Halaman

Sabtu, 4 April 2015

Seni Trolling: Pancing ikan besar untuk jadi viral

Hari ni ramai betul post gambar resit kat FB. Pelik, diorang ni tak pernah tengok resit ke sebelum ni? Nak tunjuk yang diorang kena banyak GST? Bukan naik banyak pun, cuma 6 peratus je pun.

Kalau sebelum ni beli barang RM100, sekarang cuma bayar RM100.06 je. Alah cuma naik 6 sen je pun. Itu pun lepas dah bundar jadi RM100.05. 5 sen pun nak berkira ke? Anggap jelah sebagai jariah kepada kerajaan.


Baru aku perasan pengiraan GST aku salah sebelum ni. Tapi sebenarnya GST ni memberi kita pilihan untuk jadi pembeli yang bijak. Ramai orang yang aku tengok cuma merungut. Walaupun diorang belajar tinggi sampai ke menara daging tapi diorang tak boleh fikir pun yang sebagai pengguna bijak GST sebenarnya boleh dielakkan.

Kadar GST yang dikenakan adalah 6 peratus. So kalau tak nak kena GST, jangan la beli barang yang berharga ratusan ringgit. Ini kerana kadar GST adalah 6 peratus, bukan 6 perpuluh, 6 peribu dan 6 perjuta. Oleh itu beli la barang yang harganya kurang dari RM100 dan lebih dari RM999, pasti tidak akan kena cukai 6 peratus itu.

Nampak, inilah perbezaan antara pengguna yang bukan biasa2 dengan pengguna yang biasa2.




2 status kat atas tu aku post pada 1 April kat wall Facebook aku. Rasa jelek, bukan? Aku mengharapkan adalah mana2 kawan FB aku tak faham dan viralkan post ni tapi tak menjadi, sebab kebanyakan kawan FB aku tahu siapa aku dan tahu yang status aku tu cuma main2 je sebab friend FB aku kebanyakannya terdiri daripada pembaca blog Buasir Otak, orang2 yang aku add dari group blogger, group anime, group pelukis, group politik dan random add terutamanya awek yang comel. Sebelum ni dah banyak jugak kali aku troll orang tapi tak viral, hanya hangat di group2 tertentu dan page IPTA confession sahaja.

Sebodoh mana pula aku perlu tulis agar status aku dapat jadi viral sehingga sekurang2nya dapat masuk PenMerah, Siakap Keli, Amran Fans dan Friends of BN? Sebab selama ni aku tulis benda2 bijak tak pernah pula mendapat perhatian ramai.

Aku sedar untuk menarik perhatian ikan laut dalam, aku tak boleh memancing di kolam air tawar. Aku kena memancing di laut dalam dengan umpan yang betul. So aku copy paste status aku dan letak kat group2 politik hardcore seperti:

Tujuan aku beria2 buat benda bodoh ni? Sejujurnya aku memang mahukan perhatian agar dapat menarik lebih ramai orang untuk baca penulisan aku. Biarlah kebanyakan artikel aku mengarut dan bertahap sampah, tapi aku mahu juga buah fikiran aku dapat sampai kepada lebih ramai orang dan audien. Walaupun cara ini nampak murahan, but I guess I have no choice, sebab orang kita memang lebih suka kecoh dan hebohkan benda2 yang bodoh berbanding perkara2 yang ilmiah.


Remember awek Myvi, kiki steering lock, Bobo sayang apa khabar denganmu, Syasha macam cantik macam comel, awek couple seminggu dan other absurd and nonsense thingy? So apa yang perlu aku buat untuk status aku jadi viral? Ia cuma dapat dilakukan dengan memancing ikan besar yang banyak follower. For that, I have to go deep to the lowest level of stupidity sampai tak masuk akal and went full retard so that the big fish can eat the bait and fall into the trap.

Dan akhirnya, umpan aku mengena. Orang kuat PR Milo Suam telah viralkan status aku. Aku tak salahkan dia kutuk aku sebab memang itu pun tujuan aku nak jadikan benda ni viral. Lagipun dia tak kenal aku walaupun aku selalu lacurkan link kat blog dia. Kalau dia tahu yang ia cuma troll dan sarcasm, mesti dia pun malas nak viralkan.


King Jason juga turut tolong viralkan (dia dah tukar status tu setelah tahu yang itu hanya troll dan sarkastik bodoh).


Status aku juga masuk beberapa page seperti Ekeleh.com. Walaupun tak berjaya masuk PenMerah, Siakap Keli, Oh!Media, SukanStarTV, Amran Fans, KHK dan lain2 page yang lebih ramai follower, tapi dengan lebih 300 orang share tu bagi aku kira suatu kejayaan yang agak besar lah juga keh3.

Dan disebabkan status tu bertalu2 orang komen, bertalu2 orang PM, bertalu2 orang tanya, bertalu2 orang maki, bertalu2 orang nak add friends dan bertalu2 juga orang follow. Cuma status aku tu too obvious kebodohannya dan aku tak rasa ia susah sangat dihadam sampai ramai yang dah termasuk dalam perangkap.

Tapi aku tak salahkan mereka sebab otak manusia berbeza, tak semua orang boleh hadam sarcasm/sindiran dan tak semua rajin nak bukak profile aku untuk tahu yang ia hanya suatu troll. Dan walaupun ada orang mula2 maki aku, lepas tahu aku sarcasm dia cakap "letaklah note yang status tu sarcasm", but seriously, apa point kau buat sarcasm kalau kau nak bagi tahu yang itu adalah sarcasm. Hilanglah seri dan kenikmatan sarcasm tu kalau orang lain tahu ia adalah sarcasm. Sarcasm tu untuk orang lain korek dan hadam sendiri, bukan untuk diberitahu.

Cuma yang syoknya troll macai2 politik ni nanti ko akan nampak budak2 baru lepas SPM, cikgu sekolah, mak2 orang, bapak budak, makcik tua level nenek innocent berwajah suci bercucu 8, atuk tua rambut uban pakai kopiah dan macam2 jenis orang lagi secara berjemaah mengeluarkan kata2 caci nista, maki hamun, sumpah seranah mengalahkan awek2 Myvi Shah Alam kat aku.

Yang lagi tak boleh blah, muka sorang2 nampak suci, kat profile penuh gambar Allahyarham TGNA, cover photo gambar ayat2 Al-Quran, tapi babi, pukimak, anjing, sial, celaka, bengap, bodoh, setan, bahlol, bingai, beruk, lembu habis semua keluar. Walaupun takde satu pun perkataan carutan kat status sarkastik aku tu cuma mungkin annoying dan jelek, tapi dengan mudah aku dapat lihat perwatakan sebenar diri mereka di sebalik gambar profile yang suci murni lagi bersih.

Dan satu yang aku perhatikan, yang hentam aku rata2 semua orang yang anti-kerajaan, tapi takde sorang pun geng pro-kerajaan atau macai BN yang komen atau mesej suruh aku betulkan kebodohan aku. Sebab itulah menteri2 kita ramai yang bodoh, sebab orang kat sekeliling dia cuma berdiam diri dan tak tegur pun kebodohan mereka bila mereka buat dan keluarkan kenyataan yang bodoh.

Dia nampak geng dia bodoh, dia biarkan sahaja geng dia seorang diri hanyut terkapai2 dalam kebodohan tersebut, bukan nak bimbing dia kembali ke jalan yang lurus. Sama sahaja dengan macai PR pun. Dia nampak geng dia macam bodoh sikit, dia biarkan sahaja dan tukar topik lain. Aku pernah nampak macai PAS dan PKR went full retard tapi takde sorang pun geng dia tegur dan nasihat dia.

But yeah, we live in a fucked up society anyways, so nothing much to expect. Hope you guys just sit and enjoy reading.

Bacaan lanjut:




tags: prince of nub went full retard putra nubhan facebook fb prince nub troll sarcastic sarcasm sarkastik gst viral lawak bodoh status macai art of trolling pancing ikan besar big fish follower ramai bait umpan trap perangkap

31 ulasan:

  1. patutlah rasa something wrong aje masa status tu ada. Nak tanya tengah troll ke, tapi tunggu je, sebab mesti update something dekat buasir otak. :P hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Absolute 3rd force power...never surrender Noob...ko da buktikan we are living in a fucked up society...carry on bro..-akurakyatbiasa-

      Padam
  2. Kembalikan GST kepada 0.99 % ....

    BalasPadam
  3. rilex .. dulu meran fans masa tgh naik mcm ko gak kena kutuk .. lama2 org dah bleh terima dia ni padahal dia xtau pun page meran wujud dari amran pekida ..

    skrg nak femes senang je, ko kena jadi bodoh up status lawak merapu yg ada unsur troll & telinga kena kebal dari makian .. lama2 kelamaan org akan bleh terima dgn pendapat & cara ko berfikir .. walaupun status nampak mcm bodoh & xmasuk akal ..

    BalasPadam
  4. Bagus juga idea camni. Pokok pangkalnya 'kena ada banyak masa untuk dibuang' dan 'kena rajin buat benda cam bodoh' tu hahahahahah

    BalasPadam
  5. Anda berjaya . Haha 😂 😂 😂

    BalasPadam
  6. Nice strategy noob..aku setuju cara kau ni, biar nampak menca'pub' janji jd popular lepas tu org datang baca blog ni.Genius 2... Haha...

    BalasPadam
  7. Hahahahaha tahniah...aritu teori troll diperkenalkan, skang sudah berjaya dilaksanakan.
    Tips2 too full retards plz.
    -oyen-

    BalasPadam
  8. Buasir otak, den suko penulisan n idea ko. Thorbaikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kita dah salah, kita malu2 alah, kita kena cover line balik. Kalu tak malu kita satu donia

      Padam
  9. Buasir otak, den suko penulisan n idea ko. Thorbaikkk

    BalasPadam
  10. Hidup Noob ! Hidup Noob !
    Hidup 6 sen !
    Hidup peratus !

    Haha jangan marah noob..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6% x 100 = 0.6
      Pandai betol ko kira noob
      Sapa la cikgu math ko nih?

      Padam
  11. dunia akhir zaman...org suka benda yg bodo2 begini...buat sikit benda bodo org akan bagi perhatian...share sampai 1 pelusuk dunia tahu....tapi buat benda pandai org x peduli kan pun....maka, berbondong2 la org buat benda bodo semata2 ingin kan perhatian....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia memang betul2 silap kira tu
      Saja nak cover line

      Padam
  12. Ini membuktikan bahawa orang2 politik ni segenap lapisannya mmg bodoh dan sangat mudah diperbodoh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob tu fail math kot
      Bengap betol la

      Padam
  13. Mcmana video cctv budak 6 tahun jatuh dr escalator...nk femes dgn berkongsi saat kematian org lain lepas tu tag sbg iktibar....salah satu ciri kebodohan jgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...
      4 + 3 = ?
      9 kan noob?
      Heeee

      Padam
  14. Berani kau ek nak hadam caci maki org cenggini...
    Kalau aku tak boleh oo, walaupun kalau mmg dr awal niat nak troll je pon...

    Tahniah Noob. Good job!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob....laen kali klu matematik lemah, guna ler kalkulator. Tekan aje keluar ler rm6 hinggit.

      Cuba kira nood, 6 + 5 = ?
      Guna kalkulator tau....

      Padam
  15. Nub tak heran... Pakai profile putera nub pun still ade anonymity kat internet...

    Yang aku heran orang yg terpampamg personal info kat fb pun tak tau malu maki hamun sana sini share gambo jilboobs...

    Incognito sudahhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana ada la...
      Noob dah salah kira dah tu
      Dia cover line turr...

      Padam
  16. Noob powerrr..lain kali buat eksperimen mcm ni lagi bero.hahaha

    -sarcasm- (<--hilang dah seni sarcasm mcm ni)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elehhh.... Cover line nampak...
      Spm math fail kerr bhaii?

      Padam
  17. kah,kah,kah tak perasan pulak hang ada buat teknik minum air dalam laut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa ko memang salah kira. Saja ...ko nak cover line nih....

      Padam
  18. debat intelek la sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia cover line turr...
      Dah termalu2 la turr

      Padam
  19. Buat apa cari perhatian manusia, manusia ni tak adil..kat akhirat nanti semua saling cari salah masing2..

    Cari la perhatian Allah yg Maha Adil...insya-Allah kita akan diraikan oleh penduduk langit hingga ke syurga..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.