Halaman

Isnin, 25 Disember 2017

Kisah bola keranjang dalam HOPS: The Redemption

Seorang pemuda terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain bola keranjang di sebuah taman, mengingatkannya semula sebuah memori silam ketika di zaman sekolah menengah yang sudah lama dia lupakan.

Apakah sebenarnya memori silam itu? Adakah sebuah memori manis atau pahit? Apakah yang sebenarnya yang terjadi kepadanya ketika di sekolah menengah?


Ahad, 24 Disember 2017

Kisah bola keranjang dalam HOPS: The Legacy

Mengisahkan tentang seorang pemuda yang tidak dikenali memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak Tahun 3 yang dibuli oleh kanak-kanak Tahun 5, cara dan teknik bermain bola keranjang untuk mengalahkan pembuli mereka.

Apakah yang bakal berlaku? Siapakah yang akan memenangi perlawanan ini? Adakah kumpulan pembuli atau kumpulan yang dibuli yang akan menang?


Rabu, 20 Disember 2017

Ciri-ciri masyarakat yang sakit, tenat dan parah

Masyarakat kita hari ini, semakin hari semakin sakit.
Semakin tenat bila hilangnya sifat simpati dan empati sesama insan.
Semakin parah bila pudarnya rasa hormat menghormati sesama manusia.
Semakin kronik bila lenyapnya perasaan kasih dan sayang sesama makhluk.

Masyarakat yang sakit boleh memberi kesan jangka panjang seperti barah yang merebak dalam tubuh. Masyarakat yang sakit akan memilih pemimpin yang sakit. Masyarakat yang sakit boleh diwariskan pada generasi akan datang.

Berikut adalah antara ciri-ciri masyarakat yang sakit:

1. Masyarakat itu sakit apabila orang dewasa tidak lagi mampu mendidik orang muda.


Isnin, 18 Disember 2017

Sendiri wujud dan selesaikan isu untuk jadi wira

Sekarang ini siapa-siapa pun boleh jadi wira. Caranya mudah sahaja. Wujudkan suatu isu yang pada asalnya tak perlu wujud pun atau timbulkan masalah yang sebenarnya bukan suatu masalah pun. Lepas ramai orang marah dan tidak bersetuju dengan isu dan masalah tersebut, batalkan isu itu atau selesaikan masalah tersebut lalu klaim kami prihatin dengan masalah anda. Dari dulu sampai sekarang, game dia sama je.


Ahad, 17 Disember 2017

Penggiat komik pencetus pemikiran dan revolusi

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang minggu lepas, Ketua Puteri Umno dalam ucapan pergulungannya telah mengecam sebuah strip kartun yang diterbitkan dalam sebuah akhbar bahasa Melayu yang dianggapnya menjatuhkan wanita.

"Sedang kami sedang sibuk membahas dengan serius cara untuk memenangi pilihan raya, ada cuitan nakal yang merendahkan martabat wanita."

"Dalam ucapan dasar telah saya mengatakan bahawa Islam, sejak dari awal, telah meletakkan taraf wanita sangat tinggi dan memberi mereka ruang yang besar dalam ketamadunan.

"Bagaimanapun, media kita telah mempersendakan perjuangan Puteri (Umno)," kata Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam ucapan penggulungan beliau di Perhimpunan Agung Umno.


Rabu, 13 Disember 2017

Tips komunikasi berkesan untuk elak rasa jengkel

Komunikasi ialah satu proses pertukaran maklumat, perasaan, idea dan fikiran yang berlaku antara seseorang individu kepada individu yang lain dan kadang-kala melibatkan kumpulan yang ramai. Komunikasi juga biasanya berkait rapat dengan hubungan. Komunikasi boleh merapatkan hubungan antara manusia, namun jika silap caranya, komunikasi juga boleh mejarakkan hubungan sesama manusia.

Biasanya bagi orang yang rapat seperti kawan baik dan adik beradik, komunikasi antara mereka biasanya tidak bertapis dan lebih selamba. Tetapi bagi orang yang tidak begitu rapat seperti kenalan baru, pekerja-majikan, orang asing dan sebagainya, mereka tidak boleh berkomunikasi seperti itu. Kita perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh bila berkomunikasi dengan orang yang tidak begitu rapat dengan kita.


Ahad, 10 Disember 2017

Kematangan bukan lesen kebal dosa dan moraliti

Umur 18 tahun dan ke atas sering dikaitkan dengan kedewasaan atau kematangan. Kerana itu bila seseorang dah mencapai usia 18 tahun, mereka boleh melakukan banyak benda seperti menonton filem yang rating 18 ke atas, masuk arked video game 20 sen, masuk kafe siber, boleh hisap rokok tanpa larangan, boleh memandu kereta dan sebagainya. Pemikiran manusia pada usia ini dikatakan sudah sampai tahap matang kerana sudah boleh membezakan hal yang baik dan buruk.



Selasa, 5 Disember 2017

Kenapa orang suka luah masalah di media sosial?

Dalam zaman era teknologi serba moden ini, boleh kata ramai yang mempunyai akses ke capaian Internet, dan ramai orang mempunyai akaun media sosial sama ada Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, malah ada orang yang mempunyai banyak akaun media sosial yang digunakan untuk pelbagai tujuan, dari tujuan peribadi, untuk perniagaan, untuk memberi pandangan tentang isu-isu semasa, malah ada yang mencipta akaun palsu semata-mata untuk troll atau menghentam orang lain.

Namun tak kira siapa dan apa jua tujuan pun mereka menggunakan media sosial, perkara yang biasa kita lihat orang menulis di media sosial adalah luahan, sama ada luahan hati, luahan perasaan atau luahan masalah. Ramai orang memilih media sosial tak kira di akaun sendiri, menulis komen di akaun orang lain, atau confession page yang bersepah-sepah di FB sebagai medium untuk meluah dan mengadu domba apa yang terbuku di dalam hati mereka.


Selasa, 28 November 2017

Gaji bagi seorang perokok sentiasa mencukupi

Sejak kebelakangan ini popular betul cerita tentang kos sara hidup dan berapa pendapatan yang boleh disifatkan sebagai cukup atau tidak. Namun bagi aku orang gaji RM1500 ke, RM2500 ke, RM5000 ke, cukup tak cukup bergantung kepada keperluan perbelanjaan seseorang. Ada orang gaji kecik pun boleh merasa cukup sebab kurang komitmen dan kurang perbelanjaan. Ada orang gaji besar pun masih tidak merasa cukup kerana banyak keperluan dan komitmen.

Tapi kalau seseorang itu mampu beli berkotak-kotak rokok sebulan, tak kira la gaji dia RM2500 ke, RM1000 ke, kecik mana sekalipun gaji dia, aku anggap gajinya cukup bagi seorang perokok.

Sebab apa?


Ahad, 26 November 2017

Kehebatan bukan lesen untuk merasa tinggi diri

Hangat di media sosial tentang wanita yang bergaji RM2,500 sebulan telah pun mempunyai 6 buah rumah pada usia muda. Namun yang lebih diperkatakan bukanlah kejayaan beliau, tetapi sikap yang kurang enak memperkecil dan memandang rendah orang lain terutama golongan muda yang bergaji kecil kerana tidak berjaya sepertinya.

Malah ada juga yang mempertikai ilmu yang diberikan di dalam seminarnya tidak praktikal untuk semua orang kerana melibatkan wang suami, duduk di rumah ibubapa/mertua serta kaedah memberi sewa yang mengaut banyak keuntungan dengan menyewakan rumah kepada ramai pelajar dan mengutip wang sewa mengikut kepala dan sebagainya.

Rabu, 22 November 2017

Pendidikan itu kewajipan bukan pertandingan

Cuti sekolah bakal menjelma tak lama lagi. Semua pelajar sekolah telah menduduki peperiksaan akhir tahun beberapa minggu lepas dan telah pun memperoleh keputusan. Ada yang cemerlang dapat banyak A, ada yang corot dapat banyak E. Ada yang mendapat nombor depan dalam kelas, ada yang dapat nombor belakang dalam kelas. Ada yang dah naik pentas dapat hadiah, ada yang tak datang majlis anugerah kecemerlangan pun sebab tak dapat hadiah. Dari dulu lagi pun sistem pendidikan kita memang macam ni, sejak zaman mak bapak kita masih budak-budak, zaman kita masih kanak-kanak sekolah sehingga zaman anak-anak kita.

Menariknya, ada orang kongsikan di media sosial keputusan peperiksaan akhir tahun anaknya yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, namun masih mendapat nombor 22/32 dalam kelas, dan nombor 93/357 dalam darjah. Kalau semua A pun masih dapat nombor belakang-belakang, rasanya yang dapat nombor 1 dalam kelas dan darjah markahnya semua 100 mungkin. Boleh jadi murid yang mendapat nombor 200 dalam darjah pun masih banyak bilangan A.



Isnin, 20 November 2017

Kisah bola keranjang dalam HOPS: The Beginning

Sebuah cerita lama yang mengisahkan tentang seorang pemain bola keranjang sekolah yang juga pelajar Tingkatan 3 di sebuah sekolah berasrama penuh bertemu dengan seorang pelajar junior Tingkatan 1 yang berbakat sehingga tercetusnya satu perlawanan bola keranjang 1 lawan 1 yang epik di antara mereka.

Apakah yang bakal berlaku? Siapakah yang akan memenangi pertembungan epik ini?


Sabtu, 18 November 2017

32 permainan kanak-kanak zaman dulu

Sebelum zaman permainan video, komputer, notebook, telefon pintar, tablet dan segala jenis gajet, kanak-kanak di zaman 80/90-an terutama di negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia banyak bermain permainan tradisional seperti Batu Seremban, Congkak, Konda Kondi, Teng Teng dan sebagainya. Walaupun zaman dulu tiada Internet, namun permainan-permainan ini tetap boleh tersebar luas ke merata dunia dengan pelbagai nama dan versi tersendiri.

Di zaman serba moden dan berteknologi ini, ada di antara permainan lama ini yang masih diwarisi dan dimainkan oleh kanak-kanak masa kini, ada juga yang hanya dimainkan ketika acara sukaneka atau hari keluarga, namun ada yang sudah pun tenggelam dek zaman dan hanya tinggal kenangan sahaja.


Isnin, 13 November 2017

Nilai kehidupan kita ibarat sebiji batu

Ada suatu kisah, seorang kanak-kanak lelaki berjumpa ayahnya dan bertanya, "Ayah, apakah nilai harga kehidupan saya? Adakah saya ini bernilai atau tidak?"

Ayahnya tidak memberi jawapan dan hanya memberi satu batu kecil dan berkata, "Anakku, kamu ambil batu ini dan cuba jualkannya di pasar malam. Jika ada sesiapa yang bertanyakan harga batu tersebut, jangan jawab apa-apa sebaliknya hanya tunjukkan 2 jari sahaja, tetapi jangan jualkannya dan kembali kepada ayah semula untuk beritahu berapakah nilai batu itu."


Jumaat, 10 November 2017

Perlumbaan epik demi merebut gelaran Raja Drift

Teknik drift atau meluncur menggunakan kereta adalah satu teknik pemanduan yang popular dalam dunia permotoran dan perlumbaan bermotor. Biasanya teknik drift dilakukan ketika mahu masuk ke selekoh, di mana kereta akan meluncur dengan tayar belakang menggelincir dan badan kereta menyenget untuk masuk ke selekoh sambil mengekalkan kawalan kereta dan kelajuan output yang tinggi.

Ada lagenda dalam sukan permotoran bawah tanah di mana terdapat seorang perempuan yang sangat hebat dalam teknik drift sehingga beliau digelar Raja Drift. Lama memegang gelaran itu, muncul seorang pemuda ingin mencabar Raja Drift tersebut dalam sebuah perlumbaan kereta demi untuk merampas gelaran tersebut.

Berjayakah pemuda itu dinobatkan sebagai Raja Drift yang baru?


Khamis, 9 November 2017

Buasir Otak: The Muzik - Pergi

Banyak perkara aku minat. Salah satunya adalah muzik. Aku boleh layan macam-macam genre muzik. Aku boleh dengar lagu Melayu, lagu bahasa Inggeris, lagu loghat negeri, lagu Indonesia, lagu Jepun dan lain-lain bahasa asalkan melodi dia sedap ikut halwa telinga aku. Dulu aku pernah juga nak ada band atau kumpulan muzik sendiri, nak cipta lagu sendiri, tapi memandangkan aku tak berapa pandai main alat muzik, dan suara aku pula tak sedap macam Khai Bahar, terpaksa aku lupakan dan menyanyi dalam kereta dan tandas sahaja.

Tapi sekarang dengan kewujudan pelbagai teknologi, alat muzik sudah boleh dimainkan dengan menggunakan komputer, suara juga sudah boleh diubah pitch menjadi suara chipmunk, muzik video pun boleh dibuat sendiri dengan pelbagai perisian, maka terhasillah lagu sulung aku yang berjudul "Pergi".


Rabu, 8 November 2017

Penjelasan tentang sel kanser takut bawang putih

Hari ini dalam beberapa group Whatsapp aku dapat mesej tentang sel kanser yang dikatakan takut kepada bawang putih tetapi suka pada cincin emas. Mesej tersebut disertai dengan video yang tidak diketahui asal usulnya yang memaparkan demonstrasi bagaimana sel kanser tersebut melarikan diri dari bawang putih dan mendekatkan diri pada cincin emas serta diiringi sekali dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran.


Isnin, 6 November 2017

Apabila Pulau Pinang lumpuh dilanda banjir besar

Semalam Pulau Pinang lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.

Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi juga menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.


Jumaat, 3 November 2017

Bajet 2018: Apa yang golongan pertengahan tunggu?

Genap seminggu berlangsungnya Pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Razak yang bertemakan "Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50". Boleh rujuk semula artikel "Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2018" ini.

Beliau menyifatkan Bajet 2018 ini sebagai Ibu kepada Segala Bajet, dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM280.25 bilion, jumlah yang terbesar setakat ini. RM234.25 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Disebabkan Belanjawan atau Bajet Negara 2018 ini adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) tahun depan, ada satu benda je yang aku tunggu-tunggu sebenarnya. Aku dah tak peduli dah pasal benda lain, pasal imbuhan kepada penjawat awam ke, pasal BR1M ke, pasal TEKUN ke, sebab benda-benda tu takde kaitan dengan aku dan aku tak layak nak dapat pun. Aku cuma tunggu satu benda je, dan aku yakin ramai golongan pertengahan yang tak layak dapat BR1M pun sama tunggu benda ni:


Khamis, 2 November 2017

Meraih populariti dengan kualiti bukan mudah

Rancangan Asia's Got Talent minggu lepas menyaksikan seorang peserta dari Malaysia iaitu  Mafarikha Akhir yang juga merupakan Naib Johan rancangan program realiti Vokal... Bukan Sekadar Rupa yang bersiaran 6 tahun lepas menerima tepukan gemuruh penonton dan tiga juri Asia's Got Talent iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park memberikan 'standing ovation' selepas persembahan memukaunya menyanyikan lagu Hero nyanyian asal Mariah Carey.


Rabu, 1 November 2017

Hubungan ketua dan orang bawahan hanya sementara

Ketika di alam pekerjaan, dalam apa jua organisasi seperti syarikat swasta, jabatan kerajaan, parti politik, badan NGO dan sebagainya, pasti akan ada orang yang jadi ketua, ada orang jadi yang orang bawahan.

Ada yang jadi ketua tanpa ketua di atasnya, ada yang jadi orang bawahan yang paling terbawah.
Ada yang jadi ketua kepada orang lain tapi menjadi orang bawahan kepada orang lain.
Ada juga yang jadi orang bawahan kepada orang lain tapi jadi ketua kepada orang yang lain.


Isnin, 30 Oktober 2017

Panduan kahwin bajet untuk simpan duit beli rumah

Semua orang nak kawin di atas kayangan. Pelamin ala-ala cerita hindustan. Tapi jimat cermat untuk kawin itu lebih berkat dan disayang.

Berikut adalah panduan buat bakal pengantin yang nak beli rumah awal lepas kawin.


Jumaat, 27 Oktober 2017

Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada hari ini, Jumaat, 27 Oktober 2017. Intipati Belanjawan 2018 ini bertemakan "Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50".

Berikut adalah antara ringkasan dan rumusan intipati bagi Pembentangan Bajet 2017:

Khamis, 26 Oktober 2017

Bolehkah fikiran mengingati semula bau dan rasa?

Lihat.
Dengar.
Hidu.
Rasa.

Di dalam otak kita, kita mudah untuk menggambar dan menjelmakan sesuatu yang kita pernah lihat dan dengar. Kita boleh membayangkan dalam fikiran kita perkara yang kita lihat seperti rupa orang, rupa makanan, bentuk objek, kenderaan, tulisan, filem, warna dan sebagainya. Kita juga boleh mengulangi dalam minda kita perkara yang kita dengar seperti suara, melodi, lirik lagu, percakapan, bunyi haiwan, bunyi kenderaan dan sebagainya.


Isnin, 23 Oktober 2017

Masa berlalu meninggalkan ingatan dan kenangan

MASA BERLALU
 
Waktu dulu itu
Seronoknya bermain
Gembiranya berkawan
Semangatnya belajar
Manisnya bercinta


Selasa, 17 Oktober 2017

Impian yang gagal bukanlah untuk selamanya

Semua orang ada impian.
Semua orang memiliki cita-cita.
Setiap orang mahu mencapai impian mereka dan mengharapkan ia menjadi realiti.

Akan tetapi hakikatnya tidak semua mampu memperoleh apa yang mereka impikan.
Tidak semua orang akhirnya berjaya menemukan cita-citanya akibat gagal di tengah jalan.

Namun andai anda gagal menggapai impian anda, usahlah kuburkan impian tersebut bersama anda, sebaliknya wariskanlah impian tersebut kepada generasi baru.

Curahkan ilmu dan bakat yang anda ada kepada mereka. Berikan bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan kepada anak-anak muda agar generasi akan datang akan terus maju dan membina kejayaan.

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Impian Yang Gagal oleh Nikey Ze.


Ahad, 15 Oktober 2017

Masa untuk Cabaran Komik Online Malaysia 2017 MatKomik

Berita baik untuk penggiat komik tanah air tak kira tua atau muda, masih bersekolah atau bekerjaya, amatur atau professional. Acara tahunan anjuran Matkomik yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis komik dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema yang tertentu kini kembali lagi iaitu Cabaran Komik Online Malaysia 2017 (CKOM2017).

Pada CKOM kali ini, pelukis dikehendaki menghasilkan komik berdasarkan tema 'SUKAN'. Apa saja jenis sukan kecuali BOLA SEPAK.

Tarikh tutup: 15 Disember 2016 jam 12:00 AM.

Baca lebih lanjut tentang pertandingan ini di sini → http://bit.ly/CKOM2017
Download Syarat dan Peraturan → http://bit.ly/rulesCKOM2017


Khamis, 12 Oktober 2017

Pengajaran kes doktor gigi palsu lulusan Youtube

Hangat di berita dan media sosial tentang seorang gadis graduan Kolej Vokasional yang diperintah membayar denda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen, Januari lalu.

Tertuduh Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, menukar pengakuan kepada bersalah semalam, sebelum disabit hukuman hari ini, di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, 10.15 malam, 25 Januari lalu.


Ahad, 8 Oktober 2017

Elemen utama dalam pemasaran drama dan filem

Baru-baru ini berita akhbar melaporkan terdapat 9 filem tempatan bahasa Melayu dan Tamil tak laku bermula dari Januari hingga Ogos tahun ini. Semua filem tersebut yang dihasilkan di bawah Skim Wajib Tayang (SWT) hanya mampu memperoleh kutipan di bawah RM20,000. Filem Melayu yang terlibat adalah Mendidih Bro, Spy In Love, Kamar Seksa, Kerja Kahwin, Hijabsta Ballet dan Pencuri Hati Mr Cinderella yang mendapat kutipan di antara RM4,000 hingga RM19,000 sahaja.

Selasa, 3 Oktober 2017

Mempersalahkan mangsa lebih daripada pemangsa

Antara pemangsa dan mangsa.
Pencuri dan yang dicuri.
Peragut dan yang diragut.
Pembunuh dan yang dibunuh.
Pembuli dan yang dibuli.
Perogol dan yang dirogol.
Penindas dan yang ditindas.


Ahad, 1 Oktober 2017

100 kata-kata hikmah untuk renungan bersama

100 kata-kata hikmah untuk renungan bersama


1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Selasa, 26 September 2017

Narsisistik: Merasa kagum terhadap diri sendiri

Narsisistik.

Narsisistik atau narcissistic adalah sejenis gangguan/kecelaruan personaliti atau personality disorder di mana seseorang itu cenderung untuk memuja, obses atau me­nga­gumi diri sendiri secara berlebihan. Orang yang mempunyai personaliti ini sentiasa mahu orang lain rasa kagum dengan dirinya, merasakan dirinya jauh lebih penting dari orang lain, sentiasa merasakan dirinya betul, sentiasa mahu menang dan tidak mahu mengakui kekalahan dalam apa jua perseteruan serta memiliki daya empati yang rendah terhadap orang lain. Dia merasakan dunia ini hanya berkisarkan tentang dirinya semata-mata.


Sabtu, 23 September 2017

Rupa luaran bukan menggambarkan apa di dalam

Di zaman teknologi ini betapa mudahnya manusia menghukum dan membuat kesimpulan walau sekadar melihat dari rupa luaran sahaja, dan betapa sibuknya manusia membuat fitnah dengan orang yang langsung tiada kaitan dengan dirinya.


Isnin, 18 September 2017

Tragedi kebakaran pusat tahfiz suatu pengajaran

Pagi Khamis yang lalu negara dikejutkan dengan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang menyebabkan lebih 20 orang terkorban. Kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Teori awal pihak Bomba berkata berkemungkinan kejadian berpunca daripada litar pintas, namun kemudiannya mengesahkan yang ia bukan disebabkan litar pintas sebaliknya perbuatan khianat setelah penemuan 2 tong gas di tempat kejadian. Ia dikuatkan lagi dengan rakaman CCTV bangunan sebelah. Hasil siasatan pihak polis mengesahkan kebakaran itu dilakukan oleh 7 orang suspek yang berusia antara 11 hingga 18 tahun.


Sabtu, 16 September 2017

Hari Malaysia: Tiga hati menjadi satu

Masyarakat majmuk bersatu padu
Hidup bersama aman bahagia
Tiga hati menjadi satu
Selamat menyambut Hari Malaysia


Khamis, 14 September 2017

Kuliah terakhir panduan untuk hidup yang lebih baik

Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada tahun 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" atau "Kuliah Terakhir" pada tahun 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.


Isnin, 11 September 2017

Himpunan slang orang Malaysia yang tiada dalam kamus

Orang Malaysia banyak menggunakan slanga atau slang di dalam perbualan dan percakapan harian. Ada slang yang berasal dari perkataan bahasa Melayu, Cina, India dan Inggeris, ada juga yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Slang merujuk kepada penggunaan tutur kata dan ungkapan tidak rasmi dalam suatu bahasa. Ia sering digunakan untuk di kalangan kawan rapat, orang muda, malah semua peringkat umur dan kumpulan sosial.

Berikut adalah 30 himpunan slang orang Malaysia yang tiada di dalam kamus atau  mungkin ada dalam kamus namun mempunyai maksud dan penggunaan berbeza daripada makna asalnya. Slang ini banyak digunakan oleh orang Malaysia di kalangan generasi-X, Y atau Z yang mana ada yang masih lagi sering digunakan sehingga kini dan ada juga yang sudah jarang dituturkan.


Jumaat, 8 September 2017

Kenapa warga asing suka tinggal di Malaysia?

Negara Malaysia.

Walau ramai yang merasakan negara kita ini banyak kekurangan berbanding negara lain, tambah lagi dengan pelbagai isu yang tak menyeronokkan kedengaran setiap hari, namun sebenarnya negara kita ada banyak juga kelebihan dari negara lain. Malah kalau tanya pelancong atau warga asing yang datang ke Malaysia untuk belajar atau bekerja, ada yang rasa negara kita lebih baik dan menyeronokkan dari negara asal mereka, malah ada yang tak nak balik pun dan nak duduk Malaysia terus. Sebab tu negara kita jadi tempat lambakan warga asing.


Rabu, 6 September 2017

Orang biasa cari peluang, orang hebat cipta peluang

Zaman dulu nak menjadi atau dapatkan sesuatu agak susah. Kita kena pandai cari peluang dan berharap pada orang lain. Nak cari kerja kena tunggu iklan kat suratkhabar. Nak buat bisnes kena banyak belajar, tahu jalan dan kenal ramai orang. Nak jadi penyanyi, kena pergi ujibakat, kena masuk rancangan realiti, kena kenal orang dalam. Nak jadi kartunis, kena hantar karya kat majalah komik untuk dinilai dan bersedia untuk direjek. Nak jadi penulis buku, kena tulis manuskrip dan hantar kat penerbit buku. Nak cari bakal isteri, kena mengurat awek kat tepi stesen bas, kawan satu kuliah atau mak bapak carikan.


Khamis, 31 Ogos 2017

Ketepi segala perbezaan dan raikan persamaan

Kita mungkin banyak perbezaan. Berbeza kaum, agama, keturunan, warna kulit, negeri, jantina, darjat, ideologi dan sebagainya.

Namun usahlah diperbesarkan titik perbezaan kerana ia hanya membawa kepada perpecahan, sebaliknya carilah titik persamaan yang membawa kepada perpaduan dan kekuatan.

Persamaan kita sebagai warganegara Malaysia, warganegara Malaysia.


Rabu, 30 Ogos 2017

Apabila menuntut ilmu sekadar untuk peperiksaan

Zaman sekarang kebanyakan orang belajar dan menuntut ilmu di sekolah, di kolej, di universiti dan lain-lain institusi pendidikan bukanlah kerana benar-benar cintakan ilmu sebaliknya hanya sekadar untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Habis sahaja ujian, terus lupa banyak ilmu yang dipelajari. Kerana itu juga ada orang hari ini yang sekadar 'book smart' atau cemerlang dalam akademik tetapi tidak mahir atau cekap apabila masuk alam pekerjaan, kerana mereka tidak tahu bagaimana nak mengaplikasikan apa yang mereka belajar dalam pekerjaan sebenar.


Khamis, 24 Ogos 2017

Surat untuk saya yang dulu 10 tahun lepas

Assalamualaikum,

Sihat?

Rasanya ya, memandangkan awak pun selalu sahaja lepak sekolah lama-lama sampai lewat petang. Tak apalah. Bagaimana dengan kehidupan sekarang? Agak teruk? Tak apalah. Bagaimana dengan cita-cita? Masih tercari-cari? Tak mengapalah. Mungkin agak pelik kenapa selalu sahaja saya kata "tak apa"? Saya faham kesusutan itu dan saya faham juga awak marah kepada saya kerana macam main-main. Sebenarnya, saya cakap kerana itulah, semuanya akan OK.

Kenapa saya tulis surat ini?


Rabu, 23 Ogos 2017

Carilah jodoh yang sekufu atau sama lingkaran

Lelaki dan perempuan.
Ramai orang mahu bercinta.
Ramai orang mahu berkahwin.
Ramai orang mahu rumahtangga bahagia hingga akhir hayat dan hingga ke jannah.
Namun tak semua orang dapat mencapai impian mereka.


Ahad, 20 Ogos 2017

Pengajaran kisah warga Malaysia samseng di Jepun

Rata-rata ramai yang dah tahu isu tentang 3 orang anak muda Malaysia yang bersikap samseng bertelingkah dengan pekerja sebuah penginapan di Jepun yang juga merupakan orang Malaysia disebabkan mereka tidak mematuhi peraturan di situ. Akibat ditegur, mereka telah memaki dan mengherdik pekerja tersebut, salah seorang daripadanya menumbuk dinding, malah ada yang meninggalkan tahi di bilik mandi.

Difahamkan juga salah seorang daripada mereka merupakan seorang perantis muda yang berbakat besar dalam bidang fotografi dan telah menyertai pertandingan anugerah fotografi antarabangsa. Rentetan dari isu ini, mereka semua dikecam oleh netizen kerana imej dan tanggapan buruk yang mereka berikan serta impak yang mungkin berlaku kepada pelancong warga Malaysia di Jepun.

Maka apa pengajaran yang kita boleh dapat dari isu ini?


Jumaat, 4 Ogos 2017

Kenapa peduli sedang ia hanya menyakitkan?

KENAPA PEDULI?

Ada ketika
Saatku cuba
Saatku bangun
Saatku bangkit
Saatku berharapan

Ia datang
Menolakku
Memijakku
Menggangguku
Menghantuiku


Rabu, 2 Ogos 2017

Lindungi maruah orang tersayang di media sosial

Pernah suatu ketika dalam fasa hidup aku ketika aku masih guna identiti sebenar, aku suka tulis macam-macam di media sosial.

Suka luahkan perasaan.
Suka bagi komen merapu.
Suka bergosip mengutuk orang kat post viral.
Suka troll orang.
Suka buat provokasi.
Suka jadi batu api.
Suka cetuskan perbalahan.
Suka tengok orang triggered.
Suka makan popcorn tengok orang lain bergaduh.
Suka kutuk orang yang aku sendiri tak kenal.
Rasa gembira bila jadi popular dan mula dikenali ramai.

Namun sampai satu tahap, aku berhenti lalu alter ego ini mengambil alih. Malah aku terpaksa menjadi lebih berhati-hati apabila mahu menulis sesuatu di media sosial.

Kenapa?


Selasa, 1 Ogos 2017

Lahir sebagai lelaki akan mati sebagai lelaki

Orang yang lahir sebagai lelaki, matinya juga sebagai lelaki.
Orang yang lahir sebagai perempuan, matinya juga sebagai perempuan.

Tidaklah salah bagi seorang lelaki bersifat lembut dan mempunyai minat yang cenderung kepada wanita. Tidak salah juga bagi seorang wanita yang bersifat keras dan mempunyai minat yang cenderung kepada lelaki.

Namun janganlah sehingga mahu menyerupai kaum berlawanan, mengubah jantina, mengamalkan hubungan songsang dan sebagainya. Usahlah terpengaruh dengan nafsu, bisikan syaitan dan pemikiran barat.

Ingatlah ibu bapa anda, keluarga anda, dan juga Allah Taala. Sesungguhnya tubuh badan kita bukanlah hak milik mutlak kita, sebaliknya hanya sekadar suatu pinjaman di dunia yang sementara ini. Mungkin sekarang kita akan rasa gembira namun di penghujung usia kelak pasti timbul penyesalan.

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Taubat Seorang Lelaki oleh Liana.


Ahad, 30 Julai 2017

Lelaki jika menangis masih lagi lelaki

Macam semua tahu penyanyi vokalis sceamo Linkin Park, Chester Bennington telah bunuh diri di estetnya pada 20 Julai 2017. Ramai juga yang terkesan dengan kehilangannya memandangkan mereka antara pemuzik Nu-Metal yang meletup pada awal 2000-an dan banyak juga muzik mereka yang digemari ramai terutamanya dua album terawal mereka (Hybrid Theory dan Meteora).

Rabu, 26 Julai 2017

Kemurungan boleh berlaku pada semua orang

Kesedihan. Kekecewaan. Keperitan.
Keresahan. Kebimbangan.  Kesakitan.
Kepayahan. Masalah. Tekanan.

Sindrom di atas boleh menjadi punca seseorang itu untuk mengalami depresi atau kemurungan. Ia boleh berlaku pada semua orang tanpa mengira kaum, agama, warna kulit, status, tahap pendidikan, taraf ekonomi, jenis pekerjaan dan sebagainya, termasuklah orang yang sering memberi motivasi dan menjadi inspirasi pada orang lain. Kadang-kadang luaran nampak kuat, ceria dan gembira tetapi di dalamnya sedang bertarung dan bergelut dengan raksasa yang ada dalam diri.

Jumaat, 21 Julai 2017

Legasi Linkin Park dan kematian vokalis utamanya

Linkin Park dan kematian vokalisnya Chester Bennington.

Walaupun aku bukanlah peminat setia Linkin Park, tetapi aku membesar dengan lagu-lagunya terutama ketika aku masih belajar di universiti sekitar awal tahun 2000 dahulu terutama dari 2 album pertama mereka iaitu Hybrid Theory dan Meteora. Lagu-lagu seperti "Crawling", "One Step Closer", "Papercut", "In The End", "Somewhere I Belong", "Faint", "Numb", "Breaking The Habit" dan beberapa lagi aku masih boleh ingat melodi dan rentaknya walaupun aku tak dengar lagu-lagu itu dalam suatu tempoh yang agak lama.