    Agaknya abah dia bukan lelaki kot.

    BalasPadam
  4. sebenarnya semua yg konon2 diperjuangkan tu dah lamaaaa ada dalam islam..

    lagipun, kita sekarang ni takda beza sgt pun laki dan perempuan..

    kalau ada beza pn memang patutlah, sbb peranan masing2 lain kan..

    lagi pun kita lagi perlukan "keadilan sikap dan mentaliti diskriminasi, prejudis, double standard, streotaip dan generalization" berbanding jantina..

    feminism dan antinya yang ekstrem sangatlah LOL dan total joke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Perjuangan feminism akhirnya memenang kan sebelah pihak dengan memaksa sebelah pihak beralah...

      Padam
  5. aku pun xfaham ape yg diorg nak..

    klu tgk byk gile kelebihan & kelonggaran pd org pompuan. nak sama rata macam mane? keje2 berat xnak plak buat, jd buruh ke, sama2 la buat dah nak sama rata sangat. pomen pn xde pmpuan ni, nape xbising plak mintak nak jd pomen pompuan. ni nak keje yg sedap2 je. tahi.

    klu dtg perang baru la diorang tahu takat mane sgt je feminism diorg tu. kosong.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.