Halaman

Selasa, 27 Ogos 2013

Tema, logo dan lagu Hari Kemerdekaan ke-56

Hari ulangtahun kemerdekaan negara buat kali ke 56 pada hari Sabtu ini sudah semakin hampir. Seperti tahun lepas, aku akan menulis artikel perihal Hari Kemerdekaan ke-56 serta benda2 berkaitan dengannya.


Tema

Tema Hari Kemerdekaan tahun 2013 ini adalah "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.

Konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini juga akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara, dengan menjadikan insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna sebagai iktibar dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.

Berbanding dengan tema tahun lepas iaitu "1Malaysia. Janji Ditepati" yang banyak menimbulkan kontroversi, tema tahun ni jauh lebih baik kerana dilihat lebih kepada membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan rakyat berbanding tema tahun lepas yang mempunyai motif kepartian. Syabas kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek.  


Logo

Logo untuk Hari Kebangsaan 2013 ini bagi aku jauh mantap berbanding logo Janji Ditepati yang amat sadis tahun lepas. Logo yang direka oleh Noor Hishammudin bin Omar telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo Hari Kemerdekaan ke-56 dan seterusnya dijadikan logo rasmi.

Rasional logo:
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.

Walau logo dah menarik, cuma bagi aku untuk tahun2 akan datang mungkin tidak perlu lagi membuat rekabentuk yang menggambarkan tahun ulangtahun kemerdekaan seperti tahun ke-57, 58, 59 dan seterusnya. Kalau boleh logo tu lebih kepada menggambarkan tema hari kemerdekaan itu sendiri, bukan tahun kemerdekaan. Macam tahun ke-25 atau ke-50 tu takpe tulis nombor sebab ia menggambarkan Jubli Perak dan Jubli Emas.




Lagu

Untuk lagu merdeka tahun ini, yang aku boleh puji cuma liriknya sahaja. Liriknya ditulis sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek. Tak macam lirik lagu merdeka tahun lepas yang sangat merepek dengan ayat2 seperti "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi". Tapi irama lagunya aku agak tak suka, nada dia sama sahaja untuk semua verse, takde part korus atau bridge. Berikut adalah lagu tema Hari Kebangsaan ke-56 serta liriknya:

 

Tanah Tumpahnya Darahku

Mara
Kita halilintar
Tiada gentar
Puncak dunia
Malaysia
Sudah bergema

Kita halilintar
Tiada gentar
Bendera kita terus berkibar

Wira
Meggempur musuh
Biarpun lumpuh
Marak api putera puteri
Kita terus tempur

Bawa semangat
negara beradulat
Malaysiaku kepadamu
Tumpah darahku
Tanah tumpah darahku

Mara
Bawa semangat
negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu
Tumpah darahku
Tanah tumpahnya darahku
Tanah tumpahnya darahku
Tanah tumpahnya darahku
Tanah tumpahnya darahku
Tanah tumpahnya darahku
Tanah tumpahnya darahku.

Lagu: Joe Farizal & Aye
Lirik: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Penyanyi: Ahmad Zakaria

Cuma aku lagu yang telah diupload tu macam format audio berkualiti rendah, ada bunyi pecah2 dan noise. Salah seorang pencipta lagu ini adalah Joe Farizal, seorang Radio Director di KL Pop Radio dan CEO di Concerto Records. Mungkinkah lagu yang telah diupload di laman2 web kerajaan merupakan lagu yang belum final, seperti yang ditulis oleh penciptanya di Facebooknya?



Hal2 lain

Tak macam tahun lepas, tahun ini tiada apa yang panas atau kontoversi mengenai Hari Kemerdekaan, sebab tiada apa yang boleh menimbulkan ketidakpuashatian atau kelawakan pada tema, logo dan lagunya. Macam inilah yang kita mahukan, hari kemerdekaan adalah untuk semua rakyat Malaysia bukan untuk parti tertentu. Nampaknya setakat ini portfolio DS Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia lebih bagus daripada menteri yang lepas iaitu Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Dan untuk tahun ini juga, lagu Negaraku akan dikumandangkan di seluruh panggung wayang sebelum tayangan dimulakan antara 28 Ogos hingga 3 September, sebagai sebahagian daripada promo Hari Kemerdekaan ke-56 negara ini. Turut ditayangkan dua promo berjudul Pesanan Terakhir (1 minit 30 saat) dan Tanah Tumpahnya Darah (3 minit). Ia juga bakal dimainkan di semua stesen televisyen Malaysia


Bagi aku ini adalah tindakan yang amat bernas kerana boleh kata sebilangan besar rakyat Malaysia yang selepas tamat sekolah menengah, ada yang langsung tak pernah dah menyanyikan lagu kebangsaan malah mungkin ada yang dah lupa pun liriknya, so at least dengan langkah ini dapatlah menyemai sedikit sebanyak rasa patriotik terhadap rakyat Malaysia terutama orang yang pergi tengok wayang. So sebelum tengok filem2 melayu yang ada adegan separa lucah tu bolehlah tanamkan dulu rasa cinta kepada negara. Tapi kalau tengok filem Tanda Putera, pakai pulak baju Melayu dan songkok tinggi sambil nyanyikan lagu Negaraku kat dalam panggung wayang, baru la lengkap pakej patriotik.

Btw harap sambutan hari merdeka tahun ni takde bermotifkan politik, takde sorang pun bawa bendera UMNO, BN, PAS, PKR, DAP serta buat ritual2 membontoti atau pijak gambar mana2 pemimpin. Tak lupa juga jangan ada anak2 muda baghal baru nak up yang dok kibar bendera Sang Saka Malaya. Bendera rasmi kita adalah bendera Jalur Gemilang, suka tak suka, itulah bendera negara kita. Kalau nak kibar bendera lain, tunggu negara kita tukar bendera dulu atau pergi jadi warganegara Indonesia, Singapura, Monaco atau Poland yang bendera negaranya lebih kurang macam tu.





tags: hari kemerdekaan kebangsaan merdeka tahun 2013 ke-56 31 ogos 1957 sambutan tema logo lagu malaysiaku berdaulat tanah tumpahnya darahku rasional maksud jubli perak emas hari malaysia ke-50 donwload streaming lagu song lirik irama isu joe farizal plagiat maling saykoji rapper hip hop indonesia lagu tahukah kau shabery cheek lagu negaraku berkumandang di panggung wayang pawagam sebelum tayangan berdiri jangan sampai tak perlu letak polis pantau bendera jalur gemilang sang saka malaya

20 ulasan:

  1. sama2lah kita kibarkan bendera JALUR GEMILANG tanpa mengira ideologi politik.....aumm...

    BalasPadam
  2. mesti best nyanyi lagu negaraku ramai2 dalam cinema.. rasa nk nangis plak..

    BalasPadam
  3. gud job! rasanya ni review paling complete berkaitan sambutan bulan kemerdekaan negara. pegi satu site, dapat semua maklumat termasuk review logo2 lama.salam kenal dari CM:)

    BalasPadam
  4. Ramai tak bersemangat je kena banyak jalankan program2 patriotik

    BalasPadam
  5. noob sayang...love is cinta...

    http://www.youtube.com/watch?v=cgBPRbbcC5c

    BalasPadam
  6. kt dlm panggung nnti boleh nampak la org cinabeng ni duduk melepak saja masa lagu negaraku dimainkan...diorg bkn ada pun smgt cintakan negara.sbb tu ramai cinabeng ni migrate pi australia

    BalasPadam
    Balasan
    1. cinabeng cuma memikirkan kekayaan saja...pergi mati patriotisma....bukan negara dorang pun.....

      Padam
  7. Selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yg ke-56 noob, esok baru aku akan start pasang bendera kat rumah :D

    btw, good entry, thumbs up ^^

    BalasPadam
  8. bila buka buasir otak pesal tetiba noob up entri merdeka nih? tenguk jam baru perasan 27hb ogos.

    btw selamat hari kemerdekaan persekutuan tanah melayu ke-56 dan kemerdekaan sabah ke-50.

    #merdeka 100%!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sarawak?? jangan lupa juga ke"merdeka"an singapore.....suatu yg perlu kita jadikan iktibar.....

      Padam
  9. blom dgr lagi lagu merdeka yg baru ni... -_-

    BalasPadam
  10. Tahniah Noob. Artikel paling bernas sesuai untuk diketengahkan di akhbar2 tempatan... Selamat hari merdeka ke 56 dan hari Malaysia ke 50!

    BalasPadam
  11. sori PON... perenggan terakhir tu... tersalah perkataan atau aku yg tak berapa nak paham..?? "Btw harap sambutan tahun baru tahun ni......."

    mmg kau harap sambutan tahun baru akan dtg...?? atau sambutan hari merdeka tahun ni...??

    bukan nak menghentam... cuma inginkan kepastian....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq for the correction, aku pun tak perasan aku silap tulis. kepala weng dah

      Padam
    2. ni mesti kes x sabar nak rempit sempena tahun baru...rilek la, merdeka pun boleh rempit..

      Padam
  12. tak nampak pulak parti politik perang, bergaduh port tiang, perang mulut duk pasang bendera Gemilang macam PRU hari tu. Sedih


    Entri Baru Je Update : Buat Sendiri Oreo Milkshake Crunchy

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.