Halaman

Khamis, 26 April 2018

Harga minyak tidak berubah di musim pilihan raya

Musim pilihan raya memang banyak magik. Mana tak magik, kalau musim ni tiba-tiba menteri suapkan makanan kat warga tua dan orang sakit, tiba-tiba ahli politik datang rumah orang jadi tukang mop lantai, tiba-tiba jalan berturap baru, tiba-tiba penduduk dapat beras. Semuanya tiba-tiba...

Namun magik yang paling hebat adalah tiba-tiba harga minyak kekal selama 6 minggu berturut-turut walaupun harga minyak dunia ada naik turun. Biasa 1 atau 2 sen pun berkira mesti ada kenaikan atau penurunan, kalau kekal pun tak la dalam tempoh yang lama sangat, tapi ni dah 6 minggu kekal terus, untuk semua jenis minyak pulak tu dari RON95, RON97 dan Diesel, membuatkan aku tertanya-tanya...

Gambar hiasan



Sumber MySumber.

Sumber Oil Price.net.

Mana pergi kiraan purata mingguan harga minyak dunia?
Mana pergi sistem apungan berdasarkan harga minyak dunia?
Subsidi minyak tiba-tiba ada balik ke nak tampung harga kenaikan minyak semasa?
Sebenarnya kerajaan boleh control ke tidak harga minyak untuk pasaran Malaysia?
Kalau tiba-tiba boleh control di musim pilihan raya, kenapa waktu lain kena ikut harga minyak dunia?
Kenapa tiada konsistensi dalam pelaksanaan suatu dasar?

Dan tiba-tiba, boleh pulak macam ni...

Sumber Berita Harian.

Masalahnya bukan orang merungut atau politikkan, masalahnya kenapa waktu musim pilihan raya sahaja boleh tangguh kenaikan? Sebelum ni tak pernah pulak tangguh-tangguh. Sebelum pilihan raya sahajakah kenaikan harga minyak boleh tangguh demi kebaikan rakyat? Masa lain takde demi kebaikan rakyat?

Masa musim pilihan raya lah terserlah game orang politik, malangnya rakyat Malaysia sanggup kena game untuk tempoh 5 tahun lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi.

Kalau macam ni buat pilihan raya setiap bulan pun lagi baik sebab rakyat lebih banyak dapat benefit pada musim pilihan raya berbanding selepas pilihan raya.


Lain-lain artikel berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: harga minyak malaysia terkini oil price ron95 ron97 diesel kekal 5 6 mnggu berturut musim pilihan raya pru14

9 ulasan:

  1. Setujuuuuu...mmg pelik dan ajaib dan penuh magik, sayangnya lps ni rakyat tak juga sedar2x walaupun sbl tu banyak keluhan dan kesusahan...

    Ohh.... Bilakah penyelamat sebenar datang merungkai segala kemelut dan kepalsuan ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok..jom ubah kak azimah..kikikiki..pilihan ditangan kita..time niilah rakyat dilayan bagaii raja..kita bersiap sedia berbeza idealogi politik tapi bkn musuh..ada kos yg perlu rakyat tanggung dihari mendatang..plain83 u tak mau komen kerr..sombong gila minah nii noob..berpuluh kali komen tapii xpernah nk siar..grrr..😣😣😥😮😯😉😊😋😎😍😘😗😙😚☺😐😴

      Padam
  2. Prooooootttttttt
    Preerrttttttt
    Pruuttttttttt
    Prottttttt
    Proooooootttttttttt


    Zira roxxxx

    BalasPadam
  3. kan hari tu dah dijelaskan, harganya ditangguh semasa Pru ni, lepas tu barulah naik rm 3.00 seliter,sebab tu PRU hari rabu, malam tu naikle. berapa kali nak cakap.

    BalasPadam
  4. biasa la. nak pancing undi... lepas pilihan raya nanti naik la semua...

    BalasPadam
  5. sedih ayat hang last2 tu hahahaha

    BalasPadam
  6. Artikel ni bagus, dapat banyak info. Terima kasih! :D

    - Ezbiz Online
    - Carta Organisasi Syarikat

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.