Halaman

Sabtu, 12 September 2015

Novel Suamiku Budak Rock: Bab 4

BAB 4

“Check..check.. 1 2 3”.

Suara lembut itu disambut dengan sorakan kuat bersilih ganti dengan siulan dan ciutan para penonton dan peserta Battle of The Band yang berlangsung di Business School.

“Perhatian kepada pemilik kereta Toyota Caldina warna biru bernombor plate BFU XXXX sila alihkan kenderaan anda kerana menghalang laluan. Terima kasih atas kerjasama”.

Bila pemilik kereta tu sampai baru semua orang perasaan yang tu sebenarnya kereta dekan. “Sorry guys. Enjoy your nite ok. Office saya depan ni je sebab tu parking dekat sini. Ingat nak ambil barang je tadi tak sangka pulak boleh terserempak dengan Puan Halimah. Well you know la her”.

Itu la dekan Business school yang memang super cool dan dihormati oleh semua pelajarnya, Puan Zarina. Puan Halimah? He..He.. memang kalau berborak dengan dia sehari suntuk tak habis.

“Sorry..sorry Puan. Saya tak tau pulak tu kereta puan pasal selalunye puan bawak kereta lain”. Berpeluh jugak dahi Qis dekat atas stage. Any how the show must go on.

“Hari yang dinant-nantikan telah pun tiba. I’m Qis and  I’m welcoming you guys to the 5th Battle of The Band organized by Business school. Thanks to all committee for their hard work, thanks to all supporters, participants and finally most welcome to our guest band for tonight. The legendary O..A..G. Big applause to all of them”. Tepukan bergema hingga ke pondok guard di pintu masuk University.

Illustrasi oleh Plain83 @ Through My Glasses, Kacamata

“By the way, Radhi will be the judge tonight together with our members from Music School. Saya harap semua peserta sudah membuat soundcheck petang tadi bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Are you ready guys!!”.

“Yes we are!!”, sahut penonton seramai hampir 200 orang itu.

Terdapat 10 buah band yang bertanding pada malam itu untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM1000 dan piala pusingan.

“Dipersilakan band The Sleeping Beautys untuk membuka persembahan pada malam ini”. Band pop punk yang dianggotai oleh awek-awek cute yang mempersembahkan lagu-lagu Avril Lavigne The Ska8er boy dan Complicated.

“Kita band nombor berapa Mie?”, soal Ray sambil menunduk menolak motor kapchainya tu. Mie pulak tukang bawak gitar berjalan laju dengan muka ketat.

“Time-time macam ni la motor lu nak habis minyak Ray, dah la sound check tak datang. Nasib si Zee datang jugak buat sound check untuk lu dengan gua sekali, kalau tak masak kita kene gelak kat atas stage tu nanti ”.

“Lu bukan tak tau Mie, Sabtu pagi gua ade hal. Balik-balik je terus gua flat. Yang lu pun baek punye tido sampai terkeluar air liur, lagi mau salahkan gua".

“Cehh.. Ye la.. Ye la.. gua ingat lu nak kejutkan gua. Tapi hampas. Tapi gua musykil la, tiap-tiap Sabtu pagi je lu hilang. Lu pergi mana? Dating ke?”.

“Takde la bro. Ade hal sket. Ok dah sampai pintu masuk. Kita park sini je la dulu lepas tu jalan kaki pergi sana bukannya jauh pon”.

Sampai-sampai je dekat sana aku dengar, “Lets welcome our last band for tonight Sonic Mush!. Satu-satunye band yang akan mempersembahkan lagu mereka sendiri yang bertajuk Minda Sedar dan Foregiveness. Dipersilakan”.

Bila dengar je perkataan tu terus aku dengan Mie berlari naik atas pentas setup gitar dan set sound kitorang.

“Lu orang apa hal lambat sangat bro. Berpeluh gua tunggu. Nasib kita last band. Kalo tak tak tau la apa jadi”, kata Zee dengan nada bengang.

Tiba-tiba aku rasa semacam. Satu perasaan yang yang pernah aku rasa sebelum ni. Bila aku toleh kiri baru aku perasan sorang awek tengah berdiri terpaku dekat situ sambil pandang aku dan terus menghampiri aku.

“Ray?? Oh my god I don’t believe it. Is it really you Ray??”. Dia tak tau yang tangan dia tengah pegang mic. Aku pun terkejut. Terkejut pasal aku tak sangka akan dengar suara merdu tu lagi. Aku bingkas bangun dan bisikkan sesuatu dekat telinga dia,”Yes I am. I really miss you Qis. Tolong jangan tinggalkan saya lagi”.

Semua penonton berpandangan sesame sendiri cuba memahami apa yang berlaku dekat atas stage. Dengan senyuman dan muka merah padam Qis beredar dari situ dan kami memulakan set kami.

“We are Sonic Mush. Enjoy our music, feel the lyric. This song I wrote especially for our lovely MC, Ms. Nur Qistina”. Dan disambut dengan tepukan gemuruh penonton.

“Terimalah dari kami, Minda Sedar”.


Ku teringat kisah yang berlalu
Dirimu dan diriku bagai satu
Kisah yang berlalu takkan hilang
Meninggalkan dirimu sendirian

Bila ku pejamkan mata
Waktu ku terlena
Wajahmu menerpa ke dasar
Bila ku tinggalkan semua
Harap kau maafkan
Segala kesilapan hidup ku

Ingatkah kau saat indah itu
Hujan badai menangis tika waktu
Cinta yang berlalu takkan hilang
Meninggalkan dirimu sendirian

Bila ku pejamkan mata
Waktu ku terlena
Wajahmu menerpa ke dasar
Bila ku tinggalkan semua
Harap kau maafkan
Segala kesilapan hidup ku

Lepas habis lagu kedua terus aku buat stage dive. Nasib penonton semua enjoy dan sporting kalau tak memang aku tersembam dekat atas jalan la. “Thank you for you guys support. Love you all”. Lepas tu terus mata aku melilau carik Qis. Then aku nampak dia tengah tepuk tangan sambil tersenyum. Senyuman yang akan buat aku tak dapat lena malam nanti.  Rasa macam nak lari lepas tu terus peluk dia.

Lepas je kami perform, OAG take over the stage dengan set dorang yang hit tak lupa juga lagu 60’s TV. Radhi yang memang true performer memang pandai ruled the night. Penonton berkumpul dekat depan stage siap ada yang head banging dekat atas stage. Tapi mata aku dah terpaut dekat Qis melebihi minat aku pada OAG. Sorry Radhi, you are the man but she rock my world. Peace..

Dengan tak berlengah terus aku mintak no henfon Qis takut terlupa lagi. Perasaan aku malam tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Aku dapat rasakan yang Qis pun rasa perasaan yang sama. Walau dalam kebisingan kitorang tetap sambung bercerita macam dah bertahun tak jumpa. Sehinggalah Qis dengan selambanya tanya,

“Awak suka saya?”.

Dan saat itu jugalah aku dengar bait-bait lagu;

Hai cinta dengarkanlah
Aku ingin bicara
Tentang aku dan kamu
Tentang cintaku padamu…

“Aikk.. Sejak bila pulak OAG cover lagu Dewa ni?”.

Mata aku dan Qis bertentang tapi lidah aku kelu untuk berbicara. Di bawah pancaran lempu neon, kami berpandangan sehingga bait terakhir lagu Perasaanku Tentang Perasaanku Kepadamu itu. Kami tak perasan ada mata liar memerhati kami sejak dari tadi.


Bersambung... 

(Sambungan novel ini akan diterbitkan pada setiap hari jam 12 tengah malam)

Suamiku Budak Rock:


5 ulasan:

  1. k..... creeeett cirit sket muka Tanpa Nama >.< V

    BalasPadam
  2. Bila baca jalan cerita ni, teringat pulak kat filem Rockoo

    BalasPadam
  3. perlukah aku membaca novel ni, walhal masa sekolah dulu pon untuk spm aku cuma baca sinopsis sahaja.. dan aku tetap scorer..

    BalasPadam
  4. first time baca novel siap ada soundtrack

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.