Halaman

Selasa, 30 September 2014

[18PL] Maksud ale uto, lanjiao dan nokharom

Perkataan2 baru seperti Ale Uto, Lanjiao dan Nokharom banyak digunakan oleh warga internet Malaysia, lebih2 lagi setelah dipopularkan oleh fanpage2 troll popular seperti Amran Fans yang dah suam2 kuku. Perkataan2 ini menjadi trend dan diikuti oleh pelbagai lapisan netizen dan keyboard warrior dari yang muda sampailah yang tua, tanpa mereka tahu apa maksud perkataan tu pun. Malah ada yang siap buat design baju menggunakan perkataan2 tersebut.

Namun tahukah anda apa maksud dan makna di sebalik perkataan2 tersebut?


Cara media mendidik masyarakat menjadi gila seks

Tahukah salah satu sebab kenapa lelaki melayu kat Malaysia semakin ramai yang jadi gila seks dan bernafsu kuda? Sebab media cetak arus perdana selalu letak gambar perempuan seksi yang menggiurkan dengan berita berkaitan seks di muka hadapan akhbar mereka. Tahukah anda akhbar Harian Metro dan Metro Ahad adalah salah satu akhbar paling laris di Malaysia, dan anda sendiri tahu kenapa?

Isnin, 29 September 2014

Apabila pelakon porno loser bercakap soal perjuangan

Alvin Tan, salah seorang dari pasangan blogger seks terkenal Malaysia  'Alvivi' nampaknya sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan status yang dimuatnaik olehnya di Facebook miliknya.

Lihat saja gambar yang telah diupload oleh Alvin di bawah, terpampang jelas perkataan "FUCK UMNO".


Ahad, 28 September 2014

Kera yang paling bijak dalam buku cerita kanak2

Kanak2 suka dengan haiwan. Sebab tu dalam banyak buku cerita kanak2, banyak buku yang ditulis berkisarkan kisah haiwan, malah banyak moral, pengajaran dan tauladan diceritakan melalui kisah2 binatang seperti Sang Kancil dengan buaya, Anjing dengan bayang2nya,  Arnab dengan kura2 dan lain2 lagi kisah2 haiwan. Namun tahukah anda, dalam banyak2 kisah haiwan, ada kisah seekor Kera yang paling bijak dan pandai malah mungkin lebih cerdik dari manusia.


Sabtu, 27 September 2014

Persepsi negatif terhadap kakitangan kerajaan

SAYA rasa terpanggil untuk meluahkan kepelikan dan kekesalan terhadap segelintir sikap kakitangan awam yang seolah-olah tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan kepada mereka berhubung waktu rehat dan minum.

Walaupun pekeliling perkhidmatan telah dikeluarkan tetapi seolah-olah seperti "mencurah air ke daun keladi". Buktinya, segelintir mereka ini sentiasa ada di kantin, kedai makan, warung, sedangkan pada waktu itu merupakan waktu mereka bekerja. Dengan bangganya mereka memakai tag nama dan pemakaian baju batik (pada hari Khamis) ketika minum.


Jumaat, 26 September 2014

Janji manis pilihanraya kecil bila mahu ditepati?

Tahniah diucapkan kepada Mat Razi Mat Ail yang mewakili BN kerana telah memenangi PRK DUN Pengkalan Kubor dan mengekalkan kerusi BN di Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,635 undi mengalahkan calon daripada PAS iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. BN mendapat 9,961 undi manakala PAS pula mendapat 7,326 undi dan calon bebas 38 undi sahaja. Seramai 17,555 orang atau 73 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil Pengkalan Kubor ini.


Khamis, 25 September 2014

Kerajaan tanggung 3 bulan kehidupan rakyat Malaysia

Pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun memudahkan kehidupan rakyat terutama mereka yang memiliki tanggungan keluarga yang besar, kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, jika dijumlahkan semua keseluruhan bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN.

Rabu, 24 September 2014

Harapan rakyat Selangor kepada Menteri Besar baru

Krisis pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru menutup tirainya semalam, apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan TS Khalid Ibrahim. Segulung tahniah diucapkan kepada MB Selangor yang baru.


Selasa, 23 September 2014

Peniaga kecil VS Pihak berkuasa tempatan

Kita dah banyak kali melihat video dan gambar penguatkuasa pihak berkuasa tempatan seperti DBKL melakukan tindakan yang dikatakan tidak mesra rakyat seperti menghalang, menyaman dan menyita barang perniagaan para penjaja dan peniaga serta golongan gelandangan daripada tidur di bangku jalan. Terbaru, rakaman kekecohan dan pergaduhan di antara peniaga dan penguatkuasa DBKL yang tidak tahu di mana dan punca sebenar kejadian ini.


Isnin, 22 September 2014

Zaman kejatuhan fanpage troll dan parodi di FB

Sekarang ini adalah trend orang buat profile dan page2 troll dan parodi Facebook yang modus operandinya kongsi informasi yang viral, membuat sindiran dan membahan orang seperti Amran Pekida Fans, Kepala Hotak Kamu (KHK), RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara, DYMM Sultan Melaka, Raja Bomoh Nujum VIP 1 Malaysia, Asrul Samad, Pen Merah Dot Com, Persatuan Kongsi Gelap Melayu, Persatuan Kongsi Gelap Melayu Legasi Razak Dahaman, MalaysianGags, Friends of BN, Sukan Star (Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki), Sokernet dan macam2 lagi. Tapi mungkin trend ini tak lama lagi akan berkubur setelah pihak berkuasa memandang lebih serius akan kemunculan page2 seperti ini terutama yang buat lawak melampau2 sampai mengaitkan dengan agama dan membangkitkan isu perkauman.


Ahad, 21 September 2014

Cinta boleh naikkan gred pelajar universiti

Jika kena pada gaya, sang pencinta boleh cemerlang dalam pelajaran. Pelajar yang bercinta mampu mendapat rangsangan positif jika pasangannya bermotivasi. Jika ada yang mengaitkan kegagalan dalam pelajaran adalah disebabkan pelajar berkenaan bercinta ketika belajar adalah tidak betul, malah ramai yang telah berjaya dalam pelajaran kerana mempunyai teman istimewa.


Sabtu, 20 September 2014

Apabila Cina mula bagi ceramah agama di masjid

Apa sudah berlaku? Macam mana perkara macam ni boleh berlaku? Orang Cina bagi kuliah maghrib kat masjid? Biar betul? Mana pergi orang Melayu? Takkan dah takde orang Melayu yang boleh bagi kuliah maghrib? Apa cerita sebenarnya ni?


Proses dan fasa cinta untuk kecapi kebahagiaan

Semua orang di muka bumi ini pasti mempunyai perasaan cinta, mempunyai perasaan ingin mencintai dan dicintai. Fitrah setiap insan ingin mempunyai pasangan yang ingin dijadikan peneman hidup sehinggalah ke hembusan nafas terakhir. Namun cinta itu tidak boleh dipaksa dan ia bukan hadir dengan sekelip mata. Cinta memerlukan satu proses dan fasa yang panjang untuk mencapai tahap matangnya dalam menuju bahagia. Sebab itu dalam mencari percintaan yang mahu dijadikan jodoh dan teman hidup, pastikan anda lulus tiga fasa berikut, semoga hubungan yang dibina akan kekal till jannah.


Jumaat, 19 September 2014

Perlu teman untuk menjadi lebih yakin dan berani

Hani seorang yang bijak namun mempunyai ego yang tinggi. Gurunya, cikgu Suraya cuba menguji Hani dengan membuat social experiment atau ujikaji sosial terhadap beliau. Di dalam kelas, dia bertanya kepada Hani apakah ibu negara bagi Malaysia, dan Hani dengan yakinnya menjawab Kuala Lumpur. Seterusnya cikgu Suraya bertanyakan lagi kepada 10 orang pelajar yang lain yang mana semuanya telah berpakat dengan Cikgu Suraya, mereka menjawab Putrajaya. Kemudiannya Cikgu Suraya bertanyakan semula kepada Hani, dan Hani mula hilang keyakinan dan meragui jawapan asalnya, lalu dia menukar jawapannya kepada Putrajaya, sedangkan jawapan asalnya adalah jawapan yang betul.


Khamis, 18 September 2014

Bantu masyarakat dengan beli rokok yang sah

Harga beberapa jenama rokok yang sah sudah naik pada minggu lepas. Kenaikan harga itu adalah disebabkan pihak British American Tobacco (BAT) mengalami kerugian yang ketara ekoran jualan rokok haram di negara ini. Malah, syarikat tersebut terpaksa bersaing dengan penjualan rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini selain menghadapi saingan sengit dengan syarikat rokok yang lain. Aku sebagai seorang yang bukan perokok, merayu agar semua perokok2 tegar dalam Malaysia ini agar membeli rokok yang sah dan halal berbanding rokok seludup yang haram.


Rabu, 17 September 2014

Gelagat remaja sekarang yang menyemakkan mata

Waktu cuti2 sekolah macam ini, bila aku balik kampung, petang2 aku selalu bawa anak buah aku pergi ke taman permainan kat kawasan rumah orang tua aku. Apa yang aku perhati, taman permainan tu bukan sahaja jadi tempat untuk kanak2 bermain, malah dah jadi port budak2 rempit yang masih sekolah melepak dengan bohsia masing2 sambil hisap rokok, malah ada beberapa couple yang lelakinya kelihatannya seperti baru hilang kulup dan yang perempuannya baru merasa pakai tuala wanita sedang bercengkerama bermesra2an sambil berpegangan tangan di jongkang-jongkit dan buaian.

Selasa, 16 September 2014

Malu dengan kaum Cina sebab Melayu malas

Sinonim kaum Melayu ini dikaitkan dengan malas, malah kadang2 rasa malu dengan kaum Cina yang disifatkan lebih maju ke hadapan. Kaum Melayu masih tidak rajin, sebagai contoh situasi yang berlaku di pusat pengajian tinggi di mana hampir majoritinya perempuan berbanding lelaki.


Masih adakah cinta terhadap negara Malaysia?

Hari ini, Malaysia menyambut ulangtahunnya yang ke-51. Hari di mana tertubuhnya persekutuan Malaysia dengan gabungan dan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura pada 51 yang lepas. Bermula tahun 2010, ia telah digazetkan sebagai cuti am bagi seluruh Malaysia kecuali Singapura, kerana Singapura dah keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Isnin, 15 September 2014

Diskriminasi terhadap lelaki berseluar ketat

Aku pelik la Malaysia ni. Bila orang lelaki pakai seluar ketat sehingga ternampak bonjolan 'anu' terus jadi isu hangat sampai dilaporkan kat surat khabar dan blog2 hiburan, siap terpaksa minta maaf bagai. Tapi bila berlambak2 orang perempuan, artis2 wanita malah isteri2 pemimpin pakai baju yang ketat sampai terkeluar bonjolan buah dada serta seluar legging ketat sampai boleh nampak ketulan dan bonjolan lemak serta selulit di bontot dan peha, takde pulak media2 nak jadikan isu hangat, malah takde pula orang perempuan tu nak minta maaf ya. Pelik... pelik.

Ahad, 14 September 2014

Apabila kanak2 bernikah berwalikan Facebook

Entah apa yang sudah jadi dengan kanak2 zaman sekarang ini. Tidak pasti sama ada mereka ini tidak tahu atau buat2 tidak tahu tentang perkara yang betul atau salah. Bukan sahaja declare dah kahwin dengan berwalikan Facebook, malah tulis komen merapu2 mengalahkan orang dewasa. Sebab tu bagi aku sepatutnya mak bapak haramkan terus anak2 mereka yang masih berstatus kanak2 dan bersekolah daripada mempunyai akaun FB sebab ia sebenarnya langsung tak mendatangkan apa2 kebaikan.


Cerita seram dua ayat yang sangat menakutkan

Adakah kamu seorang yang berani? Suka baca dan dengar kisah cerita hantu yang sangat seram, ngeri, gerun dan menakutkan? Berikut adalah 12 cerita seram pendek 2 ayat yang boleh membuatkan kamu susah untuk tidur malam, termasuklah diri saya.

Sabtu, 13 September 2014

Kisah group WhatsApp orang Melayu

Berikut adalah sebuah kisah tipikal 'Group WhatsApp' orang2 Melayu:


  1. Buat 'group' dengan niat merapatkan hubungan silaturahim satu sama lain atau memudahkan perhubungan satu sama lain.
  2. Tanya khabar satu sama lain, kalau kawan sekolah atau kawan lama, mengimbau kenangan dulu-dulu.
  3. Mengusik-usik, berseloroh dan berjenaka.

Jumaat, 12 September 2014

Melayu bodoh, cina pendatang dan india pemabuk

Kalau kita baca di laman sosial dan Facebook, banyak status berbaur perkauman telah dilempar untuk menyemarakkan lagi api perkauman di Malaysia. Ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab suka membuat kenyataan stereotaip mengikut kaum.


Khamis, 11 September 2014

Kegagalan orang Melayu dalam mengurus kewangan

Jika dibanding dengan kaum lain di Malaysia dan rakyat negara maju yang lain, kebanyakan orang Melayu sebenarnya agak ketinggalan dari segi pengurusan kewangan. Kerana itu ramai orang kita yang sentiasa rasa takde duit bila hujung bulan dan rasa gaji tak pernah2 nak cukup sedangkan ada yang mempunyai pendapatan yang tetap walaupun tidak berapa besar. Berikut adalah 9 kegagalan orang Melayu dalam menguruskan kewangan mereka dengan berkesan dan efektif:


Rabu, 10 September 2014

Soalan bocor UPSR ada di sini

PANASSS!!! Gua malas nak cakap banyak. Sekarang ni gua ada soalan bocor untuk peperiksaan UPSR. Jangan tanya kat mana gua dapat, gua ada ramai kaki kat Kementerian Pelajaran. Sekarang kat gua ni ada soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kalau nak scroll ke bawah dan download cepat sebelum kena remove.


Kebebasan bersuara itu ada batasannya

Aktivis Ali Abd Jalil yang baru saja dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 selepas didakwa mengikut Akta Hasutan hari ini sekali lagi ditahan polis mengikut akta sama, kali ini kerana dikatakan menghina Sultan Selangor.

Menurut waran tangkap yang diserahkan kepada peguam Ali, Michelle Yesudas, tertuduh didakwa menerbitkan penerbitan kenyataan menghasut terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di laman Facebook pada 18 Ogos jam 11.42 malam.


Awek melayu bertudung bersama anjing yang comel

Gara-gara seorang gadis melayu memuat naik gambarnya sedang memegang anjing yang menyebabkan ia tersebar di media sosial, ramai netizen, ustaz usatazah FB dan tentera papan kekunci yang memberi komen positif dan membina, namun ramai juga yang mengecam dengan pelbagai pandangan negatif beserta nasihat, teguran dan tak kurang juga cacian dan makian.


Selasa, 9 September 2014

Pendapatan isi rumah dan harga rumah sama naik

Purata pendapatan isi rumah telah meningkat sebanyak RM900 dari RM5,000 pada tahun 2012 ke RM5.900 pada tahun ini. Bermakna bagi pasangan yang dah berkahwin, purata pendapatan seorang adalah RM2,950. Serius, dari segi purata pendapatan isi rumah, ini adalah suatu pencapaian yang boleh dibanggakan. Terima kasih dan tahniah kepada kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib Razak. Namun, walau purata pendapatan isi rumah semakin meningkat, malangnya ia masih tidak dapat meningkatkan kadar pemilikan rumah di kalangan golongan rendah dan pertengahan.

Promosi ubat dan alat seks di TV yang janggal

Tersebar kat Whatsapp dan FB satu video pasal sebuah rancangan TV di Malaysia yang memaparkan wawancara seorang perempuan yang mempromosikan ubat seksual Sensaoil seperti krim dan pam zakar untuk membesar, memanjang dan tahan lama. Gila awkward masa perempuan tu suruh pengacara yang juga perempuan masukkan jari dalam pam tu serta membincangkan saiz ideal kemaluan lelaki Asia.


Isnin, 8 September 2014

Orang Malaysia terlalu pentingkan diri sendiri

Orang Malaysia memang kebanyakannya terlalu pentingkan diri. Kita jarang fikir pasal orang lain. Apa2 pun kita akan utamakan diri kita dahulu, kemudian orang yang terdekat dengan kita. Kita langsung tak peduli pasal kesusahan dan masalah orang lain. Budaya mementingkan diri ini seolah2 sudah sebati dan menjadi budaya dalam jatidiri orang Malaysia.


Ahad, 7 September 2014

Soalan asas mengenai Malaysia yang gagal dijawab

Sebagai seorang rakyat dan warganegara Malaysia terutama yang sudah melepasi umur kanak2, soalan2 asas mengenai sejarah, geografi dan pengetahuan am mengenai Malaysia seharusnya sangat mudah untuk dijawab. Tapi percayakah anda, masih ada lagi orang2 yang tidak boleh nak jawab soalan2 berikut walaupun lahir dan sudah hidup berpuluh2 tahun di Malaysia?


Jumaat, 5 September 2014

5 pengajaran cinta dari drama Rindu Awak 200%

Drama yang menjadi sebutan ramai, lakonan pelakon kacak Zul Ariffin dan Ayda Jebat baru saja berakhir. Penulis pasti, ramai yang mula rindu ternanti-natikan drama itu, kan?

Penulis pun sama. Tetapi tahukah kamu, ada banyak pengajaran dalam percintaan dan perhubungan yang boleh kamu pelajari dari drama keluaran TV3 tersebut? Kami kongsikan lima pengajaran yang boleh kamu pelajari dari drama bersiri Rindu Awak 200%.


Lagu parodi boy band Melayu untuk Hijabis

Macam mana nak bagi sebuah kumpulan muzik boy band Malaysia daripada nampak lame ass yang asyik kena bahan dan kutuk menjadi sebuah boy band yang nampak lebih hebat dan dipuji ramai? Ya, buat lagu yang berunsurkan Islamik seperti lagu parodi boy band One Direction - What Makes You Beautiful menjadi lagu Hijab Makes You Beautiful.


Khamis, 4 September 2014

Komen saya tidak pernah dapat LIKE

"Komen saya tak pernah dapat Like" dikesan menjadi taktik baru pengguna FB dalam usaha meraih perhatian dan mengumpan simpati pengguna lain bagi mendapatkan `like'.

Taktik ini semakin popular apabila didapati semakin banyak dicuba oleh pengguna FB.

Contohnya dalam satu post di Page PenMerah, seorang pengguna yang meletakkan komen sedemikian mendapat hampir 450 like berbanding komen lain. #HMViral

Kopi penguat tenaga batin yang beracun dan bahaya

Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.

Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus.


Rahsia cara mengira umur kita dengan Al-Quran

Rupa2nya kita boleh mengira umur kita dengan Al-Quran! Caranya mudah sahaja. Al-Quran mempunyai 114 surah, cuba tolak tahun anda dilahirkan dari nombor 114. Sebagai contoh, anda lahir pada tahun 1983, maka tolak 83 daripada 114, maka anda akan dapat umur anda. Ini adalah salah satu keajaiban tersembunyi dalam Al-Quran yang tidak ramai yang tahu. Selamat mencuba!


Rabu, 3 September 2014

Wanita harus diberi pilihan untuk tidak bertudung

Memetik contoh wanita memakai hijab (tudung) adalah pilihan peribadi berdasarkan keazaman isterinya untuk berhijab selepas mereka berkahwin, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengalu2kan cadangan pramugari kapal terbang komersial diberi pilihan untuk memilih untuk memakai tudung atau tidak, namun dalam masa yang sama perkara yang sebaliknya juga harus diberikan pilihan.


Muka dihinggap penumbuk baru bercucuran air mata

"Saya ditumbuk tanpa sebab," demikian reaksi jurugambar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohd Aizuddin Akmal Saad yang menjadi mangsa perlakuan ganas ahli keluarga penumpang pesawat MH17.

Menceritakan kembali insiden kekecohan di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi itu, Aizuddin mengakui tidak mengetahui punca sebenar mengapa dia diserang secara tiba-tiba oleh individu berkenaan.

"Saya tak ganggu keluarga mangsa (MH17), tiba-tiba saja satu tumbukan hinggap di muka saya...tumbuk curi," kata Aizuddin ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.


Selasa, 2 September 2014

50 Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan

Setiap tahun bila tiba hari kemerdekaan, pasti ramai dikalangan rakan-rakan di media sosial (termasuk kita sendiri) dan blog-blog akan membuat ucapan berkenaan hari merdeka. Tetapi tahun ini ucapannya terlalu kurang. Kemungkinan hari merdeka jatuh pada hujung minggu, orang ramai tidak aktif bersosial di internet. Boleh jadi kerana isu nahas kapalterbang, mungkin rakyat Malaysia masih bersedih.


Alat seks harus untuk suami isteri, bukan lesbian

Dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) berusia awal 20an disyaki pasangan lesbian ditangkap pihak berkuasa selepas penemuan alat perangsang seks bentuk kemaluan lelaki dalam serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Johor Jaya Johor, awal pagi tadi.

Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira 2 pagi itu, dua penuntut terbabit yang menuntut di Pulau Pinang dan Pasir Gudang, di sini mendakwa alat berkenaan baru dibeli secara dalam talian (online).

Isnin, 1 September 2014

Erti merdeka bagi Sabah dan Sarawak

Siapa yang Merdeka?

Bayangkan jikalau kisah Puteri Hang Li Po dan Hang Tuah lima bersaudara sebenarnya tidaklah sebagaimana yang diperkatakan dalam sejarah Melayu Melaka, tetapi sebaliknya hanyalah lagenda?

Bagaimana pula jikalau ada sejarah lain yang benar mengenai sesuatu peristiwa penting, namun sejarah tersebut disembunyikan?

Apakah motif sejarah diperlakukan sedemikian rupa? Siapakah yang menerima faedahnya?

Saya bukan berniat untuk menghasut bahkan apatah lagi menghina tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957. Namun, saya ingin mengajak rakyat Malaysia yang berfikiran matang dan terbuka meneliti serta mengkaji semula sejarah sebenar “Persekutuan Malaysia” daripada pelbagai sumber dan aspek. Tahun ini, hari kemerdekaan telah masuk tahun yang ke-57.