Sekarang ini ramai orang mahu jadi pelukis.
Sekarang ini ramai orang mahu jadi pencipta.
Ya, ramai orang mahu jadi penghasil karya, satu kerana mahu menyampaikan sesuatu kepada orang lain, satu lagi semata-mata kerana mahu popular.
Dengan pelbagai platform di Internet untuk menghasilkan karya seperti Wattpad, ramai orang boleh menulis cerita dan novel sendiri untuk dibaca oleh orang ramai, malah novel yang popular di Internet ini pula berkemungkinan besar dapat disunting oleh syarikat penerbitan lalu diterbitkan buku untuk pasaran mainstream.
Perkembangan ini merupakan satu hal yang sihat kerana ia dapat memupuk kreativiti serta melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru dalam bidang penghasilan karya. Malangnya, ada juga telah menyalahgunakan platform yang ada apabila dengan begitu rajin sekali melakukan cetak rompak dan plagiat hanya semata-mata kerana mahu popular di Internet.
Antara yang menjadi mangsa plagiat ini adalah buku berjudul "Dari Alam Lain" tulisan Helmi Effendy, apabila seseorang telah menyalin dengan menaip semula semua kandungan buku tersebut di dalam laman Wattpad, malah mengaku ia adalah penulisan dia sendiri!
Ini adalah sinopsis buku yang original.
Sumber Goodreads.
Ini pula sinopsis novel yang diplagiat. Sebijik habis.
Gila gigih taip balik cerita orang, siap mengaku idea sendiri. Tak malu betul. Aku betul-betul rasa kesian kat kau. Takkan ini sahaja yang kau mampu buat? Salin karya orang lain dan mengaku karya sendiri? Kan dah buta-buta je kantoi. Apa ingat takde orang lain ke yang baca buku asal?
Kat sini ada dua kesalahan yang telah dia dilakukan. Ia bukan sekadar masalah plagiat apabila dia mengaku cerita ini adalah penulisan ini, malah boleh dianggap sebagai cetak rompat kerana telah menyiar semula karya di tempat lain tanpa kebenaran penerbit.
Ini bukan kes pertama. Sebelum ini pun dah banyak isu plagiat dan cetak rompak karya seperti filem, lagu, komik dan novel. Antara yang baru juga heboh beberapa minggu lepas, buku novel telah di cetak rompak di aplikasi Bee Talk seperti yang didedahkan dalam artikel ini - "Mengapa Aplikasi Beetalk Menjadi Mimpi Ngeri Para Novelis?".
Bila kantoi, dah lah tak nak mengaku, malah tunjuk kebodohan sendiri pula.
Ada ke ingat bila dia beli buku novel tu, karya tu jadi milik dia dan dia berhak buat apa sahaja terhadap karya tu? Dia macam ni, apa-apa karya pun yang kau beli tak kira buku, CD, DVD dan sebagainya, apa yang kau bayar itu hanya mediumnya sahaja iaitu buku, CD dan DVD tersebut, tapi karya itu masih pencipta dan penerbitnya yang punya. Kau beli Al-Quran, takkan kau nak klaim kau yang tulis ayat-ayat Al-Quran dan ayat-ayat Al-Quran itu milik kau?
Mungkin ada budak-budak yang tak faham pasal hal plagiat dan cetak rompak ni yang buat, so kita tegur dan bagi nasihat. Tapi kalau yang dah tua pun buat-buat tak faham memang layak kena maki je.
Baca juga artikel berkaitan:
- Pencipta Kandungan VS Lintah Maya: Suatu kesedaran
- Cara kongsi kandungan media sosial dengan betul
- Pengedar kandungan tidak hormat pembekal kandungan
- Masalah plagiat, lanun, hakcipta dan harta intelek
- Usah jadi muka tembok yang suka ambil kesempatan
- Kisah si plagiator dan macai-macainya
- Online portal gergasi yang membuli blogger2 kecil
- Plagiat, ciplak dan cetak rompak sudah jadi budaya
- Plagiat hasil usaha orang lain tanpa rasa bersalah
- Perbezaan karya lagu parodi, cover dan plagiat
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: novel plagiat cetak rompak tiru salin taip dari alam lain helmi effendy wattpad
Entahlah...bankrap idea agaknya..semuanya nk senang..📖📗📘📔🏧
BalasPadamIdup di zmn jibby ni Asal jadi duit, Taik pun org buat meniaga. ProOotT d muka ang ..
Padam-ted roslinoff-
Ada gak yang "education" dia camni...
BalasPadamat penjual cd cetak rompak dulu takde la mengaku dia yg mengarahkan filem tu... ni lg hampeh, mengaku idea sendiri... tapi plagiat novel dari barat tak bran plak...
BalasPadamstatement "Kau beli Al-Quran, takkan kau nak klaim kau yang tulis ayat-ayat Al-Quran dan ayat-ayat Al-Quran itu milik kau?"
BalasPadamtu yang buat ramai ajaran sesat ramai claim sendiri punya... badigol tul rasanya geng OKU otak.. something wrong kat otak dia...
yang dekat wattpad tu boleh nampak kopipes. tengok date. sape lagi dulu keluarkan. orang susah-susah perah otak nak dapat idea. orang lain sesenang je menadah.
BalasPadamSelamat berkenalan blogger.
BalasPadamJom exchange link : https://wanfaizumi.blogspot.my
Post Pengenalan : https://wanfaizumi.blogspot.my/2017/01/welcome-dunia-blogger-bertukar-link.html
Manusia yang tak faham konsep hak harta intelek macam ni wajib dicampak ke lombong je biarkan dia selamatkan diri sendiri.
BalasPadamKetahian apakah copy sebijik seketul lepas tu declare sendiri punya?
Kena heret ke mahkamah baru tau.