Suami mengadu masalah rumahtangga dia dan isterinya di Facebook lalu menjadi viral. Ramai orang kutuk dan maki hamun isteri lelaki itu. Tidak lama kemudian isteri pula mengeluarkan kenyataan di media sosial untuk mempertahankan dirinya. Ramai orang kutuk dan maki hamun pula suami itu.
Seorang lelaki meluahkan ketidakpuashatiannya kepada teman wanitanya kerana keluarganya meminta hantaran yang tinggi di Facebook lalu menjadi viral. Ramai orang kutuk dan maki hamun wanita itu serta keluarganya. Tidak lama kemudian teman wanitanya memberi kenyataan balas untuk mempertahankan diri dan keluarganya. Ramai orang kutuk dan maki hamun pula lelaki itu.
Kakak mendakwa dan menceritakan keburukan adiknya kerana melakukan pecah amanah di Facebook lalu menjadi viral. Ramai orang kutuk dan maki hamun adik itu. Tidak lama kemudian adiknya itu menulis status untuk mempertahankan dirinya. Ramai orang kutuk dan maki hamun pula kakak itu.
Sumber gambar. |
Benda ni bukan sekali dua berlaku tapi sudah berkali-kali!
Apa ni?
Takkan kita tak pernah belajar apa-apa dari pengalaman lalu?
Kenapa budaya membuka keaiban sendiri dan keluarga sudah semakin teruk?
Apa keperluan melibatkan orang yang tiada kaitan dan tidak dikenali dalam masalah kita?
Sejak bila netizen itu menentukan siapa betul dan siapa yang salah dalam masalah anda sendiri?
Dan kau, orang luar...
Melainkan isu yang melibatkan hal masyarakat dan orang ramai, masalah moraliti yang membawa pengaruh buruk, perkara yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama dan yang sewaktu dengannya, bolehlah kau nak bagi kritikan, pandangan dan pendapat.
Tapi isu peribadi yang melibatkan masalah antara individu dengan individu yang lain seperti masalah keluarga, rumahtangga dan sebagainya, kau tak perlu libatkan orang luar... dan kau netizen tak perlu campur tangan, menokok-nambah, menghukum dan menyabitkan kesalahan pada salah satu pihak.
Sebab apa?
Sebab kau tak kenal pun mereka, kau tak tahu hujung pangkal, dan kau tak tahu cerita sebenar pun!
Dalam hal ini kau tak perlu beria-ria jadi pengawas, polis atau hakim media sosial pun. Penglibatan korang takkan membantu menyelesaikan masalah mereka pun malah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Kalau nak bantu sangat, pergi jumpa mereka, dapatkan cerita dari kedua-dua pihak, kemudian buat kajian dan siasatan bertahun-tahun, lepas tu bantu mereka selesaikan.
Yang pasti bukan dengan cara duduk di atas kerusi depan monitor sambil menulis komen dan kecaman tak berasas yang hanya bersandarkan pada cakap-cakap kosong sebelah pihak sahaja.
Ini masalah mereka, biar mereka selesaikan sendiri. Kau tak perlu sibuk-sibuk seperti mana kau tak suka orang luar masuk campur masalah rumahtangga kau, atau masalah keluarga kau, atau masalah percintaan kau.
Wahai bani Fesbuk sekalian alam...
Sudah-sudahlah tu mengadu domba masalah peribadi dan keluarga anda di Fesbuk.
Sudah-sudahlah tu juga jadi hakim pada masalah peribadi dan keluarga orang lain yang kita sendiri tak tahu dan tak kenal di Fesbuk.
Cukup-cukuplah mendambakan kemenangan dan menjustifikasikan kebenaran dengan jumlah Like dan komen yang diperolehi di Fesbuk.
Duit syiling itu ada 2 permukaan. Lain muka pasti lain ceritanya. Mendengar dari sebelah muka sahaja tidak melayakkan kau jadi hakim untuk mengadili dan menjatuhkan hukuman.
Mahkamah itu bukan wujud sia-sia.
Agama itu bukan kita anuti saja-saja.
Salah cakap jadi fitnah.
Salah pertahan jadi zalim.
Akhir kata, cuba tanya balik diri sendiri... kenapa beria sangat nak jadi hakim di media sosial?
Baca juga artikel berkaitan:
- Netizen jadi hakim bagi masalah rumahtangga anda
- Henti viralkan kebodohan dan kesalahan sendiri
- Cara terbaik untuk menyebarkan berita khabar angin
- Usah libatkan netizen atas kebodohan diri sendiri
- Implikasi memburukkan orang lain di media sosial
- Kehidupan seorang pengawas media sosial
- Sibuk mengejar viral hingga lupa yang lebih utama
- Bodoh simpan sendiri jangan libatkan orang lain
- Pekerja yang mengaibkan pelanggan sila mereput
- Bangang itu bukan suatu yang membanggakan
- Rahsia bagaimana suatu perkara boleh menjadi viral
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: jadi hakim hukum media sosial facebook internet judges mahkamah orang luar netizen
:D
BalasPadamproooOoootTttt
Padam- nasik lemak anak dara tumblr-
itulah dier...
BalasPadam-kopisusu anak teruna-
sy setuju 100% dengan entri ni..
BalasPadamSbb mereka semua losers dalam hidup sebenar di luar ini.
BalasPadamHakim media sosial ibarat orang buta yang jadi hakim
BalasPadammacam kes buli dulu tu la, mula2 maki si pemukul, lepas tu maki yang kena pukul sebab mengejek. sibuk maki anak orang, anak sendiri entah macam mana pun dia tak kenal.
BalasPadamSebab media sosial seolah-olah memberi pengguna satu topeng.
BalasPadamMalangnya, ramai memilih untuk memakai topeng hakim dan menghukum sesiapa sahaja tanpa usul periksa. Bila salah, senang. Tanggalkan topeng dan pakai topeng lain pula.
Konsep facebook tu bagus..share information..yg buat jd x bagus sbb ada ruangan komen dan like...mmg susah nak control utk komen secara bijak sbb bukan semua manusia boleh memberi komen secara matang, hampir kesemuanya emosi semata2. Kan best kalau buat post xde komen. Tp bosan plak.
BalasPadam