Halaman

Selasa, 18 November 2014

Pengakuan suami yang curang berzina dengan janda

PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga. Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...


Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak-anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan, memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... Saya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.
Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.

Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...

* * * * * * * * * *

Pengakuan ini ditulis di akhbar Sinar Harian dan menjadi viral sehingga Wardina Safiyyah sendiri membacanya dan post di Facebooknya.

1. Tak dinafikan lelaki itu memang fitrahnya keperluan batin mereka tinggi atau terus terangnya, sukakan kepuasan dalam hubungan seksual. Mereka melihat cinta itu dari sudut hubungan badan.

2. Bagi perempuan pula, mereka perlukan cinta dan kasih sayang, dan cinta dan kasih sayang ini tidak semestinya dengan seks semata2. Definisi cinta bagi wanita skopnya terlalu luas.

3. Men want sex, and women need love. Sebab itu wanita sukar untuk faham lelaki, dan lelaki sukar untuk faham wanita. Sebab itu kalau masing2 dah faham, sebenarnya nak jaga dan gembirakan suami dan isteri tidaklah sesukar mana.


4. Bagi lelaki normal, kepuasan seks bersama isteri itu menjadi keutamaan yang teratas, kemudian barulah pandai memasak, rajin mengemas, jaga anak dan sebagainya. Berbeza dengan wanita, kebiasaanya mereka meletakkan keperluan batin suami itu selepas jaga makan minum, buat kerja rumah, basuh baju, jaga anak dan sebagainya.

5. Namun kepada para suami, walau kecewa mana pun anda dengan isteri anda di ranjang, ia bukan alasan untuk anda mencari pelacur atau berzina dengan perempuan lain semata2 untuk memuaskan nafsu anda. Itu bangsat nama dia. Kalau isteri anda yang berzina dan ditiduri lelaki lain, rasa2 anda masih boleh terima isteri anda? Asal kecewa dengan isteri, pergi berzina dengan orang lain. Kecewa dengan ibu bapa, lari pergi rumah pakwe. Kecewa dengan Tuhan, terus murtad? Kecewa bukan alasan untuk membolehkan seseorang berbuat dosa.

6. Kalau ikut hukum Tuhan, suami dia sepatutnya dah boleh kena rejam dengan batu sampai mati sebab berzina dengan janda. Rasa kesian pada dia? Aku lebih kesiankan isteri dan anak2nya yang kepercayaan dan kesetiaan mereka dikhianati oleh suami dan bapa mereka. Kalau aku jadi isteri dia, aku takkan maafkan dah suami bangsat macam tu.


7. Kahwin dah sampai 5 10 tahun, anak dah 2 3 orang, tapi takkan bab2 kamar tidur tak boleh nak berbincang suami isteri sampai kena melempiaskan nafsu di luar? Dalam hubungan rumahtangga, komunikasi sangat penting, pasangan suami isteri perlu berkongsi jiwa dan raga, jika tidak macam mana rumahtangga nak berjaya?

8. Tak dinafikan kebiasaannya wanita lepas kahwin, lebih2 lagi selepas beranak ramai, fizikal dan bentuk badan mereka banyak berubah dan tidak secantik dan semantap dulu. Tapi dia beranak bagi zuriat pun bukan untuk siapa, tapi untuk suami dia juga.

9. Kalau nak isteri jaga muka, kulit, tubuh badan macam artis sehingga ke bahagian sulit, suami kena la bagi duit belikan jamu, hantar diorang pergi spa, pusat kecantikan, gym dan sebagainya, dan dalam masa yang sama kena la berkorban masa dan tenaga tolong isteri jaga anak, hantar anak ke sekolah, kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju, lipat kain, tolong memasak dan sebagainya.


10. Ini semua benda isteri kena buat, bila masanya diorang nak ada masa nak jaga badan dan penampilan diri? Ingat isteri tu robot ke? Kalau nak isteri jaga badan dan jaga keperluan batin suami semata2, sila dapatkan orang gaji untuk uruskan kerja2 rumah.

11. Dan perkara penting dalam perkahwinan adalah terima pasangan seadanya. Manusia itu berubah dari segala sudut, perasaan, emosi, minat dan lebih2 lagi bentuk fizikal. Seiring dengan usia, pasti kedut di wajah mula kelihatan, rambut mula beruban, kaki mula bercagu, perut mula boroi, zakar sudah mati pucuk, faraj sudah tidak ketat, payudara sudah melondeh, bontot sudah menggelebeh. Tiada manusia yang kekal sama selama2nya. 

12. Tapi bila rambut isteri bau bawang, ketiak berbulu, muka putih tangan hitam, kalau suami tak suka, kata kuncinya adalah BERTERUS-TERANG, bagitau jelah apa yang suami tak suka pada isteri, suruh isteri syampu rambut, cukur bulu ketiak dan sebagainya. Isteri pula jangan sentap bila suami tegur macam tu, lebih baik suami berterus terang dari dia pendam dalam hati.


13. Yang suami pula janganlah rasa diri tu sempurna sangat asal yang buruk je mesti isteri. Kau tu pun bukannya perfect mana pun, kepala botak, badan berbau hamis, bau mulut hanyir, tangan berpeluh, misai tak terurus, sideburn bersepah, gigi berkarat, muka berjeragat, kentut busuk, tidur berdengkur dan bermacam2 lagi kelemahan.

14. Kalau isteri boleh terima kau seadanya, hargailah dia juga dan terimalah dia seadanya juga. Tapi bila isteri tegur dan cakap terus terang pasal kelemahan suami, si suami janganlah sentap pulak. Pakai jelah perfume, pergi gosok gigi, cukur misai, buat rawatan gigi dan sebagainya. Bila isteri gembira, suami pun gembira.

15. Dalam hubungan perkahwinan, nak mengecapi kebahagiaan senang je, pertama sekali kena lepasi fasa percintaan iaitu mengenali hati budi, cari keserasian dan penerimaan pasangan. Kalau semua tu dah lepas, seterusnya tidak boleh tinggal satu pun dari elemen berikut iaitu perasaan cinta dan kasih sayang, ketaatan, kesetiaan, kejujuran, memahami dan bertanggungjawab, baru boleh bahagia. Abaikan satu elemen, maka rumahtangga anda sukar untuk bahagia.


16. Suami dan isteri seharusnya bukan sekadar HOUSEMATE dan ROOMMATE, tapi juga SOULMATE.




tags: pengakuan suami curang zina janda main romen jimak setubuh tak puas di ranjang kamar tidur penampilan diri tempat sulit faraj vagina zakar minta terus terang surat jadi penyebab spouse pasangan perkahwinan kahwin cerai roommate housemate soulmate karma marriage divorce cheat cheating netorare

33 ulasan:

  1. Hebat dugaan selepas berkahwin,namun bila sudah bersedia untuk berkahwin,maka keikhlasan perlu ada dan sbg suami isteri tidak perlu wujud apa apa rahsia kerana pasangan kita adalah sebahagian dari hidup kita.kebahagiaan itu perlu di cari InshaAllah kebahagiaan itu akan datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya telah beristeri. Tapi dah tak stim tgk isteri sendiri. Tapi stim plak tgk isteri orang..

      Padam
    2. Sebab kau suka melebarkan pandangan merata-rata... isteri kau sendiri kau pandang sebelah mata. Apa kau tak malu dengan Tuhan? Pandang bini org dapat dosa melambak2. Pandang bini ko sendiri pahala melimpah ruah. Apa kau tak malukah dengan Tuhan?

      SK

      Padam
    3. itu pandangan syaitan namanya!!

      Padam
    4. menangis saya bacani..kelu..ini yg saya bmbg..kerana sya seperti wanita ini..msa muda jadi rebutan.bila ank rmai..bnyk fokus pda urusan rmhtgga..mjga pnmpiln sekadar mmpu sbb saya xde wang nk berlbhan cantik..dalaman jga sdikit mjga ktika dlm pntg.suami xperbh blikn ape2 utuk saya klhtn cntik jdi bgaimana..saya bmbg..sya mslimh yg sgt mjga aurt..tp suami suka yg seksi2..

      Padam
  2. laki tu x mampu bgtau bini dia dah tak cantik tapi mampu berzina ngan janda.pastu semua dah terjadi baru nak bgtau bini ko busuk, buruk bagai, masa awal2 apesal ko x bagitau? tak sanggup? tapi sanggup buat hubungan sulit ngan pompuan lain, x kesahla janda ke apa. tapi lahir jugak adik2 adan ..ehh time tu sanggup plak tidur ngan bini (maybe time tu mah tengah wangi). kaulah yang pengecut sebenarnya. tak tau nak betulkan apa yang ko rasa dah x kena tapi ko lepaskan kpd benda yg lebih teruk. kalau laki wat salah, ada je ayat 'mah janji jangan tinggalkan abg'. kalau masih hubungan perasaan boleh lagi maafkan, kalau laki tu kawin lagi pun sekurang-kurangnya tak dosa cuma x bgtau isteri. ni tahap berzina dah..apa ke bangang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alasan je semua tu, kenapa sekarang nak bagitau bini busuk bagai! apakah selepas 6 tahun "bersama janda" tu, Baru nak Sedar! ataupun sebenarnya janda tu dah jumpa "gading bertuah, tanduk tak berguna lagi"
      Aku pun ada pengalaman, tapi tak sampai tahap berzina. Ini semua alasan, tak suka bagitau awal-awal gentleman, masa ko ngorat bini dulu, gentleman, sekarang takut kenapa?

      Padam
    2. Jantan jalang! Tak cukup iman mmg padan drngan janda, jgn jd orang islam la.

      Padam
  3. komunikasi itu penting

    BalasPadam
  4. artikel ni agak menarik....Maybe sesetengah manusia agak hipokrit menyatakan bahawa cinta bukan berkaitan dengan hubungan intim antara suami & isteri. Hakikatnya hubungan intim antara suami & isteri itu merupakan keperluan asas untuk si suami & isteri sama ada sedar atau tidak sedar. Walau bagaimanapun, maybe kedua-dua suami isteri juga perlu terbuka dalam hal rumah tangga mereka..Berani untuk menyuarakan rasa & pendapat untuk memperbaiki hubungan sesama suami isteri. Mohon share entri ini :)

    BalasPadam
  5. tidak dinafikan ada jenis manusia macam ini, itu sebab nabi kawin lebih dari satu...konon nak ikut sunnah...jenis manusia macam nih perlu difahami...yang bini pulak dah tau laki macam tu kasi aje laaa dia kawin lagi satu...and then bukan semua lelaki yang boleh hidup tanpa seks...semua termasuk aku tak boleh hidup tanpa seks, nabi Adam duduk diam sorang-sorang dalam sorga itu yang Tuhan bagi dia couple tuh...benda nih normal...biasa...bukan luar biasa pun...ramai orang kawin untuk sambung zuriat, ada juga kawin sebab nafsu kuda dia tak boleh di kekang...dan ada juga yang biasa berhubungan luar nikah tapi akhirnya Tuhan bagi sedar tetiba termengandung pulak...anggaplah ini semua pelajaran hidup.

    BalasPadam
  6. aku suka bila baca entry noob psl isu2 perkahwinan... rasa best je, nmpk mcm noob ni dh sgt berpengalaman psl bab2 rumahtangga ni.. ke noob sebenarnya dh kawin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life19 November 2014 pada 6:44 PG

      Noob antertu.

      Padam
    2. noob mmg dh kawen.. dia kawen dgn tgn kiri dia

      Padam
  7. Kahwin satu lagi kan lebih baik... tak la nk berzina dengan janda pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tau janda, kahwin je la terus takdela zina....

      Padam
  8. kalau laki aq mcm ni dah lama aq tanam idup2

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku teringat satu citer dalam ABC's of Death, minah ni pi bunuh anak dan bini mamat nih...memula nampak macam home invasion normal aje...tetiba minah ni cakap dengan laki pompuan yang dia bunuh tuh..."bagi aku cakap dengan laki aku"...rupa-rupanya mamat tu ada affair dengan laki dia...perverted twist betul! kau patut pi tanam pompuan yang ada affair dengan laki kau baru betul...biar dia rasa!

      Padam
    2. Eloklah laki ko tak camtu.. kalo tak, dok penjara la ko skrg ni.. phuiii.. igt zaman habil qabil ke nak men tanam hidup2...

      Padam
  9. Cerita dlm paper mcm cerita dlm novel je aku tgk. Nk baca boleh percaya jangan ...

    Dari pd duk bergelumang dgn maksiat apa kata ko kawin je dgn janda tu. Asik dok kondem bini je xcantik apasal ko xkawin dgn artis je? Bak kata noob yg laki perut boroi, kentut busuk, tidur bedengkur, muka serabai xpyh nk pertikai bini...

    Manusia kalu hidup xda agama mcm ni la jd nya ..



    BalasPadam
  10. ulasan noob mantap..boleh jadi panduan dan tamparan bior semua rang sedor..

    BalasPadam
  11. pak chu cheng ka ada...

    BalasPadam
  12. Kawin jer la.. Nabi dulu pun bukan kaya raya pun, hdup pn serba kurang, jauh beza terus ngan kite tp boleh jer kawin ramai. Dan bukan dua atau tiga.

    BalasPadam
  13. aaahhh, cinta manusia always tentang rupa, budi pekerti dan duit, cinta yg sebenar hanyalah pada tuhan, so sesiapa yg dah kahwin mesti ingatkan diri sendiri dan pasangan tentang cinta, kalau isteri atau suami tak sesegak waktu bercinta, ingatkan mereka. macam aku buat kat isteri aku, dia boleh terima dan sanggup berubah demi rumah tangga termasuk aku huhu

    BalasPadam
  14. Kawin ni sebagai satu ibadat n tanggungjawab yg besar..kalau anggap kawin sbgi pemuas nafsu semata2, smpi bila xkan bahagia.....sbb 2 manusia dijadikan lelaki n perempuan yg berbeza2 sifat dalaman n luaran, supaya kita belajar saling memahami n melengkapi.

    Perasan x, kebanyakan setiap pasangan yg berkahwin mempunyai sifat2 berlawan yg agak banyak, suami pemarah isteri pendiam, suami boros dan isteri jimat, dan lain2? tp kita beranggapan pasangan kita ada banyak persamaan? Byk perbezaan dr persamaan, cuma mcmana kita balancekan balik sifat kita utk mendapat kesefahaman yg sama. Bukan tugas mudah sebenarnya, lg2 nak kekalkan smpi akhir hayat. Tp itulah kehidupan, ujian kepada manusia supaya menentukan kita ni diuji menjadi lebih baik atau teruk.

    BalasPadam
  15. Dah berzina..banyak pulak alasan nak taruk salah kat bini. Dah tau bini tu sibuk jaga makan minum keluarga, jg anak2 lagi..dok salahkan bini sebab tak berhias. Lau dia tak guna duit yg kita bg utj hias diri dia..kita la bawak dia gi salon dan beli pakaian serta mekap sume tu. Bini aku time prgnnt dan lepas lahirkan anak pun memang kusut. Tp pikir la kesusahan dan kesakitan dia. Pengorbanan dia besar. Bawak la dia pergi spa ke..salon ke bagi kemas dan cantik macam yg ko nak. Takde pulak aku terpikir nak pi zina dengan pmpn lain. Bodoh la. Dah buat salah..bnyk pulak alasan. Kat atas sana nnt Allah mne trima alasan bodoh mcm tu der.

    BalasPadam
  16. Setuju dgn nombor 9. Kalau nak isteri cantik wangi, hantarlah isteri tu gi spa. Takpun tegur direct2. Sedih je story ni. Hurm..

    BalasPadam
  17. 'kenapa janda? kenapa bukan anak dara?'
    Ada beza ke kalau anak dara? Kalau anak dara si isteri tu boleh maafkan ke?

    But yet masyarakat kita luas. mcam2 kerenah ada..
    apa2pun Noob punya ulasan mmg terbaik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dia nikah dulu dgn janda tu tak berzina, isteri yg soleh akan maafkan....

      Padam
  18. Ganja sebalut setel problem.

    BalasPadam
  19. Hubungan intim kalau best...lain semua best...oucchh

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.