Halaman

Selasa, 30 Januari 2018

Logo Visit Malaysia 2020 bukan salah pereka grafik

Hangat diperkatakan tentang logo Visit Malaysia 2020 atau Tahun Melawat Malaysia 2020 baru yang dikatakan tidak cantik, hambar dan lemah, malah dikritik hebat oleh ramai pereka grafik tempatan. Dengan border macam setem, tulisan besar kecil, penggunaan warna pink dan hijau yang tidak match serta terlalu banyak imej yang nak dimasukkan seperti gambar KLCC, orang utan, proboscis monkey dan penyu bercermin mata hitam, menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati sehingga ada yang reka logo versi mereka sendiri.


Berikut adalah antara logo-logo versi netizen:

Sepenuhnya di FB Grafik Malaya.

Isu ini juga banyak dijadikan satira dalam bentuk komik seperti berikut:


Komik karya Nik.

Sehubungan dengan kritikan dari netizen tentang logo tersebut, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan memberi maklumbalasnya seperti berikut:
"Tiada cadangan untuk meminda logo Visit Malaysia 2020, dan logo itu akan diguna pakai daripada sekarang hingga tahun berkenaan," demikian respons Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung kontroversi terhadap logo itu.

Mengulas lanjut,  Mohamed Nazri berkata, kritikan netizen terhadap logo berkenaan adalah perkara biasa dan ia  sama sekali  tidak akan menjejaskan kempen melawat Malaysia.

"Kecaman itu biasalah, tidak penting yang penting pelancong luar kerana ketika kita lancar logo itu di Chiang Mai (Thailand), orang luar menerima baik logo berkenaan.

"Jadi penggunaan logo ini untuk orang luar (pelancong) dan bukan untuk rakyat Malaysia, jadi saya tak ambil berat pasal pandangan mereka ini, jadi tiada sebab untuk ia ditukar," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, logo berkenaan yang dilancarkan sempena Asean Tourism yang berlangsung baru-baru ini di Chiang Mai oleh Mohamed Nazri menerima respon negatif daripada netizen.

Antara keluhan netizen adalah mereka mendakwa logo itu tampak tidak profesional dan sangat biasa.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri menjelaskan logo berkenaan dibuat sendiri oleh kakitangan di Kementeriannya, dan ia tidak mengeluarkan sebarang kos.

"Satu sen pun kita tak keluarkan (percuma), kerana jabatan reka bentuk kita yang buat," katanya.

Sumber Sinar Harian.

Sebenarnya isu seni kreatif yang melibatkan kerajaan ini bukan baru, pernah juga berlaku beberapa tahun dulu untuk logo Pelancongan Kuala Lumpur dan logo Kemerdekaan ke-55. Ini baru cerita hal logo, belum lagi bab lagu seperti lagu merdeka dan lagu GST, sistem online seperti ini, ini dan ini serta lain-lain hal lagi.



Bila bab logo ni, senang je nak tahu ia OK ke tak. Bayangkan kalau logo tu dicetak atas baju, topi, beg dan lain-lain cenderahati, kau rasa lawa ke tak? Rasa-rasa kau nak beli tak? Rasa-rasa kau nak pakai tak? Kalau kau rasa tak sanggup nak pakai dan keluarkan duit untuk beli, maksudnya tak lawa la design tu.

Aku faham bila kerja-kerja yang melibatkan gomen, tak pelik kalau benda-benda ni berlaku. Jangan pelik. Kau kena faham, bila dah kerja melibatkan gomen, yang terlibat bukan seorang dua sahaja tapi ramai, dari peringkat bawahan sampailah atasan. Dan kau kena faham, seperti yang dinyatakan oleh Menteri itu sendiri, yang logo tersebut dibuat sendiri oleh kakitangan Kementerian Pelancongan, bukan outsource bayar syarikat luar buat. Ini bermaksud yang buat itu adalah pereka grafik yang kerja kat gomen, yang merupakan kakitangan kerajaan, yang mempunyai ramai pegawai di atasnya.

Aku tengok ramai orang yang kecam pereka grafik yang reka logo tersebut, malah dikhabarkan juga ada orang telah viralkan gambar dia sampai dia kena cemuh dan dikecam dengan teruk. Seriusly, ini memang sangat tidak adil, dan aku sangat kesian pada dia. Dia adalah mangsa keadaan. Dia cuma pereka grafik, tapi dia takde kuasa pun untuk mengesah dan meluluskan logo tu, malah idea logo tu pun mungkin bukan datang dari dia seorang tapi datang dari banyak kepala seperti ini:

Komik oleh Silver Fox.

Baca luahan hati dari seorang bekas kakitangan Tourism Malaysia tentang isu ini:
Ok lah. Disebabkan ada yang still tanya aku pasal benda ni, walaupun aku dah tinggalkan tempat tu dah lebih dua tahun dah, aku jawab kat sini je la ye. Lepas ni jangan tanya-tanya lagi. Semak la.

Timeline aku semenjak dua menjak ni penuh dengan komen pasal logo VMY 2020. Kecoh. Aku dulu kerja Tourism Malaysia. Enam tahun aku duduk kat Bahagian Sokongan Promosi, now known as Bahagian Produksi, bahagian atau division yang bertanggungjawab keluarkan bahan-bahan kolateral dan penerbitan-penerbitan Tourism Malaysia. Contohnya poster, cenderamata, brochure, semua tu lah. Ye, abang yang reka logo VMY tu ada dalam bahagian ni. Aku kenal abang tu. Dia antara orang yang paling lama yang masih berkhidmat dengan Tourism Malaysia. Division kita orang ni kecik je. Kalau sorang tersepak tunggul, satu division akan tau.

Abang ni bukan totally hopeless dalam design. Ada banyak jugak design dia yang cantik-cantik. Ada yang menang award pun. Tapi lumrahlah, dalam kerja yang kita buat ni ada yang hit ada yang miss. Tak semua brilliant memanjang. Pengarah yang tersohor lagi brilliant pun ada yang keluarkan filem mengarut, inikan pulak designer gomen.

Sebelum korang kutuk-kutuk dia lebih lanjut, korang kena faham proses kerja gomen ni macam mana. Pekerja gomen ni buat kerja atas dasar 'Saya Yang Menurut Perintah', atau SYMP. Most of the time, dia orang ikut je apa yang boss-boss suruh. Kadang-kadang design asal dah elok, tapi dah sorang suruh tukar ini, sorang suruh tambah itu, dah jadi lain daripada yang asal. Nak bantah tak boleh, sebab dia boss, kau kuli je. Ye lah, SYMP kan. So kau buat je la ikut apa yang dia orang nak, walaupun kau rasa berat nak submit sebab kau rasa itu bukan yang terbaik yang kau boleh hasilkan. Tapi pedulik apa kau rasa macam mana. Kalau boss nak yang macam tu, buat je la. Kata SYMP. Bahagian Promosi yang kiranya the creative division of Tourism Malaysia ni memang selalu kena macam tu. Kadang-kadang malas nak buat elok-elok sangat sebab nanti akan ada campur tangan jugak daripada pihak lain yang akan mengubah segalanya, lepas tu bila kena kutuk yang kuli-kuli tukang buat ni jugak yang kena, bukan yang tukang suruh, yang tukang cadang atau yang tukang approve.

So kesimpulannya, kalau nak kutuk tu, tak payahlah kutuk designer tu lebih-lebih. Ini sampai viralkan muka, viralkan nama designer tu dah kejadah? Nak tempah tiket masuk neraka ke apa korang ni? Kesianlah sikit dengan dia. Kalau korang nak kutuk organisasi tu takpe lagi, ni sampai single out designer tu jadi bahan ketawa korang. That is really unfair, especially since dia hanya jalankan tugas je. Kalau dah gatal sangat nak viralkan something, apa kata korang viralkan nama-nama/muka-muka orang yang tukang cadang/suruh/approve tu? Orang-orang atasan ni ada ilmu kebal sikit, muka pun buat daripada tembok batu jadi kalau korang kutuk macam mana pun takde hal punya.

Ye, aku tau, logo tu memang kureng. Tapi aku tak salahkan designer, aku salahkan yang tukang approve. Sebab aku pun pernah kena situasi macam tu, banyak kali dah. Actually, semua designer & writer yang kerja kat division tu semua dah pernah kena. Tup-tup kita orang jugak yang salah, yang kena jawab. Yang tukang approve, tukang cadang, tukang suruh ubah/tambah itu-ini, terus jadi batu. Tiba-tiba bisu.

P.S.: Mana-mana orang Tourism Malaysia yang dah penat nak menjawab satu-satu dipersilakan share post aku ni kalau nak. Aku tak kisah kena kecam, sebab muka aku dibuat daripada tembok A'Famosa. Made in Melaka gitew.

Sumber Rozita Jaafar Sekdek.

Ya, gomen ada konsep SYMP iaitu 'Saya Yang Menurut Perintah'. Kalau siapa yang kerja gomen atau pernah jadi vendor untuk gomen tau lah. Walau apa pun kau buat, atau bagi cadangan, atau bagi idea, atau bagi penjelasan, tapi kalau bos kau suruh buat, kau terpaksa akur. Sebab bos kau pun terpaksa akur dengan arahan orang atas dia, orang atas dia terpaksa akur dengan arahan orang atas dia lagi dan seterusnya.

Maka tak adil kalau kita hentam pereka grafik tersebut. Dia cuma mengikut arahan sahaja. Yang luluskan bukan dia. Malah yang bagi cadangan bukan-bukan pun mungkin ramai yang terlibat. Sepatutnya kita bersama bersolidariti membela nasib pereka grafik tersebut, bukan menghentam dia. Ya, aku taulah kat Malaysia ramai pereka grafik yang hebat-hebat, aku tau lah kau orang tu power sangat boleh buat design karya agung gila-gila, tapi cuba kau duduk kat tempat dia tengok macam mana.

Kau sebagai seorang pereka grafik, patut dah faham la isu-isu pasal ni. Kau baca entry "Sebab Kenapa Aku Menyesal Belajar Graphic Design" dan kau rasa ia relatable dengan diri kau kan? Ha sama la dengan dia pun.

Nak kritik design tu boleh, tapi jangan kecam pereka grafiknya. Ya, dulu aku kecam juga, tapi sekarang aku dah sedar sebab aku pun pernah buat projek untuk gomen juga so aku taulah macam mana karenahnya.

Bayangkan masuk mesyuarat yang dihadiri oleh ramai pegawai nak bentangkan sistem yang dibangunkan, tapi masing-masing nak bersuara nak bagi komen suruh tukar logo la, tukar gambar la, tukar tulisan la, tukar warna la, itu jelah pun. Mereka tak komen sangat pun pasal fungsi sistem tapi lebih kepada visual, sebab itu je pun yang diorang mampu komen. Nak komen hal-hal teknikal sangat bukan bidang diorang.

Tapi sebab nak nampak juga yang mereka ada fungsi dan ada sumbangan dalam pembangunan sistem tu, itu yang semua orang sibuk nak bagi idea dan cadangan walaupun ada kala sangat mengarut dan tak masuk akal. Tapi nak buat macam mana, at the end kena layan jugak sebab mereka client. Diorang yang bayar, layankan je lah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: logo lambang tahun melawat malaysia visit malaysia 2020 vmy2020 pereka grafik graphic design buruk hodoh tak cantik hambar

6 ulasan:

  1. Jawapan Si Nazri menunjukkan bahawa kerajaan Bongkak Naharom ni angkuh sombong takabbur. Mohon solidariti rakyat Malaysia untuk menumbangkan Kerajaan Bongkak Naharom ini semasa PRU kelak.

    BalasPadam
  2. Bhai Noob...

    Kan senang kalu depa bukak untuk pertandingan ka.... setel la designer tak kena... Hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukak pertandingan kena bayar beb, mana ada budget...xtau la kalau menteri tipu, kata staf sendiri buat, tapi sub pada vendor luar

      Padam
  3. Ya pada pendapat beta logo tersebut dipilih adalah untuk membuatkan tun m merasa marah dan seterusnya dijual.. Sekilas lalu tgk penyu tu mcm tun m pon ade.. Hahaha

    -jilakeroxx-

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.