Saya ada ramai kawan buat MLM dlm FB. I have nothing against them. Masing2 punya cara mencari rezeki.
Cuma yang saya kurang berkenan bila orang2 MLM guna kaedah 'sampai bila nak kerja makan gaji...?'
Orang yang tanya benda ni tak faham satu konsep - orang kerja makan gaji bukan kerja semata mahu duit tapi kepuasan. Passion and satisfaction just like you guys punya passion n satisfaction dalam bisnes online. Sekali korang look down pada laluan kerjaya orang lain yang buat kerja selain bisnes online macam korang, korang sebenarnya dah tidak respect cara orang lain mencari rezeki mereka. And how do you expect people to respect you? Malah, orang akan lebih meluat daripada tertarik nak join bisnes korang.
Sumber gambar |
I respect people who highlight the goodness in their bisnes online rather than condemning other people. Nak pandang rendah pada orang yang income 3-4 kali ganda lebih rendah daripada you? Think again. Think about barakah. Jika mempunyai duit banyak melonjakkan ego kita dengan merendahkan orang lain, lebih baik tak payah kan. You can go live your dreams and try to stay away from us ok?
My point is - nak ajak orang buat bisnes jangan sampai merendahkan kerja orang lain yang tak buat bisnes mcm you. Its annoying tau tak?
Lagi satu jugak nak tegur.
Orang yang jual supplemen. Dulu saya tak nampak trend ni. Jual ok je and masih highlight the goodness of natural foods. Tapi sejak akhir2 ni, nampak beberapa kengkawan yang mula menjadikan seolah supplemen ni sebagai pengganti natural foods. Means dah ambil supplemen itu ini then tak perlu dah nak makan tengahari atau malam dah. Meal replacment katanya.
Well, ayat seperti ini boleh jadi misleading jika tak diterangkan betul2. Supplement is a supplement and meal is a meal. Never switch them. If certain supplement is taken, jangan lupa mention sekali that the natural food is still to be taken but in moderate amount. Apa2 kita nak ambil pun kena moderate. Even supplement. Ada ternampak beberapa rakan yang mention taking supplemen ni adalah sebagai pengganti makan tengahari, makan malam. Bunyi macam dah tak payah ambil sayur, buah, ayam, nasi dan ikan. No matter how natural your product is, it can never beat the true natural form of where it came from.
For example - like vitamin C in an orange. There are thousands of vitamin C tablets out there with many brands but can never beat its true form in an orange. So yeah, go ahead highlight the goodness of your product but never tell them "oh you dont need to take those orange anymore cause those supplement had cover it up for ya"
I see it in this way - buah oren tu Allah yang cipta. Supplement tu manusia yang cipta (yang pemberi ilhamnya adalah Allah). So when you say things like that, its like you're saying supplemet/vitamins ciptaan manusia ni lebih baik daripada natural food ciptaan Allah. Lebih kurang mcm tu la. You guys get what i mean, right?
So fix back the way u guys promo brg supplement tu. Probably u guys dont mean that and i probably misunderstood u guys, but hey, im not the only one with this thinking and u guys might wanna change some few things supaya tak bermaksud mcm tu. I understand dalam kita syok nak promo barang dan hasilnya pun masyukkkk, kita akn terlepas pandang menda2 simple mcm ni. Of course lain orang yang membaca maka lain lah interpretasinya but hey again, i'm just saying, k?
Peluang untuk reflect diri in case korang termasuk dalam golongan yang saya maksudkan di sini.
Saya beri teguran random ni sebagai tanda i care.
Sekian bebelan malam ni.
Goodnight and sweet dreams~
Sumber dari FB Sharifah Zuraiha.
Post di atas telah dishare lebih 3,000 orang. Nampaknya memang ramai juga yang pernah terkena pengalaman macam tu oleh kawan2 MLM mereka. Dan yang pasti orang MLM takkan share post tersebut sebab kena atas batang hidung sendiri.
Macam nilah, semua orang perlukan duit, semua orang mahukan duit, tapi tak semua melihat kehidupan itu hanya untuk duit semata2. Ada orang yang hidup untuk beribadah, ada orang hidup untuk membantu orang lain, ada orang hidup untuk merawat orang lain, ada orang hidup untuk memberi khidmat kepada orang lain.
Seorang doktor mendapat kepuasan setiap kali dapat merawat dan menyembuhkan orang sakit.
Seorang mekanik mendapat kepuasan setiap kali kereta yang dibaikinya pulih.
Seorang arkitek mendapat kepuasan setiap kali melihat hasil kerjanya tersergam indah.
Seorang cikgu mendapat kepuasan setiap kali melihat anak didiknya berjaya dalam pelajaran.
Seorang programmer mendapat kepuasan setiap kali melihat angka orang yang download dan gunakan sistem dan aplikasinya bertambah.
Jika semua orang mahu menjadi agen MLM, mana mungkin sistem masyarakat sosial kita dapat berfungsi dengan baik. Jika doktor, mekanik, arkitek, cikgu, programmer dan lain2 orang semua mahu terlibat dengan MLM sehingga menyebabkan fokus kerjaya mereka terganggu atau berhenti kerja kerana mahu fokus sepenuh masa pada MLM, bagi aku ia satu kerugian besar dalam masyarakat kerana hilang individu yang pakar dan arif dalam bidangnya hanya semata2 mahu cari duit lebih, itu pun melalui skim piramid MLM.
Malah orang MLM sendiri, bila mereka sakit, bila mahu repair kereta, bila mereka mahu buat wiring rumah, bila nak suruh anak belajar, mereka akan cari juga orang yang mereka hina2 dan pandang rendah sebelum ini iaitu orang2 yang bekerja dan pakar dalam bidang tersebut yang rata2 kerja makan gaji atau berniaga sendiri yang normal bukan secara MLM. Oleh itu tak perlu lah nak memandang rendah dan kutuk2 sangat orang lain yang makan gaji yang memberi khidmat kepada masyarakat. Pasal supplemen atau makanan tambahan, tak perlu aku ulas lagi, dah ada dalam post di atas.
Btw korang tahu tak yang skim MLM ni kebanyakannya scam, penipu dan tak kekal lama? Cuba bagitahu aku perniagaan MLM dari 10 tahun lepas masih kekal sampai sekarang? Yang kaya selalunya founder skim dan orang2 atas piramid yang antara terawal join, yang bawah2 ni cuma jadi macai last2 bisnes tutup. Kerja makan gaji tu walaupun gajinya kadang2 tak banyak tapi lebih terjamin untuk jangka masa yang panjang, kerana anda boleh dapat pengalaman, kemahiran, simpanan KWSP, insurancs SOCSO dan yang paling penting berkhidmat kepada orang lain dalam menggerakkan jentera masyarakat.
Akhir sekali, ini tips bagi para MLM / Skim Piramid / Kumpulan Network Cepat Kaya no. 27:
"Jangan cuba tarik kawan jadi downline kalau tak mahu hubungan kawan kena downgrade jadi kenalan."
Lain2 artikel berkaitan:
- Ritual bangang geng2 MLM memperdayakan mangsa
- Melayu lebih percaya Pseudosains berbanding Sains
- Banyak duit nak buat apa, melabur atau berniaga?
- Pelaburan emas delay scam akhirnya tersontot
- Kegagalan orang Melayu dalam mengurus kewangan
- Macai MLM yang terpaksa pertahan penipuan produk
- Habiskan 1/3 harta untuk wangian bukan membazir
- Kenali scam MLM, pelaburan dan skim cepat kaya
- Jenis kawan lama yang asshole
tags: mlm berniaga pandang rendah kerja makan gaji profession profesional pakar scam luahan hati perasaan sharifah zuraiha makanan tambahan supplemen sampai bila nak makan gaji
penah kena dengan LUXOR MLM..wew
BalasPadamakak pon ada join MLM jual Shaklee..tapi akak takkan berhenti kerja tetap akak..sebab akak suka sangat dengan kerja akak loni..Shaklee akak buat as a part time jobs ja.. Kalau buat dapat duit tambahan, kalau tak buat pun akak masih ada gaji tetap..kikiki
BalasPadamShaklee tu MLM ke? Bukan tu memang betul2 jual produk mcm herbalife tu ke?tak salah aku MLM ni jual air liur je dan bukannya ada produk khas pun..sekadar nama je..yg penting duit tu. Betulkan aku jika silap apa yg aku tau
PadamSalam 1rasuah,
BalasPadamMelayu dan shortcut berpisah tiada. Mereka tidak percaya kepada usaha keras seperti kaum cina. Sebab itu cina, Pakistan, Indonesia, Myanmar yang baru datang pun boleh kaya dari mereka. Manakala mereka asyik salahkan orang walhal mereka malas dan bodoh.
Dalam pendidikan mereka nak shortcut, SPM tak mahu score mahu terus ambil degree, sudah dapat ambil degree pakai kuota, tak mahu belajar bersungguh sungguh pula. Attendance minta kawan tanda, assignment buat last minute atau copy paste atau upah orang buat. Malas belajar, ramai ramai datang jumpa lecturer kow tim.
Nak cari kerja mereka malas bersaing mereka nak shortcut. Pakai cable, saudara mara. Masuk cara zalim dengan rampas tempat orang masuk secara adil. Bila ditanya tipu cakap rezeki walhal cable. Berani fitnah Allah cakap itu rezeki.
Dalam berniaga mereka nak shortcut. Jadi kroni aka orang tengah yang kerja makan atas angin beli tanah daripada orang Melayu jual kepada cina, beli ubat daripada kilang jual kepada hospital, bekal barangan kepada agensi kerajaan dengan konsep mark up harga yang tidak munasabah, beli daripada orang awam tanah 4 juta jual kepada agensi kerajaan 14 juta, beli pen 40 sen jual RM 14.
Masuk kerja kerajaan tapi buat bisnes luar maka tak fokus pada kerja, selalu hilang. Suka melabur skim piramid atau jadi ahli untuk paksa beli (mlm). Jual ayat Quran dan sunnah oleh kerana madu ada dalam quran maka di kapak habis habis walhal harga madu dan minyak zaitun di giant berapa ja. Letak tanda rm20 bila customer pegang dan tanya terus di up harganya, ini 25 yang lain 20, yang atas promosi yang bawah tak. Dasar penipu!
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee
bila pandai dah jadi pedo plak kat luar negara.siap ada jual diri lagi.jadi kat mana relevannya KEDEPAN ni?
PadamMLM yang betul kena betul betul rajin Kalau nk rasa kaya.. Kalau kaya tak maintain sales boleh downgrade balik.. Contoh MLM betul ialah AMWAY.. Yang Lain dipasaran tunggu masa rebah..
BalasPadamsetuju. pasal MLM tu, tak semua orang punya minat untuk berbisnes. Dan kena ingat jugak tak semua orang ada rezeki dalam berbisnes. Ada yang terikut kawan, join MLM, pastu income yang dia dapat tak sama macam upline dia dapat. Sebab apa? Sebab rezeki dia dah ditentukan untuk bekerja makan gaji. Its nothing wrong dengan kerja makan gaji.
BalasPadamTentang supplement pulak, memang ada certain penjual yang overclaimed. Kita sebagai pembaca & pengguna kena faham sendiri. Jangan percaya sangat apa yang ditulis.
betul2! setuju..
BalasPadamkekdg jadi mls da nk msj2 dgn diorg ni,..
asik ckp bnda yg sma..nk kya la duit byk la..apa la..
mcm lekeh sgt la bkerja bwah org ni..eii..mmg rsa nk putus kwan..
Tektik nak makan mangsa baru:
BalasPadamKumpul satu meja geng MLM campur sorang mangsa, borak besar dah kaya gila.
Statistik mengatakan yg ramai manusia mati sebab apa yg dia makan yg kebanyakannya berlebihan...jika anda xleh control makanan anda n makan supliment mcm2, xkan banyak mengubah apa2. Jika anda makan secara berhemah, kurang gula n kurang kolestrol...InsyaAllah anda akan sentiasa sihat utk mengejar dunia dan akhirat sekali.
BalasPadamSo....jgn percaya mkn ubatan boleh terus sihat. Even diaorg pun ckp bila makan ubat ini, still kena banyak minum air masak, bersenam, kurgkan makanan berminyak....so apa purpose mkn ubat2 yg dipromote?
Org kaya bila dah kaya xkan menunjuk2 aset dlm FB, kalau terang2 menunjuk dlm FB supaya leh join bisnes mereka, that sonuds fishy already sbb most probally nak cari mangsa utk menjadi lebih kaya. Manusia....selalunya tamak, dah kaya nak kaya lagi.