Halaman

Sabtu, 31 Ogos 2013

Mengenal sejarah kemerdekaan negara

Pada hari Merdeka ni, aku tahu pasti ramai rakyat Malaysia terutama orang Melayu dengan berpakaian baju melayu dan bersongkok bagi kaum lelaki manakala baju kurung bagi kaum wanita akan berpusu2 ke pawagam untuk menonton filem Tanda Putera yang bakal box-office dengan kutipan yang pasti lebih tinggi daripada filem KL Gangster 2 yang telah terbocor dan tersebar di Internet sebelum ditayangkan di pawagam.


Jumaat, 30 Ogos 2013

Mahu pelihara tapi tidak dipraktik

Kita ni dari luarannya banyak sangat benda yang kita mahu pelihara dan perjuang agar ia dapat dimartabat dan tidak pupus. Seperti contoh kita nak pelihara identiti bangsa melayu, nak pelihara bahasa melayu, nak pelihara tulisan jawi, nak pelihara Islam, nak pelihara Al-Quran, nak pelihara ilmu silat, nak pelihara kesihatan, nak pelihara orang miskin, nak pelihara rakyat, macam2 lagi benda yang kita nak pelihara.

Khamis, 29 Ogos 2013

Guling Mursi juga demokrasi

Memilih Mursi menjadi pemimpin melalui proses pilihanraya adalah sebuah demokrasi, namun menggulingkan Mursi juga adalah sebuah bentuk demokrasi.

Rabu, 28 Ogos 2013

Membezakan troll, sarcasm dan macai

Lately ni amat susah nak membezakan kenyataan atau komen seseorang tu sama ada troll, sarcasm atau betul2 tulus ikhlas dari hati seorang macai. 


Selasa, 27 Ogos 2013

Tema, logo dan lagu Hari Kemerdekaan ke-56

Hari ulangtahun kemerdekaan negara buat kali ke 56 pada hari Sabtu ini sudah semakin hampir. Seperti tahun lepas, aku akan menulis artikel perihal Hari Kemerdekaan ke-56 serta benda2 berkaitan dengannya.


Ahad, 25 Ogos 2013

Siapakah pembunuh sebenar Altantuya Shaariibuu?

Dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis iaitu Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia dengan diletupkan mengguna bom C4, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan. Dengan ini, mengikut keputusan mahkamah kedua2nya tertuduh tidak bersalah, Azilah meninggalkan penjara Kajang, Sirul pula meninggalkan penjara Tapah setelah 7 tahun dipenjara, dan pembunuh sebenar Altantuya terus menjadi misteri selama2nya.


Jumaat, 23 Ogos 2013

Metallica, Linkin Park or some random K-Pop band?

Semalam tamat sudah Konsert Metallica yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama Metallica datang ke Malaysia. 2 hari sebelum tu, Linkin Park datang Malaysia untuk konsert siri jelajah dunianya di Stadium Nasional Bukit Jalil (yang padangnya kena komplen dengan Barcelona). Kali terakhir Linkin Park pernah datang ke Malaysia untuk buat konsert pada tahun 2003 di Stadium Merdeka. Tapi aku perhatikan nampaknya demam Metallica lebih panas daripada demam Linkin Park. Oh ya Sabtu ni ada sebuah band K-Pop iaitu CN Bulu Blue juga akan buat konsert di Stadium Negara, Malaysia. Minggu ini nampaknya adalah minggu untuk hiburan dan konsert2 antarabangsa.


Khamis, 22 Ogos 2013

Bas jatuh gaung di Jalan Genting Highlands

Sebuah bas ekspress ulang alik yang dinaiki 53 orang terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur ketika menuruni Genting Highlands semalam kira2 jam 2.45 petang sehingga menyebabkan trafik menjadi sesak teruk. Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh kira2 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kren, pengusung, tali dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa. Seramai 37 orang (25 lelaki dan 12 perempuan / 32 Cina, 3 India dan 2 Melayu) termasuk pemandu bas disahkan terkorban manakala 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) lima, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.


Rabu, 21 Ogos 2013

Babak ranjang dalam filem melayu suatu pendidikan

“Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin merosot dan situasi ini tidak boleh kita nafikan. Tapi bagi saya dan juga penerbit, kami sukakan cabaran seperti ini dan kami mempunyai keyakinan dan juga kepakaran untuk memastikan filem Laga ini akan diterima ramai,” ujar pengarahnya Ismail Yaa’cob. Maka penyelesaiannya, masukkan adegan ranjang, ghairahdan berkemban, pasti akan diterima dan ditonton ramai.


Musnah impian hapus PTPTN malah dapat pula CCRIS

Pada Januari tahun 2012, di portal Berita Semasa @ Berita Terkini, ada khabar angin mengatakan
PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dalam usaha PTPTN untuk link dengan CCRIS pada tahun ini. Namun pada tahun 2012 dan awal 2013, langsung tiada lagi kedengaran pasal isu ini mungkin kerana tidak mahu ia memberi pengaruh dan kesan terhadap PRU13. Dan kini kira2 4 bulan selepas PRU13, ia nampaknya sudah pun menjadi kenyataan dan menjadi hadiah buat peminjam2 PTPTN.


Selasa, 20 Ogos 2013

Proton antara bangga dan double standard

Kereta Proton terbaru iaitu Proton Suprima S telah dilancarkan 2 hari lepas. Pada pandangan aku, dari segi rekabentuk nak kata cantik sangat tu tak lah, kira bolehlah kerana ia hanya merupakan adik kepada Proton Preve cuma bezanya ia hatchback, itu sahaja. Tiada apa yang baru dengan design, cuma dari segi enjin ia ada Turbo dengan CamPro1.6 CC. Harga yang ditawarkan pula adalah antara RM76,338 (Executive) hingga RM79,988 (Premium).


Isnin, 19 Ogos 2013

Neo-nazi melayu pejuang ketuanan melayu sejati

Artikel ni dah agak lama dalam beberapa bulan lepas dan dah ada dalam draft, so aku publish jelah. Kisah yang tidak ramai yang tahu, gerakan neo-nazi melayu yang memperjuang ketuanan melayu yang telah ditemuramah dan dimuatkan dalam majalah saluran media antarabangsa VICE.


Ahad, 18 Ogos 2013

Isu Mesir: Jangan menghina jika tidak menyokong

Keadaan di Mesir semakin meruncing. Kita yang hidup di Malaysia yang aman damai ni nak happy enjoy lebih2 pun rasa serba tak kena mengenangkan nasib saudara se-Islam kita di Mesir. Bukan di Mesir sahaja malah di Palestin, Syria, etnik Rohingya dan lain2 negara yang negaranya tidak seaman Malaysia. Oleh itu tidak salah sekiranya kita panjatkan syukur kepada Allah kerana dengan izinNya negara kita tidak menghadapi krisis dan pergolakan seperti negara2 lain. Namun dalam masa yang sama, marilah kita panjatkan doa untuk keselamatan saudara kita di sana.


Sabtu, 17 Ogos 2013

Pemimpin paling rendah diri dan berjiwa rakyat

Telah diketahui umum seperti yang dilaporkan di media dan blog2 bahawa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan iaitu YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz telah melantik anaknya Nedim Nazri menjadi Pegawai Khasnya yang turut mempunyai talian pejabat dan emel rasmi kementerian namun seperti yang dilapor di sini dan sini, beliau sendiri yang membayar gaji anaknya, bukan kerajaan.


Jumaat, 16 Ogos 2013

Fantasy Premier League: Liga Buasir Otak 2013/14

Kepada semua pembaca Buasir Otak yang dihargai, anda semua dijemput untuk join Fantasy Premier League: Liga Buasir Otak untuk season 2013/2014 yang akan bermula esok 17 Ogos 2013. Anda boleh join pada bila2 masa yang anda nak sehinggalah tamat musim. Hadiah menarik menanti anda!


Biar tempat lain kotor asal bukan tempat sendiri

"Bang, Twisties tu dah habis ke? Kalau dah habis saya nak buang.", tanya seorang isteri.

"Dah habis dah. Awak nak buang kat mana?", soal suaminya semula sambil memandu kereta Honda City 1.5S nya.

"Buang kat luar ni jelah, taknak la sepah2 dalam kereta. Kereta kita ni baru je basuh semalam.", ujar isterinya sambil mencampak bungkusan Twisties yang sudah kosong keluar melalu tingkap kereta.


Khamis, 15 Ogos 2013

Surau tokong, onani dan macam2 hal lepas raya

I'M BACK! Aku pasti takde orang pun rindu kat aku ye tak? Lepas cuti panjang nih, nak menulis rasa macam malas sangat. Masih dalam mood raya mungkin. So untuk kembalikan mood aku, aku akan compile beberapa isu dan peristiwa yang menarik berlaku lepas2 raya nih.


Rabu, 7 Ogos 2013

Selamat Hari Raya kepada saudara serta saudari

Sempena Hari Raya Aidilfitri tanggal 1 Syawal 1434 Hijriyah, kami di Buasir Otak ingin mengucapkan kepada anda semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.


Selasa, 6 Ogos 2013

Sikap double standard yang makan tahi

Seorang lelaki cina yang dahulunya pernah menggemparkan negara 6 tahun lalu kerana membuat lagu Negarakuku berdasarkan lagu kebangasaan Negaraku serta mengandungi lirik yang mengaitkan kerajaan, orang melayu dan Islam, kini nama dia sekali lagi menjadi panas.


Isnin, 5 Ogos 2013

Budak perempuan kena culik telah dijumpai

Aku tak tahu sejauh mana blog ni boleh membantu, tapi aku harap sedikit sebanyak dapat membantu jugak. Harap semua pembaca dapat tolong sebarkan kepada semua tak kira kat blog, Facebook atau Twitter. Kalau sesiapa yang ternampak budak perempuan yang sangat comel bernama Aisyah ini tolong maklumkan segera kepada polis kerana dia telah diculik. Mengikut maklumat terbaru dari polis, penculik menaiki kereta Perodua Viva Putih no plat BLC 1894 dan suspek berada di sekitar Rawang.


Ahad, 4 Ogos 2013

Keajaiban rekaan dan perdagangan agama

Bulan2 puasa ni ramai pulak kawan2 aku share dan forward kat whatsapp, email dan Facebook artikel pasal super conductor Hajar Aswad seperti berikut: 

Sabtu, 3 Ogos 2013

Pandangan mat saleh terhadap Islam dan Ramadhan

Apakah pandangan orang barat di US terhadap agama Islam? Adakah perasaan prejudis, diskriminasi dan islamophobia / takut kepada agama Islam serta orang muslim masih tebal dalam jiwa mereka?


Jumaat, 2 Ogos 2013

Fake relay dan ketahian remaja zaman sekarang

Serius, budaya ketahian apakah yang cuba dibawa dan dibuktikan oleh budak2 remaja zaman sekarang? Dah lah fesyen pun sangat annoying, sekarang bawa pula budaya tahi yang sesetengahnya lebih najis dari anjing.

Berbangga dengan maksiat...


Khamis, 1 Ogos 2013

Lagi kes penghinaan terhadap Islam

Sekarang kecoh pula isu seorang wanita melayu Islam iaitu Maznah Mohd Yusof atau Chetz Yusof yang berpenampilan seperti lelaki dengan berbaju melayu dan membuat video ucapan hari raya. Takde masalah pun nak ucap selamat hari raya, cuma aku harap janganlah terlalu menyerupai lelaki sangat, kan haram bagi seorang wanita menyerupai lelaki dan mendedahkan aurat. Ok bai...