Halaman

Ahad, 20 September 2015

Novel Suamiku Budak Rock Jutawan: Bab Akhir

BAB 12 (AKHIR)

2 tahun sudah berlalu...

Kelihatan beberapa buah kenderaan mewah memasuki perkarangan rumah Mak Limah. “Siapa pulak yang datang pagi-pagi ni”, soal Mak limah sambil menjenguk keluar jendela. “Qis!! Cuba tengok siapa yang datang tu?”, jerit Mak Limah dari dapur.

Qis berlari menuju ke pintu utama. Sebaik sahaja dia membuka selak pintu, kelihatan seorang jejaka yang amat dikenalinya berdiri di hadapan pintu.

“Ray!”, jerit hati kecilnya.

“Assalammualaikum Qis. Awak sihat? Awak tetap cantik seperti dulu”, Ray menyapa Qis sambil tersenyum. Seperti biasa, muka Qis bertukar kemerah-merahan. Air mata jatuh membasahi pipinya. Dia benar-benar tak sangka akan bersua kembali dengan lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu.

“Jemput masuk Ray”, Qis berkata dengan nada perlahan.

Illustrasi oleh Imanina Shin.

“Ayah.. Mak.. ni lah Qis yang selalu Ray ceritakan tu”, Ray memperkenalkan Qis pada ibu bapanya.

“Manis budaknye.. Pandai Ray pilih bakal isteri ye?”, jawab Mak Ray dalam nada bergurau.

“Jemput masuk makcik.. pakcik”, Qis bersuara sambil bersalaman dengan ibu Ray.

 “Siapa yang datang tu Qis!”, jerit Mak Limah dari dapur sambil menuju ke ruang tamu.

“Mintak maaf kami datang pagi-pagi ni”, sapa ibu Ray sambil menghulurkan tangan bersalaman. Mak Limah terkejut melihat ramai orang di ruang tamu rumahnya siap dengan 9 dulang hantaran berisi barangan mewah.

“Ehh.. Jemput duduk dulu ye. Saya siapkan minuman. Saya tak sangka pula ada tetamu nak datang hari ni”, kata Mak Limah dalam nada serba salah.

“Saya datang nak tunaikan janji saya pada makcik. Saya bawa bersama wang tunai RM30 ribu dan geran rumah banglo yang makcik pinta tu. Saya harap makcik tahu yang saya ikhlas untuk memperisterikan Qistina”, Ray berkata.

“Ta..Tapi.. Bagaimana kamu boleh berjaya dalam masa 2 tahun ni?”, jawab Mak Limah pula tergagap-gagap.

“Rezeki ada di mana-mana.. Tapi kita perlu guna AKAL kita untuk memilih samada nak ikut jalan MUDAH atau jalan SUSAH. Percaturan Allah amatlah cantik. Mungkin dah memang jodoh saya dengan Qis. Disebabkan itu segala usaha saya membuahkan hasil. Kalau makcik nak tau juga BAGAIMANA caranya saya boleh berjaya hanya dalam masa 2 tahun, makcik boleh masuk link ini..”


“Maafkan makcik Ray.. Bukan niat makcik nak merendah-rendahkan kamu dahulu. Makcik cuma mahukan yang terbaik untuk Qis. Maafkan makcik ye Ray”, jawab Mak Limah dalam nada kesal. Dia benar-benar tak menyangka, dalam masa 2 tahun sahaja Ray sudah berjaya.

Mungkin itulah yang dinamakan kuasa cinta. Berkat kesetiaan, usaha dan tawakkal akhirnya mereka disatukan. Itu lah “Sebuah Kisah Cinta Yang Bakal Mengubah Hidup Anda”.

Kisah penuh fantasi ini adalah berdasarkan dari sebuah kisah benar. Terima kasih kerana sudi menghabiskan novel pendek ini. Semoga anda semua Kaya dan Berjaya. Kaya Dunia Kaya Akhirat. Ameen... ;)


- TAMMAT -


Suamiku Budak Rock Jutawan:



14 ulasan:

  1. Hahaha haduii, ending dia nak promote bisnes jual simkad rupanya

    BalasPadam
  2. Haihhhh. Mcm mana aku leh terbalas kat wak warhadik togel ni pulakk. Haishhh.

    BalasPadam
  3. Salam sehati serasuah,

    Melayu dan shortcut berpisah tiada. Mereka tidak percaya kepada usaha keras seperti kaum cina. Sebab itu cina, Pakistan, Indonesia, Myanmar yang baru datang pun boleh kaya dari mereka. Manakala mereka asyik salahkan orang walhal mereka malas dan bodoh.

    Dalam pendidikan mereka nak shortcut, tak pandai, SPM tak boleh score mahu terus ambil degree, sudah diberi peluang ambil degree pakai kuota, tak mahu belajar bersungguh sungguh pula. Attendance minta kawan tanda, assignment buat last minute atau copy paste atau upah orang buat. Benak perut, ramai ramai datang jumpa lecturer kow tim.

    Nak cari kerja mereka dayus untuk bersaing mereka nak shortcut. Pakai cable, saudara mara. Masuk cara zalim dengan rampas tempat orang masuk secara adil. Bila ditanya tipu cakap rezeki walhal cable. Berani fitnah Allah cakap itu rezeki.

    Dalam berniaga mereka nak shortcut. Masuk kerja kerajaan tapi buat bisnes luar maka tak fokus pada kerja, selalu hilang. Suka melabur skim piramid atau jadi ahli untuk paksa beli (mlm). Jual makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda dan susu kambing dengan harga melampau untuk kaya cepat. Letak tanda rm20 bila customer pegang dan tanya terus di up harganya, ini 25 yang lain 20, yang atas promosi yang bawah tak. Dasar penipu!

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
  4. Kotak hati troll baik punye yihuuu.....

    BalasPadam
  5. Ape kate kt tolong smbung cite ni. Masukkn sekali adegan malam pertama

    BalasPadam
  6. Moral of the story:

    1. Utamakan cinta dari belajar
    2. Letak harga mahal2 nak kahwin
    3. Turuti perintah kawan baik
    4. Setia
    5. Hargai apa yg ada(Haikal x hargai Qis)
    6.Berniaga nak berjaya

    Seperti aq jangkakan..akhirnya mereka kahwin. Citer menarik, tapi banyak tergantung ,contoh apa jd ngn Haikal?Dia kn kata xnk lepaskn Qis. Apa jd kt band diorg? Apa diorg buat lepas kahwin?...keseluruhan
    6/10

    BalasPadam
  7. apa yg aku suka dari novel ni? rambut Ray

    BalasPadam
  8. Brape saiz bdn Qis?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.