Khamis, 20 November 2025

0 Novel Sang Gagalis: Bab 12 - Selepas SPM

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 12 - Selepas SPM


Selepas SPM, Bo rasa dunia seolah terbentang luas di hadapannya. Result SPM pun oklah, cukup untuk membolehkan dia memohon jurusan Sains Komputer di IPTA. Tapi untuk sementara, dia masih terperuk di rumah orang tuanya di Seremban, menunggu panggilan rasmi daripada universiti.

Setiap hari dia lalui dengan rutin santai, bermain game sampai lupa masa, menonton anime, kadang-kadang ambil kerja part-time di hotel terdekat sebagai housekeeping. Duit tambahan tu berguna untuk beli barang, bayar topup, atau reward diri sendiri dengan aiskrim dan burger. Selain itu, Bo ambil peluang untuk belajar dan dapatkan lesen memandu kereta dan motor, satu skill penting sebelum masuk universiti.

Seremban bukanlah tempat yang dia biasa. Masa sekolah rendah, dia tinggal di Lumut, Perak, sebab bapanya pegawai TLDM. Bila masuk asrama Tingkatan 1, ibu bapanya dah pindah ke Seremban. Jadinya, dia tiada childhood friend di sini. Semua kawan yang dia kenal di asrama duduk berjauhan, seperti Ray yang duduk di Jenderam, Selangor, dan Azlan yang duduk di Gombak. Duan? Entah, Bo pun tak dengar lagi nama itu dan tak mahu ambil tahu.

. . .

Disebabkan semangat SBP masih membara, Bo cuba cari kawan baru yang dari SBP lain yang juga tinggal di Seremban. Dia rajin join forum online dan group discord untuk bersembang. Kebetulan, satu hari dia berkenalan dengan seorang gadis iaitu Hannah, dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC), antara sekolah SBP all-girls elit.

Mereka cepat rapat sebab minat muzik yang sama, lagu-lagu Linkin Park, My Chemical Romance, Blink 182, Weezer, Paramore, Avril Lavigne, dan sebagainya. Bagi Bo, sembang dengan Hannah ni macam kembali ke zaman budak-budak dulu, masa dia selalu dengar lagu-lagu tu dalam kereta bapanya. Nostalgia itu buat dia tersenyum sendiri, terasa ringan hati.

. . .

Satu hari, Bo berani ajak Hannah keluar.

“Eh, kau free tak hujung minggu ni? Jom lepak A&W Taman Tasik Seremban,” tanya Bo.

Hannah setuju, “Okay, pukul 2 petang?”

Hari itu, Bo datang naik motor, Hannah pula datang naik Mazda 3. Pandangan pertama bila dia nampak Hannah keluar dari kereta, Bo rasa… ya, cantik dan berkarisma. Kurus, tinggi, solekannya kemas, handbag mahal, phone iPhone. Tak boleh nafikan, Hannah memang anak orang berada.

Mereka makan burger dan fries sambil sembang tak henti-henti. Dari muzik ke filem, anime, game, hingga topik berat seperti ekonomi, isu dunia dan politik. Bo rasa puas sebab jarang jumpa orang sebaya, umur 18 tahun, yang boleh sembang benda-benda serius tapi still fun.

Hannah ketawa bila Bo cuba buat lawak bodoh:
“Eh, kau ni lawak tak lawak, tapi aku ketawa juga,” kata Hannah.

Bo tersipu, “Haha, memang aku power buat orang ketawa… tak kira lawak tak lawak.”

. . .

Habis makan, mereka pergi ke Palm Mall. Hannah tumpangkan Bo naik kereta dia. Di arcade, mereka main game tembak-tembak, berlawan skor, dan ketawa sakan. Lepas tu beli ais krim, lepak di taman permainan dalam mall. Bo rasa seperti masa berhenti sekejap, dunia hanya ada mereka berdua.

Sambil makan aiskrim, Bo beranikan diri bertanya, “Eh, kau plan nak sambung belajar apa nanti?”
Hannah senyum nipis, “Aku nak ambil Medic. Tapi ambil masa juga nak decide universiti mana. Ikutkan hati aku nak pergi sambung belajar kat Ireland.”

Bo angguk. Hatinya rasa sedikit berat. Tapi dia cuba sembunyikan.

“Eh… bagus lah. Aku support kau, Hannah,” kata Bo.

Hannah ketawa ringan, “Thanks, Bo. Kau ni memang sweet lah. Selalu support orang lain.”

Mereka duduk diam sekejap, melihat orang lalu lalang di mall. Bo perasan hati dia berdegup kencang, perasaan yang pelik, seronok tapi sedih.

. . .

Dalam perjalanan balik ke A&W untuk hantar Bo ke motor dia. Bo fikir nak confess, tapi dia rasa terlalu awal. Hatinya berdebar-debar.

“Bo… aku sebenarnya dapat tawaran sambung belajar Medic di UK,” kata Hannah perlahan.

Bo terkejut. Dadanya rasa berat sekejap.

“Oh… itu hebat! Tahniah, Hannah! Kau memang layak,” balas Bo, cuba senyum walaupun hati dia terasa pedih.

“Terima kasih… tapi aku akan lama tinggalkan Malaysia. Mungkin kita jarang jumpa lepas ni,” kata Hannah.

Bo tarik nafas panjang, cuba kawal perasaan. Dia angguk, dan kata:
“Kalau betul-betul nak pergi, aku sokong. Semoga berjaya capai cita-cita kau.”

Hannah tersenyum. “Thanks, Bo. Aku hargai tu. Kau pun jaga diri baik-baik.”

. . .

Bo ikut Hannah ke pintu A&W, dan mereka jalan kaki sekejap di sekitar taman tasik. Angin petang sejuk, pokok-pokok rendang, bunyi burung. Suasana tenang ni buat Bo rasa lega, tapi hati tetap berat.

Hannah tegur:
“Bo, nanti kalau aku pergi UK, jangan lupa keep in touch. Aku nak dengar kau cerita benda best pasal game atau lagu baru.”

Bo tersenyum pahit, “Of course.”

Kemudian Hannah masuk kereta. Bo tengok dia berlalu, tangan masih melambai. Dalam hati, Bo rasa sebak. Baru sekejap je berjumpa, tapi perasaan macam dah lama kenal. Tapi, walaupun Hannah kata mungkin kita akan jarang jumpa selepas ini, tapi Bo tahu, yang ia bukanlah jarang, tetapi tak akan berjumpa lagi.

. . .

Balik rumah, Bo termenung. Air mata mengalir perlahan. Dia ingat curse gagalis, segala pengalaman manis dan pahit bersama crush sepanjang sekolah, dari Azila, Shida, Murni, hingga Diana, ingatkan dah berakhir selepas tamat SPM. Tapi rupa-rupanya, dunia remaja dia masih tinggalkan jejak yang sama.

Bo duduk di meja belajarnya, buka laptop, dengar lagu Linkin Park, memerhati poster anime di dinding. Dia rasa sedih, tapi juga bersyukur. Semua pengalaman ni membentuk dia, mengajar tentang kehilangan, persahabatan, dan menghargai masa muda.

Dia menulis sedikit di buku nota:
“Kadang-kadang kita kena lepaskan orang yang kita suka. Tapi tak bermakna dunia berhenti. Hidup tetap berjalan, dan aku akan terus maju.”

Bo tarik nafas panjang, tersenyum nipis, dan fikir:
“Okay… sekarang masa untuk babak baru. Universiti, kehidupan baru, dunia yang lebih luas menanti.”

. . .

Malam itu, Bo tidur lebih awal. Mimpi dia dipenuhi kenangan sekolah, kawan-kawan SBP, kejohanan silat, pengakap, bola keranjang, dan juga semua crush yang tak kesampaian.

Dia sedar satu perkara, perjalanan hidup ni tak pernah lurus, tapi setiap pengalaman adalah batu loncatan untuk menjadi versi yang lebih matang.

. . .

Tamat semua flashback. Kini Bo kembali ke masa sekarang. Kehidupannya di universiti, kisahnya bersama Aila.


Bersambung... 

(Sambungan novel ini akan diterbitkan pada setiap hari jam 8 malam)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.