Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penerima yang layak sebanyak dua kali setahun, mulai tahun depan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kaedah penyaluran BR1M juga kemungkinan dibuat melalui transaksi terus kepada akaun bank penerima.
Halaman
▼
Isnin, 30 September 2013
Gambar seksi yang ditinggalkan setelah mati
Semua orang pasti akan mati, tak kira orang tua, muda, masih bersekolah, bayi dalam kandungan, kalau dah sampai ajal pasti akan mati. Tapi kalau dah tahu korang akan mati satu hari nanti, boleh tak jangan tinggalkan wasiat yang menyusahkan orang lain suruh orang lain block, hack dan delete Facebook kau yang penuh dengan gambar seksi dan status2 mengarut? Boleh tak kau delete je gambar2 tu sekarang sementara kau masih hidup, tak pun delete je akaun Facebook tu.
Ahad, 29 September 2013
Segmen Terjah Blog Awekz #23
Segmen menerjah blog awek kembali untuk siri ke-23. Takde apa aku nak explain dah sangat pasal segmen ni, cuma aku perasan kebanyakan blog takde widget yang agak power iaitu Linkwithin. Widget ini bagi aku sangat berguna dan penting untuk menarik pembaca membaca entry2 yang lama seterusnya meningkatkan pageview dan hits kerana ia akan mencadangkan kepada pembaca post dan artikel2 yang lama yang berkaitan dengan entry yang ditulis secara automatik di bahagian bawah setiap entry. So siapa yang tak install lagi sila install sekarang.
Sabtu, 28 September 2013
Budak yang dulu bukanlah yang sekarang
Jumaat, 27 September 2013
Surat buat Dato' Seri Najib Razak
Assalamualaikum Dato’ Seri. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya maju dan menambahkan kekayaan di negara sendiri. Dato' Seri mungkin masih belum berkesempatan untuk membaca surat ini selepas baru sahaja berjumpa dengan Mark Zuckerberg, pengasas Facebook di Twitter HQ.
Khamis, 26 September 2013
KTMB - Sistem e-ticketing yang SANGAT CEMERLANG
Aku berniat nak beli tiket ETS untuk balik Ipoh. Memandangkan nak sahut seruan Menteri-menteri bodoh supaya menjimatkan penggunaan RON 95, aku pun melayari laman web KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) yang sejarahnya tak perlu di ceritakan lagi. Boleh goolge dan nilaikan sendiri.
Perbelanjaan Minyak dan Tol balik Ipoh dengan kadar petrol sekarang
Petrol pergi dan balik = RM 100.00
Tol Pergi dan balik : RM 52.60
Jumlah : RM 152.60
Wah, bila naik ETS ( Electronic Train System) wah...Pergi balik cuma RM 70.00!!! Jimat 80 ringgit.
Aku pun surf website http://www.ets-train.com.my/web/ets/
Eh..eh...
Petrol pergi dan balik = RM 100.00
Tol Pergi dan balik : RM 52.60
Jumlah : RM 152.60
Wah, bila naik ETS ( Electronic Train System) wah...Pergi balik cuma RM 70.00!!! Jimat 80 ringgit.
Aku pun surf website http://www.ets-train.com.my/web/ets/
Eh..eh...
Memahami personaliti dengan ujian Myers Briggs
Kenapa ada pasangan yang dah lama kenal dan kahwin pun masih lagi sering berbalah, tiada sefahaman dan sukar memahami antara satu sama lain? Kenapa anda susah nak memahami perangai rakan anda dan ada rakan anda yang sukar nak memahami sikap anda, malah ada yang kerja satu pejabat tapi nak bercakap pun tak boleh? Ini semua kerana kita tidak memahami jenis personaliti mereka dan mereka juga tidak memahami jenis personaliti anda.
Rabu, 25 September 2013
Jaga maruah suami dengan menghormati orang lain
Kaya, terkenal, popular, hebat, berstatus bintang bukan tiket untuk kita merasa tinggi dan besar di bumi Tuhan ini. Apabila seseorang yang kaya dan berdarjat tinggi bertindak memperlekeh, menghina dan memandang rendah orang yang lebih bawah daripada mereka, mereka sebenarnya telah tewas, hilang kehormatan serta maruah diri.
Selasa, 24 September 2013
Teguran untuk diselesaikan, bukan untuk dituding
Sebelum ini aku dah banyak kali menulis entry yang menegur, mengkritik dan memberi pandangan aku mengenai dasar, tindakan dan kenyataan daripada pemimpin kerajaan yang aku rasakan ada kepincangan, kelemahan, tidak betul, mengarut dan merepek, yang terbaru pasal harga rumah yang semakin melambung gila babi tapi kerajaan tak boleh nak kawal.
Isnin, 23 September 2013
Harga rumah yang semakin tak masuk akal
Bumi Malaysia ini milik siapa? Adakah milik kerajaan, raja atau rakyat? Yang pasti, ia memang hak milik mutlak Tuhan, kita semua hanya pinjam buat sementara sahaja. Namun, dikala menumpang di sebuah bumi bertuah di nusantara ini, aku percaya semua orang memasang impian untuk memiliki rumah sendiri di tanah air sendiri. Akan tetapi, dengan situasi sekarang, ia seakan2 mustahil bagi kebanyakan orang.
Ahad, 22 September 2013
Segmen Terjah Blog Awekz #22
Macam biasa, minggu ni 10 lagi blog awekz untuk diterjah dan direview. Siapa yang nak masuk segmen ni boleh komen kat bawah, cuma make sure ada profile dan foto blogger, tak kisah la muda, tua, bujang, dah kawin, tengah belajar kat IPT atau dah kerja dan yang paling penting, seorang perempuan. Satu tips untuk para blogger, kalau boleh add widget Blog Archive atau Arkib Blog, dengan ini pembaca mudah nak browse dan navigasi blog anda instead of terpaksa tukar page 1 by 1 dengan klik Older Posts/Catatan Lama.
Jumaat, 20 September 2013
Kerja dengan bijak, bukan bekerja dengan keras
Halim bekerja sebagai seorang akauntan di sebuah syarikat milik kerajaan (GLC). Satu hari, apabila jam menunjukkan 5.30 petang menandakan tamatnya waktu bekerja, beliau terus mengemas meja dan berjalan ke arah mesin perakam waktu. Beliau telah menyelesaikan semua kerja dan tugasnya pada hari tersebut dan bercadang untuk pulang ke rumah.
Khamis, 19 September 2013
Orang yang jakun, sakai dan batak
Suatu malam yang sadis, di sebuah restoran di bandar Daejon, Korea, Jong Hae Hae bersama kekasihnya Shin Seo Seul sedang menikmati hidangan makan malam mereka Kimchi Bokumbop berserta Gopchang Jeongol dan Soondae. Kemudian, Shin Seo Seul berkata kepada Jong Hae Hae (setelah diterjemah ke dalam bahasa Melayu), "Jagiya, minggu depan jom teman pergi konsert Shinee." Jong Hae Hae membalas, "Shinee tu menatang gapo, glamer sangat ko?". "Awak ni, Shinee pun tak tau, kumpulan K-Pop terkenal tu. Awak ni dah berapa lama duduk Korea takkan itu pun tak tau? Melayu betul lah!".
Rabu, 18 September 2013
Geek / Nerd VS Hipster
Cermin mata besar, baju kemeja kotak2, rambut belah tepi, pada suatu ketika adalah imej seorang nerd atau geek yang orang lain akan tengok semacam je sambil berfikir "Apasal la mamat ni skema gila?". Kebiasaannya orang yang nerd dan geek ini bijak2, anti-sosial, fanatik kepada benda2 seperti game, komik, anime, movie, komputer, teknologi dan tak peduli apa orang di sekeliling fikir pasal mereka.
Selasa, 17 September 2013
Matinya seorang bekas wira penentang penjajah
Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand telah meninggal dunia di satu hospital di Bangkok semalam di kala rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia.
Isnin, 16 September 2013
Sayang Malaysia tetapi benci kerajaan
Hari ini adalah Hari Malaysia. Bagi yang tak tahu apa kebendanya Hari Malaysia, hari ini adalah tarikh di mana persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, hari di mana Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bergabung bagi membentuk negara Malaysia. Walaupun sejarah ini sudah lama, akan tetapi Hari Malaysia hanya dijadikan sebagai cuti am bermula tahun 2010.
Ahad, 15 September 2013
Segmen Terjah Blog Awekz #21
Setelah Segmen Terjah Blog Awekz musim pertama tamat sebelum ini, kini segmen ini kembali untuk musim kedua. Dalam segmen ini, 10 blog awekz atau blogger wanita akan ditampilkan untuk sama2 kita terjah dan blogwalking. Untuk musim baru ini juga, aku akan menulis short review untuk semua blog yang diterjah. Semua blogger yang diterjah dalam segmen ini secara automatik juga akan dimasukkan dalam bloglist Terjah Blog Awekz di bawah sekali. So sesiapa yang rasa blognya nak kena terjah, sila tinggalkan komen di bawah, tapi hanya untuk awekz sahaja, lelaki tak layan.
Sabtu, 14 September 2013
Video cun, lagu catchy tapi lirik cam bangang
Kat draft aku banyak topik aku nak tulis, tapi kadang2 nak ulas satu topik dah ambil masa yang banyak terutama topik yang berat2. Aku pun bukan blogger sepenuh masa, so aku harap dapatlah update jugak blog ni at least satu hari satu entry, namun disebabkan komitmen2 lain, mungkin dalam seminggu tu 3 4 kali sahaja aku dapat tulis entry yang berat2. Apa2pun, layan dulu lagu2 yang sangat catchy tapi liriknya sangat cam bangang dan mengarut dari adik beradik Ylvis, penghibur dari Norway yang music videonya "The Fox" menjadi viral di Youtube.
Jumaat, 13 September 2013
Khamis, 12 September 2013
Pemimpin negara potong gaji dan jual jet peribadi
Bakal imam, bakal makmum kepala hotak
Rabu, 11 September 2013
Bila pengguna sendiri tidak tahu keperluan mereka
Apabila menjalankan sebuah projek atau membangunkan sebuah sistem, masalah yang sering dihadapi adalah untuk mengenalpasti keperluan pengguna/pelanggan (customer/user requirement). Tapi lagi masalah apabila pelanggan sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang mereka mahukan. Itulah yang sering berlaku terutama di sektor2 awam yang menyebabkan banyak projek akhirnya menjadi gajah putih.
Selasa, 10 September 2013
Bagaimana blogger mendapat kepercayaan pembaca
Beberapa hari lepas ada pelajar dari sebuah IPTA telah menghubungi aku untuk membuat soal selidik dalam kajiannya yang bertajuk “How Blogger Gain Reader Trust”. Aku tak tahu macam mana dia boleh nak soal selidik blogger picisan macam aku ni, apa2pun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi melibatkan aku dalam kajiannya. Aku telah cuba untuk menjawab soalan2 beliau sebaik mungkin dan harap sedikit sebanyak dapat membantunya. Dengan kebenaran beliau, aku postkan soalan dan jawapan soal selidik tersebut yang mungkin korang pun boleh bagi pendapat dan pandangan.
Isnin, 9 September 2013
Lagu dan muzik video paling hampeh abad ini
Ahad, 8 September 2013
Harga barang naik itu takdir, sila redha
Kenapa kau merompak bank? Nak buat macam mana dah ketetapan Allah.
Kenapa kau bunuh orang? Dah itu ketentuan Tuhan padaku nak buat macam mana.
Kenapa kau langgar orang yang tengah melintas jalan tu? Aku tak perasan sebab masa tu dah Allah dah takdirkan aku baca SMS waktu tengah bawak kereta tu.
Harga barang naik adalah ketetapan Allah, harap semua dapat terima takdir ini dengan redha. Jika anda masih lagi tidak mahu terima, bermakna anda tidak percaya kepada ketentuan Tuhan dan mahu melawan takdir Allah.
Kenapa kau bunuh orang? Dah itu ketentuan Tuhan padaku nak buat macam mana.
Kenapa kau langgar orang yang tengah melintas jalan tu? Aku tak perasan sebab masa tu dah Allah dah takdirkan aku baca SMS waktu tengah bawak kereta tu.
Harga barang naik adalah ketetapan Allah, harap semua dapat terima takdir ini dengan redha. Jika anda masih lagi tidak mahu terima, bermakna anda tidak percaya kepada ketentuan Tuhan dan mahu melawan takdir Allah.
Sabtu, 7 September 2013
Tingkatkan kemahiran dengan video tutorial ini
Hujung minggu anda bosan? Tiada apa2 nak dibuat pada hari cuti? Sama juga dengan aku. So mungkin boleh cuba buat sesuatu yang baru dan tingkatkan skill anda dengan menonton video tutorial "How To Basic". Ada pelbagai panduan dan tutorial disediakan daripada cara2 memasak dan menyediakan makanan dengan betul, cara untuk berhenti merokok, cara2 bersolek, panduan untuk Install IOS 7 di iPhone, membaiki komputer, bermain gitar serta macam2 lagi. Untuk menonton boleh pergi ke channel berikut - http://www.youtube.com/user/HowToBasic/videos, lepas ini anda pasti akan menjadi seseorang yang serba boleh.
Jumaat, 6 September 2013
Adakah kita bakal melahirkan generasi lembik?
Ada member aku share bentuk2 hukuman yang dilarang berdasarkan maklumat Unit Disiplin KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Aku tak tahu ia betul atau tidak, tapi kat bawah tu macam ada tandangan orang so aku rasa ini mungkin adalah surat pekeliling yang diberikan kepada guru2 dan sekolah2 daripada KPM.
Khamis, 5 September 2013
Realiti gelap masyarakat berbilang kaum
Tahu apa rahsia sesebuah negara itu maju? Antaranya adalah rakyat yang bersatu padu. Tahu antara sebab kenapa sampai sekarang Malaysia tak maju2? Sebab kita bab perpaduan dan keharmonian antara kaum walau depan2 nampak baik tapi realitinya kat belakang = 0, amat fail. Yeah, this is the dark reality of multiracial societies in Malaysia.
Rabu, 4 September 2013
Kelas mengenai ekonomi dan hutang negara
Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu-Islam mesti lebih sensitif terhadap situasi ekonomi dan isu hutang negara. Kurangnya reaksi dan kesensitifan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu-Islam terhadap isu-isu mengenai situasi ekonomi dan isu hutang negara melahirkan kebimbangan. Baca lagi artikel penuh di sini - "Peka kepada ekonomi dan hutang negara".
Selasa, 3 September 2013
Harga minyak naik, apa benda yang akan turun?
Petang tadi dalam pukul 3, aku dapat mesej Whatsapp yang mengatakan minyak petrol RON95 akan naik 20 sen per liter. Harga lama RON95 adalah RM1.90/liter, bermakna harga baru akan jadi RM2.10/liter. Petang tu juga dalam pukul 5, aku dapat mesej Whatsapp yang kata kenaikan harga hanya khabar angin dan info tersebut dikatakan datang daripada Pengarah KPDNKK.
Isnin, 2 September 2013
Peminat butthurt konsert Lamb of God batal
Sebuah band heavy metal dari US iaitu "Lamb of God" telah dijadual untuk membuat persembahan di Show #1 Festival Rockaway di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 28 September 2013 bersama2 dengan band Malaysia iaitu Tempered Mental dan Deja Voodoo Spells, manakala pada Show #2 yang dijadual pada 17 October 2013 pula adalah band Bring Me The Horizon (UK), Enter Shikari (UK), Crossfaith (Japan) dan Massacre Conspiracy (Malaysia). Namun JAKIM, Menteri dan Dewan Pemuda PAS telah membantah kehadiran mereka berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Mungkin band2 lain juga boleh diselidik latar belakang juga.
Ahad, 1 September 2013
Kebangangan dalam sambutan merdeka
Sambutan Hari Merdeka tahun ni tak sekontroversi tahun lepas, tapi benda2 bangang still wujud. Ucapan dari Hishamuddin Rais yang mengatakan Hari Merdeka sebagai Hari Malapetaka serta nak tukar Jalur Gemilang dengan bendera Sang Saka sekiranya UMNO dijatuhkan memang bagi aku paling bangang sekali.