Halaman

Rabu, 30 November 2016

Orang berjaya pemberi inspirasi bukan penjatuh

Cuba bayangkan, kau seorang yang minat pada muzik. Kau merasa kagum dengan seorang penyanyi yang sangat popular, yang sudah ada banyak lagu yang popular dan mempunyai ramai peminat lalu kau menjadikannya sebagai salah seorang ikon dan sumber inspirasi dalam bidang nyanyian. Kau pun merakam lagu nyanyian kau dan upload di Youtube. Macam-macam lagu kau cover termasuk lagu penyanyi tersebut. Kerana nyanyian kau agak bagus dan sedap, kau pun mula mendapat sedikit peminat dan follower di Internet.

Satu hari, kau menerima satu mesej peribadi di Facebook. Tambah mengejutkan, ia daripada penyanyi yang kau kagum itu! Kau check profile akaun FB itu, memang ia adalah akaun rasmi penyanyi tersebut. Hati kau berdebar-debar, melompat-lompat dengan perasaan "Senpai noticed me!".


Khamis, 24 November 2016

Masalah tempat letak kereta di hospital kerajaan

Selepas makan tengahari, aku ternampak seorang rakan pejabat aku berwajah sugul. Aku tanya kenapa muka masam macam kerang busuk? Dia beritahu baru-baru ini dia pergi hospital, terpaksa bayar tempat letak kereta sebanyak RM100. Aku cakap hospital mana yang cekik darah kenakan bayaran parking sampai RM100?


Isnin, 21 November 2016

Buasir Otak: The Komik - Awakening

Berita baik untuk semua! Sukacita dimaklumkan buku indie kami yang ke-4 telah pun diterbitkan iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING).

Buku kali ini amat berbeza dengan buku yang sebelumnya, di mana ia mengandungi 56 cerita yang lebih berat, menyentuh emosi, mengandungi kisah motivasi dan pengajaran serta kesedaran tentang realiti kehidupan, hasil kolaborasi 56 orang pengkarya.


Sabtu, 19 November 2016

Walau beza ideologi, usah lupa persaudaraan kita

Tiada drama!

Ini predikat yang boleh menggambarkan himpunan Bersih 5 anjuran gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0.

Masuk edisi kelima, himpunan mega kali ini tidak banyak berbeza dengan penganjuran yang lalu.

Bersih 5 menyaksikan individu-individu dari pelbagai lapisan masyarakat dan sosio-ekonomi berkumpul dan berarak untuk menyuarakan lima tuntutan termasuk kerajaan yang bersih, pilihanraya yang bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan kestabilan ekonomi di Malaysia.


Jumaat, 18 November 2016

Apa yang murid sekolah rendah belajar hari ini?

Seperti yang maklum tahu, keputusan UPSR bagi tahun 2016 baru keluar semalam. Seperti yang umum juga tahu, UPSR tahun ini mula menggunakan format baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menyaksikan hanya seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A iaitu 6A. Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu.

Adakah soalan UPSR tahun ini begitu susah sehingga hanya 1.11% sahaja yang mendapat keputusan 6A? Berikut adalah contoh bentuk soalan UPSR bagi subjek BM Kertas 1.

Khamis, 17 November 2016

Suatu masa dulu, kutuk dan sindir Melayu itu cool

Pada suatu masa dulu, mengutuk dan menyindir bangsa Melayu itu cool.

Ramai penulis blog, selebriti media sosial di FB, IG, twitfamous, pelukis komik dan sebagainya meraih populatiri mereka bermula dengan penulisan dan lukisan yang mengutuk dan menyindir bangsa melayu. Malah jika tengok komen-komen netizen di media sosial yang mengutuk dan menyindir kaum melayu pun, biasanya akan mendapat banyak Like dari orang bukan melayu dan orang melayu sendiri.



Rabu, 16 November 2016

Pelajar aliran sains VS aliran bukan sains

Malaysia berdepan masalah kekurangan pelajar aliran sains yang serius yang mampu menjejaskan usaha mencapai status negara maju.

Presiden Akademi Sains Malaysia, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali berkata ketika ini terdapat hanya 90,000 pelajar aliran sains yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jauh kurang berbanding 270,000 yang diperlukan setiap tahun.

Kekurangan itu boleh mengakibatkan jumlah ahli sains yang tidak mencukupi di negara ini.

"Bagi menggerakkan negara ini ke depan, kita memerlukan lebih ramai ahli sains dan jurutera yang lahir daripada mata pelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)," katanya. 



Selasa, 15 November 2016

Fenomena supermoon bukti bumi itu rata bukan sfera

Semalam 14 November 2016 berlakunya fenomena yang digelar Supermoon ataupun Bulan Penuh Perigee di mana bulan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi menyebabkan bulan kelihatan lebih besar daripada biasa. Supermoon kali ini adalah yang paling besar dan terang sejak tahun 1948, bermakna dari 1948 hinggalah tahun 2016, dalam banyak-banyak supermoon, bulan kali ini yang paling hampir dengan planet Bumi kita.


Isnin, 14 November 2016

Menyalahkan orang lain di atas andaian sendiri

Assume.
Assumption.

Andaian. tanggapan. kepercayaan yang direka dan diada-adakan.

Perangai membuat andaian sendiri ini dah biasa kita hadap hari-hari. Orang buat andaian buruk terhadap seseorang hanya kerana dia salah anggap, salah faham dan salah tafsir, kemudian mengecam pula hal buruk tersebut dan menyalahkan orang itu itu walhal dia sendiri yang membuat andaian salah.


Sabtu, 12 November 2016

Iklim politik di Internet tak sama dengan realiti

Seperti yang sedia maklum, Donald Trump yang mewakili parti Republican telah memenangi pilihanraya Presiden di Amerika Syarikat mengalahkan lawannya Hillary Clinton dari parti Democratic seterusnya akan dilantik menjadi Presiden negara itu untuk menggantikan Presiden Barrack Obama dari parti Democratic yang akan habis tempoh penggalnya untuk memerintah. Donald Trump dijangka akan menjadi presiden US yang ke-45 bermula pada 20 Januari 2017.

Ramai yang terkejut dengan kemenangan Trump bukan sahaja di seluruh dunia malah di negara US sendiri. Ini kerana Trump dilihat sebagai seorang yang rasis, anti-muslim, seksis dan lain-lain sifat yang tidak seharusnya ada pada seorang ketua, atau seorang manusia yang baik dan berperikemanusiaan.


Jumaat, 11 November 2016

Andai manusia itu tahu saat tiba ajalnya

Andai manusia itu tahu saat tiba ajalnya...

...mereka pasti tidak akan membuang masa dengan perkara yang sia-sia, tidak akan melakukan kejahatan dan kerosakan malah berlumba-lumba melakukan amal kebaikan serta lebih menghargai masa yang tinggal untuk orang yang tersayang.

Khamis, 10 November 2016

Aplikasi paling dibenci budak-budak sekolah

Kepada ibu bapa yang masih mempunyai anak yang masih bersekolah, tahukah anda yang anda boleh menyemak markah ujian dan peperiksaan anak-anak anda di sekolah?

Anda boleh tahu markah ujian setiap subjek peperiksaan pertengahan tahun, dan peperiksaan akhir tahun dan ujian-ujian lain hanya dengan layari laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS-NKRA) ini dan klik pada pautan Semakan Ibu Bapa.


Rabu, 9 November 2016

Suami berlawan demi cinta isteri berakhir kecewa

Bagi seorang suami atau isteri, tiada yang lebih mengecewakan apabila mereka balik ke rumah setelah pulang dari tempat kerja dengan membawa rezeki untuk keluarga, hanya untuk mendapati teman hidupnya curang bersama lelaki/perempuan lain di rumah mereka sendiri.

Inilah sebuah kisah sebenar yang sempat dirakam sehingga menyebabkan sang suami bergaduh teruk dengan kekasih isterinya sehingga berdarah dan cedera teruk, namun sang isteri tetap memilih kekasih gelapnya sehingga sang suami terpaksa berlalu pergi dengan perasaan yang sangat hampa dan kecewa.

Selasa, 8 November 2016

Murid datang lewat patut denda ibu bapa sekali

"Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar.

"Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya.”

Itu ulasan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, apabila dihubungi, malam tadi.

Dia berkata demikian selepas Harian Metro menunjukkan beberapa gambar kejadian pelajar duduk di atas jalan dalam kawasan sekolah, di Taman Tun Dr Ismail.

Semua gambar, petikan video dan ulasan pengetua SMK Taman Tun Dr Ismail mengenai perkara itu diterima Harian Metro daripada keluarga pelajar, kira-kira 6 petang, 7 November.


Isnin, 7 November 2016

Tajuk berita sampah menghasilkan pembaca sampah

Nora Danish, seorang pelakon wanita tempatan yang pernah aku minati suatu ketika dulu kerana wataknya dalam drama Puteri dengan taglinenya "Kita enjoy!", namanya kini tiba-tiba hangat dikecam netizen kerana dikatakan mahu minta artis diberi pelepasan cukai kerana banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri dalam satu temubualnya bersama akhbar Utusan Malaysia. Walaubagaimanapun dia mendakwa penyampaiannya telah diputar belit.


Ahad, 6 November 2016

Aksi anak muda paling membanggakan abad ini

Gerakan baju merah diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertekad untuk mengadakan demonstrasi berhampiran pejabat Malaysiakini semalam.

Mereka membantah aktiviti pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.

Menurut Jamal, Soros bertanggungjawab terhadap krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan membiayai revolusi di banyak negara di seluruh dunia.


Sabtu, 5 November 2016

Jam Analog VS Jam Digital

Ada orang suka pakai jam analog.
Ada orang suka pakai jam digital.
Ada orang tak suka pakai jam tangan.

Aku pula suka jam digital.


Jumaat, 4 November 2016

Orang lain sekadar normies di mata seorang elitis

Dalam dunia ini, ramai orang yang merasakan mereka begitu istimewa dan lain daripada orang lain.
Kadangkala mereka merasakan diri mereka seorang elitis manakala orang lain hanya sekadar normies iaitu orang kebanyakan/normal yang tiada pengetahuan atau kepakaran dalam sesuatu dalam bidang atau minat mereka.


Khamis, 3 November 2016

Kreativiti adalah anugerah jangan dicemari sampah

Kreativiti adalah anugerah.

Di zaman digital ini orang-orang seni kreatif memiliki kekuatannya tersendiri. Untuk menyampai dan menyebarkan pandangan, ideologi, hiburan atau sekadar mencari perhatian, orang seni kreatif hanya perlu menulis, melukis, menyanyi. mengedit gambar serta video dan sebagainya, lalu dimuat naik di media sosial. Habis cerita.


Rabu, 2 November 2016

Masyarakat tenat lahir dari ketua yang tenat

Masyarakat semakin tenat.
Namun siapa yang membentuk masyarakat tenat?

Ketua.
Pemimpin.

Masyarakat tenat lahir dari ketua yang tenat.


Selasa, 1 November 2016

Sebuah catatan kecil buat sahabat lama

Kawan lamaku...

Ingat tak lagi, ada suatu masa dulu, kita sangat rapat?
Kita lepak sama-sama, bermain sama-sama, mandi sungai sama-sama, belajar sama-sama...
Masa itu kita memanggil antara satu sama lain dengan nama.