Halaman

Rabu, 5 November 2014

Kitaran kes buli bagi remaja lelaki dan perempuan

Sekarang sedang viral 3 buah video yang melibatkan kes buli, dua melibatkan kes buli sekumpulan remaja lelaki di asrama sekolah, satu lagi kes buli yang melibatkan sekumpulan gadis muda remaja Kelantan.


Pertama, kes buli di kalangan pelajar di sekolah asrama.


Kedua, kes buli di kalangan remaja perempuan Kelantan.


Ketiga, masih lagi kes buli dan belasah di asrama sekolah.


Pasal buli ni aku pernah tulis beberapa kali sebelum ini so aku takkan ulas benda yang sama:

Cuma aku nak tulis kitaran hidup bagi kes2 buli yang biasanya berlaku di kalangan remaja lelaki dan wanita:

Remaja lelaki:
Budak junior masuk sekolah menengah berasrama → buat perangai dan tak hormat senior → senior bengang → senior buli dan belasah budak junior secara berjemaah → budak junior masih kena belasah oleh senior untuk beberapa tahun lagi → budak junior dah jadi senior → rasa nak buli budak junior sebab nak balas dendam dulu masa dia junior selalu kena buli → budak junior baru masuk sekolah menengah berasrama → ulang semula.
Remaja perempuan:
Budak perempuan suka kat seorang lelaki → lelaki tu dah ada awek → tergedik2 kacau lelaki tu → lelaki tu syok kat perempuan tu → awek lelaki tu tak puas hati ada perempuan lain kacau pakwe dia → awek lelaki tu buli dan belasah budak perempuan yang kacau pakwe dia secara berjemaah → lelaki tu putuskan hubungan dengan awek dia sebab pukul perempuan tu → perempuan yang kena belasah jadi awek lelaki tu → ada seorang budak perempuan lain suka kat lelaki tu → ulang semula.

Perbezaan kes buli antara remaja lelaki dan perempuan adalah remaja lelaki biasanya buli orang sebab nak tunjuk hebat rasa diri dah cukup besar, manakala remaja perempuan pula biasanya buli perempuan lain sebab berebut jantan.

Persamaannya pula adalah kedua2nya penakut, loser dan bacul sebab ajak kawan untuk buli orang lain secara berjemaah. Kalau hebat sangat lawanlah 1 dengan 1.

Sebab dah terlalu banyak kes macam ni lah yang membuatkan aku takkan hantar anak aku masuk sekolah menengah berasrama penuh, asrama tak penuh, asrama harian atau MRSM, sebab aku sendiri pernah melaluinya dulu, dan bila fikir2 balik, rasa macam bangang pun ada.




tags: kes buli pukul belasah gaduh sekolah menengah berasrama asrama penuh sbp mrsm video singlet hitam #singlethitam awek kelantan kelate gaduh gocoh rebut jantan

27 ulasan:

  1. Membuli ini adalah gaya hidup. Tak membuli, hidup ini menjadi boring. Tuhan membuli makhluk. Makhluk membuli sesiapa saja yang layak dibuli. Ini bukannya masalah. Ini adalah budaya dan hiburan. Bagi yang berpengetahuan agama, dibuli orang yang tak tau asas agama dengan berbagai gaya untuk mengkepalabutuhkan orang lain.

    Ini adalah sunnatullah dan akan berkitar dari awal nabi Adam AS hinggalah pada hari Mahsyar sendiri. Buli ini tiada kesudahan dan ianya adalah sebuah hiburan ringan mahupun berat.

    Di pejabat, anak buah dibuli orang atasan. Ada buli fizikal dan ada buli mental dengan melambat-lambatkan naik pangkat dan gaji. Ini untuk menambahkan keseronokan hidup.. Begitu juga polis dan sesiapa yang berkuasa. Dihentakkan kepala sehingga berkecai untuk memenuhi fitrah manusia dan fitrah tuhan membuli sesiapa yang diingini.

    Pada aku, buli ini adalah keperluan dan kita hendaklah berusaha mengekalkan budaya buli dan hentak kepala sesiapa saja sesuka hati kita kerana ia adalah adab-adab hidup bertamadun. Jika duduk diam-diam, tamadun sukar berkembang. Jadi kalau boleh hentak kepala orang sekeliling kita, ianya sunat muakkad dan mendapat pahala tanpa henti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hati2 komen bro... silap komen boleh jatuh kufur

      Padam
    2. Apa pulak komen dan kufur? Komen tu komen la. Kufur tu kufur la. Satu benda yang berbeza. Ianya ibarat kentut dan tayar lori. Takkan terkentut tayar lori boleh tercabut?

      Padam
    3. Kawan, biarkan dia komen...ada betulnya tuh! Aku explain, Sunnatullah nih bukan tertumpu pada satu ruang kanan aje. kiri kanan dia bantai...kalau ribut taufan jahanamkan satu kampung...itu Sunnatullah tu! Kalau tak percaya lagi kufur...kalau kau kata...alah! itu bencana alam aje tuh...kena ingat kawan, ada sebut dalam Quran yang menurunkan kekacauan semulajadi nih semua atas perbuatan manusia sendiri...jadi itu macam what you give you get back lah!

      Tapi dalam kita mempersoal Sunnah Allah nih ada baiknya kita pandang kepada satu perkara..."kalau pokok tak goyang, tak ada angin"...check diri sendiri dulu mana laa tau ada termakan hak orang ke, terambik hak orang ke...itu sebab Tuhan turunkan Sunnah kita kena buli...tapi kalau tak ada, makanya kita nih keturunan para anbiya' yang akan dibuli orang kafir sehingga hari kiamat, sebab Allah dah bagi sebab. para rasul, nabi dan orang beriman akan diberikan musuh dari kalangan manusia sebab dengkinya depa pada manusia...aku setuju...semenjak zaman Nabi Adam lagi dah terbukti Qabil membuli Habil...kat mana yang jatuh kufurnya?

      Padam
    4. Jatuh kufur bila menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak untuk-Nya. Sejak bila dalam al-Quran atau as-Sunnah ada bagi tau Tuhan BULI makhluk? Maha suci Allah dari sifat yang tercela ini. Allah menguji makhlukNya bukan membuli. Hati-hati bg komen bro dan jangan byk merapu sgt.. noob jgn biar komen camni.

      Padam
    5. Jatuh kufur bila menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak untuk-Nya. Sejak bila dalam al-Quran atau as-Sunnah ada bagi tau Tuhan BULI makhluk? Maha suci Allah dari sifat yang tercela ini. Allah menguji makhlukNya bukan membuli. Hati-hati bg komen bro dan jangan byk merapu sgt.. noob jgn biar komen camni.

      Padam
    6. Alhamdulillah, ramai dah ustaz dalam blog hang noob...hati-hati noob...kena jaga adab sopan nih ha ha!

      Padam
    7. aduhai. ada bahan aku nak tulis dalam blog aku nih...thanks! hebat ustaz nih dia boleh kata sifat yang tak layak untuk Allah...Allah ada sifat rupanya? ada jisim? aduhai..sedap nih aku kena kan nih...kejap lagi aku up kat blog aku...ha ha ha! huh! best, banyak idea selalu jalan kat blog noob nih! ha ha! aku gila, aku gila...gila isim he he!

      Padam
    8. Betul komen 11.47 dan 726 tu. Hati-hati bile guna ayat. kita jgn bebas sngt nak tunjukkan kita ni bijak kononnya. Sifat tuhan tu dipermainkan. dalam Asma ulhusna...takde sifat pembuli pun. Eddeved pun satu. Ko jgn la menyokong pastu nak main lekeh2 pulak bila orang nasihat. Ko kne sedar mentaliti ko tu tak stabil. Jadi jgn la lepaskan sangat pandangan ko sebab ko pun tak sedar benda tu tersasar.

      Kite ni boleh cakap apa saja kat dunia ni. bila salah pun reti je nak menjawab sebab Allah tu tak direct tegur marah kat kita. Semua tu kat akhirat nnt baru ko nampak mana silap ko. Nasihat aku, bab lain kalau ko nak rasa pandai..buatlah. tapi kalau bab agama..ko jgn nak pukul rata mcm ko ulas pasal politik ke, pasal sosial ke atau benda lain. Aku marah betul bila yang ditegur melawan kononnya tiada salahnya. Sudahlah salah, bila ditegur..tunjuk pandai kononnya dia tak salah dan pemikirannya lebih bijak. Allah tu pembuli? hah..menjawab la ko kat atas nanti

      Padam
    9. aku tgk eddeved ni,buat aku risau. Dia bukan sentiasa tak waras. ada pasang surut gak. Kalau time dia ok (mungkin lepas amik ubat)..dia akan komen dengan cara elok. Tapi bila datang penyakit dia..fuh, kapir laknat, munafik, ajaran sesat, seks songsang semua ada kat dia. Isunye sekarang dia gile tapi mampu menggunakan aplikasi teknologi untuk menyampaikan hujah atau pandangan. Kalau ada yang tak bijak dan agak rapuh iman, memang boleh terpengaruh dengan dia ni. Kesian...

      Padam
    10. Edeved gila ko pernah dgr x sifat 20. Dkt tadika dkt sekolah2 pun ada ajar..

      Padam
    11. ceh! noob dah tambah video budak Klang tu lah! ha ha!
      aku malas nak layan dah jenis fikir bagus nih nanti flooded blog noob dengan ustaz-ustaz meracau nih,...ada berani kita jumpa one on one...tapi mungkin tak kot?

      Sifat 20 tu mensyirikkan Allah sebab Allah dah sebut dalam Quran - Laisaka mithlihi syai'un..."tidak seperti apa yang kau sifatkan"...itu sebab Tuhan marah kau buat berhala...berhala yang ada nas Allah Taala ada dua aje...Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa...tapi memula berhala tu kat Kaabah dulu...lepas tu tukar ke BaitulLaham sebab nak test yahudi...kau nak terima ke tak kau punya pasal...aku tak kata kau gila pun pada apa yang kau pegang...tapi kau pulak kata aku gila...kalau ikut Sunnah Allah nih siapa yang mula mengatakan orang tu gila, sebenarnya Tuhan dah jawab dah,.."engkau tu yang gila"...so aku tak payah layan lah pasal gila ni...kucar kacirkan blog orang aje karang tak pasal aku kena block...dah laa quota comment aku top 1 pulak tuh!

      Padam
    12. samdol nih setau aku adik kepada Sam Hain, pengamal ilmu hitam yang makan kepala kambing dan minum darah unta...aku tak tau pulak samdol ni pengikut ajaran sesat ke tak....tak cek pulak!

      Padam
    13. Aku ckp kau gila sbb komen ko 1003pg ko sendiri ckp ko gila ...

      Sifat 20 syirik? P blajar blk la wehh .. Rajin2 p surau dgr kuliah maghrib. Kalu malas buka utube ...

      Padam
    14. aku bkn nk sokong eddeved gila tu, tp apa yg dia ckp psl sifat 20 tu ada kebenarannya. nabi x ajar pn psl sifat 20 tu.. senang citer, segala yg sempurna itu adalah sifat Allah, bkn setakat 20, 13 atau 7. kdg2 apa yg ustat ustazah ajar kt sekolah tu xsemestinya betul, kdg2 ada juga yg salah, bidaah & perkara yg diada2kan selepas nabi wafat... boleh dengar video2 ni

      http://www.youtube.com/watch?v=ZmV6I2xlVWg
      http://www.youtube.com/watch?v=oS7jS6h0kvY
      http://www.youtube.com/watch?v=ALJYhTZrEmA

      Padam
    15. Assalamualaikum
      Aku bukan ustaz yg mcm si eddeved tu sibuk tujahkan. Ape kalau ckp pasal agama je ustaz ke? Ckp X serupa bikin.
      Guna blk ape yg ko hujahkan. Laisaka mithlihi syai'un..."tidak seperti apa yang kau sifatkan". Ambil sifat wujud Allah swt. Adakah ko membayangkan sifat wujud Allah, sama dgn ko yg ntah brp tahun ni..? Tak perlu nak one to one la bro, kalau takat guna logik aqal pun x lps tu kau putar belit guna ayat al Quran dan hadis. Ko refer ayat lain sekali tak?
      Para ulama dah menggabungkan AlQuran dan sunah dgn kefahaman aqal manusia barulah dijadikan hujah. Tak salah ko nak buat fahaman baru asal selari dgn konteks ahlulsunnah.
      Byk kali dh aku tgk komen dlm ni ikut sedap ayat je. Komen ni je dgn ape dlm hati ko, so berhati2 la jgn smpi rosak akidah.

      Assalamualaikum

      Padam
    16. http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2014/11/how-sifat-20-and-99-names-are.html

      nak tunjuk handal meh datang blog aku, aku dah bukak ruangan komen...kat situ tak ada siapa boleh block kau, kau rasa macam bagus meh datang blog aku ajar kau ilmu agama baikkkkk punya! silalah komen, kutuk, maki hamun apa semua, sini bukan tempatnya...aku jemput...kalau rasa handal marilah kita berdialog kat blog aku jangan kacau blog orang - Eddeved 1003 kali gila.

      Padam
    17. eddeved ni gila tanpa sedar, hebak!

      Padam
    18. Biar Allah yang menetukan.Sabar.dunia dah akhir zaman dah.Spa sombong ngan tuhan dia dapat la penangan. Allah itu bukan pembuli

      Padam
  2. Minah buli nti bila dh kena kongkek gengbang baru dtg rasa menyesal diorang ...

    Yg jantan plak bila dh hbs sekolah nk cari keja nk berbini baru dtg nk menyesal. Lg2 bila tgk org yg dia buli tu jd bos pakai keta mahal blk kg lalu dpn muka dia ..

    BalasPadam
  3. ermm pengetahuan tu banyak,tu dah cukup bagus tapi jangan salah pakai ~ saja share ~ tabik spring!!

    BalasPadam
  4. melayu memang suka buli melayu... dari sekolah, kerja, berniaga, politik..... dengan bangsa lain kecut...

    BalasPadam
  5. mohon budak singlet hitam tu dihantar ke Palestin utuk menolong mereka disana menentang Israel...

    BalasPadam
  6. Pembuli ni biasanya kat skolah dulu dia la yang paling lemah. Aku dari kecik dok asrama. Mula2 memang takut gak tgk si pembuli ni. mmg nampk angker habis la. tapi bila sampai time dia kena pukul balik (yang kena buli tu balas balik sebab dah tak tahan), si kena buli tu bagi penumbuk sebijik kat bahagian mata..terus menggelupur pembuli tu. siap menangis lagi. Macam tu jugak la tahun2 lain ada pembuli yang aku tgk sebenarnya jadi pembuli sebab ada masalah keluarga, penakut, takde kawan dan lain2 sebab yang menjadikan dia pembuli hanya untuk rasa orang bagi perhatian kat dia.

    BalasPadam
  7. Sbb budak2 nak up rasa mereka dah hebat sangat boleh jadi abang long, gengster atau x pun president terus...sedangkan mereka byk dikuasai oleh emosi..sbb jd mcm 2, belajar pun hancur, SPM hancur..pas2 bila dah ada anak pinak baru rasa menyesal sbb belajar main2 dulu. Ramai org2 yg dah berumur ckp mcm 2 sbb masa remaja diabaikan dgn keseronokan shj. Selalunya hampir semua sbb tiada didikan n pantauan ibubapa yg baik..kalau asyik lepas tangan jd la mcm 2. Selalunya kalau didikan agama tegas n baik, selalunya jd orang.

    BalasPadam
  8. Makin berleluasa pulak kes buli. Dulu masa zaman asrama ana, buli2 tu ade jugak. Tapi bukan buli sebab pakwe, tak tak. Buli sebab nak tunjuk hebat je.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.