Isnin, 24 November 2014

16 Facebook melahirkan generasi muda yang biadab

Media sosial seperti Facebook kini digunakan secara meluas oleh pelbagai lapisan umur, tak kira yang dewasa, warga tua, mahupun yang masih bersekolah menengah dan sekolah rendah, malah lagi hebat, bayi yang belum pandai merangkak pun ramai yang sudah mempunyai akaun Facebook yang dicreate oleh ibu dan bapa mereka, lebih2 lagi kalau bayi itu anak kepada selebriti, jumlah rakan dan follower yang dia ada beratus2 kali ganda dari majoriti pengguna Facebook dewasa. Namun tahukah anda, Facebook ini sebenarnya hanya melahirkan generasi muda yang biadap dan kurang ajar.


Jika di dunia nyata, apabila kita bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan yang lebih tua daripada kita, kita akan akan membahasakan diri mereka abang, kakak, pakcik, makcik, encik, puan, awak dan lain2 panggilan yang sopan, manakala kita membahasakan diri kita dengan panggilan "saya". Dan kita pula akan bercakap dengan seseorang itu dengan bahasa yang baik dan sopan. Itu adalah suatu yang natural dan common sense dalam masyarakat kita.


Namun apabila di dalam Facebook, semuanya berpusing 180 darjah. Di Facebook batasan umur itu seolah2 tidak wujud. Ramai budak2 sekolah ni menganggap orang lain di Facebook semuanya sebaya dengan mereka, malah cara mereka pun berkomunikasi dengan orang yang lebih dewasa daripada mereka pun macam bercakap dengan adik2 mereka sahaja. Common sense di dunia sebenar ternyata langsung sudah tidak valid di dalam Facebook.

Sebab tu aku kadang2 sangat piss off bila berkomunikasi dengan budak2 yang masih bersekolah kat Facebook ni, most of them annoying as fuck. Sudalah menggunakan ejaan shortform bahasa makhluk asing yang hanya budak2 bangang hilang akal je faham, tiada langsung rasa hormat apabila memanggil orang lain yang lebih tua dengan perkataan "kau" walaupun orang itu 20 30 tahun lebih tua dari mereka, malah membahasakan diri dengan panggilan aku atau yang lebih teruk lagi "aq".


Tak cukup dengan itu, kata2 nista, mencarut dan cacian dengan selamba tanpa segan silu dan rasa bersalah terus dihamburkan kepada orang lain yang berbeza pendapat dan pandangan dengan mereka termasuk bila orang yang lebih tua bagi nasihat. Malah aku pernah baca dulu, ada budak dengan selamba badak marahkan mak bapaknya kat Facebook, bukan sahaja membahasakan diri dengan "aku kau" je, malah menggelarkan ibunya babi. Mana pergi adab budak2 sekarang?


Bagi aku sepatutnya budak2 sekolah terutama yang bawah 15 tahun tu diharamkan terus dari guna Facebook, sebab ia bukan sahaja tak mendatangkan apa2 faedah, malah menjadikan budak2 semakin biadap, kurang ajar, keras kepala, degil, hilang pertimbangan, hilang akal, hilang common sense mengenai perbezaan usia serta nilai moral.

Lagipun budak2 sekolah ni, kalau tak tulis benda2 mengarut, mesti menggatal nak cari fake relay, nikah berwalikan Facebook, tayang kebodohan dengan post gambar murahan tengah peluk cium awek, upload gambar geng2 lelaki pakai baju perempuan dengan gaya tergedik2, caci maki orang lain, kutuk mak bapak sendiri, suruh orang like status dan seribu satu sampah lagi. Susah nak jumpa budak sekolah yang boleh berkomunikasi dengan matang dan menulis dengan baik kat FB.





Budak2 dulu juga ramai yang nakal juga, tapi budak2 dulu nak buat nakal atau perkara tak elok selalu dilakukan senyap2 agar tidak diketahui orang lain terutama mak bapak, cikgu dan kawan2, tapi sekarang semua sudah terbalik. Semua benda tak elok yang diorang buat berebut2 post kat Facebook mahu kasi semua orang tahu, tapi bila kena bahan kat page KHK barulah menggelabah tahi.


Dan seriously, daripada budak2 muda ni guna komputer dan Internet hanya untuk mengenali Facebook dan Youtube, lebih baik bagi mereka kenali email, Google, wiki, Excel, Power Point, buat programming pakai HTML, C++, PHP, atau guna software seperti Photoshop, After Effect dan lain2 lagi tools yang berguna dan berfaedah. Ini ada yang bukan main pakar guna Facebook, tapi nak search maklumat pakai Google pun tak reti.




tags: facebook melahirkan generasi muda biadap kurang ajar tiada nilai moral hilang hormat menghormati sifat sikap sopan santun

16 ulasan:

  1. Waktu usia remaja memang fikiran celaru..masih dlm proses nak bentuk jatidiri. Masa tu memang bnyak keputusan dibuat atas pengaruh rakan, tak de pertimbangan yg betul dan tak nmpk apa kesan kepada diri pada masa akan dtg. Bezanya zaman kita remaja dulu..tak ada lagi teknologi dan kemudahan canggih mcm zaman sekrang. Cara penyampaian kita tu lain. Kita buat tingkahlaku nak tunjuk kat org. Sekarang pulak tak payah susah2, taip je..semua org boleh baca komen yg tak pikir panjang...yg tak sedar diri, yg bodoh dan yg menunjukkan betapa budak2 nye dia.
    Nak ubah benda ni memang tak boleh. Kita doa je la smoga biarlah apa yg diluahkan oleh mereka di laman sosial ni tak mendatangkan penyesalan kepada mereka kelak. Biarlah pengajaran yg diperolehi tu mendidik mereka dan tak smpai tahap memusnahkan hidup mereka pada masa depan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi yang penting akua second!!!!!!!! serius pikir balik masa ak umur cam diorang aku lak envi diorang tapi bila ak udah 25++ baru leh ak fhm betapa bodo nya aku...

      Padam
    2. Shrek is love,Shrek is life24 November 2014 pada 5:17 PTG

      Seriously: aku dah lama sedar yg ko tu bodo!

      Padam
    3. Komen yg tepat dan rasional.

      Padam
    4. Salah Najib yang mempromosi facebook secara terbuka!

      Padam
  2. Zombies are going to attack us again!!!!!help!!!

    BalasPadam
  3. Byk dugaan budak2 zaman skrg....tp cuba perhatikan ada jugak budak2 yg jadi org n hormat org tua...semuanya bergantung pada didikan.

    BalasPadam
  4. Kerajaan patut hadkan penggunaan Facebook pada mengutuk Najib & barisan para menteri yang bodoh, memperlekeh macai Ameno & meludah penyokong JDT. Sekian.

    BalasPadam
  5. hm betul tu.. ina setuju sangat.. ina pun sekarang dah stop dah guna facebook sebab ina rasa macam buang masa je buat benda tu, makin ramai haters ada lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai sabrina.. boleh berkenalan.. nnti leh ajar sy main gitar hihi

      Padam
    2. Shrek is love,Shrek is life25 November 2014 pada 7:58 PG

      Ko bajet ko artis/ahli politik ke ada haters bagai?

      Padam
  6. Dulu siapa yang menggila duk promote penggunaan internet dengan tagline " Dunia tanpa sempadan". Dan sekarang anda ada jawapannya kenapa benda macam ni boleh berlaku. Bab facebook pulak,kita boleh ikut contoh terdekat, Vietnam, dorang block terus facebook daripada masuk country dorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol klu blok fb masuk malaysia terus mengamuk orang malaysia ramai2 turun buat perhimpunan "bersih" sebb fb kena block haha2

      Padam
    2. kau tak pernah ada benda bernas nak komen ke?

      Padam
    3. Cakap dekat diri sendiri ke debed?

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.