Halaman

Khamis, 22 September 2016

Drama syok sendiri penyumbang pereputan minda

Suamiku Encik Sotong.
Abang Bomba I Love You.
Sayangku Kapten Mukhriz.
Tunangku Encik Inspektor Penjara.
Suamiku Jururawat Isteriku Doktor
Si Kolot Suamiku.

Antara beberapa drama yang disebut oleh Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi sebagai drama syok sendiri. Drama cinta orang Melayu kaya yang merapu, tidak berilmiah dan dan tidak mendidik masyarakat. Aku jangan kata tengok, baca judul sahaja dah berasa jelek.

Laporan berita dari Harian Metro.

Aku tidak melihat isu ini sebagai isu drama TV semata-mata, tetapi dari sudut keseluruhan industri karya seni kreatif dan hiburan amnya kerana ia sebenarnya saling berkaitan antara satu sama lain. Ini termasuklah drama, filem, lagu, novel, komik dan yang seangkatan dengannya. Malah banyak drama TV pun adalah adaptasi daripada novel Melayu. Jika sebuah drama itu tahi, sudah wujud tahi itu sebelum itu lagi dalam bentuk dan medium yang lain iaitu novel.

Tapi macam aku dah tulis sebelum-sebelum ni lah. Benda ni berdasarkan supply and demand. Yang suka baca dan tonton cerita macam ni, orang perempuan. Yang tulis dan buat cerita macam ni pun, orang perempuan. Yang boleh datangkan banyak duit pun, cerita macam ni. Kalau buat cerita ilmiah, ada la orang tengok tapi tak ramai macam buat cerita cinta fantasi reput ni.

Kita cakap la macam mana pun, tulis la apa pun, bising la kat media sosial sekalipun, mereka tak peduli. Trend drama cinta reput syok sendiri ini tetap akan wujud sampai bila-bila.

Apa yang kita boleh buat? Bila nampak je cerita macam ni keluar TV, tukar sahaja channel. Jangan bagi anak isteri korang tengok. Jangan baca dan bagi anak bini baca novel-novel cinta reput itu juga. Bukanlah nak suruh baca ensiklopedia setiap masa, tapi baca dan tonton la cerita yang ada mesej dan manfaat sikit.

Dan kepada yang suka buat cerita-cerita cinta reput ni, aku harap korang hentikanlah. Cikguku Playboy, Suamiku Anak Imam, Kekasihku Mat Rempit, Pensyarahku Tunangku, Jurulatih PLKN Itu Bakal Imamku, jangan la buat cerita-cerita bodoh ni lagi. Buat la apa tajuk tahi pun, modus operandinya tetap sama.

Anda ada bakat menulis.
Anda ada bakat melukis.
Anda ada ramai pengikut.
Anda ada ramai peminat.
Manfaatkanlah ia dengan memberi mesej dan nilai kebaikan kepada masyarakat.

Adakah anda rasa bangga apabila dapat menyumbang kepada pereputan minda, pemikiran, mentaliti dan tahap intelektual masyarakat?

Baca lagi artikel berkaitan berikut:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: drama melayu novel cinta reput fantasi khayalan syok sendiri zed zaidi

6 ulasan:

  1. peduli apa semua orang dah tau bukannya tak tau tapi buat lagi...ianya seperti melepaskan Prooooott!!! di tangga....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perghhh...bau pesing baru mkn teloq agaknya..aduhh zed nii zaman dia dulu pun lbih kurang jee..drama sembelit eh..sembilu dulu..dh masyarakat suka cerita mcm tuu..penerbit takkn nk buat drama yg org xtgk..anggap jee hiburan jgn ambil serius sgt..relax2 sudah..

      Padam
    2. ProoOoooootT preeeeeeeETt

      -ted Gaynoff ft. GaynouTantei-

      Padam
  2. Selagi ada permintaan. Dan selagi org ambik kisah. Cerita karut marut kos ciput ni akan terus berleluasa.
    Sapa tak nak untung kan, baik 'pembuat novel' (diorg tak layak disebut 'penulis') mahupun pembikin drama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita hang tak karut marut kos ciput ka?

      -prince of nasrul-

      Padam
    2. ProooOott Preettttt

      - ji laloq ft. ji lake -

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.