Halaman

Khamis, 25 Ogos 2016

Tak mungkin gaji RM5,000 sekadar cukup makan

Berpendapatan lebih RM5,000 mungkin disifatkan mewah, namun tidak untuk mereka yang berkeluarga.

Hakikat itu terpaksa dihadapi seorang eksekutif sebuah syarikat pembekal barangan am di ibu negara.

Hisyam Malik, 36, yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 11 tahun bersama isterinya, mengakui gajinya sekadar cukup makan, setelah menolak perbelanjaan dan komitmen setiap bulan.


Menurutnya, isterinya sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu untuk memberi tumpuan kepada anak-anak yang sedang membesar.

“Isteri hanya kerja biasa-biasa saja dan gaji tidaklah banyak mana. Kalau dia kerja pun, dapat gaji terpaksa berhabis untuk bayar pengasuh dan kos ke tempat kerja pun agak tinggi. Jadi saya minta dia berhenti untuk tumpu kepada anak-anak.

“Memang ‘sakit’ apabila semua perbelanjaan yang selama ini ditanggung dengan dua pendapatan, terpaksa saya tanggung seorang. Walaupun tidak banyak bahagian pendapatan isteri yang digunakan, ia tetap jadi kos tambahan buat saya.

“Tapi taklah saya anggap ia sebagai beban sebab ia  tanggungjawab yang saya perlu lakukan. Tapi percayalah, jika tidak sabar, bukan mudah nak hadapi,” katanya.

Hisyam berkata, anak sulungnya berusia sembilan tahun, manakala yang kedua baru genap setahun.

Katanya, kedua-dua anaknya itu, masing-masing mempunyai kos yang perlu dilaburkan.

“Kakak pergi sekolah pagi dan petang dengan bas sebab kedudukan rumah yang agak jauh dari sekolah. Yang adik, macam biasalah, belanja susu dan lampin pakai buang saja sudah berapa? Semua tu termasuk dalam belanja rumah.

“Bila tolak semua perbelanjaan, adalah baki dalam RM500 untuk simpan. Tu pun kadang-kadang tak dapat simpan sebab dah ‘tarik’ untuk minggu-minggu akhir bulan,” katanya.

Ditanya sama ada dia berhasrat untuk berhijrah ke desa, Hisyam berkata, perkara itu ada difikirkan, namun tidak mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Saya kerja di tempat sekarang sejak tamat diploma dan sudah selesa. Sekarang bukan senang untuk dapat kerja, kalau di luar bandar, mungkin tidak dapat gaji sebanyak itu sebab sekarang semua orang mahu ‘cut’ kos. Tidak ambil yang berpengalaman kerana akan ‘demand’ tinggi.

“Insya-ALLAH, saya yakin dapat tanggung semua. Komitmen bayaran kereta juga habis awal tahun depan. Begitu juga pinjaman peribadi. Jadi sedikit sebanyak adalah juga lebihan wang nanti,” katanya.

Sumber Sinar Harian.

* * * * * * * * * *

Pertama sekali, baca dahulu artikel-artikel berikut kerana aku tidak mahu ulang benda yang sama banyak kali:

Kedua, gaji RM5,000 tapi masih merasakan diri hanya cukup makan?

Ok jom lihat balik perbelanjaan yang disenaraikan seperti gambar di atas:

Gaji bersih - RM5,400

Kos perbelanjaan
Sewa rumah - RM700
Kereta - RM700
Bil utiliti (Air, elektrik, Astro, telefon) - RM400
Perbelanjaan rumah - RM1,000
Bas sekolah - RM300
Nafkah isteri - RM500
Personal loan - RM500
Petrol dan parking - RM300
Hantar kampung - RM500

Jumlah kos perbelanjaan - RM4,900
Baki - RM500

Kalau lihat dalam senarai itu, ada beberapa perbelanjaan yang lebih kepada kemahuan yang mungkin boleh dikurangkan jika mahu berjimat seperti Astro, kereta yang lebih murah dan juga perbelanjaan rumah.

Namun melihatkan perbelanjaan tersebut, dengan ada baki lagi RM500, bagi aku ia bukan sekadar cukup makan. Cukup makan ni kalau gaji kau tu memang ngam-ngam untuk beli dan bayar perkara asas untuk hidup sahaja dan langsung takde baki untuk berbelanja apa-apa pun.

Tapi kalau dengan gaji kau mampu sediakan tempat tinggal untuk keluarga, dapat memiliki kereta, bayar bil utiliti dan belanjakan RM1,000 untuk perbelanjaan rumah yang aku kira termasuk dengan barang dapur dan makan minum, dekat mana yang cukup-cukup makannya? Ia lebih dari cukup makan pun. Lagipun RM1,000 sebulan untuk perbelanjaan rumah dan dapur dah kira banyak dah tu.

Duit yang dibelanjakan tu bukan hilang atau guna saja-saja je tapi untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga jugak, so takdelah cukup makan sebaliknya cukup untuk perbelanjaan tanggungan.

Malah dengan perbelanjaan tu, dia masih mampu memberi nafkah isteri dan hantar kepada ibubapa sebanyak RM500 setiap satu. Bagi aku ini bukan cukup makan tapi satu KEBANGGAAN! Bukan ramai orang yang mampu nak bagi sebanyak tu lebih-lebih lagi kepada orang tua di kampung.

Dan selepas kau melengkapkan semua perbelanjaan bulanan, ada baki lagi RM500. Ok sangatlah tu. Ada orang nak lengkapkan perbelanjaan asas bulanan pun tak mampu.

Kadang-kadang kita rasa macam selalu je tak cukup duit, tapi kita lupa untuk bersyukur dan sedar yang ada lebih ramai orang yang nasibnya lagi teruk dari kita.

Sebab tu aku rasa berita dan artikel yang macam ni kadang-kadang macam ni agak over dan exaggerated macam nak tunjuk betapa susah dan dhaifnya hidup kesemua rakyat Malaysia ni walaupun gaji sampai RM5,000. Tak dinafikan ramai yang hidup dhaif, tapi yang pasti pendapatan mereka tak sampai RM3,000 pun, mungkin RM1,000 sebulan pun tak sampai.

Janganlah terlalu merungut dan merintih. Perbelanjaan kita bukan dipaksa oleh siapa-siapa sebaliknya kita sendiri yang menentukan, oleh itu kawallah perbelanjaan kita sendiri dan sesuaikan dengan ekonomi isi rumah kita sendiri.

Aku ada ramai kawan dan kenalan di FB, kerja bagus pangkat besar gaji sampai 7 8 ribu, tapi zikir hariannya adalah kutuk kerajaan, maki Najib, lepas tu merungut duit selalu tak cukup.

Macam mana nak cukup, kalau beg yang kau pakai jenama LV, kereta yang kau pakai Honda Accord, dan tempat yang selalu kau shopping di Pavilion. Kalau gaji kau RM10,000 pun, tapi perbelanjaan bulanan kau RM9,500, kau tetap akan rasa gaji kau cuma cukup makan je.

Dan ya, kerajaan memang tak boleh diharap sebab tak boleh nak kawal kenaikan harga barang, kadar tol, cukai, lesen dan sebagainya, tetapi mereka juga tak menghalang kita untuk berusaha mencari peluang untuk menambah pendapatan kita sendiri. So gunakan peluang itu untuk meningkatkan taraf ekonomi kita jika kita rasa kita masih lagi sekadar cukup makan.

Yang pasti, maki kerajaan dan Najib tiap-tiap hari takkan mengubah nasib sendiri.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: gaji rm5000 sekadar cukup makan pendapatan urus kewangan ekonomi perbelanjaan miskin bandar kampung fakir dhaif

14 ulasan:

  1. Well said. Pandai pilih barang dan berjimat adalah satu sikap. Beli suka2 hati dan mahu bayar harga mewah juga sikap. So cukup tak cukup duit tu pun menunjukkan duit gaji tu berkat ke tidak.

    BalasPadam
  2. kami dua2 bekerja.bil bulanan utiliti kami termasuk astro baru rm200.kami tak pakai aircond.cut cost kan.alhamdulillah rumah sendiri, single storey, beli tahun 2010. bayaran bulanan rm800.kereta pula kecil je, bulanan rm370.in sha Allah januari 2019 habislah.

    BalasPadam
  3. ade astro lagi.
    orang kalau sedar diri cukup makan takpayah ambik astro.

    BalasPadam
  4. 5400 lebih pd cukup dh sebenarnya. Aku xphm kenapa dia masih menyewa sedangkan dia mampu utk beli rumah. Bil utiliti rumah sebenarnya boleh di jimatkan. Isteri surirumah so xperlu ari2 mkn luar masak lebih menjimatkan.

    Org ni sebenarnya failed dlm pengurusan kewangan. Sbb tu dia rasa gaji 5k xcukup. Last jgn lupa bersedekah. Comfirm mesti ko rasa cukup gaji ko tuh.

    BalasPadam
  5. agak selesa la kalo xpense mcm tu sebenarnya..
    sewa rumah rm700 tu kira murah
    personal loan rm500 tu mmg cari nahas.
    kereta rm700 tu mungkin vios/city saja..
    utility boleh jimatkan lagi..

    BalasPadam
  6. anak dua2 tadika sorang dah RM400....rumah dgn caj sekuriti 800...eletrik /air- 150.. kereta 750.... petrol 400...tol 100 ... bagi kat bini 1000 (sib baik bini sorang)...makan kat tmpt kerja 200....mkn malam- 300... kredit crd- 400.....
    -suami org-

    BalasPadam
  7. terima la kenyataan. gaji 5000 skrg tak sama dgn 5ribu 15 tahun dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. 15 tahun dulu keje ape ek gaji smpai 5k?

      Padam
  8. Dalam kes macam ni, aku suka nak petik quote dari Sherlock Holmes:

    "Insensibly one begins to twist facts to suit theories, instead of theories to suit facts."

    Bagi laa gaji 10k sekalipun, kalau dia nak pusing fakta 'sekadar cukup makan' dia tu, tetap akan boleh punya.

    BalasPadam
  9. wow..exaggerated nya artikel ni..nak twist mind menunjukkan macam xcukup je gaji tu..tp aku ada kawan, gaji 3 ribu je kerja kt bandar anak 4 orang, tapi alhamdulillah masih cukup sebab mungkin dia bijak selit2 dan kawal ekonominya..

    BalasPadam
  10. Mengurus perbelanjaan ni bukanya "rocket science". Pokok pangkalnya adakah kita mampu memgekang nafsu. Nafsu ni relative. Pada yang gaji rm1500, Lenovo dah kira gah, tapi yang gaji rm3000 Iphone 6S menjadi idaman. "Fulfill the need not the lust".

    anakbochek.

    BalasPadam
  11. itu lum masuk epf socso kot.ade la jugak simpanan tu nnti
    bersyukur aje ade gaji sebanyak 5k
    bersyukur aje ade keje

    BalasPadam
  12. memang tak cukup.. ni mama lagi la husband jer keje.. bayangkan cmner.. huhuhu

    Salam kenal dari Mama Jue.. Mama Followers #2811

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.