Halaman

Sabtu, 11 Februari 2017

Perbuatan rogol tetap salah walau apa jua alasan

Selva Kumar Subbiah, 57 tahun, seorang perogol bersiri warga Malaysia yang melakukan jenayah tersebut di negara Kanada yang menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada atas 30 pertuduhan jenayah seksual terhadap wanita lebih dua dekad lalu telah pun dihantar pulang ke Malaysia baru-baru ini.

Ramai perempuan Malaysia yang menyatakan kegusaran dan ketakutan dengan kepulangannya. Ramai yang tidak bersetuju dengan kepulangannya, malah ada negeri yang terus menyekatnya daripada masuk seperti Sabah dan Sarawak.

Namun aku tak khuatir dengan lelaki ini, kerana kita sudah tahu dan sudah maklum akan wajah, identiti dan latar belakangnya. Apa yang aku lebih khuatir adalah kewujudan ramai lelaki di Malaysia yang cenderung untuk menjadi perogol yang kita langsung tidak tahu siapa, wajah, identiti dan latar belakang mereka.

Sumber gambar dan berita di Mstar.

Dalam masyarakat kita, masih ramai orang yang meletakkan kesalahan jenayah rogol pada mangsa rogol, menyalahkan wanita memakai seksi sebagai penyebab rogol, malah membenarkan perbuatan rogol itu hanya berdasarkan pakaian wanita. Berikut adalah contoh tweet yang bagi aku sangat menjijikkan.



Sumber dari FB Himpunan Gambar Lawak.

Nampak macam nasihat ala-ala Islamik tapi sebenarnya sangat jijik. Dakwah bukan lesen untuk kita melucah pada kaum wanita. Malah tulisan-tulisan seperti ini sebenarnya ada berbaur ancaman, ugutan dan hasutan yang boleh menimbulkan kerisauan masyarakat, sepatutnya dah boleh dikenakan tindakan.

Ya, dalam agama Islam ada suruhan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan muslim.
Dalam agama ada juga suruhan untuk kita menundukkan pandangan.

Tapi dalam agama takde langsung suruhan yang membenarkan perbuatan rogol kalau nampak perempuan pakai tak tutup aurat atau seksi! Kau bagi la alasan macam mana pun, perbuatan itu tetap SALAH!

Lelaki kalau nampak perempuan pakai seksi ke pakai tutup aurat ke bertudung labuh ke, kalau dia nak berimaginasi dan bayang yang bukan-bukan tetap akan terbayang.

Perempuan juga kalau nampak lelaki kacak ke badan sasa ke alim ke kalau dia nak berimaginasi dan bayang yang bukan-bukan, tetap akan terbayang.

Tapi walau macam mana pun imaginasi dalam kepala hotak kau tu, ia masih lagi tidak membenarkan kau untuk pegang, cabul atau rogol siapa-siapa!

Perempuan Islam bertudung ada jadi mangsa rogol, wanita bukan Islam pakai seksi ada jadi mangsa rogol, budak kecil yang tak tahu apa-apa ada jadi mangsa rogol, anak kandung, cucu, adik perempuan, darah daging sendiri pun ada yang jadi mangsa rogol. So kau nak cakap apa?

Dulu ada orang ibaratkan perempuan tutup aurat ini ibarat gula-gula yang masih dalam pembungkus, maka ia masih suci dan terpelihara. Masalahnya gula-gula tu pun sama ada yang masih berbungkus atau tidak, kalau bukan hak kita pun bukan kita boleh ambil dan makan je. Bukannya gula-gula yang dah terbuka maka it's okay untuk siapa-siapa makan?

Perempuan muslim tutup tak tutup aurat, itu antara dia dengan Tuhan. Kalau kau nak dakwah ke nak nasihat ke, kau nasihat sahaja dengan nyatakan yang ia adalah suruhan Tuhan. Kalau kau suruh mereka tutup aurat dengan ancaman nak rogol mereka, itu bukan dakwah, itu bedebah.

Sebab tu aku pernah bagi pesan dulu kepada orang perempuan kat artikel "Kekecewaan terhadap sikap kaum lelaki yang lucah" ini dulu. Sila berhati-hati dengan orang lelaki di sekeliling anda hatta kawan dan ahli keluarga anda sekali pun.

Orang perempuan perlu ada satu penghadang, perasaan paranoid, keraguan atau ketidakpercayaan pada orang lelaki lebih-lebih lagi pada orang yang tidak berapa nak kenal dan rapat, sebab kita tak boleh baca fikiran mereka, dan tidak tahu apa sebenarnya dalam kepala hotak mereka. Kat luar depan-depan mungkin nampak macam malaikat tapi belakang sikit punya syaitan.

Selva Kumar tu sekurang-kurangnya kita dah tahu dia tu bahaya, perogol atau bakal perogol lain yang mungkin ada di sekeliling kita yang mungkin sangat hampir dengan kita tu kita tak tahu siapa.

Baca juga artikel berkaitan di sini:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:


Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: perogol bersiri selva kumar tiba malaysia tinggal menetap kuala lumpur twitter rogol pakai seksi

3 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.