Halaman

Selasa, 3 Julai 2018

Adakah rakyat terhutang budi pada pemimpin?

Walaupun kerajaan kini ditadbir oleh parti selain BN, tapi bukan bermakna rakyat tak boleh menegur dan mengkritik kerajaan semasa hanya sebab kita rasa terhutang budi pada mereka kerana kita mengundi mereka sewaktu pilihanraya tempoh hari.

Ahli-ahli politik ini yang sebenarnya terhutang budi kepada rakyat kerana telah memilih dan menaikkan mereka menjadi pemimpin. Kalau korang rasa ada sesuatu yang tak kena dan perlu diberi pandangan, maka bersuaralah. Kita bersuara bukan kerana kita macai BN, tetapi atas rasa tanggungjawab kita yang telah mengundi mereka.


Kalau ada sesuatu tak kena yang dilakukan oleh kerajaan hari ini tetapi kita asyik pertahankan mereka hanya kerana kita mengundi mereka, atau hanya berdiam diri kerana rasa serba salah telah mengundi mereka, maka tiada bezalah kita dengan macai kerajaan terdahulu.

Contohnya macam ada seseorang yang mahu meraih sokongan untuk menjadi Yang Dipertua PIBG sekolah. Atas rasa percaya, kita pun sokong dia. Tapi bila dia dah dilantik jadi Yang Dipertua PIBG, apa yang dia buat semua haru biru, takkan kita nak diamkan?

Kita dah bagi kepercayaan kepada orang untuk memegang amanah dan memikul suatu tanggungjawab, kalau orang tu tak laksanakan dengan baik dan betul maka kita berhaklah bersuara.

Dulu masa BN menang pilihanraya, orang kutuk cakap pengundi BN ni bodoh lah apa lah setiap kali pemimpin BN laksanakan dasar yang tak menguntungkan rakyat seperti GST, kenaikan harga minyak, harga rumah naik, tak menepati manifesto dan sebagainya.

Maka kalau kerajaan PH tiba-tiba pula ada buat dasar yang lebih kurang sama yang tidak menguntungkan rakyat, tak menepati manifesto dan sebagainya, jangan pulak sentap kalau pengundi PH pula dilabel bodoh.

Malah sebagai pengundi PH, kita juga patut turut bersama-sama mengkritik segala dasar dan tindakan kerajaan yang tidak menguntungkan rakyat dan bertentangan dengan janji mereka, bukan duduk diam dalam gua sebab malu. 

Jangan takut untuk mengkritik pemimpin yang kita undi dan tiada apa pun yang perlu dimalukan sebenarnya. Hak untuk bersuara adalah hak kita semua, bukan hak pembangkang sahaja.

Ya, ini bukan cerita "orang kahwin pun bukannya esok terus beranak". Ini cerita politik. Cerita politik ni "hari ini cakap lain, esok buat lain". Cerita "hari ini mereka merayu pada kita, esok kita pula kena merayu pada mereka".

Bukannya kita tak nak bagi peluang dan masa, tapi untuk kita bersuara menyatakan pandangan dan kritikan tak perlu tunggu setahun dua, sebaliknya terus je bersuara apabila kerajaan mengumumkan suatu dasar atau melaksanakan suatu tindakan yang kita rasa tidak kena dan tidak wajar.

Kerajaan yang prihatin pasti akan mendengar suara rakyat dan akan mempertimbangkan semula dasar dan tindak tanduk tersebut.

Ingat, kita pilih pemimpin kerajaan untuk mereka berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk rakyat berkhidmat pada pemimpin. Nak cerita pasal khidmat dan sumbangan rakyat pada negara, kita bayar macam-macam cukai pun dah kira suatu sumbangan pada negara.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: rakyat terhutang budi pada pemimpin ahli politik kerajaan bn ph barisan nasional pakatan harapan politician quote before after election sebelum selepas pilihanraya pru

4 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.