Halaman

Khamis, 9 April 2015

Berubah menjadi insan yang Luar Biasa

Setelah mengenalpasti Pattern atau Tabiat kita terutama tabiat yang lemah dan buruk, untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari yang sebelumnya, pasti kita akan mencari jalan untuk mengubah dan memperbaiki lousy pattern tersebut. Akan tetapi, bagaimana untuk menjadi seseorang yang ExtraOrdinary atau Luar Biasa? Nampak macam sangat sukar, tapi sebenarnya agak mudah. Berikut adalah beberapa panduan dan kaedah untuk menjadi seorang yang luar biasa:


  • Melakukan sesuatu lebih dari apa yang dijangkakan.
    Jika ketua anda meminta anda menyiapkan laporan setebal 20 mukasurat dan hantar pada esok petang sebelum pukul 5, anda siapkan laporan setebal 25 mukasurat dan hantar pada esok pagi.
  • Menambah nilai yang menakjubkan pada orang lain
    Jika isteri anda meminta anda ke kedai hanya untuk membeli telur, anda belikannya telur, bawang, sayur, cili dan lain-lain barang dapur yang anda tahu sudah habis atau hamper habis namun tidak disedari oleh isteri anda.
  • Mencapai lebih dari KPI yang ditetapkan
    Jika anda perlu membuat jualan minimum sebanyak 10 unit sehari, anda berusaha untuk dapatkan 20 unit sehari.
  • Buat dengan begitu bagus sehingga orang lain berkata WOW!
    Jika anda benar-benar melakukan sesuatu menakjubkan sehingga orang lain berkata WOW!, maka anda benar-benar telah melakukan sesuatu yang sangat-sangat luar biasa.

Kita boleh sahaja menjadi orang yang biasa-biasa sahaja, tapi pernahkah terfikir apabila ibu bapa kita bersusah payah membesarkan kita, memberi kita pendidikan, belajar tinggi-tinggi selama berbelas-belas tahun, kemudian masuk ke alam kerjaya, berkahwin dengan pasangan, meninggalkan pula anak dan suami/isteri untuk pergi ke kerja setiap hari, hanya untuk menjadi seorang yang biasa? Tidak pernahkan anda mahu membuat sesuatu yang luar biasa yang dapat membanggakan ibu bapa, suami/isteri dan anak-anak anda?

Namun kita perlu ingat yang dalam dunia ini kita bukan hidup keseorangan. Kita hidup bersama ramai orang di sekeliling kita, bersama keluarga di rumah, rakan sekolah, rakan sekuliah, jiran tetangga, pasukan sepejabat, masyarakat dan lain-lain.

Dan kebiasannya dalam kita bekerja dan membuat suatu tugasan, kita sering melakukan dalam sebuah pasukan. Kita bekerja di pejabat sebagai sebuah pasukan. Kita belajar di sekolah sebagai sebuah pasukan. Kita membesarkan keluarga di rumah juga sebagai sebuah pasukan.


Oleh itu, adalah malang jika hanya kita seorang sahaja yang mahu menjadi Luar Biasa sedangkan orang-orang disekeliling kita masih kekal biasa, kerana itu hanya menjadikan kita sebagai seorang yang pentingkan diri dan syok sendiri. Hal ini banyak berlaku di mana apabila seseorang itu mencapai kejayaan, dia meninggalkan ahli pasukannya tergapai-gapai ke bawah setelah mereka bersusah payah melonjakkan namanya naik ke atas.

Elakkan mempunyai mentaliti seperti ketam dalam baldi:

  • Jika aku tak boleh memilikinya, begitu juga dengan orang lain.
  • Jika aku tak boleh melakukannya, begitu juga dengan orang lain.
  • Jika aku tidak boleh berpandangan jauh dan luas, begitu juga dengan orang lain.
  • Jika aku tidak boleh berjaya, begitu juga dengan orang lain.
  • Jika aku tidak boleh mencapai lebih banyak kejayaan, begitu juga dengan orang lain.
  • Jika orang lain berjaya dan hampir berjaya, aku akan tariknya ke bawah semula.

Dan sekiranya ketam-ketam itu cuba bekerjasama, apabila seekor ketam tersebut berjaya ditolak keluar dari baldi, dia tidak akan menarik ketam yang lain untuk turut keluar dengannya dan akan terus meninggalkan ketam-ketam yang lain, sama seperti apabila seseorang sudah berjaya hasil daripada usaha sama berpasukan namun meninggalkan mereka tergapai-gapai seperti itu sahaja.

Amat penting untuk kita menjadi seorang yang Luar Biasa, dan setelah itu menarik, membantu dan membimbing pula orang lain di sekitar kita untuk turut menjadi luar biasa seperti kita sehingga akhirnya, bersama-sama kita semua menjadi insan yang LUAR BIASA!



tags: kursus motivasi teaming for quantum growth performance training dr lawrence walter ng jadi manusia luar biasa extraordinary kpi key performance indicator

9 ulasan:

  1. Aku da boring baca siri motivasi yg macam ni.. to me mcm siri motivasi darjah enam..honestly.. so, pengarang jgn marah k.. apa kata kupas pasal psikologi dr sudut pandangan islam, contohnya, fungsi dan aktiviti qalbu atau fungsi akal menurut Al- Ghazali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni sekor lg ketam... kalau boring diam sudah, xhbs2 nk jatuhkan org lain.. drpd dok suruh org kupas itu ini, apa kata kau kupas sendiri pastu kongsi kat kitorg... ketam ketam...

      Padam
    2. Alaa bro.. Kalau ckp sikit pun Xble.. Nk ckp lembut2 ja..masuk tadika la.. Keta pun ketammmmlaaaa....

      Padam
    3. When you start to flood your blogs with shitty repetitive content...

      Nobody is going to read anything anymore...

      Padam
  2. Ayat 'Luar Biasa' tu teringat la plak pasal MLM haha

    Anyway nice entries!

    BalasPadam
  3. Sedikit pesanan utk che gu eeddeeveddeerrr sila mkn ubat antisewel sebelum mengomen disini ..

    -ex student chegu edevedderr-

    BalasPadam
  4. kimak melayu mana claim itu mentaliti ketam> memang betul ke ketam buat mcm tu? kalau bukan mentaliti dia mcm tu kan dah jatuh FITNAH!? bodoh la PZ ni len kali nak claim buh la nama "mentaliti perbuatan bodoh manusia" cibai tak pasal2 ketam tak bersalah jadi bahana ayat bajet mcm motivasi... motivasi apa klu hina makhluk Allah haa!?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.