Halaman

Rabu, 31 Mei 2017

Inkramadan Hari 05: Suasana di Pejabat/Sekolah

Inkramadan Hari 05: Suasana di Pejabat/Sekolah

Bagaimana suasana bulan puasa di pejabat atau sekolah anda? Ada yang rasa penat, lesu dan mengantuk sepanjang hari? Ada yang dah mula jual beli kain, baju raya dan kuih raya? Ada yang hilang awal pergi pasar Ramadan? Ada yang kena kerja lebih masa juga sehingga terpaksa berbuka di pejabat?


Selasa, 30 Mei 2017

Inkramadan Hari 04: Masa Kecil Dahulu

Inkramadan Hari 04: Masa Kecil Dahulu

Masa umur berapa anda mula berpuasa? Masih ingat kenangan anda berpuasa penuh, separuh hari atau olok-olok zaman kanak-kanak dulu? Ada yang curi-curi minum air paip masa tengah mandi? Kongsikan kepada kami pengalaman anda.

Isnin, 29 Mei 2017

Inkramadan Hari 03: Makanan Sihat untuk Sahur

Inkramadan Hari 03: Makanan Sihat untuk Sahur

Janganlah kita lupa untuk bangun sahur kerana bersahur itu ada keberkatannya. Kalau tak larat sangat pun nak makan, cukup dengan makan buah tamar/kurma pun dah memadai.

Ahad, 28 Mei 2017

Inkramadan Hari 02: Berbuka Puasa

Inkramadan BO:TK Day 02: Berbuka Puasa

Kemenangan kecil bagi umat Islam yang berpuasa setiap hari adalah ketika tibanya waktu berbuka puasa, apatah lagi dapat berbuka bersama keluarga dan rakan. Nabi s.a.w juga menganjurkan kepada umatnya agar mempercepatkan berbuka setelah masuk waktu berbuka.

Namun usah tamak dan membazir ketika berbuka puasa kerana sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan.

Sabtu, 27 Mei 2017

Inkramadan Hari 01: Permulaan

Inkramadan BO:TK Day 01: Permulaan

Bulan Ramadan sudah bermula. Hari ini merupakan permulaan ibadah puasa kepada semua umat Islam. Jangan ada yang terlupa makan di waktu siang pula. Nak makan tunggu 'sungkai' nanti.

* Sungkai bermaksud buka puasa dalam Bahasa Melayu Sabah.


Jumaat, 26 Mei 2017

Inkramadan Hari -01: Misi Ramadan

Inkramadan Hari -01: Misi Ramadan

Tinggal 1 hari sebelum umat Islam mula berpuasa. Pasti ramai yang membuat perancangan dan menetapkan sasaran untuk bulan Ramadan tahun ini. Kongsikan kepada kami Misi Ramadan anda.


Khamis, 25 Mei 2017

Inkramadan Hari -02: Persediaan

Inkramadan Hari -02: Persediaan

Cabaran Inkramadan sudah bermula. Kita ada lagi 2 hari sebelum umat Islam mula berpuasa. Apakah persediaan anda sempena bulan Ramadan ini?

Rabu, 24 Mei 2017

Jom sertai Cabaran Inkramadan 1438H/2017

Cabaran Inkramadan kembali lagi sempena bulan Ramadan tahun 1438H/2017 ini.

Penyertaan dibuka kepada semua orang sama ada anda seorang pelukis atau pun tidak. Lukis orang lidi pun boleh.

Antara objektif acara ini adalah untuk kita sama-sama melukis sambil menyampaikan dakwah dan mesej-mesej positif kepada masyarakan dalam bulan Ramadan yang mulia ini.


Ahad, 21 Mei 2017

Kenapa ramai generasi muda tidak mahu anak?

Ada dua pemikiran dan cara hidup yang sedang melanda generasi muda zaman sekarang yang terdiri dari golongan akhir Gen-Y dan awal Gen-Z yang juga disebut sebagai generasi Millenia, yang kini sudah dalam lingkungan usia antara 18 - 35. Ia adalah mahu hidup bujang tidak mahu berkahwin, atau mahu berkahwin tetapi tidak mahu ada anak. Sebab itu kadar pertumbuhan populasi dunia semakin lama semakin menurun terutama di negara maju dan membangun, kerana ramai yang sudah tidak berminat untuk berkahwin dan menghasilkan zuriat.

Khamis, 18 Mei 2017

Insiden Mat Over tampar David Teo cerminan kita

Penuh di media sosial tular tentang insiden seorang pelakon veteran iaitu Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menampar David Teo di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam sebuah Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2015) bersama penggiat seni tanah air yang diadakan di kediaman rasmi PM di Putrajaya.


Isnin, 15 Mei 2017

Tips dan teknik pro bermain Fidget Spinner

Fidget Spinner.

Jika dulu kita ada permainan gasing, baling selipar, layang-layang, yo-yo dan sebagainya, kini kita ada fidget spinner, sejenis alat permainan yang kini semakin popular, sedang menular dan menjadi trend serta kegilaan ramai masa kini di seluruh dunia dari budak kecil hinggalah orang dewasa. Alat permainannya mudah, ada bearing di tengah dan pemberat pada bilahnya lalu dipusing-pusingkan.


Khamis, 11 Mei 2017

Mempertahan kesalahan kerana ramai turut buat

Ada satu kisah di mana seorang penjual barangan tiruan yang berjaya di Internet telah ditangkap dan barangan jualannya dirampas oleh pihak berkuasa selepas mendapat laporan daripada pemilik jenama asal produk yang dijual. Dikhabarkan juga terdapat orang yang melaporkan tentang kegiatan tersebut kepada pemilik asal jenama produk lalu mereka bertindak dengan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Rabu, 10 Mei 2017

Malaysia antara negara yang banyak cuti umum

Salah satu kelebihan tinggal di negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan agama adalah cuti umum. Ya, kita dapat banyak cuti umum.

Orang Melayu Islam sambut raya, semua kaum dan agama pun cuti.
Orang Cina sambut tahun baru, semua kaum dan agama pun cuti.
Orang India raya, semua kaum dan agama pun cuti.
Orang Buddha, Hindu, Kristian sambut perayaan mereka, semua kaum dan agama pun cuti.
Bukan setakat perayaan, malah kita cuti lagi pada Tahun Baru, Hari Pekerja, Hari Merdeka, Hari Malaysia dan lain-lain lagi.

Untungnya hari cuti ini bukan sahaja memberi masa untuk rehat, riadah, berjalan-jalan, shopping dan sebagainya pada ramai orang yang bekerja dan belajar, malah kalau kerja di hari cuti umum, biasanya akan dibayar gaji/elaun 2 atau 3 kali ganda pada hari tersebut.


Selasa, 9 Mei 2017

Kebodohan dan kejahatan wujud tidak kenal kaum

Sesungguhnya kebodohan dan kejahatan manusia itu wujud tidak mengenal kaum, agama, keturunan dan warna kulit.

Namun andai kita turut sama bergaduh sehingga rosak tali persahabatan yang telah lama kita bina hanya disebabkan kebodohan orang lain, maka tiada bezalah kita dengan orang yang bodoh itu.

Isnin, 8 Mei 2017

Memoir Seorang Lelaki Nerd: Komputer

Aku dan komputer.

Aku kenal komputer seingat aku masa sekitar aku sekolah rendah dalam darjah 1 atau 2 mungkin pada akhir tahun 80-an. Masa tu komputer memang suatu yang rare kerana tak banyak komputer yang dibuat dan dijual malah harganya pun sangat mahal kalau nak dibandingkan dengan kadar inflasi dan pendapatan pada ketika itu. Aku pula mungkin beruntung kerana berkesempatan menggunakan komputer pada usia yang awal, terima kasih pada bapa aku yang juga minat komputer dan buat pinjaman untuk beli komputer.

Jumaat, 5 Mei 2017

Memoir Seorang Lelaki Nerd: Pelat

Ada satu sifat yang muncul dalam diri aku sejak aku kecil yang terus menghantui aku agak lama, iaitu kurang keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai. Aku ada satu ketakutan dan perasaan yang orang akan gelakkan aku setiap kali aku bercakap di atas pentas atau di depan orang ramai. Antara sebabnya adalah kerana aku pelat.

Ya, pelat!

Khamis, 4 Mei 2017

Memoir Seorang Lelaki Nerd: Nerda

Nerda.

Aku tak pasti adakah perkataan nerda ini telah menjadi sebuah perkataan Bahasa Melayu yang rasmi terjemahan kepada perkataan inggeris 'nerd' atau mungkin baru di peringkat slanga hipster, tetapi aku perasan ia sudah banyak digunapakai terutama di kalangan warga Internet Malaysia.

Maka kenapa dengan nerda?

Rabu, 3 Mei 2017

Memoir Seorang Lelaki Nerd: Aku Tahir

Nama aku Tahir.

Aku lahir ke dunia ini lebih kurang 35 tahun yang lepas di sebuah hospital kerajaan di selatan Malaysia. Ayahku seorang pegawai tentera, ibuku pula seorang kakitangan kerajaan berjawatan rendah. Aku adalah anak yang tengah dari 3 orang adik beradik.

Walaupun aku lahir di sebuah negeri di selatan negara, namun semangat kenegerian dan kecintaan terhadap negeri kelahiran aku tidaklah sekuat mana kerana aku membesar di beberapa buah negeri, mengikuti ibu bapaku yang sering bertukar tempat kerja selaku tentera dan penjawat awam.

Selasa, 2 Mei 2017

Tidak mudah menjadi seorang Fattah Amin

Fattah Amin.

Beliau seorang pelakon drama. Juga seorang pelakon filem. Kemudian menjadi model dan duta produk. Kemudian seorang penyanyi. Kemudian seorang usahawan. Kemudian seorang penulis buku kata-kata mutiara. Kini penulis buku novel pula. Kemudian mahu terbitkan drama sendiri pula. Mana tahu selepas ini beliau keluarkan komik pula, atau juga animasi Fattah Amin, siapa tahu?