Aku rasa dah banyak kali aku tulis tentang teguran di media sosial ini, dari teguran secara baik sampailah teguran dengan keras dan sentap. Seperti yang kita tahu, sebaik-baik cara dakwah adalah dakwah mengikut cara Nabi. Tapi kali ini aku nak highlight sedikit satu jenis teguran yang biasa lelaki Melayu buat iaitu teguran secara melucah.
Gambar hiasan |
Berikut adalah contoh teguran yang lucah di media sosial yang viral di Twitter baru-baru ini:
Sumber dari Twitter Raha Azlan.
Lelaki Melayu, aku minta tolong sangat-sangat, nak nasihat orang ke nak berdakwah ke, tolong jangan lucah. Lucah dan dakwah benda tu tak boleh seiring. Jangan sesekali gunakan agama sebagai lesen untuk melucah kepada orang lain terutama kepada kaum wanita apatah lagi orang yang kau tak kenal langsung pun. Tulis ayat-ayat lucah, harap dia kena rogol. Serius macam orang sakit otak dan delusional aku tengok.
Lelaki macam kau ni lah yang membusukkan imej kaum lelaki, orang Islam dan juga para pendakwah secara amnya. Apa kau ingat dengan melucah tu orang yang menerima teguran tu akan lebih sedar dan dekat dengan agama? Sebaliknya mereka akan lebih benci kepada lelaki melayu, orang Islam, orang alim dan ustaz-ustaz lalu melabelkan semuanya sama perangai macam kau. Kalau kau nak melucah sangat jangan kaitkan dengan agama dan kata teguran lucah yang kau buat tu atas nama dakwah.
Maka sebelum kau rasa begitu bangga dan gah dapat tarbiah dan berdakwah kepada orang lain dengan kelucahan kau, lebih baik kau perbaiki diri kau tu dulu, belajar cara menghormati orang dan cara kau menasihati orang lain.
Baca juga artikel yang berkaitan berikut:
- Dilema seorang muslim ditentang muslim yang lain
- Respon terhadap teguran di dunia realiti dan maya
- Usah bencikan agama kerana kelemahan penganutnya
- Sejak bila nasihat ditafsir sebagai menghukum?
- Jenis-jenis teguran oleh orang Melayu
- Buatkan orang suka pada Islam, bukan semakin benci
- Dakwah untuk membimbing atau sakitkan hati orang?
- Apabila menegur tutup aurat dianggap gila seks
- Kerumitan menegur dan menasihat di media sosial
- Tak perlu kurang ajar dalam menyampai mesej baik
- Memalukan orang lebih syok daripada menasihatinya
- Dakwah bukan eksklusif di masjid dan surau sahaja
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: tarbiah dakwah tegur nasihat melayu lelaki perempuan wanita lucah rogol penunggang agama
oOok.
BalasPadamproooOottT d muka denoutantei lega baq ungx
Padam-siroslan-
Wei denau kalau stakat nk komen ok bek x payah..puih!
BalasPadamserius sakit mental laki mcm ni..
BalasPadamnoob aku rasa mungkin ko boleh publish balik entri2 bagus dalam ni kat media sosial lain biar reach tinggi dan orang share..
hmm, tp nanti orang kopipes pulak ko punya artikel kan..
mungkin diorang nak buat ala tarbiah sentap deepp.. tapi matlamat tak seiring dengan cara dakwah.. ada banyak lagi cara untuk kita berdakwah
BalasPadamStim jap dgr message kat atas ni..
BalasPadamPpuan ni senang je nak check x silap, kalau laki 2 jenis type ppuan tu suka..laki 2 mengatal ke, taskirah ke, tunjuk macho n seksi ke ppuan tetap suka...tp kalau mmg type x suka, ckp satu patah pun xnak dgr, pandang pun xnak, tersentuh sikit kata niat nak merogol.
Sabar je la kaum laki. Kalau niat baik, dpt la yg baik2.