Halaman

Ahad, 28 Ogos 2016

Kes cabul, liwat dan rogol kanak-kanak dan remaja

Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi mendedahkan butiran dakwaan pencabulan seks luar tabii yang berlaku di sebuah sekolah tahfiz, melalui kiriman Facebook pada Rabu.

Pendedahan tersebut menyenaraikan beberapa insiden cabul yang berlaku ke atas sesetengah pelajar di sekolah itu.

Syed Azmi mendakwa pendedahan tersebut dilakukan selepas menerima aduan dan melihat dokumen yang dihantar oleh pengadu.

Semuanya bermula apabila salah seorang pelajar berusia 9 tahun memberitahu ustaz gantian bahawa dia membenci sekolah tersebut kerana dicabul kehormatan.


“Dua minggu kemudian, tiga orang budak lari dari sekolah. Salah seorang mengadu kepada ibu bapa, ibu bapa ini memberitahu ibu bapa lain. Bermula dari sini, kisah ini terungkai,” jelas Syed Azmi dalam kirimannya.

Berita sepenuhnya di sini - "Syed Azmi dedah dakwaan cabul pelajar tahfiz: 'Cium Abi sebelum tidur'".

Rentetan itu pihak Polis Perak sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sebuah sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah di Ipoh yang dimiliki seorang penceramah bebas terkemuka - "Polis siasat dakwaan pencabulan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah".

Ia kemudian diikuti dengan penafian oleh Ustaz Kasim - "Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku di maahad tahfiz - Ustaz Kazim"

Pendedahan tersebut bagaimanapun telah mengundang beberapa komen yang menuduh Syed Azmi hanya mahu menjatuhkan sekolah berteraskan pendidikan Islam.

Tuduhan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh aktivis itu.

“Ini bukan soal sekolah, agama, atau bangsa. Isu ini (cabul kanak-kanak) berlaku di mana-mana. Saya dedahkan perkara ini untuk memberi kesedaran, untuk melindungi mangsa,” tegas Syed Azmi dalam temubual bersama Astro AWANI - "Cabul: Saya tiada agenda, hanya mahu lindungi kanak-kanak - Syed Azmi".

Datuk Kazim Elias kemudiannya membuat laporan polis terhadap dua Syed Azmi dan Wardina Safiyyah kerana didakwa membuat komen-komen yang berunsur fitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai  seorang penceramah agama terkenal tanah air.

Untuk itu katanya satu tindakan perlu diambil bagi membersihkan namanya dan nama sekolahnya Maahad Tahfiz Darul Barakah - "Kazim Elias buat laporan polis terhadap Syed Azmi dan Wardina".

Syed Azmi Alhabshi pula enggan mengulas lanjut berhubung laporan polis terhadap dirinya oleh penceramah terkenal, Datuk Kazim Elias hari ini sehingga dapat meneliti kandungan laporan itu - "Laporan polis Kazim Elias: Saya tunggu laporan sebelum beri kenyataan - Syed Azmi".

Personaliti Wardina Safiyyah pula menepis tindakan Datuk Kazim Elias membuat laporan polis terhadapnya sebagai membuang masa pihak berkuasa.

Wardina melalui laman rasmi Facebooknya berkata bukan dirinya yang menamakan maahad yang dikaitkan kepada dakwaan pencabulan seksual pelajar.

Selain Wardina, Kazim turut menamakan aktivis Syed Azmi Alhabshi dalam laporannya.
“Yang dedahkan nama maahad bukan saya atau Syed Azmi tapi Astro Awani dan polis,” kata Wardina - "Wardina: Bukan saya tapi polis yang namakan maahad"..

Polis Perak kini sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz milik seorang penceramah bebas terkemuka - "Siasatan kes cabul di maahad tahfiz selesai - Ketua Polis Perak".

Itu adalah kronologi kes yang melibatkan Syed Azmi/Wardina - Ustaz Kazim Elias sehingga setakat ini.

Untuk rekod, Syed Azmi pernah membuat pembongkaran sebuah group lucah pedofil di Telegram, manakalaWardina pula pernah membuat pendedahan tentang penderaan seksual kanak-kanak.yang berlaku dalam masyarakat. Kedua-duanya adalah aktivis yang aktif dalam isu berkaitan kanak-kanak.

Pasal isu di antara mereka aku tak mahu komen apa sangat, namun tentang isu pedofilia, pencabulan dan penderaan seksual bawah umur ini bukan isu yang baru dan aku dah pun sentuh beberapa kali dalam blog ini seperti berikut:

Pertama, jangan cuba menafi dan menidakkan isu ini. Jangan cuba membutakan mata dan anggap ia tidak wujud. Pedofilia, cabul, rogol, liwat, sumbang mahram, segala kedurjanaan ini memang ada berlaku dalam masyarakat kita, sama ada kita suka atau tidak, sama seperti kesalahanlain seperti kecurian, rompakan, penculikan,rasuah, pembunuhan dan sebagainya.

IA MEMANG WUJUD!

Maka bila orang membuat laporan dan cuba mendedahkan tentang isu pencabulan kanak-kanak dan remaja bawah umur, kenapa perlu marah dan terasa? Kalau ada dakwaan, buat siasatan terhadap dakwaan tersebut.

Lagipun jika berlaku kes seperti ini, masyarakat pasti sudah cukup matang untuk menyalah dan menghukum pelakunya, bukan sekolah atau tempat berlakunya isu tersebut. Kita pun faham cikgu sekolah tak boleh nak mengawal dan memantau beratus-ratus pelajar setiap masa 24 jam sehari pun.

Jangan kata sekolah agama, mana-mana sekolah dan institusi pengajian pun memang banyak berlaku kes seperti ini terutama di asrama, dan ia bukan baru berlaku 2 3 tahun yang lepas pun tapi dah lama pun berlaku. Ia sama seperti kes buli di mana ia dah jadi semacam satu budaya dan tradisi.

Aku dulu belajar di sekolah SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan tinggal di asrama sejak tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Masa tu sekitar tahun 90-an. Selain buli, ada juga kes pelajar senior meliwat pelajar junior yang jenis lembut dan jambu. Dan kes junior diliwat senior ini lebih teruk dan banyak berlaku di asrama sekolah lelaki sahaja.

Malah ada seorang cikgu, dan dia gay, pernah juga meliwat pelajar dia sendiri yang juga bermuka jambu. Di sekolah rendah agama aku dulu, ada seorang ustaz suka meraba-raba budak perempuan, dan yang paling aku tak boleh lupa, dia selalu panggil seorang pelajar perempuan ni masuk bilik dia lama-lama. Aku tak mahu buat tuduhan apa-apa tapi ia terlalu mencurigakan.

Tapi untuk kita generalize semua cikgu dan ustaz tak boleh dipercayai dan pedofil adalah tidak patut kerana pedofil ini ada di mana-mana sahaja dan mereka boleh jadi apa-apa sahaja. Kadang-kadang ada je yang muka nampak baik, pemalu, pendiam, rajin kerja, tapi rupa-rupanya seorang pedofil dan simpan koleksi gambar bogel kanak-kanak.

Cuma amat malang jika seorang pedofilia itu menjadi cikgu atau ustaz sekolah kerana mereka mempunyai akses yang lebih mudah terhadap kanak-kanak berbanding bidang kerjaya lain. Kerana itu kita sering dengar kes seperti ini berlaku di kalangan guru sekolah, kerana mereka lebih dekat dengan pelajar dan pelajar lebih percaya dan hormatkan mereka. .

Aku harap kepada semua cikgu dan bakal cikgu yang sedang menuntut kat institut perguruan tu, kalau ada perangai pelik-pelik, ada rasa berahi pada kanak-kanak, gay dan sebagainya, janganlah jadi cikgu.

Kalau kau nak jadi cikgu, kau perlu juga ubah sikap dan diri menjadi seperti seorang guru. Suka tak suka, kena ubah. Kalau tak sanggup ubah, janggan jadi cikgu, kerana menjadi guru itu amanah, amanah yang ibu bapa berikan kepadanya. Kalau kau tak mampu nak pikul amanah tu, pergi cari kerja lain. Aku faham kalau cikgu tak mampu nak jadikan anak muridnya bijak, tapi tolonglah jangan rosakkan anak orang lain.

Kita yang tak pernah kena memang tak rasa apa, tapi cuba kalau anak kita sendiri yang kena, baru kita tahu perasaannya.

Kalau anak-anak kita beritahu sesuatu yang berlaku di sekolah dan asrama, tolonglah dengar dan percaya serta jangan ambil mudah, kerana kanak-kanak susah nak menipu. Kalau mereka menipu pun, kita lebih mudah kesan penipuan kanak-kanak berbanding penipuan orang dewasa.

Dan kepada pihak berkuasa yang berkaitan, janganlah pandang ringan isu macam ni. Kalau ada dakwaan, mohon buat siasatan dan ambil tindakan sewajarnya. Kanak-kanak juga perlu diberi pembelaan sewajarnya sepertimana orang dewasa.

Kita yang pernah melaluinya zaman hitam tersebut takkan mahu anak-anak kita melalunya juga?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kronologi cabul luar tabii sekolah maahad syed azmi wardina ustaz kazim dakwaan tuduhan fitnah siasatan liwat rogol maksiat sekolah

9 ulasan:

  1. eish ak x percaya 100% xde gay... penipu pembongak gay wujud kat mana2 masalah diorang ni licik nak mampus nak siasat kena buat siasatan dengan team up pelajar yang memang x gay dan pandai simpan rahsia... untuk tangkap "gay2"ni takat tanya soklan2 kat ustaz lain2 kat dalam sekolah x jadi2 senang orang tu tipu yup xde x gay.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProoOoottT !

      -sirosli gay bottom-

      Padam
  2. Nak bantu selesaikan masalah tak de salahnya tapi biarlah berhemah janganlah viral kat media dulu, lapor kat pihak berkenaan dulu terutama pihak empunya institusi tu. Biar dia org siasat. Klau tak de tindakan barulah boleh nak viral pun... jangan ada tujuan nak cari glamor je... Kena jaga juga maruah orang, baru Allah akan jaga maruah kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksudnya roti jala kuah kari tak jaga maruah orang ker? Sebab tu allah tak jaga maruah dia dengan tersebarnya isu gay di mahad tahfiz? Tanye jer. Jange maroh. Set kito jange pecoh, set kito mandi lanje!

      Padam
    2. masalah yg gay nye "abi" salah sorang orang ada kuasa kat jawatan kalau mcm tu punya method hang memang senang terlepas la geng2 kunyet ni...aib apa jadahnya ni aib kat masyarakat kena kat batang hidung sendiri anak sendiri baru nak menggelabah.

      Padam
  3. perkara ni berlaku psl masyarakat mudah menyalahkan mangsa... cth kenapa mangsa tak jerit, kenapa x melawan kenapa ikut je uztaz/senior tu dll....akhirnya mangsa serba salah utk buat laporan kerana akan dilabel mcm2 oleh masyarakat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan! masyarakat lebih "sakit" dari mangsa kalau mcm ni majoriti rakyat malaysia... aku x terkejut kalau timpa bala semua kena... sebb bodoh dan putar belit agama ramai kat malaysia eish geram gak kadang2 ada komen bangsat mcm tu.

      Padam
  4. Guru sepatutnya melindungi dan bukannya hilangkan kepercayaan murid

    BalasPadam
  5. Guru sepatutnya melindungi dan bukannya hilangkan kepercayaan murid

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.