Bagaimana pun sudah agak lama juga budaya buli atau ‘ragging’ tidak didengari hinggalah baru-baru ini, apabila seorang pengguna Twitter berkicau tentangnya sekali gus menjadi viral dalam beberapa hari lalu.
Gambar hiasan |
Dalam tweet Pwincess mendakwa, sekumpulan senior dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM Puncak Perdana dikenali sebagai Batch Ferrari telah ‘mendera’ pelajar-pelajar junior melakukan perkara-perkara tak rasional demi mendapatkan 200 autograf senior dalam masa tiga hari.
Demi tugasan berkenaan mereka dikatakan perlu memakai tag nama besar bersaiz kertas A4 sepanjang masa termasuk ke kelas dan kedai makan sepanjang tempoh orientasi.
Pelajar junior juga dikehendaki melakukan apa sahaja permintaan senior sekiranya ingin mendapatkan tanda tangan mereka antaranya masuk dalam almari, menyanyi dan meniup kipas guna boxer.
Tidak bersetuju dengan hal berkenaan, pelajar junior ini kemudian ‘mengadu’ dengan memuat naik perkara itu di Internet.
Rata-rata netizen memberi respon bahawa budaya buli seperti itu adalah ketinggalan zaman dan selayaknya hanya dilakukan ketika zaman persekolahan sahaja.
Namun begitu, ada juga yang menyokong tindakan senior itu kerana dikatakan dapat membentuk sahsiah diri pelajar junior agar menjadi seorang yang berdisplin dan tidak terlalu ‘manja’.
Mungkin sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan Tinggi mengkaji bagaimana caranya untuk menghapuskan budaya buli agar masalah ini tidak menjadi ‘nanah’ di kemudian hari.
Bagi yang setuju.. apa hujah anda?
Sumber daripada portal MyNewsHub.cc.
* * * * * * * * * *
Aku tidak setuju, tapi nak bagi hujah juga.
Pertama sekali, kes buli di sekolah dan institusi pengajian tinggi bukanlah perkara baru. Ada 2 jenis buli sama ada dilakukan secara fizikal atau pun mental. Dan pelaksanaan buli ini juga ada 2 jenis iaitu sama ada dilakukan secara tidak sah di mana ia dilakukan secara sendirian dan juga secara sah oleh sesuatu organisasi atau dalam program tertentu.
Tentang isu buli ni boleh baca semula artikel-artikel ini:
- Buli mental dan emosi yang jarang dipeduli orang
- Kitaran kes buli bagi remaja lelaki dan perempuan
- Kedurjanaan kaki buli tidak mengenal jantina
- Pembuli siber sila baca sini
Antara kes buli yang pernah viral suatu ketika dulu yang pernah dipaparkan:
Dan antara sebab kenapa kau jangan buli orang lain terutama junior:
Hanya kerana kita pernah kena buli oleh senior waktu kita junior atau dengan fasilitator masa freshie, jangan anggap ia sebagai lesen untuk kita balas dendam dan buli junior dan freshie sewaktu kita dah jadi senior atau fasi, sama ada secara sah atau tidak sah, secara fizikal mahupun mental.
Tugas senior adalah memberi contoh yang baik. Tugas fasilitator adalah mendidik. Belasah orang, pau duit dan makanan, suruh mereka basuh baju, ikat kemaluan mereka dan kipas syiling dengan tali bukan, semua tu bukan mendidik malah bukan contoh yang baik pun.
Malah suruh mereka ambil sign 200 orang pelajar senior, gantung kertas A4 kat leher, sumbat mereka dalam almari, tiup kipas pakai boxer, itu semua bukan mendidik tapi penghinaan, pengaiban atau humiliation. Humiliation bukan sama sekali cara untuk mendidik. Memang kau tu senior tapi kau takde hak pun nak malukan siapa-siapa.
Ini bukan masalah manja. Kau tak buli atau memalukan mereka pun mereka boleh belajar hidup berdikari sendiri. Nak menghalalkan tindakan buli ini sebagai persediaan menghadapi cruel world? World tu tak cruel, yang cruel tu kau, orang yang acah-acah besar dan hebat hanya kerana kau dilahirkan lebih awal dari orang lain. Nak ajar pasal real world? Kau tu pun setakat tua 3 4 tahun je pun, masih pelajar lagi pun, bukannya dah masuk alam pekerjaan pun sampai rasa layak nak buli orang.
Kau orang lama kat situ, kau bagi panduan, ajar selok belok dan peraturan, bagi aktiviti dan tugasan yang mencabar minda dan yang ada class sikit tanpa memalukan siapa-siapa, bukan tugasan merepek-merepek macam budak sekolah punya tugasan. Daripada kau suruh mereka ambil autograph 200 senior, lebih baik kau suruh mereka ambil autograph pensyarah, ada la jugak maknanya.
Kalau kau ada tak puas hati dengan mana-mana junior sebab dia kurang ajar dengan kau, atau kau nampak dia hisap rokok, atau dia jadikan awek kau sebagai kakak angkat dia, kau setel dengan dia 1 by 1, kau nak guna cara apa lantak kau tapi tak payah libatkan orang lain. Nak gaduh gaduh berdua je, kalau ajak geng pukul ramai-ramai memang takde telur la.
Percayalah, hal-hal pasal senior junior, senpai kouhai berdasarkan umur tu, kau hanya begitu kisah masa kau belajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi je. Bila kau dah bekerja, jangan hairan jika kau bos kau tu jauh lebih muda dari umur kau. Masa tu senior junior mengikut umur hanya bullshit. Silap haribulan kau terpaksa menerima arahan dari orang yang jauh lebih muda daripada kau, dan lagi teruk kau pula yang terhegeh-hegeh menjilat mereka masa itu.
Aku sendiri masa kat sekolah dulu pernah kena pau oleh senior suruh beli burger. Kau tau apa aku buat? Aku beli burger, kesat daging burger tu kat takungan tempat orang kencing kat tandas lelaki dan bagi dia. Aku mengaku benda yang aku buat tu tak betul, tapi zaman tu pun masih muda tak matang lagi. Lagipun siapa suruh kau pau duit aku?
Sebab tu aku tak berapa suka dengan program-program orientasi di sekolah atau universiti sebab kebanyakan fasi suka membuli dan memalukan freshie. Kau nak orang hormat kau, kau hormat orang lain walaupun dia itu lebih muda dan baru daripada kau. Kau malukan dia, sampai bila-bila orang itu akan berdendam dan takkan hormat pada kau.
Dan satu hari nanti lepas kita semua dah tinggalkan universiti dan masuk ke alam pekerjaan, ditakdirkan kau nak minta tolong aku hantar resume kau di syarikat aku bekerja, atau kau hubungi aku sebab nak jual apa-apa produk kau, maka jangan haraplah aku nak layan. Pergi mampos.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: buli junior uitm batch ferrari trending di twitter minggu orientasi fasi fasilitator junior senior dera minggu suaikenal pelajar murid mahasiswa baru tandatangan pwincess @larajacyntha #batchferrari
senior tu tahu sgt ker pasal cruel/real world?? pernah koma pastu hidup balik ke??
BalasPadamtotally agreed..
BalasPadamaku masa sekolah2 dulu kena suruh ambik t/tgn senior jgk..
b4 ambik tu, kena pau air kotak dulu, kena urut dulu serba serbi kena..
lepas tu mcm biasa bila masuk world, tgk ok je tak cruel pun..
yang cruel tu mmg acah2 cruel je haha..
byk sgt fantasi filem ni..
Jap..kenapa kat malaysia ni kes buli byk kpd org melayu...byk sgt kes. Kdg2 suka ambik kesempatan kat org baru, cukup la dgn kemalasan tahap dewa, jgn susahkn org pulak.
BalasPadamSbgi senior, kena jadi contoh kpd junior...tp biase la life not fan kalau skema sgt. Kalau org yg pegangan agama kuat x jd mcm ni.
aku ingat lagi dengan senior aku yang berikan aku berus tandas, telur, kena tagged aku adalah HITAM LEGAM dan sebagainya. minta tandatangan senior seramai 90 orang, then kena suruh buat pelbagai aksi ketika meminta tandatangan.
BalasPadamDan sekarang aku tidak tahu, apa kegunaan semua perkara di atas untuk aku aplikasikan dalam hal pekerjaan.
make sure, sebelum masuk U, dari umur 13thn hantar anak masuk academy martial-art, nanti dah masuk u, tahulah nak "ajar" bebudak yang nak buli.
BalasPadamAku dulu pun kena paksa basuh baju tengah malam, panggil gelaran diaorang contohnya Dato dr. professor tengku arif bin Dato deri ...... punya panjang, kalau salah kena pumping, kena buat air teh tarik, cappucino, milo, tak nak panas, tak nak sejuk, tak mahu manis (ada satu kumpulan ahlinya 5 orang).
Tapi diorang tak tahu sapa aku, kat luar, aku jumpa bebudak ni, tapi bukan dalam kumpulan, ada ketikanya diaorang berdua atau sorang je.
Itu jam, memang hari aku, aku tibai balik cukup-cukup. Ini saja pengajarannya kalau tak nak kena buli. TAk PErcaya? boleh cuba.
Sekarang ni aku turunkan petua dan ilmu ni pada anak aku.
Kalau tak, tak payah masuk U.