Halaman

Jumaat, 8 Januari 2016

Perbalahan Internet selalunya memang menyakitkan

Aku dah banyak kali terlibat dalam perbalahan dan perdebatan di Internet sejak sebelum kewujudan Facebook lagi. Dari zaman forum, bulletin board, mIRC, Friendster, email sehinggalah generasi media2 sosial baru seperti blog, Facebook dan Youtube.

Bila kita dah terjebak dan terperangkap dalam sebuah perbalahan kat Internet, kita akan tahu ia akan berlarutan menjadi sangat panjang sehinggakan sukar untuk kita keluar dari perbalahan tersebut walaupun kita tahu yang akhirnya ia tidak akan membawa kita ke mana2 atau mengubah apa2 pun.


Komik oleh Plain83.


Dan ya, walaupun sudah lama dalam arena perbalahan Internet ini, namun aku masih belum immune sepenuhnya malah kadang2 aku masih lagi akan rasa tertekan bila orang masih tak dapat terima penjelasan aku, ditambah pula apabila orang lain mula memaki hamun, mencarut atau menggunakan perkataan2 biadap yang sangat menyentap hati, apatah lagi bila kau mula kalah kerana mereka membawa kawan2 atau penyokong yang ramai untuk bergangbang menghentam kau.

Suatu perdebatan atau perbincangan itu seharusnya adalah untuk mencari kebenaran mahupun solusi atau jalan penyelesaian, tapi biasanya orang yang berdebat kat Internet ini hanya mahu kemenangan dan mahu orang lain kalah, sebab itu kita biasa nampak ada orang tak boleh menerima pandangan orang lain dan begitu beria2 menolak dan membangkangnya walaupun ia adalah suatu perkara yang betul.

Sebab tu aku akan cuba mengelak untuk memulakan atau melibatkan diri dalam mana2 perbalahan Internet secara serius jika pihak bertentangan itu seorang macai, atau seorang penaksub, atau seorang budak2 baru nak up, atau orang tua yang tak matang, atau orang yang selalu nak menang sahaja dan tak boleh menerima pandangan orang lain, atau orang yang sakit mental, kerana jika sekali aku dah terjebak, pasti ia akan menjadi sangat panjang dan sangat membuang masa, melainkan aku tak serius dan sekadar nak troll nak tengok respon orang macam mana.

Artikel2 lain yang berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: kartun komik internet argument arguments argue comic strip perbalahan perdebatan debat internet hujah bincang troll media sosial

12 ulasan:

  1. PrOooottt...arghhhh...lega bak hang

    BalasPadam
  2. Betul tu, jgn buang masa berbalah benda yg tak berfaedah terutama dgn mereka yg taksub membuta tuli, macai dll.Yg batil & yg hak itu jelas.

    BalasPadam
  3. Manusia hari ini mmg penuh dgn penyakt hati..

    Memang salah ibu yang mengandung dan bapa yang mengajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wakahkahkah terbahak2 aku ketawA,ko merepek apa ni? Proootttt dmuka cEro

      Padam
  4. SETIAP ORANG ADE PENDAPAT MASING2.PENDAPAT ITU TIADA BETUL ATAU SALAH(ASALKAN BUKAN BERKAITAN AGAMA).X PERLU UNTUK BERTELAGAH JIKA SEKADAR BERKONGSI PENDAPAT.RAMAI X SEMESTINYA BETUL.SEDIKIT X SEMESTINYA SALAH.CONTOH RAMAI PEKERJA AWAM MAKAN PADA WAKTU KERJA.KALAU ADE SESEORANG KLUAR KENYATAAN DI LAMAN SOSIAL BAHAWA RAMAI PEKERJA AWAM DI MALAYSIA MAKAN DUIT HARAM SEBAB SLALU CURI TULANG,MESTI RAMAI ORANG AKAN HENTAM ORANG YANG MENGELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT.TP KENYATAAN ITU BETUL,DIMANAKAH KEHALALAN GAJI PEKERJA AWAM DI MALAYSIA JIKA SENTIASA LEPAK DI KEDAI MAKAN PADA WAKTU KERJA?ADAKAH JAKIM TIDAK MENGELUARKAN FATWA TENTANG HAL INI?SEDANGKAN PERKARA INI BERLELUASA DI MALAYSIA?ADAKAH SEBAB MEREKA JUGA TERLIBAT DALAM PERKARA INI?

    FIKIR-FIKIRKANLAH.MANUSIA SELALU MENIPU HATI MEREKA DENGAN MENGATAKAN BAHAWA APA YANG MEREKA LAKUKAN SENTIASA BETUL WALAUPUN MEREKA TAHU BAHAWA PERKARA YANG MEREKA LAKUKAN ADALAH SALAH TAK KIRA,YANG BERPANGKAT BESAR ATAU KECIL,YANG BERPELAJARAN ATAU TIDAK,SEMUANYA SAMA
    SAMPAI BILAKAH PERKARA INI HARUS TERJADI..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ѧpѧ yg ҡo mєяєpeҡ nı pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ ҡo, mѧTmѧsєLѧň ,sıяosʟı , ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ & jıɞɞy яѧzѧҡ✌

      Padam
    2. Apa salahnya makan?

      Padam
  5. Lagi best bila rasa mcam nak kalah argument dlm internet, dia mula main ejek-ejek pastu kutuk-kutuk profil picture, tak pun kutuk nama, pastu kekonon hebat nak ajak jumpa setel face to face...Hahahaha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.