Halaman

Isnin, 23 Mei 2016

Pencipta Kandungan VS Lintah Maya: Suatu kesedaran

Sejak akhir-akhir ini kemunculan page Facebook yang menyedut kandungan dari tempat lain untuk menaikkan Rating dan Likers page mereka semakin menjadi-jadi dalam arena Internet tanah air. Malah amalan tidak beretika menyedut kandungan yang dihasilkan oleh orang lain seperti penulisan status, artikel, video, illustrasi, gambar, imej dan sebagainya lalu diupload semua di page atau akaun FB, Instagram, Twitter, Youtube dan sebagainya tanpa memberikan kredit dan menyertakan pautan sumber asal kandungan semakin membarah.

Tidak timbul sekelumit rasa bersalah pun dalam diri mereka merompak kandungan yang dihasilkan oleh orang lain demi keuntungan sendiri. Tidak timbul sekelumit rasa malu pun apabila mereka membuang nama atau watermark pencipta asal lalu digantikan dengan nama mereka sendiri. Kami namakan page dan admin-admin page sebegini sebagai LINTAH MAYA.

Pelukis: cEro @ cErolian.


Dalam menjadi seorang netizen dan pengamal media sosial yang berhemah lagi berintelektual tinggi, adalah penting untuk anda tahu etika kepenggunaan media sosial ini.

Jika anda melihat suatu kandungan di media sosial seperti contoh di Facebook, adalah penting untuk anda Share terus dari sumber yang asal dengan menekan button Share jika anda mahu kongsikan di Facebook juga. Adalah sangat tidak beretika jika anda copy paste atau save dan reupload semua kandungan tersebut di Facebook anda sedangkan Share button itu wujud bukan untuk anda tengok sahaja.

Jika anda mahu kongsikan kandungan tersebut di medium atau platform yang berbeza dari kandungan asal, seperti contoh anda mahu kongsikan penulisan seseorang dari Facebook dan kongsikan di Blog atau akaun Instagram anda, tidak cukup dengan hanya memberi kredit dengan menyatakan nama pencipta asal sebaliknya penting untuk anda meletakkan link penuh dari mana sumber itu diambil.

Dan jika anda terjumpa kandungan yang menarik yang anda mahu kongsikan dari page lintah maya yang diambil dari tempat lain, adalah penting untuk anda mencari pencipta dan sumber asal kandungan tersebut dan kongsikan dari page pencipta asal untuk memberi sokongan dan penghargaan kepada mereka. 

Berikut adalah 6 faktor mengapa gejala Lintah Maya ini harus dibasmi dan dibanteras:

1. Usaha

Pencipta kandungan (Content creator) atau pembekal kandungan (Content Provider) lebih banyak berusaha malah mereka mengerah otak memikirkan idea serta menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk menghasilkan suatu kandungan.

Sedangkan lintah maya pula hanya perlu mencari kandungan yang dihasilkan oleh orang lain di merata-rata tempat di Internet kemudian copy paste atau save dan reupload di page mereka, dan page lintah maya ini yang lebih mendapat sambutan berbanding page pencipta kandungan yang bersusah payah mencipta kandungan.

Pelukis: Nuruddin @ Nuruddin's Comics.

2. Capaian

Capaian atau Reach menunjukkan berapa ramai orang yang telah melihat atau dipaparkan kandungan itu kepada mereka. Dalam Facebook, segala bentuk interaksi atau engagement seperti Like, Share dan Comments akan menyumbang kepada peningkatan Reach, dan Reach ini penting dalam pemasaran dan mempromosikan page kita.

Dengan kita Like, Share dan bagi komen kepada post asal dari pencipta kandungan, secara tidak langsung kita telah membantu untuk meningkatkan Reach dan Engagement mereka, manakala Like, Share dan komen dari page lintah maya hanya akan menyumbangkan reach kepada pencuri ini sahaja manakala pencipta kandungan tidak akan mendapat apa-apa.

* Reach dan engagement Like, Share dan Views jauh lebih banyak di post lintah maya berbanding post dari sumber asal.

3. Kemaskini maklumat

Adalah penting untuk kita Share sesuatu kandungan itu dari post asal oleh pencipta kandungan itu sendiri, malah jika kita salin kandungan tersebut dan postkan di medium yang lain seperti Blog, Instagram dan sebagainya, kita seharusnya bukan sekadar memberi kredit dengan hanya meletakkan nama atau akaun media sosial penulis, sebaliknya meletakkan link atau pautan penuh di mana kandungan itu diambil.

Ini kerana kandungan itu mungkin pencipta asalnya akan membuat perubahan, mengemaskini, mengedit, membuat update, menambah isi atau memperbetulkan kandungan mereka itu. Jika anda Share dari lintah maya atau copy paste kandungan tersebut dengan tidak meletakkan pautan sumber asal, maka orang ramai tidak akan mendapat kandungan yang telah dikemaskini itu. Ini kerana lintah maya hanya pandai copy paste sahaja, tapi mereka tak pandai nak update pun sebab ia bukan dihasilkan oleh mereka pun.

Malah maklumat tambahan yang mahu disampaikan oleh pemilik kandungan seringkali tidak kesampaian apabila lintah ini memadam posting asal dan mereka ayat mereka sendiri.


* Bukan sahaja muka depan dibuang, malah versi terkini yang telah dikemaskini dan diperbetulkan yang sepatutnya mengandungi 33 mukasurat masih kekal 30 mukasurat di page lintah maya. Lebih malang apabila orang lebih ramai kongsikan post yang tidak lengkap dan yang masih belum diperbetulkan itu dari page lintah maya.

4. Kualiti

Kandungan yang dihasilkan oleh pencipta asal kandungan biasanya adalah kandungan yang paling berkualiti terutama kandungan dalam bentuk video dan gambar. Dengan kita Share dan memberi pautan kepada sumber asal kandungan, orang lain akan dapat menikmati kandungan tersebut dengan kualiti yang terbaik.

Namun jika kandungan seperti video dan imej tersebut telah direupload berulang kali oleh lintah-lintah maya ini, maka kualiti kandungan asalnya akan menurun. Kandungan yang sepatutnya High Quality akan menjadi Low Quality. Tindakan lintah maya ini bukan sahaja merosakkan hasil karya orang lain malah memberi nama buruk pada pencipta kandungan asal.

* Gambar atau video yang telah direupload berulang kali bukan sahaja menjejaskan mutu dan kualiti gambar dan video asal, malah bila ditokok tambah dengan watermark orang lain menjadikan ia bertambah buruk.

5. Keuntungan 

Pencipta kandungan menghasilkan kandungan mereka biasanya untuk mempromosi dan menaikkan page atau jenama mereka sendiri atas pelbagai motif dan tujuan. Ada yang berusaha menaikkan page mereka kerana mahu dikenali, ada yang mahu bina reputasi, menjual produk, portfolio untuk mendapatkan kerja atau projek dan juga sebagainya.

Apabila anda Share kandungan dari lintah maya, anda sebenarnya telah memberi promosi percuma dan keuntungan atas angin kepada page lintah maya ini. Apabila page mereka semakin popular dan mempunyai ramai pengikut hasil usaha dan penat lelah orang lain, mereka akan mengaut keuntungan pula dengan membuat pengiklanan. Dengan Share dari page lintah maya, anda sebenarnya telah memberi keuntungan kepada pencuri dan membunuh orang yang bersusah payah mencipta kandungan.

Pelukis: Pyromania.

6. Tanggungjawab

Setiap kandungan baik artikel dalam bentuk tulisan, video, gambar, mahupun status Facebook sekalipun, sama ada baik atau buruk kandungan itu, ia adalah tanggungjawab penciptanya sendiri. Pencipta kandungan bertanggungjawab atas setiap kandungan yang diciptakannya.

Maka jika kandungan ini dicuri oleh lintah maya, malah lebih teruk jika lintah maya ini tidak menyertakan siapakah pencipta asal dan pautan asal dari mana kandungan itu diambil, tiada orang yang akan bertanggunjawab atas kandungan itu. Para lintah ini sendiri sudah tentu tidak akan bertanggungjawab atas kandungan yang mereka curi itu.

Oleh itu jika ada apa-apa kerosakan yang berlaku disebabkan kandungan tersebut, para lintah ini akan lepas tangan begitu sahaja, tetapi jika ia membawa kepada kebaikan dan keuntungan, lintah ini akan klaim dan membolot keuntungan seorang diri.

Pelukis: Budoxe Lee.

Kesimpulannya, aku menyeru kepada anda semua agar jadilah netizen dan pengguna media sosial yang bijak, beretika, berilmiah, berintelektual, menghargai usaha orang lain, tidak membantu perompak maya dan tidak bodoh. Hentikan sokongan anda kepada page lintah dan page kanser masyarakat. Berilah sokongan anda kepada pencipta kandungan asal. Tanpa mereka, page lintah yang anda Like tu takkan ada apa-apa kandungan yang menarik pun.

Ingatlah, kebodohan anda makanan mereka. Kejahilan anda keuntungan mereka. Dan jika anda seorang pencipta kandungan dan juga seorang yang bertanggungjawab yang tahu menghargai para pencipta kandungan, tunjukkan sokongan anda dengan kongsikan artikel ini untuk meluaskan kesedaran tentang isu ini di kalangan masyarakat dan netizen Malaysia.

Baca lagi artikel berkaitan di sini:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kenapa perlu kongsi share dari sumber asal media sosial facebook fb button blog twitter instagram blogger youtube gambar video lintah maya rompak curi kandungan pencipta penghasil usaha kayya 

11 ulasan:

  1. Nak buat camna, teknologi kan ado..idea datang siap perfect.. guna je la..

    Org jual agama x bagi kredit kat Tuhan pun. Hamno suruh ko bersyukur, senang2 jo ko bersyukur. Xder kredit pada tuhan pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab-bab agama jangan main-main anon. Orang jual agama ke amno ke aku dalam isu ni aku tak peduli.

      Tapi kata-kata Tuhan yang ada dalam Al-Quran pun, kalau kau petik kau kena nyatakan surah mana ayat mana, even hadis Nabi pun kau kena nyatakan sumber dia supaya orang tidak berdusta dengan nama Allah dan Nabi.

      Point-point lain aku dah tulis kat atas tu. Dan aku tak mintak kau jadi cerdik, aku cuma harap kau faham je.

      Padam
  2. Byk antara reader x rasa perasaan dduk di tempat noob...konsep stealing idea n copy paste ni mcm dah hampir sebati dgn rakyat malaysia sbb diaorg x rasa diancam dgn tindakan saman n mahkamah kalau mereka berbuat demikian.

    Budaya tamak n pentingkan diri sendiri antara penyakit utama dlm masyarakat...cuma yg kesian xde prosedur atau medium yg boleh membantu pihak dianiaya...kesian noob

    BalasPadam
  3. salah satu page lintah. oh media xpnah nak bg kredit pd sumber asal. save picture pastu uplod balik. liker 2juta pun buat perangai mcm ni lg. macam cibai.

    BalasPadam
  4. Apa yang lagi sedih, sesetengah lintah maya ni bukan saje tak bagi kredit sebetulnya, malah tanpa segan silu claim karya tu dia punya. Pastu bila kena sound, dia play victim kononnya content provider ni nak malukan dia. Shieeet sungguh!

    BalasPadam
  5. point2 tu semua betul dah, tapi masalahnya adult malaysian ni memang tak dididik dari awal kesedaran benda macam ni..so kejap jela sedor..lepas tu buat balik..gila femes kan..

    kesian content provider..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau report skmm rasa2 diorang amik tindakan tak?aku pernah baca seorang twitter saman sorang pengguna twitter pasal copy paste dia punya tweet atas alasan tweet dia tu "sumber pendapatan + buah fikiran sastera dia"..tapi ni orang putih la..

      Padam
  6. Kesedaran hak ciplak di Malaysia masih sangat rendah. Banyak peniaga kecil guna logo atw icon famouse dari company besar untuk raih keuntungan...biasa nampak org yg jual baju.

    BalasPadam
  7. Kalau tak silap saya artikel tuan mungkin tersenarai dalam artikel yang kena curi. Pencurinya dan juga mangsa lain ada dalam artikel ini:
    1. http://j.mp/Copy_Smart_ka
    2. http://j.mp/Blogger_Dewa

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.