Ini pula kisah seorang cendekiawan yang sangat pandai dan cerdik. Beliau sudah boleh mula membaca dan mengira seawal usia 3 tahun. Sejak masuk tadika lagi, beliau telah menunjukkan kecerdasan yang luar biasa, sehingga digelar 'genius cilik' oleh guru2 tadikanya. Setelah menjejakkan kaki di sekolah rendah (masa ini belum ada sistem PBS), beliau tak pernah tidak dapat no. 1 dalam kelasnya, dan dalam ujian UPSR beliau mendapat keputusan cemerlang 5A.
Halaman
▼
Jumaat, 28 Februari 2014
Khamis, 27 Februari 2014
Kisah ibu bapa yang dipenjara kerana anak sendiri
Kassim dan Hamidah merupakan ibu bapa kepada 3 orang anak yang berusia antara 6 sehingga 12 tahun. Mereka sangat menitikberatkan soal disiplin dan agama terhadap anak2 mereka. Anak2 yang sedang membesar ini sangat mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan persekitaran, menyebabkan mereka seringkali lalai dalam mengerjakan ibadah, malas membantu membuat kerja2 rumah, mencuri wang dan kad kredit dari dompet ibu bapanya untuk membeli permainan video dan lain2 perbuatan nakal lain.
Rabu, 26 Februari 2014
Presiden PAS disaman RM2 juta oleh pemimpin PKR
Macam pelik tajuknya kan? Presiden PAS kena saman dengan pemimpin PKR yang mana kedua2nya di bawah payung Pakatan Rakyat. Aku bukanlah seorang penyokong BN, cuma aku rasa pelik bila baca berita ni. Seburuk2 BN pun, tak pernah lagi aku dengar at least pada zaman sekarang, mana2 orang kuat dalam BN menyaman sesama sendiri, kalau zaman2 tok kaduk dulu aku tak tahu lah. Walaupun ada juga perbalahan dan pergeseran pendapat, tapi tak pernah aku dengar Pak Lah nak saman Mahathir, Chua Soi Lek atau Samy Vellu saman Najib dan sebagainya. Tapi bila aku baca Ketua Angkatan Muda PKR Dungun, Mohd Shamsul Mat Amin saman RM2 juta Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang, aku merasakan takkan macam ini hubungan adik-beradik politik dalam Pakatan Rakyat?
Selasa, 25 Februari 2014
Cara mudah semak syarikat berdaftar dengan BNM
Sekarang ini semakin banyak syarikat2 MLM dan pelaburan yang menjamin keuntungan berlipat ganda tumbuh bagai cendawan dalam Malaysia. Namun tahukah anda, syarikat2 di Malaysia yang melibatkan pengambilan deposit serta membuat urusniaga mata wang asing perlu berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM)? Setiap tahun ada sahaja senarai syarikat pelaburan yang tidak sah dan tidak berdaftar dikeluarkan oleh pihak BNM namun biasanya sudah terlambat kerana sudah ramai yang menjadi mangsa. Tapi kini, ada cara mudah untuk anda semak sama ada syarikat tersebut adalah sah dan telah berdaftar dengan BNM.
Bantuan BR1M memang cukup untuk setahun
Hari Sabtu yang lepas, aku pergi ATM nak keluar duit kat stesen minyak Petronas, gila panjang beratur yang luar biasa. Mesin ATM satu lagi tu dah "Out of service". Aku pun tak tahu kenapa tiba2 ramai sangat orang nak keluar duit. Tengahari tadi pun aku nak keluar duit lagi, kali ini kedua2 mesin ATM meminta maaf sebab "Out of service". Baru aku teringat, rupa2nya BR1M 3.0 baru je masuk terus dengan cara kemasukan terus ke akaun bank penerima yang layak. Patutlah habis mesin ATM kena serbu. Tapi tahukah anda, Bantuan Rakyat 1Malaysia ni memang cukup untuk setahun atau mungkin terlebih cukup?
Isnin, 24 Februari 2014
Penceraian itu bukan sesuatu yang kelakar
Lumrah perkahwinan itu sesuatu yang gembira dan membahagiakan. Walau serumit dan sekompleks mana perkahwinan melayu itu, yang pasti ia adalah suatu yang menggembirakan pengantin, keluarga, saudara mara dan rakan2. Semua orang pasti mahukan perkahwinan mereka itu berkekalan sehingga akhir hayat, namun maut jodoh itu di tangan Tuhan. Walaubagaimana pun sesebuah pasangan rumahtangga berusaha untuk mengekalkan rumahtangga mereka, andai jodoh mereka tidak panjang maka perpisahan juga yang akan berlaku.
Sabtu, 22 Februari 2014
Lepaskan kemarahan pada Flappy Bird yang annoying
Sakit hati dengan game Flappy Bird? Rasa nak baling telefon ke dinding dan hentak dengan tukul besi setiap kali anda terlanggar paip hijau dari game Super Mario tu? Jangan risau, walau game Flappy Bird kini sudah ditarik oleh pembangunnya, namun anda masih berpeluang untuk tembak seberapa banyak Flappy Bird yang sangat annoying tu dalam game Flabby Bird Attack ini.
Jumaat, 21 Februari 2014
Beza ahli perniagaan sebenar VS palsu
Kini adalah zaman orang berniaga. Berniaga merupakan salah satu kaedah utama untuk kaya, selain bernasib baik menang program realiti. Ada yang buka kedai, ada yang menjual barang secara online, ada yang berniaga kecil2an buka gerai burger, ada yang berniaga di pasar malam, ada yang menjual pakaian bundle, ada yang bermain hartanah, ada yang menjual produk melalui secara direct selling, ada yang menjual barang secara MLM, ada juga yang ntah tak tahu berniaga apa tapi klaim diri sebagai ahli perniagaan.
Lelaki yang bertukar menjadi pondan bila naik tren
Kat Malaysia ni masih wujud lelaki yang bila naik tren seperti komuter, LRT, monorel dan keretapi, terus jadi pondan atau bapok. Mereka ini tanpa segan silu masuk dalam koc merah jambu atau gerabak wanita, sedangkan dah terang2 tulis kat situ hanya untuk wanita sahaja. Dah nama pun koc wanita, hanya untuk wanita jelah, takkan korang pondan kot nak masuk koc wanita?
Khamis, 20 Februari 2014
Semak ketulenan suatu berita sebelum sebarkan
Aku kalau macai politik yang buat hal sebar berita2 yang tak sahih aku boleh tahan lagi, sebab tu diorang hanya dapat level macai. Tapi kalau pemimpin politik pun sama main sebar dan kongsi je suatu berita tanpa selidik kesahihan dan asal usulnya suatu maklumat tu, aku tak tahu nak cakap apa, lebih2 lagi berita yang serius yang boleh menyebabkan situasi panik seperti kemalangan, kematian dan sebagainya.
Sujud cium kaki awek sifat lelaki yang romantis
Selain daripada membuat video Gwiyomi dan luahan cinta kepada awek, salah satu sifat lelaki romantis yang perlu ada untuk menggembirakan hati seorang wanita adalah dengan duduk bersujud sambil mencium kaki awek bagi menggambarkan cinta sejati atau true love.
Rabu, 19 Februari 2014
Sampai bila murid tahfiz akan terus kutip derma?
Sekarang timbul balik isu perhambaan anak yatim dan murid tahfiz yang digunakan untuk menjual barangan dan mengutip derma bagi Pusat Tahfiz Amal (PTA), Yan, Kedah serta pengetuanya yang dikatakan menipu serta hidup dengan mewah. Murid2 sekolah tahfiz ini seringkali kelihatan di stesen2 minyak, kedai2 makan, R&R serta di merata2 tempat sehingga ke lewat malam tanpa pengawasan orang tua untuk mengutip derma di seluruh negara, malah aktiviti ini sudah lama dijalankan lebih dari 10 tahun.
Selasa, 18 Februari 2014
Bantah VS Boikot Astro: Mana lebih berkesan?
Bermula bulan November 2013 tahun lepas, bil Astro dinaikkan sebanyak RM6 sebulan untuk Sport Pack, dan RM2 sebulan untuk Family Pack. Selain daripada kenaikan bil, Astro sebagai satu2nya syarikat television satelit berbayar memang sudah terkenal dengan siaran selalu tergendala2 bila hujan lebat, masih ada iklan walau ia stesen TV berbayar serta terlalu banyak rancangan2 yang diulang. Disebabkan itu, sebuah NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat kempen Bantah Astro untuk membuat bantahan dan tuntutan terhadap Astro.
Isnin, 17 Februari 2014
Harga Big Mac di Malaysia ketiga termurah di dunia
Salah satu cara mudah dan cepat untuk melihat dan membandingkan tahap ekonomi dan kadar matawang sesuatu negara adalah dengan menggunakan "Big Mac Index" atau indeks Big Mac, sebuah kaedah tidak formal yang direka oleh majalah The Economist. Ya, Big Mac itu bukan istilah baru, ia memang nama burger popular yang dijual di restoran yahudi zionis Israel freemason illuminati iaitu McDonald's, restoran fast food yang ramai orang Islam boikot sekejap je masa Palestin kena serang tapi lepas tu penuh balik.
Sabtu, 15 Februari 2014
Perbezaan karya lagu parodi, cover dan plagiat
Jumaat, 14 Februari 2014
Kanak2 berbakat luar biasa dilentur dari rebung
Benarlah kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Anak2 ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Kalau ibu bapa mencorakkannya dengan nyanyian, maka pandailah dia menyanyi. Jika dicorakkan dengan bermain gitar, maka hebatlah dia bermain gitar. Kalau dicorakkan dengan melukis, maka berbakatlah dia dalam seni lukis. Jika dicorakkan dengan bermain game, maka hebatlah dia bermain game. Jika dicorakkan dengan bermain bola sepak, maka berbakatlah dia dalam sukan bola sepak. Jika dicorakkan dengan bermain skateboard, maka hebatlah dia bermain skateboard. Bila dicorakkan dengan ayat2 Al-Quran, maka pandailah dia membaca Al-Quran.
Khamis, 13 Februari 2014
Gambar artis Melayu wanita topless tepi pantai
Perghh... apa nak jadi dengan artis2 wanita zaman sekarang? Tanpa segan silu pakai baju2 ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan terutama kat majlis2 anugerah, pastu siap ada yang kongsi gambar tengah mandi kat bilik air, gambar berbikini kat tepi pantai, gambar tengah bersenam dengan sports bra, gambar yoga kangkang, gambar nampak pusat dan lurah payudara dan macam2 lagi gambar yang mengghairahkan di media2 sosial diorang seperti Instagram, Keek dan lain2. Berikut adalah salah satu contoh gambar2 artis Melayu wanita topless kat tepi pantai.
Pemandu pemalas dan bangang suka double parking
Satu sikap tipikal pemandu di Malaysia, bukan Malaysia sahaja bahkan seluruh dunia, adalah sikap pemalas gila nak mampus berjalan ke tempat yang nak dituju lepas parking kereta. Contohnya bila pergi bank, kalau depan kaunter bank tu ada tempat parking, seboleh2nya diorang akan parking kat situ. Kalau dah ada orang parking, diorang akan parking kat belakang kereta tu, dan orang lain akan parking lagi di belakang kereta tu pula dan seterusnya.
Rabu, 12 Februari 2014
Asal-usul bangsa Melayu, induknya di alam Melayu
Kajian dalam bidang Arkeologi dan Genetik hari ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu-Proto yang mendiami Benua Sunda merupakan nenek moyang kepada populasi manusia hari ini. Kira2 75,000 tahun yang lalu, sekumpulan 10,000 yang terselamat daripada letusan gunung berapi Toba telah berpindah dari Afrika ke Benua Sunda (Asia Tenggara). Mereka terselamat kerana berlindung di kawasan yang Benua Sunda yang tidak dicemari debu radioktif gunung berapi. Mereka merupakan asal-usul kepada perjalanan manusia moden hari ini.
Selasa, 11 Februari 2014
Sikap kebanyakan orang Melayu dalam perniagaan
Satu2nya cara nak jadi kaya, jutawan atau billionaire adalah melalui perniagaan atau buat bisnes. Kat Malaysia pun, semua jutawan dan hartawan menjadi kaya raya melalui perniagaan. Kalau kerja makan gaji, sampai bila2 pun agak sukar nak jadi jutawan, mewah tu mungkin ya kalau gaji sebulan kau RM10K dan ke atas, tapi kalau nak jadi kaya, nak tak nak memang kena berniaga.
Isnin, 10 Februari 2014
Mansuhkan SPPBS dan tiru sistem pendidikan Finland
Sebelum2 ni penyokong2 politik, para aktivis, mahasiswa, pekerja2 bank dan beberapa golongan je yang rajin buat demonstrasi, tetapi sekarang ni terdapat sekumpulan guru pula yang menggelarkan diri mereka Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) bercadang mahu mengadakan perhimpunan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya bagi membantah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) terutama program penilaian tiga tahun pelajar SPPBS 2014.
Ahad, 9 Februari 2014
Sukan itu simbol perpaduan bukan permusuhan
Sukan seharusnya menjadi simbol perpaduan atau "Unity" yang boleh menyatupadukan serta mengeratkan hubungan sesama manusia. Namun apabila sesuatu yang sepatutnya menjadi simbol perpaduan dan kesatuan kini sudah menjadi medium permusuhan, pergaduhan dan perpecahan antara kita, apa guna sukan itu wujud jika matlamat asalnya sudah hilang? Apa guna sukan jika tangan itu lebih banyak membuat simbol jari tengah daripada yang menghulurkan salam?
Soal selidik pasal seks untuk murid sekolah rendah
Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada
murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan
sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,
semalam. Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P
Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran
kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi,
bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada
murid sekolah rendah.
Jumaat, 7 Februari 2014
Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 13
[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Setelah 13 minggu bertarung, akhirnya Maharaja Lawak Mega 2013 sudah sampai ke penghujungnya. Antara Sepahtu, Shiro, Jambu, Bocey dan Nabil, siapakah yang bakal menjadi Juara MLM2013 ini? Dengan tema Muzikal Komedi dan Bebas, aku harap semua peserta finalis akan memberikan persembahan yang terbaik di gelanggang akhir malam nanti. Sementara itu, baca ulasan dan pandangan aku mengenai setiap peserta finalis di Segmen MLM2013 minggu ke-12 yang lepas.
Ritual lumur darah ayam amaran untuk cina cauvanis
Sekumpulan NGO yang menggelarkan diri mereka 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' hari ini menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR. Tindakan itu dibuat dalam perhimpunan yang dinamakan 'Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina. Ia berlangsung berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, petang tadi.
Khamis, 6 Februari 2014
Kenapa aku diuji dengan berat, bukan orang lain?
Kadang2 bila kita ditimpa ujian dan dugaan yang berat daripada Allah, mungkin terdetik dalam hati kita "Ya Allah, kenapakah kau turunkan ujian yang berat ini kepada aku? Kenapa bukan orang lain?". Sebagai seorang manusia yang lemah dan jahil, Aila juga kadang2 tidak terkecuali daripada memikirkan perkara tersebut.
Rabu, 5 Februari 2014
Ramai yang hilang pertimbangan kerana bola sepak
Perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team ditangguhkan selepas wakil kelab dari Terengganu itu enggan meneruskan perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, hari Sabtu yang lepas. Keputusan menangguhkan perlawanan ke tarikh baru diumumkan oleh komisioner perlawanan, Zainal Mukri selepas pasukan pelawat dilaporkan enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan.
Selasa, 4 Februari 2014
Apabila satira dan jenaka tidak lagi kelakar
Minggu lepas sempena Tahun Baru Cina, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok telah memuatnaik satu video satira politik lakonan beliau dan rakan2nya dalam sebuah rancangan bual bicara yang penuh dengan sindiran berkaitan pelbagai isu di Malaysia termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya, namun ia telah mencetuskan kontroversi dan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak terutama orang Melayu yang pro-kerajaan.
Isnin, 3 Februari 2014
Dilema seorang penjawat awam
Minggu lepas aku join gathering lepak mamak malam2 bersama rakan2 sekelas dan sebatch waktu di universiti dulu. Yang datang tu ada muka2 biasa yang dah selalu aku jumpa dan lepak, ada juga beberapa yang aku agak lama tak jumpa, ada juga yang aku tak pernah jumpa sejak tamat belajar. Jumpa kawan2 lama ni yang bestnya dapat berbual bertanya khabar, ada yang dah beranak pinak, ada yang baru kahwin, ada yang tak kahwin lagi, dan yang tak bestnya bila ada sorang dua yang perangai masih tak ubah2 asyik ungkit kisah silam yang mengaibkan.
Ahad, 2 Februari 2014
Ulasan filem RoboCop dan tonton secara online
Sabtu, 1 Februari 2014
Smartphone mengubah sistem pembelajaran hari ini
Teknologi memainkan peranan yang penting dalam membangun dan memajukan sesebuah ketamadunan manusia dalam pelbagai sektor termasuk bidang pendidikan. Oleh itu mari kita lihat bagaimanakan smartphone atau telefon pintar boleh mengubah sistem pembelajaran kita di sekolah, kolej dan institusi2 pengajian tinggi pada hari ini?